Cinta Sang Pilot
Bab 27
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 November 2013
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
13542

Bacaan






Setelah balik dari klinik, Nukman Faris bertemu dengan kawan baiknya sewaktu menuntut di sebuah universiti di luar negara dulu. Kebetulan mereka memang rapat sejak di bangku sekolah. Sengaja dia tidak memberitahu isterinya mengenai pertemuannya dengan kawannya Shamsuri itu pada keesokan harinya.

“Apa khabar Sham? Lama sungguh kita tak jumpa.” Kata Nukman Faris menyalami tangan Shamsuri. Shamsuri yang sudah mempunyai klinik sendiri itu hanya tersengih.

“Aku baik-baik aje lah Nukman. Jadi, apa niat kau nak jumpa aku ni? Biasanya

kalau tak de hal penting takdelah pilot kita ni nak jumpa dengan aku ni!” kata Shamsuri sudah mengusiknya. Nukman Faris tersenyum pahit. Memang mereka agak jarang bertemu sejak masing-masing sibuk dengan kerjaya. Tambah-tambah sekarang, dia bertambah sibuk.

“Aku memang lah selalu sibuk tapi hari ini aku mesti jumpa kau. Semalam kan aku dah minta isteri aku jumpa kau. Aku tak dapat turun, kawasan klinik kau tu memang kawasan yang sangat sibuk!” kata Nukman Faris. Berkerut-kerut dahi Shamsuri.

“Eh, tuan pilot kita ni sakit ke? Bila masa kau kahwin? Setahu aku Rozy belum nak kahwin. Macam mana pula kau dah kahwin? Eh, kau kahwin diam-diam ya? Tapi, Rozy kat luar negara kan? Apa ceta ni Nukman?” soal Shamsuri kehairanan. Muka Nukman Faris bertukar kelat. Dia terlupa yang sahabat baiknya itu tidak tahu yang dia sudah kahwin. Dia belum memberitahu mana-mana kawannya akan hal yang baru sahaja menimpanya. Baginya, batu gunung bagaikan menghempap kepalanya!

“Maafkan aku Sham, aku lupa nak beritahu kau, sebenarnya aku dah kahwin, bukan dengan Rozy. Tapi dengan sepupu aku di kampung.” Bertambah terkejut Shamsuri. Tetapi cepat-cepat dia menghulurkan tangan untuk menyalami tangan Nukman Faris untuk memberikan tahniah.

“Oh, kenapa aku tak tahu yang kau dah kahwin? Kenapa tak jemput aku?” soal Shamsuri. Nukman Faris tersengih. Terkenang peristiwa di mana dia dipaksa oleh mamanya. Mahu atau tidak, dia hanya ada satu jawapan iaitu setuju.

“Maaflah, aku kelam kabut masa tu! Mama akulah yang punya kerja tu!” bertambah berkerut dahi Shamsuri, doktor muda yang berkarisma itu. dalam usia muda dia sudah menjadi pakar perubatan wanita. Shamsuri memang pemuda yang amat rajin belajar sewaktu di zaman persekolahan dan universiti.

“Macam mana pula kelam kabut sehingga tak sempat panggil aku. Kau mesej aje lah aku. Bukannya susah pun!” kata Shamsuri. Bertambah kelat wajah Nukman Faris. Dia sudah kebingungan pada hari pernikahan itu. Tidak ada siapapun yang dihubunginya. Terkejut gila pun ada gara-gara paksaan mamanya.

“Bukan macam tu Sham. Aku terperangkap masa tu!” mahu terbuntang mata Shamsuri. Mungkin terkejut dengan perkataan terperangkap itu.

“Takkan sepupu kau nak kenakan kau?” Nukman Faris menggeleng. Dia takut sahabat baiknya itu terkeliru pula dengan bahasanya.

“Bukan dia kenakan aku. Masa tu keluarga sepupu aku dah atur perkahwinan tapi tiba-tiba pihak lelaki mengundur diri. Mahu tak mahu aku jadi galang gantinya. Ngeri kan!” kata Shamsuri. Shamsuri mengangguk-angguk.

“Oh macam tu. Ingatkan kau dah terlanjur dengan sepupu kau! Tapi oklah tu. Kahwin dengan sepupu ok ape!” kata Shamsuri yang salah sangka. Nukman Faris menggeleng. Dia tidak akan sampai hati melakukan sesuatu yang tidak baik kepada sepupunya sendiri. Kasihan sepupunya itu.

“Aku ni memang nakal tetapi nakal-nakal aku belum sampai hati nak buat tak tentu dengan sepupu aku tu!” kata Nukman Faris. Shamsuri mengangguk-angguk.

“Aku percayakan kau. Aku tahu kau budak baik. Anak kebanggaan datin dan datuk. Aku tahu... aku faham... tapi kasihan lah Rozy, melepaslah dia tak dapat nak kahwin dengan kau.” Nukman Faris tersenyum kelat semula. Memang dia sangat hampa kerana tidak dapat nikah dengan kekasihnya. Namun dia tidak dapat menolak jika suatu hari dia akan menikah juga dengan kekasihnya itu.

“Terima kasihlah kerana percayakan aku. Lagi dua minggu majlis persandingan aku di sebuah hotel. Nanti aku confirmkan kau. Mama aku yang uruskan semuanya.” Kata Nukman Faris.

“Untung kau punya mama yang baik dan melakukan segala-galanya untuk anak kesayangannya.” Kata Shamsuri.

“Kau macam perli aku aje!” kata Nukman Faris. Shamsuri ketawa.

“Jadi apa ceta semalam? Siapa nama isteri kau tu? Aku masih ingat lagi pelanggan yang datang ke klinik aku semalam.” Kata Shamsuri. Nukman Faris tersenyum.

“Ada tak semalam Natasya Umaira Binti Mohd. Tajuddin datang jumpa kau.” Kata Nukman Faris. Shamsuri mengerutkan keningnya mengingat-ingati nama pelanggan yang mendapatkan perkhidmatannya di kliniknya di Damansara.

“Macam takdelah!” berkerut dahi Shamsuri. Dia sendiri teringin juga hendak bertemu dengan isteri Nukman Faris.

“Tak de?” kata Nukman Faris kehairanan. Dia tidak menyangka kalau isterinya itu membohonginya. Ke mana dia pergi? Dia sangat sangsi. Apa yang sebenarnya berlaku? Dia bawa balik semalam, isterinya nampak tenang aje.

“Memang takde lah Nukman. Takkan aku nak bohong kau!” kata Nukman Faris.

“Kat kawasan sana tak de klinik lain kan?” soal Nukman Faris terasa aneh jika isterinya tidak berjumpa dengan kawan baiknya.

“Memang tak de. Seingat aku, hanya klinik aku lah kat sana!” kata Shamsuri mengingati lokasi perniagaannya di kawasan yang strategik di Damansara ini.

“Jadi apa nak buat?” kata Nukman Faris seolah-olah minta pendapat dengan sahabat baiknya itu. Dia menjadi bingung seketika. Entah apa yang harus dilakukannya dia pun tidak tahu. Perkara sekecil ini pun sangat sukar hendak dia selesaikan.

“Kau bawa semula ke klinik aku. Kau bawa driver papa kau untuk bawa dia jumpa aku. Apa sakit dia?” soal Shamsuri. Shamsuri pula buat soalan agak bodoh. Sudah tahu dia adalah doktor pakar wanita, takkan itu pun dia masih tidak faham! Dalam diam Nukman Faris menggeleng. Pelik dengan kerenah sahabatnya itu.

“Aku nak dia periksa kandungan dia. Kebetulan dia jatuh hari tu. Dia ditolak oleh kekasih kesayangan aku hari tu!” kata Nukman Faris. Shamsuri ketawa.

“Eh macam tu ke? Kejamnya kekasih kau! Kiranya kau ni jejaka laris di pasaran lah ni ya!” Nukman Faris dan Shamsuri sudah ketawa. Berderai tawa mereka di udara.

“Apa pula? Tak delah! Perempuan kan! Aku tak tahulah apa nak cakap!” kata Nukman Faris. Shamsuri masih menghabiskan tawanya.

“Kasihan pula isteri kau Nukman. Baik kau cepat-cepat bawa dia. Aku takut ada sesuatu berlaku kepada kandungan dia. Tapi kamu macam pasangan kekasih juga, kau cintakan sepupu kau tu? Kenapa dia sampai mengandung kan?” Kata Shamsuri yang sudah kebimbangan. Nukman Faris ketawa kecil. Sukar dia hendak menerangkan apa yang sudah berlaku kepada dirinya.

“Nantilah cerita. Dan, kau macam tak faham-faham pula. Kalau dah kahwin, memanglah bakal timang anak! Kau tak gembira kalau sahabat kau ni bakal jadi ayah,” jawab Nukman Faris selamba. Shamsuri tersenyum. Lantas mengangguk.

“Mestilah aku suka dan bersyukur. Tapi, kau kata kau cintakan Rozy, apa sudah jadi sekarang ni? Kau sudah berubah hati?” soal Shamsuri. Nukman Faris terasa dadanya bagaikan ditusuk sembilu. Pedih menjalar di seluruh tubuh. Namun, dia tidak mampu menolak permintaan mamanya. Mamanya pun terlalu pandai memujuk dia agar menikahi sepupunya sendiri.

“Dah berapa bulan kandungan dia? Anak kamu tu maksud aku?” Nukman Faris diam. Dia tidak tahu berapa bulan kandungan isterinya.

“Aku tak tahu. Tapi, memang dia dah mengandung lah, mengandung anak kami!” kata Nukman faris. Dia terpaksa menutupi maruah isterinya. Walhal mereka tidak pernah melakukan apa-apapun. Apatah lagi dengan adanya perjanjian mereka. Dia tidak mahu membuka rahsianya sendiri. Biarlah hanya dia sahaja yang tahu apa yang sebenarnya berlaku kepada mereka.

“Oh tahniah lah dulu. Jadi bila kau nak bawa dia? Jangan sampai esok. Esok aku ada mesyuarat di Putrajaya,” kata Shamsuri yang mengingati jadual kerjanya esok.

“Ya petang ni lah. As soon as possible!” kata Nukman Faris. Dia terbayang wajah mulus Natasya Umaira. Entah apa yang telah berlaku kepada gadis itu.

“Baik, kita jumpa petang ni. Aku akan masuk ke klinik dalam jam 3 petang.” Kata Shamsuri. Mereka bersalaman semula.

“Ok. Kita jumpa petang ni. Nanti aku bawa isteri aku jumpa kau. Janganlah kau berlagak macam kenal aku sangat. Biarlah formal sikit nanti dia syak sesuatu pula!” pesan Nukman Faris. Shamsuri mengangguk.

“Aku tak sabar nak jumpa gadis pilihan mama kau Nukman! Entah macam mana orangnya. Pasti dia menepati taste kau!” kata Shamsuri. Nukman Faris hanya tersengih. Dia tersenyum pahit. Dia tidak tahu bagaimana lagi pilihan hati jika itu adalah pilihan mamanya.

“Petang nantilah kau jumpa! Kau takkan rugi kalau mengenali dia. Sepupu aku agak cantik dan manis juga orangnya,” kata Nukman Faris memuji sepupunya.

“Wah, itulah sebabnya kau tinggalkan Rozy ya?” soal Shamsuri. Nukman Faris tersenyum pahit lagi. Sukar dia hendak memberikan jawapan yang tepat. Sukar juga dia hendak berterus-terang dengan sahabat baiknya itu. sahabat baiknya itu juga anak angkat mamanya semasa di bangku sekolah dahulu. Dia takut jika rahsianya terbongkar.

“Kau bila lagi?” soal Nukman Faris pula. Setahunya Shamsuri masih membujang. Tetapi dia tidak tahu jika sahabatnya sudah ada pilihan hati.

“Entahlah, aku tak tahu bilakah bidadari dari langit akan turun dan menikah denganku! Susah!” kata Shamsuri. Nukman Faris kenal sekali kawan baiknya itu.

“Aku pergi dululah. Nanti lambat pula aku nak bawa isteri aku jumpa kau!” kata Nukman Faris pula.

“A’ah cepatlah kau. Jalan pun akan sesak jika sudah petang. Aku sudah berapa kali terkena di kawasan ini. Tapi aku tak de pilihan. Di sini kawasan aku cari makan Nukman!” kata Shamsuri. Nukman Faris faham akan situasi kawan baiknya itu.

“Sabarlah. Mungkin inilah jalan yang telah dibukakan untuk kau mencari rezeki. Kalau kau ikut macam aku takdelah sesak-sesak macam ni! Lalu lintas di udara ok aje!” kata Nukman Faris sudah berseloroh dengan kawan baiknya.

“Pandailah kau!”

***

Apa sebenarnya yang berlaku kepada Natasya ya? Kenapa dia tidak berjumpa dengan doktor yang sudah aku perkenalkan dan arahkan kepadanya semalam? Apa hal sebenarnya? Apakah dia berniat hendak mempermainkan aku atau dia mempunyai masalahnya yang tersendiri? Menyesal pula aku kerana tidak ikut dia bertemu dengan sahabat baikku itu. Kalau tidak aku sudah tahu semua maklumat mengenai dirinya. Tetapi aku mesti buat sesuatu. Aku mesti tanya dia.


baca lagi di http:putrimanasuha.blogspot.com



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku