Cinta Sang Pilot
Bab 30
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 November 2013
Penilaian Purata:
(9 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
98078

Bacaan






“Selama ni awak pembohong kan! Ha, kan sekarang pembohong dah terkena!” Nukman Faris menarik aku ke biliknya. Matanya sudah marak menyala memandang dirinya. Aku meronta pun dibiarkannya sahaja. Malah tanganku ditarik serasa mahu patah. Tidak ada lagi perwatakan elok milik suamiku selama ini. sepatutnya dia membawa aku berbincang dengan elok dan bukannya menuduh aku yang bukan-bukan. Sakit hatiku diperlakukan seperti anak kecil begini.

“Ingat Tuhan Nukman! Ingat Allah!” rayuanku sudah tidak dipedulikan. Air muka Nukman Faris sudah berubah garang. Perutku yang memang kempis sudah diusap-usapnya. Aku menutup mataku sambil menolak-nolak tubuhnya.

Tubuh gagah itu tidak mampu aku gerakkan malah dia sudah mengucup perutku yang agak kempis itu. Tidak sanggup aku memandang matanya yang sudah berubah bagaikan mata singa itu. Di hadapanku ini seekor singa lapar yang hendak melapah-lapah mangsanya! Di hadapanku ini bukan lagi Nukman Faris yang selama ini bertimbang rasa dan melayan aku dengan baik selama ini. Air mataku sudah membusut di pipiku.

“Perutku yang kosong ni sudah minta diisi ya? Aku akan isikan sekarang, ya, sekarang aku akan buat agar kau mengandung! Aku nak kau mengandung! Faham?” katanya dengan perlahan-lahan dan mengusap-usap lagi perutku. Aku terasa sudah kecut perut. Bukannya aku kegelian tetapi kebencian dengan tingkah lakunya yang bukan serupa manusia lagi. Mahu sahaja aku melarikan diri dan menyusup di bawah kain emak. Ah, pada saat singa sudah kelaparan ini, mampukah lagi aku menyelamatkan diri?

“Jangan Nukman! Tolong saya!” kataku merayu lagi. Aku mohon dia lindungi aku tetapi kini dia sudah menjadi hantu di depanku. Aduhai!

Aku menggeleng. Aku kalau boleh tidak rela diperlakukan secara paksa begini. Kalau dia mahukan haknya, kenapa dia tidak minta dengan elok-elok, kenapa hendak menjerit begini? Soalku dalam hati sambil mengesat air mata yang turun bagaikan air terjun di pipiku ini.

“Apa minta tolong? Kau tak tahu betapa seksanya aku menolong kau? Kau tak tahu? Sekarang aku mahu kau betul-betul mengandung baru puas hati aku!” katanya menggertak aku. Mulanya mataku terkebil-kebil. Kemudian, aku menutup mukaku. Sakit benar hatiku dengan apa yang dilakukannya. Malah, aku sudah ketakutan. Ketakutan dengan tindakannya yang agak drastik itu.

“Jangan buat begini Nukman! Saya rayu! Tolonglah saya!” kataku. Wajahku sudah dicumbuinya dengan sesuka hatinya. Aku mengelak dengan sekuat tenagaku. Namun, aku tidak mampu mengelak semua cumbuannya. Dia memang terlalu nekad kepadaku. Dia mahu aku mengandung. Ah, aku tidak rela. Aku tidak rela mengandung buat masa ini! Aku belum mahu mengandung! Tolonglah aku Ya Allah!

Tudungku direnggutnya dengan kuat. Rambutku yang menjuntai ke dahiku disekanya ke tepi. Dimain-mainkannya rambutku dengan tanganku. Kemudian dikucupnya lagi pipiku sepuas hatinya. Aku meronta-ronta mahu melarikan tangannya namun tangannya lebih pantas mengganggu tubuhku. Aku menutup mataku. Ah, bencinya!

“Lepaskanlah saya Nukman! Saya janji saya akan minta diceraikan! Awak ceraikan saya sekarang, saya terima! Saya tak mahu diperlakukan kasar begini! Tolong saya Nukman!” rayuku lagi sudah menundukkan wajahku di depannya. Dia tarik tubuhku agar aku berdiri menghadap dia. Aku dipaksa memandang dia.

“Oh tak nak diperlakukan kasar begini ya? Paksa orang nikah dengan kau kerana kau kononnya mengandung tak kasar namanya?” soalnya yang sudah mengasari diriku dengan perbuatan di seluruh tubuhku ini. Aku geleng. Aku tidak sengaja meminta dia menikahi aku. Ini semua kerja emak dan ayahku. Aku rela kalau aku tidak bernikah dengan sesiapapun dan membatalkan sahaja majlis pernikahanku kerana tidak ada calon pengantin. Calon pengantin yang sudah memutuskan pertunangan kami.

“Bukan begitu Nukman! Saya tak sengaja! Tolonglah Nukman!” kataku masih merayu dia walaupun hampir separuh tubuhku sudah dirayauinya. Alangkah sakitnya hatiku. Mahu sahaja aku bunuh lelaki di depanku ini.

“Tak sengaja?” dia berhenti dan memandang aku yang sudah terbaring di atas katil dengan muka memucat itu. aku mahu sahaja bangun dan melarikan diri pada masa itu juga. Namun sebelah tangannya masih memegang tubuhku.

Aku mengangguk. Aku memang tidak sengaja membuat pengakuan itu. Tetapi mahu kah dia mendengar pengakuan berani matiku pada masa ini? Sedangkan emak dan ayahku pun tidak dapat menerima hakikat yang aku hampir dicerobohi dan mereka sangkakan aku sudah mengandung. Jika tidak kenapa keluarga Amri memandang serong kepadaku. Sedih! Pilu! Sebak! Dendam! Benci! Bersatu dalam diriku!

“Aku takkan lepaskan kau hari ini! Aku takkan lepaskan kau hari ini! Aku akan kotakan apa yang aku sudah katakan! Aku mahu buat kau mengandung! Biar puas hati kau!” katanya sudah tertawa bagaikan orang kerasukan. Aku menutup mukaku. Air mataku usah dicakap. Air mataku bagaikan air banjir yang membuak-buak.

“Ceraikanlah saya Nukman, saya takkan ganggu hidup awak lagi lepas ni!” rayuku lagi. Namun wajah tampan itu membeku seolah-olah tidak sudi hendak menceraikan aku tetapi dia tetap tidak mahu pula hendak mencintai aku seluruh hatinya. Pelik sungguh anak mak longnya itu.

“Aku takkan ceraikan kau dengan semudah ini setelah hidup aku kau porak perandakan hidup aku dan kekasih aku, perempuan! Kau tahu bagaimana perasaan aku dipaksa kahwin dengan kau? Kau tahu? Kau dapat selaminya?” soalnya memandang aku. Aku angguk. Memang aku tidak sengaja hendak memaksa dia kahwin denganku. Namun perundingan mamanya dan emakku kerana mereka adik beradik terpaksa aku persetujui. Aku tidak mahu dengan manusia gila di depanku ini, namun aku juga tidak banyak pilihan pada masa itu. Aku juga perlu menjaga nama baik ayahku yang juga ahli jawatankuasa di masjid di kampungku. Aduhai, kenapa ujian untukku semakin bertimpa-timpa? Inikah yang dinamakan sudah jatuh ditimpa tangga?

“Saya tak sengaja Nukman! Tak sengaja! Maafkan saya!” kataku terketar-ketar. Namun mata tajam yang selama ini kurindukan renungannya sudah menjadi mata singa yang siaga menerkam tubuhku. Kalau aku ada pilihan pada saat ini, aku mahu memilih mati. Ya, aku mahu mati saat ini daripada menjadi mangsanya!

“Rupanya selama ini kau cuba memerangkap aku ya! Memerangkap aku dengan kandungan kau tu! Apa sudah habis lelaki yang kau nak perangkap? Kenapa aku juga yang kau jadikan mangsa?” soal Nukman dengan suara garau. Dia sudah mengubah panggilan ‘saya’ dan ‘awak’ kepada ‘kau’ dan ‘aku’. Dan, aku sungguh tidak dapat menerima tuduhan itu. Benar aku tidak mampu berdiri dengan teguh sekarang. Kalau boleh aku mahu pengsan sekarang!

“Aku boleh buat laporan polis kalau aku mahu! Biar kau merengkok di penjara tu untuk masa yang lama! Apa aku peduli? Tapi sekarang aku tak mahu buat laporan polis! Aku nak rasa daging segar!” kata Nukman Faris dengan kata-kata yang penuh dengan kekejaman.

Badanku menggeletar. Aku tidak kisah kalau dia mahu masukkan aku ke dalam penjara. Memang salahku, jangan salahkan ibu bapa aku menyukai dia dan memilih anak saudaranya ini. Mungkin mereka juga tidak ada pilihan lalu meminta tolong dengan kakaknya Datin Zahara. Kalau aku, memang aku sanggup hidup sendirian. Aku rasa hidup berumahtangga lebih menyusahkan hidupku.

Kasihan pula kalau mereka emakku akan dimasukkan ke dalam penjara, biarkan aku sahaja. Kurasa aku mahu rebah. Baru sahaja hubungan kami menguntum, umpama bunga yang baru mekar di taman. Kini, bunga yang baru menguntum dipaksa layu dengan sengaja. Aku benar-benar tidak berdaya hendak menahannya.

“Kau boleh masukkan saya ke dalam penjara Nukman, saya tak kisah. Saya reda jika itu sahaja pilihan yang terbaik untuk saya. Tapi tolong jangan libatkan ibu bapa saya, Nukman! Mereka tidak bersalah. Saya lah yang sepatutnya menanggung masalah ini!” kataku pasrah jika dia mahu memasukkan aku ke dalam penjara. Aku reda jika keputusan itu boleh memuaskan hatinya. Dia sengih pula memandang aku.

“Aku masih tak puas hati jika hanya melihat kau merengkok di penjara!” katanya pula. Dia menjadi Nukman Faris yang sungguh kejam di depanku kini. Aku benci dengan sikap hipokritnya selama ini.

“Kauceraikanlah saya jika itu akan membuatkan awak puas hati!” lelaki itu ketawa terbahak-bahak. Penuh biliknya ini dengan tawanya. Mungkin iblis dan syaitan turut sama tertawa bersama lelaki ini.

“Oh rupanya selama ini kamu sekeluarga sengaja bersubahat untuk memerangkap aku agar aku jadi menantu dalam keluarga kamu ya! Niat kamu memang teruk lah Tasya! Satu keluarga kamu membuat kan aku benci!” kata Nukman Faris meneruskan tuduhan palsunya. Tuduhannya terlalu berat. Aku menggeleng dan memegang kepalaku. Aku rasa bumi bagaikan terperosok ke dalam tanah dan aku tertimbus di dalamnya.

“Jangan libatkan ibu bapa saya dan seluruh ahli keluarga saya. Mereka tak salah! Mereka hanya tahu kami difitnah oleh keluarga Amri! Saya dan keluarga tidak pernah berniat hendak memfitnah kamu sekeluarga! Sekarang kau bukan lagi penyelamat saya, menutup aib saya tetapi kau sudah sama seperti mereka, memfitnah saya!” kataku perlahan. Aku melihat matanya masih menyinga seperti tadi. tidak ada lagi belas kasihan kepadaku.

“Jadi, sekarang kau sudah puas hati dapat menikah dengan aku Nukman yang handsome ini?” tegang suaranya. Bagaikan halilintar memecah di telingaku.

“Izinkan saya menutup aib saya selama ini dan menikah dengan saya walaupun hanya sekejap saja!” kataku. Tubuh itu tetap kaku dan seperti sudah membenci aku.

“Eh Tasya aku tak mahu tahu tentang hal itu tetapi sekarang aku mahu penjelasan kenapa kau memerangkap aku sedangkan kau tahu aku akan bernikah dengan kekasih aku! Kau boleh didakwa atas kesalahan menipu! Kau tahu tak Tasya?” katanya yang sudah menarik tudungku dan membawa aku menghadap dengannya.

“Lepaskan saya! Lepaskan saya!” dia sudah menggila di dadaku. Aku berasa sukar hendak bernafas kerana semakin ketakutan. Barangkali dia akan membunuh aku kerana aku sudah mengganggu hidupku. Aku sudah berjanji akan melenyapkan diriku selepas ini. Aku tidak mahu muncul lagi dalam hidupnya.

“Hah!” dia sudah tolak tubuhku. Aku sudah terlempar ke hujung katil. Dia sudah mendekati aku. Tubuhku terketar lagi.

“Sekarang aku pula nak buat kau mengandung. Sebab selama ini kau nak sangat mengandung kan?” dia terus menuju ke arah pintu dan menguncinya. Dia menanggalkan pakaiannya. Aku sudah merengkok di hujung katil dan menangis ketakutan

“Jangan jadi gila Nukman! Saya akan jelaskan!” kataku terketar-ketar. Dia tetap dengan nafsu syaitannya. Wajah kacak itu bertukar garang, sangat garangnya mengalahkan singa betina. Dia seperti sudah tidak ingat dunia. Mak, ayah tolong Tasya!

“Sudah terlambat! Kau sudah menipu saya! Sekarang aku mahu kau betul-betul mengandung! Lagipun aku suami kau!” kata Nukman Faris yang sudah mendekati aku. Nukman Faris sudah hilang pertimbangan. Alangkah sakitnya hatiku.

“Ceraikan saya Nukman! Habis perkara kalau awak ceraikan saya! Jangan buat perkara yang akan buat awak menyesal nanti Nukman! Tolong!” pintaku pada saat dia sudah membenamkan mukanya di dadaku. Dia sudah melakukan aku semahunya tanpa belas kasihan. Dia sudah tidak menjawab dan aku pula meronta-ronta meminta dilepaskan. Namun, lelaki itu terlalu kuat untuk kulawan. Akhirnya, dengan izin Allah dan kerelaanku sendiri, aku merelakan diriku menjadi isterinya yang sebenar walaupun dengan cara yang aku tidak relakan begitu.

“Tak mungkin aku akan ceraikan kau perempuan! Biar kau hidup dengan aku! Aku nak tengok sejauh mana kau nak permainkan aku selepas ini!” bisiknya dengan suara yang menyakitkan aku.

“Kurang ajar! Awak lelaki tak guna Nukman!” kataku dengan penuh kemarahan. Dia hanya menyengih setelah mendapat apa yang diinginkannya. Dia bertambah ganas mendengar suara kemarahanku. Aku cuba melepaskan diri. Argh! Dia seperti sudah bersedia memerangkap aku pula. Oh tidak! Aku tidak sanggup!

Akhirnya aku tidak dapat lagi mempertahankan mahkota yang selama ini kujagai. Nukman Faris telah menodai aku dengan cara yang begitu kotor sekali. Aku hanya menangis dengan kesalan yang tidak sudah. Tubuhku sudah terbaring di hujung katilnya. Nasib baik ada selimut yang menyelimuti diriku yang tanpa seurat benang ini. Ah, aku sudah hilang maruah! Hilang segala-galanya!

“Puas hati kan? Dah nak aku jadi suami kau! Sekarang baru aku tahu kenapa kau sanggup bohongi aku dengan cara yang kotor begitu!” katanya. Aku sudah menundukkan mukaku. Air mataku sudah gugur seperti air dari pergunungan. Memang lelaki ini sudah hilang pertimbangan dan kewarasan!

“Sepatutnya saya yang tanya sama ada awak puas hati atau tidak meratah tubuh saya!” kataku tegas. Dia sudah ketawa.

“Aku takkan puas hati kalau tak buat kau menderita seperti mana aku menderita!” katanya. Geramnya aku Tuhan sahaja yang tahu.

Aku terus berlari ke bilik air setelah aku mengenakan semula pakaianku. Aku tidak rela sebenarnya! Namun, kerana dia suamiku yang sah dan dengan izin Allah, maka dengan sendirinya juga telah merelai semuanya berlaku.

Aku mahu berkurung di dalam bilik air itu selama-lama yang mungkin sehingga dia pergi dari rumahnya ini. Air mataku sama lajunya dengan air paip yang kupasang sekuat-kuatnya. Aku duduk di bawah aliran paip itu. Namun, aku rasa tidak mungkin. Lebih baik aku keluar dari sini setelah aku memikirkan mengenai kuliahku pada hari esok walaupun dalam hancurnya perasaanku saat ini!

***

“Hantarkan saya ke rumah sewa saya,” pintaku setelah aku mandi membersihkan zahir dan batinku. Aku tidak menyangka hari ini merupakan hari yang paling malang bagiku. Aku tidak menyangka suami sendiri tergamak memperlakukan aku seperti orang lain. Nukman Faris memang gila!

Dia yang sudah mengenakan tuala itu tidak sanggup kupandang. Dia seperti sengaja hendak menayang-nayangkan tubuh tegapnya di hadapanku. Sakit hatiku kepadanya. Mahu sahaja aku bunuh lelaki yang telah menghancurluluhkan seluruh perasaan dan diriku itu dengan segenap perasaanku. Namun aku masih waras lelaki itu berhak ke atasku tetapi bukan dengan cara yang begitu jahat dan kotor. Aku terlalu sedih. Sedih dengan tindakannya. Aku terasa sakitnya alat sulitku. Ah, benar keadaan ditinggalkan Amri jauh lebih baik daripada saat dihancurluluhkan perasaanku oleh lelaki di depanku ini.

“Sekarang? Dengan keadaan begini?” soalnya sinis. Aku mengangguk dan memejamkan mata. Aku tahu hari sudah agak jauh malam. Aku tidak peduli. Aku mahu balik ke rumahku sendiri. Berada di bawah lindungan suamipun tidak ada gunanya. Aku tidak mahu memandang wajah lelaki yang telah mencabul kehormatanku dengan sengaja itu.

“Ya sekarang! Hantarkan saya! Saya tak mahu lama-lama di rumah neraka ini!” dia ketawa lagi. Entah apa yang lucunya. Sebetulnya dia sudah mengoyak maruahku. Sakitnya hatiku!

“Hmmm, kejap. Aku akan hantar kau ke situ nanti!” katanya perlahan. Tidak ada lagi jeritan dan suara kerasnya seperti tadi. Wajahnya itu pun tidak lagi seperti helang yang menyergap mangsanya dari udara. Wajahnya sudah redup seperti sedia kala namun aku tidak akan pernah lagi memberi kepercayaan kepada lelaki itu.

Akhirnya aku duduk di ruang tamu menunggu dia membersihkan dirinya. Namun, tangisan dan kesedihanku tidak akan reda, dan aku tidak tahu bilakah sembuhnya. Mungkin parahnya hatiku tidak akan sembuh untuk seumur hidupku lagi.

***

“Mama, tak perlu mama hantar emak dan ayah ke rumah saya mama,” kata Nukman Faris. Dia sendiri seperti tidak tahu apa yang telah dia lakukan. Sekarang dia sudah menghancurkan hati emak mertuanya. Kalau lah mereka tahu, apa yang akan dijawabnya nanti?

“Apa yang Nukman cakap?” soal Datin Zahara kepada Nukman Faris.

“Tak payah lah mak dan ayah Tasya datang ke rumah saya,” ulangnya dengan lebih jelas. Natasya Umaira di sisinya dijelingnya. Wajah sedih itu tidak pernah menyurutkan tangisnya.

“Kenapa pula, bukankah kita dah janji?” soal Datin Zahara kehairanan.

“Err, Tasya tak kuliah di sini mama, dia kuliah tempat lain,” jawabnya mereka-reka cerita. Natasya Umaira mengangkat mata dan terlongo memandangnya. Dia tetap meneruskan rekaan ceritanya.

“Mungkin selepas hari ketiga barulah mak dan ayah datang sini mama,biarlah mereka rehat dulu di kampung.” Kata Nukman Faris.

“Ya lah kalau macam tu!” kata Datin Zahara. Suasana di dalam keretanya itu sudah sepi, sesepi di kuburan. Hanya kedengaran lagu-lagu sedih berkumandang di radio. Natasya Umaira sudah pendiam. Tidak akan didengarnya lagi suara itu. bagaikan terhiris hatinya bagai pisau pemotong menghiris kulitnya. Terasa betapa sakitnya. Namun entah mengapa dia tidak dapat mengawal keadaan dan perasaannya apabila diketahuinya Natasya Umaira langsung tidak mengandung selama ini. Dia memang tahu dia memang dibohongi oleh gadis itu. malah, gadis itu juga tidak pernah berterus-terang kepadanya sejak dulu. Dia pula seperti kerbau dicucuk hidung, mengikut sahaja rentak mamanya.

“Awak ceraikan saya selepas ni! Kita ikut saja perjanjian kita.selepas cukup tempahnya nanti saya akan bawa surat perjanjian itu kepada peguam syariah dan kita akan bercerai dengan sendirinya!” kata Natasya Umaira dengan suaranya yang sebak.

“Tak pe sayang, saya akan uruskan kemudian. Jangan nak pandai-pandai awak nak ke mahkamah syariah tanpa pengetahuan saya. Apa-apa berlaku saya akan bertanggungjawab ke atas awak. Awak isteri saya!” katanya.

Sebenarnya dia mahu menyatakan yang Natasya Umaira adalah isterinya untuk selama-lamanya dan dia mohon maaf kerana telah tersilap dalam tindakannya. Namun segala yang mahu dikatakannya itu hanya terkembang di ambang kerongkong dan nawaitunya. Dia belum berani menyatakan sesuatu yang penting buat masa ini. Tetapi, takkan isterinya itu bodoh dalam berfikir. Dia bukannya merogol isterinya itu tetapi dia memperlakukan dengan sepenuh cintanya namun dia hanya tidak memohon kebenaran. Malah, dia mengasari isterinya sebelum dia mendapat haknya. Aduhai! Betapa beratnya tanggungannya selepas ini. Allah sahaja yang tahu!

“Tak perlu awak nak tunjuk baik! Ceraikan saja saya! Saya puas hati kalau awak sudah menjadi suami saya dalam 28 hari ini! Terima kasihlah kerana menjadi suami yang sah selama ini! Sekarang, tolong ceraikan saya! Saya tak rela jadi isteri awak lagi!” kata Natasya Umaira menunjukkan kedegilannya semula. Bibir yang meranum merkah itu muncung dan mukanya sudah masam. Masih ada sisa-sisa air matanya di pipi itu yang dikesat dengan tangannya sesekali. Perit didengarnya. Namun dia tidak dapat hendak berbuat apa-apa lagi.

“Jangan sebut perkataan itu!” marahnya menyeruak perlahan. Dadanya berdegup kencang.

“Ceraikan saya!” pinta isterinya lagi.

“Kita bincang nanti!” Natasya Umaira sudah menjelingnya dengan matanya yang agak merah kerana sudah menangis beberapa lama ini.

“Tak perlu awak nak tunjuk baik nak bincang segala! Awak sudah gila Nukman!” kata Natasya Umaira separuh menjerit.

“Ha!” jeritnya dan dia menghempas stereng keretanya.

“Awak turunlah! Dah sampai pun!” katanya perlahan tetapi agak kasar. Natasya Umaira terus sahaja turun dan mengambil beg pakaiannya di belakang keretanya. Gadis itu tidak pun memandang ke mana-mana dan terus sahaja masuk ke dalam rumahnya. Natasya Umaira sudah berubah. Kalau selama ini elok-elok sahaja mereka berbual seperti dua sahabat lama yang terpisah agak lama. Kasihan pula dia kepada isterinya itu. Tetapi, kenapa dia tidak ingat akan belas kasihan dan hukuman Tuhan! Tentu lukanya besar dan dalam. Dia pula sesuka hati sahaja menikam isterinya tanpa usul periksa!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku