Cinta Sang Pilot
Bab 34
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 November 2013
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
27559

Bacaan






“Cakap betul-betul Natasya, awak ke mana tiga hari ni?” tiba-tiba tanganku direntap kasar. Baru sahaja aku membuka pintu kereta lelaki itu sudah menangkap tanganku. Dia mencari mataku. Aku sudah terketar. Sebenarnya aku mahu bebas daripada gangguan lelaki ini. Aku terkenang tindakan Amri memasuki rumah sewaku dahulu. Aku berasa aku diserbu oleh Amri sekali lagi. Aku ingin lari daripadanya. Memang sejak akhir-akhir ini Amri hendak mendekati aku ketika aku di sekolah. Tetapi di depan lelaki ini aku seperti berdepan dengan penjenayah.

Dia selalu menunggu aku di kantin sekolah. Tetapi di depanku ini bukan Amri. Dia menungguku di depan rumah sewaku. Aku pastikan betul-betul selepas beberapa kali aku tutup dan buka matanya. Aku lihat. Aku tidak mahu tertipu oleh mataku sendiri. Lelaki ini mungkin datang mahu menceraikan aku. Aku baru sahaja balik ke rumah. Aku baharu sahaja balik dari Perak dengan memandu sendiri.

Aku terbayang-bayang kali terakhir aku di rumahnya. Dia sudah melakukan pencerobohan sebenar-benar pencerobohan kepada diriku. Dia sudah menghancurkan harapanku selama ini. Aku mahu sahaja menolak lelaki itu di tepi longkang di depan rumah sewaku ini namun aku tidak sampai hati pula. Jadi aku mendiamkan diri dengan mata terbuntang macam ikan merah dan nafas turun naik. Fikiran pula sudah kacau bilau dan tidak tahu apa yang patut aku lakukan setelah kemunculannya yang tiba-tiba ini. Sakit sungguh hatiku.

“Kenapa awak ada di sini? Apa yang awak mahu? Awak sudah tinggalkan saya di rumah sewa saya hari tu, kenapa awak datang lagi? Kalau boleh saya tak mahu awak muncul lagi dalam hidup saya!” kataku dengan suara masih terketar-ketar.

Dia datang secara tiba-tiba. Aku lihat keretanya di ruang parkir kereta. Dia tidak menggunakan keretanya sendiri. Oh, tidak! Dia membawa kereta papanya. Mahu sahaja melompat jantungku melihat dia yang datang tiba-tiba ini. Nasib baik aku tidak ada sakit jantung. Kalau tidak, sudah lama aku mati!

Kulihat wajahnya kusut. Bukan macam tiga hari lalu, dia kelihatan segak dan bergaya walaupun hanya mengenakan pakaian kasual. Kali ini dia datang, dia mahu apa daripadaku? Dia mahu haknya lagi sebelum menceraikan aku?

“Apa yang awak nak dari saya Nukman? Kenapa awak tiba-tiba datang? Bukankah awak sudah dapat apa yang awak mahukan selama ini? Kenapa awak perlu cari saya?” soalku teragak-agak.

Dia memandang wajahnya bagaikan singa yang hendak menelan mangsanya. Pastilah aku masih terkejut. Lelaki ini sedang elok memegang lenganku. Aku cuba meronta minta dilepaskan. Dia masih memegang lenganku dengan kuat. Aku tidak tahu. Hari ini aku akan berterus-terang dan meminta dia melepaskan aku jika benar dia sudah tidak perlukan aku dalam hidupnya. Aku akan rela dengan apapun keputusannya.

“Mama dan mak cari awak,” katanya perlahan. Aku tahu itu hanya alasannya. Aku benci dengan lelaki ini. Benci! Benci dengan kepura-puraannya selama ini. Benci sungguh aku kepada dia. Kalau aku mampu membunuh lelaki itu, mahu sahaja kubunuhnya biar dia turut sama puas hati!

“Kenapa mama awak tu? Atau awak yang mimpi?” soalku lagi. Badanku sudah lah melekit selepas balik dari Perak tadi. Sekarang pula dia hendak berlakon di depanku. Aku sudahlah menahan kencing sejak tadi, sekarang dia masih memegang lenganku dengan erat sekali. Apakah lelaki ini bermimpi atau dia masih berada di awang-awangan kerana baru habis daripada tugasnya? Walaupun sebenarnya penantianku terjawab hari ini namun aku tetap berasa tidak selesa jika asyik direnung begini.

“Lepaskanlah tangan saya Nukman! Saya jijik dengan awak!” dia bagaikan baru tersedar daripada mimpinya atau alam fantasinya. Mahu sahaja aku menumbuk-numbuk tubuh tegap itu. Namun aku sedar aku tidak punya kekuatan itu. Entah-entah aku yang akan masuk ke dalam pelukannya.

“Sudah lama saya nak awak beritahu saya.” Katanya tegas. Aku kehairanan. Dia begitu pandai menghuru-harakan perasaannku. Mahu sahaja aku pukul muka agak hitam manis itu. namun dia memiliki ketampanan yang diwarisi daripada papanya. Itu aku tidak nafikan namun apa yang kumarahkan ialah kesukaannya melakukan di luar kemahuanku. Dia tidak pernah meminta aku membuat penjelasan selama ini. Apa yang dia mahu? Mataku sudah bulat memandang wajah yang kurindui itu namun dalam rindu aku sangat membenci dia. Membenci perbuatannya yang melampau itu!

“Apa yang awak maksudkan ni? Saya tak faham. Cuba awak jelaskan sikit...” Kataku yang sudah terasa kusut dengan kemahuannya yang tidak jelas pada pemahamanku.

“Ada sesuatu yang saya tidak tahu selama dan awak belum beritahu saya?” soalnya lagi. Aku semakin buntu. Soalannya semakin menghuru-harakan akalku. Akalku kusut.

“Saya semakin tak faham,” kataku. Dia ketawa. Debaran jantung usah dicerita. Bagaikan gong dipalu dengan kuat sekali. Oleh kerana kerinduanku yang sekian lama tidak bertemu aku memberanikan menatap wajah kusut itu. ah, tidak! Aku sudah membenci wajah yang telah mencalarkan maruahku sekali lagi.

“Ha, dah puas tatap wajah handsome saya ni?” aku tersentak. Dia sempat lagi buat lawak denganku. Mukaku tebal berinci-inci. Merahnya mukaku mengalahkan ikan merah.

“Jangan nak perasan! Saya tengok ada kemerahan di pipi awak.” Dia memegang pipinya. Aku tersengih-sengih sendiri. Aku cuba buat lawak walaupun jantungku bagaikan rebana dipalu.

“Jangan nak buat cerita lain. Saya tahu awak renung muka saya yang handsome ini! Sekarang Tasya, tolong berterus-terang dengan saya. Apa yang sudah berlaku kepada awak, kalau saya takkan lepaskan awak, awak tak berikan berita pun kepada saya selama ini!” katanya seperti pura-pura selamba dan tidak ada perkara yang berlaku kepada kami.

Aku geleng tetapi sempat menjelingnya. Menjeling penuh kebencian. Kalau dia tidak muncul di depanku itu lebih baik! Aku tidak mungkin lagi mahu memandang wajah itu walaupun aku kerinduan setengah mati. Aku sanggup menahan perasaanku.

“Apa ni? Awak minta berita? Saya tak tahu pun apa nombor telefon awak. Saya tak tahu pun awak kerja di mana. Saya hanya tahu awak tinggal di mana. Saya hanya tahu awak sepupu saya dan suami di atas kertas saya sebab kita ada perjanjian. Selepas awak rogol saya, saya mahu awak ceraikan saya sekarng juga! Selainnya saya tak mahu apa-apa daripada awak. Apa sebenarnya yang awak nak dari saya ni Nukman?” kataku dengan panjang lebar. Dia berani pula hendak mengugut aku.

“Ini,” dia memegang perutku. Mataku terbeliak. Ya Allah, dia meraba perutku yang masih kempis malah semakin mengecil kerana aku rasa hidupku tidak tenang sejak akhir-akhir ini. Walaupun aku terkejut, aku tetap menahan geli kerana dia memegang perutku. Tidak ada sesiapapun tahu, aku sebenarnya tidak mengandung kecuali dia yang telah merogol aku.

“Apa ni? Kan awak dah tahu saya tak mengandung! Apa lagi yang awak mahu?” Ah, apakah dia terlupa yang aku kononnya mengandung? Ah, mungkin lelaki ini sudah sasau dan mencipta sesuatu cerita denganku. Aku bertambah benci kepadanya.

“Saya menunggu perut awak berisi, itu yang awak mahu selama ini kan? Saya akan tunggu!” katanya lagi. Aku terkejut dan mataku usah dicerita bagaikan mahu terkeluar dari kelopaknya. Dia sudah menunjukkan senyum kacaknya yang kurindui selama ini. Ah, aku benci lelaki ini sebenarnya. Aku benci dia yang masih memegang perutku dan menganggap aku mahu mengandungkan anaknya. Aku tak mahu!

“Saya takkan mahu mengandung anak awak! Kalau mengandung pun saya akan buang!” jeritku dengan perasaan yang sudah meradang.

“What? Jangan awak pandai-pandai nak buang anak saya dan anak awak! Awak takkan terlepas dari saya kalau awak buang anak saya!” katanya yang sudah mengugut aku. Matanya sudah merah. Aku ketakutan tetapi aku tidak mahu menunjukkan ketakutanku lagi di depannya. Aku tidak mahu dipandang lemah. Aku benci dia!

“Tak de gunanya!” kataku menepis tangannya yang masih hinggap di perutku. Aku kegelian sebenarnya.

“Itu anak kita yang sah sayang bukan anak haram!” katanya. Aku pandang ke arah lain. Orang kalau nak beranak, melakukannya dengan penuh kerelaan tetapi dia sudah merogol aku, aku memang tidak mahu anak ini!

“Ini hasil anak yang awak rogol saya! Saya takkan rela!” kataku dengan pandangan tajam ke arahnya.

“Tak, saya tak rogol awak, saya buat dengan penuh rindu dan kasih sayang saya. Dan awak juga membalas perbuatan saya,” katanya membuat pengakuan. Dia kejam. Aku tetap tidak akan memberikan dia kemaafan. Aku tersenyum sinis. Aku benci kepada lelaki ini.

“Jangan ganggu saya boleh tak? Saya rasa tak perlu awak nak ambil tentang kehidupan saya. Awak boleh pergi dari hidup saya jika awak rasa saya ini menyusahkan awak!” dia ketawa. Dadaku diserbu sebak. Selama ini aku tahu dia tidak mengambil tahu mengenai diriku. Ah, aku tidak yakin dia akan mengambil berat tentang diriku. Aku tidak yakin.

“Tak boleh! Saya kena ganggu awak hari ini. Sudah lama saya tunggu masa ini.” Katanya. Aku semakin berdebar. Apa sebenarnya yang aku nak beritahu dia? Bagaimanakah dia nanti? Bagaimana wajahku nanti? Apa tuduhannya?

“Awak, kenapa tinggalkan saya tanpa beritahu saya awak ke mana? Macam orang gila saya cari sayang! Telefon pun sayang offkan!” soalnya sambil memegang perutku sekali. Aku menepis tangannya sekali lagi. Kali ini dia sudah bersedia. Tawanya dikulum di mulutnya. Aku semakin benci wajah itu.

“Jangan ganggu saya! Boleh tak?” soalku pula. Aku tidak mahu menjawab soalannya.

“Saya takkan ceraikan awak! Awak mahu menjawab kalau saya hadapkan awak ke mahkamah kerana memperdaya saya?” ugutnya. Aku terperangah. Mulutku terbuka luas. Aku tarik nafas panjang-panjang. Aku masih mahu hidup. Jangan kerana ugutan kecil ini aku terus mati. Aku mahu terus bernafas.

“Err, Nukman. Izinkan saya ke atas kejap. Awak silakan naik ke atas dulu. Saya baru je sampai dari kuliah. Apa kata kalau awak naik dulu. Lepas saya dah rehat, baru kita bincang, boleh?” aku memikirkan jalan penyelesaiannya. Jangan sampai dia membuat laporan polis gara-gara mengetahui aku seolah-olah membuat pembohongan kepadanya selama ini. Aku harus buat sesuatu. Berterus-terang adalah jalan penyelesaiannya. Nukman Faris sudah melepaskan tangannya. Aku masih terasa geli. Kukeraskan perutku. Aku tahu dia setuju dengan cadanganku.

“Baiklah, saya beri awak masa untuk membersihkan diri. Lepas ni awak mesti cakap yang benar dengan saya. Bukan asyik cakap merapu depan saya.” Aku mengangguk.

‘Merapu?’ Bila masa aku merapu? Setahuku aku tidak pernah cakap merapu. Aku cakap betul sahaja dengannya. Soalku sendiri. Dia sendiri cuba mengelakkan apa yang sudah dia buat kepadaku. Aku tidak akan dapat melupakan apa yang baru sahaja dia buat kepadaku. Aku benci kepada lelaki ini!

“Pembetulan, saya tak pernah merapu. Saya mahu awak berterus-terang saja. Lupakan kisah kita dan saya akan lenyap dari hidup awak. Apa-apapun yang berlaku biarlah saya tanggung sendiri!” Kataku lagi. Aku tutup mulut. Aku sudah silap cakap! Aku tidak sepatutnya melupakan apa yang sudah berlaku antara kami! Siapa yang mampu melupakan jika diri sudah dianiayai?

Dia mengangguk. Muka kacak itu menjadi kelat.Apakah dia setuju dengan permintaanku? Selama ini aku tersepit. Tersepit antara fitnah dan cinta. Aku serba-salah. Aku tahu dia pula akan membuat keputusan yang aku nanti-nantikan selama ini. Ah, aku harus pasrah. Mungkin petang ini aku sudah bertukar status. Ah, aku tidak mahu ingat perkara itu. Selama ini aku memang kusut hati memikirkan Nukman Faris dan Amri. Dua orang lelaki yang berlainan karekter dalam hatiku. Namun, aku sudah menutup hatiku untuk mencintai Amri. Dia sudah menghancurkan perasaanku.

Kami beriringan naik ke dalam rumah sewaku. Dia memegang tanganku. Aku mahu menepis tangannya namun tangan sasa iitu terlalu kuat untukku. Nasib baik tidak ada Shamira.

“Awak duduk dulu di sini.” Aku ke dapur menyediakan air sirap untuknya. Kebetulan hanya ada air sirap di dalam peti sejuk. Aku meletakkannya di atas meja. Dia sudah duduk di sofa sambil memandang ke arah dengan pandangan yang sukar kuteka.

“Saya nak naik ke atas, dulu. Silalah minum.” Dia angguk. Aku terus naik ke atas iaitu menuju ke bilikku.

***

“Kenapa awak tuduh saya merapu?” soalku yang sudah duduk di depannya. Kebetulan pula Shamira tidak ada di sini. Aku sudah menghantar dia ke rumahnya tadi.

“Awak ke mana tiga hari, petang ni baru nampak batang hidung awak? Awak suka melihat saya susah! Hari-hari mama dan emak awak tanya ke mana awak, apa yang saya nak jawab?” aku tersenyum getir. Ternyata senyumku tidak seiring dengan tingkahku. Setelah dia calar maruahku, dia mahu aku muncul lagi di depannya? Aku benci dengannya.

“Maaflah awak, saya tak sangka kuliah kami diadakan di Perak. Jadi saya tak sempat beritahu saya ke situ. Saya dan Shamira.” Kataku terketar.

“Kenapa buat macam ni kat saya? Tak kasian kat saya? Mama seolah-olah menganggap kita bergaduh tahu!” katanya. Aku geleng. Aku tidak mahu dia menipu keluarga kami lagi. Aku mahu dia berterus-terang yang kami akan bercerai. Kami memang bergaduh. Orang gila sahaja yang tidak tahu mentafsir sama ada kami bergaduh atau tidak.

“Awak tak perasan, hari tu awak hantar saya ke rumah sewa saya dan tinggalkan saya macam tu aje. Awak tak ingat?” soalku. Aku pun ada perasaan. Perasaanku ketika bagaikan dicarik-carik.

“Saya bingung masa tu, bingung sangat! Saya macam lupa apa yang sudah saya lakukan! Kemudian malamnya baru saya sedar!” katanya. Aku memehatikan dia yang mengenakan jeans dan t-shirt lusuh berwarna putih itu.

“Apa yang membuatkan awak bingung? Saya kan sedia aje diceraikan setelah terbukti saya tak mengandung hari tu, kenapa awak buat hal pula? meninggalkan saya sendirian di rumah sewa hari tu bermaksud awak hendak menceraikan saya. Awak tak boleh terima hakikat,” kataku.

“Memang saya nak ajak awak berbincang pada keesokan harinya selepas menjemput awak dari kuliah. Tapi awak takde. Awak lesap entah ke mana. Nasib baik saya tak buat laporan polis!” katanya. Aku pandang wajahnya. Memang aku rindukan seraut wajah kacak itu. Ah, aku sudah terluka!

“Saya pergi kuliah di Perak. Tempat kuliah kami ditukar,” kataku. Dia pegang tanganku tiba-tiba.

“Ayuh kita pegi rumah saya. Kita bincang di sana,” katanya yang sudah menarik tanganku. Aku serba-salah. Buat apa pula hendak pergi ke rumahnya semata-mata hendak berbincang. Alangkah baiknya dia lafazkan sahaja cerai andainya dia memang sudah tahu masalah kami sudah selesai. Argh kenapa jalan hidupku tidak sama seperti orang lain? Kenapa aku diduga begini? Aku terasa betapa penatnya aku.

“Eh, kejap-kejap! Saya nak kuncikan pintu rumah ni dulu,” kataku. Beg tangan dan beg pakaianku masih ada di dalam kereta.

“Kejap ya, awak tunggu kat kereta. Saya nak kemaskan barang dulu. Pakaian yang banyak belum bercuci,” kataku.

“Bawa aje saya hantar kat dobi nanti!” katanya yang sudah berdiri di pintu. Aku geleng. Tidak elok membazir. Aku masih sihat lagi.

“Tak pelah, saya akan basuh kain-kain saya sendiri nanti,” kataku. Dia hanya tersenyum.

“Mungkin awak penat dan mahu berehat, jadi saya tolong hantar pakaian awak ke dobi nanti. Kebetulan pakaian saya banyak belum bercuci,” katanya. Aku nampak wajahnya kusut. Apakah benar selama tiga hari dia mencari aku?

“Baiklah,” aku tidak tahan diasak-asak dengan pujukan. Akhirnya aku bersetuju menerima cadangannya. Aku benci dengan keselambaannya.

Setelah berkemas ala kadar, aku dan dia bergerak ke rumahnya. Sebenarnya aku masih lagi penat dan terkejut. Kedatangannya yang tiba-tiba menjadikan dadaku sebu, sebu dengan debaran. Masuk ke keretanya aku memejamkan mataku. Aku takut diasak lagi dengan pelbagai soalan.

“Datin Murni ajak kita ke kedainya,” bulat mataku memandangnya. Cepatnya baju pengantin kami siap. Baru tiga hari aku tinggalkan dia. eh, aku ni kalau boleh sudah tidak mahu hendak bersama-sama dia ke mana-mana. Sakit hatiku kepadanya belum hillang lagi.

“Baju dah siap?” dia angguk dan memandu dengan tenang.

“Cepatnya!” kataku. Mataku yang mengantuk kutahan. Nukman Faris memandu dengan kadar kelajuan yang sederhana. Entah bilalah kami sampai ke rumahnya.

“Biasalah tu! Butik Datin Murni memang biasa menerima tempahan pakaian perkahwinan!” katanya. Aku angguk lagi.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku