Cinta Sang Pilot
Bab 35
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 November 2013
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
26267

Bacaan






“Malam ni papa dan mama serta mak ayah kita akan datang ke rumah kita! Kita kena sedia apa yang patut.” bulat mataku mendengarnya. Sudahlah tanganku dipegangnya kejap seolah-olah tidak mahu aku pergi lagi tanpa pengetahuannya. Kini dia mengkhabarkan sesuatu yang sukar hendak aku gambarkan. Bukan apa, aku terasa betapa penatnya aku. Apatah lagi hendak melayan tetamu pada malam ini. oh mama, mak, tolonglah fahami anakmu yang penat ini!

Nukman Faris menatap wajahku seperti singa yang hendak menelan mangsanya. Mungkinkah rindu atau memerhatikan aku, takut-takut aku akan lari lagi? Ah, malas aku dengan manusia ini! Malas sungguh aku dengan pandangan tajamnya, yang tajam mengalahkan pisau belati. Benci aku dengan perhatiannya di mataku, ah kalau begini hari-hari aku pasti akan jatuh cinta lagi dalam diam-diam ini! Aku menundukkan pandanganku. Aku malas mahu mentafsir pandangannya. Kalau aku tafsirpun apa gunanya?

Kepenatan di dewan kuliah belum hilang. Kepenatan memikirkan dia pun belum reda. Sekarang dia pula datang membawa lebih banyak masalah dan menambah kepenatan kepadaku! Apa ni mama ni? Mereka tak pandai nak kasihankan aku!

“Kita akan makan di luar malam ini, tak payah masak,” jawabnya menutup sedikit geramku kepada ibu bapa kami. Emak pasti faham yang aku tidak suka memasak jika aku terlalu sibuk dengan tugasanuku.

Wajahku jadi cuak dengan kata-kata itu. Aku tahu kata-kata itu hanya akan memerangkap aku masuk semula ke dalam bilik neraka itu. Aku tidak mahu masuk semula ke bilik itu tetapi apa pilihan yang aku ada jika ibu bapaku datang dan hendak bermalam di rumahnya malam ini?

“Saya penat Nukman, boleh tak kalau saya nak rehat. Awak keluarlah dengan siapa yang awak suka dan biarkan saya sendirian di rumah sewa saya?” soalku memohon perhatiannya. Nukman Faris menggeleng.

Ah, aku tahu dia tidak akan memberikan aku persetujuannya untuk meninggalkan aku sendirian di rumah sewaku. Terutama pada waktu cuti begini, banyak orang pergi melancong membawa keluarga mereka. Aku pula akan sendirian di rumahku. Ah, apa masalahnya?

Memang urusan kami belum selesai. Aku kena bersabar dalam sehari dua sahaja lagi. Jika aku tidak sabar memang aku sudah lenyapkan diri. Biar semua orang aku susah kerana mencari aku. Namun aku tidak mahu menyusahkan emak dan ayah. Mereka sudah agak tua. Bila masa lagi mereka akan berbahagia dalam hidup mereka. Biarlah aku berkorban dan terkorban demi mereka.

“Bukankah awak dah kemaskan rumah dan beli apa yang patut? Apa lagi yang awak risau?” soalku dengan mata mendongak ke arahnya. Aku tahu dia sudah mengupahkan pembantu rumah sementara untuk mengemas rumahnya.

Aku bagaikan tidak ada rasa hormat lagi kepadanya. Malah aku benci dan meluat kepadanya. Dia tidak faham. Kalau boleh aku tidak mahu lagi bertemu dengannya. Kalau boleh aku tidak mahu pandang mukanya. Kalau boleh aku tidak mahu membuat apa-apa tugas dengan dia. kalau boleh dan semuanya kalau boleh. Tetapi nampaknya, semua perkara aku tidak boleh. Semua perkara aku kena dan terpaksa menuruti arahannya. Arahannya bermakna hukuman mandatori bagiku. Sakitnya hatiku!

“Memang sudah. Saya hanya cakap aje. Mana ada saya risau! Kalau mak saya datang, saya lagi suka!” Kataku. Aku lega. Aku tidak ada hati lagi hendak membuat sesuatu di dalam rumahnya yang sudah kuanggap macam neraka itu. Sebenarnya aku lebih takut jika emak mengetahui apa yang berlaku dalam rumah tangga kami.

“Kenapa awak suka pula?” soalnya. Aku pandang dia. Lelaki ini bagaikan tidak ada perasaan dan belas kasihan jauh sekali.

“Tak lah awak berbuat sesuka hati awak kepada saya!” aku melihat dia ketawa kemudiannya. Panas sungguh hatiku. Kalau setiap masa setiap ketika aku bersama dia, aku rasa aku boleh jadi tertekan. Amat tertekan dengan sikapnya.

“Saya takkan buat sesuatu kepada sayang. Abang sayang isteri abang!” aku mahu sahaja pengsan mendengar pengakuan itu. Kenapa sesuka hatinya berubah? Kekasihnya mana? Sudah hilang kasihnya kerana aku? Bukankah selama ini dia membenci aku? Bukankah selama ini aku bukan sepupu pilihannya? Bukankah selama ini bencinya mencapai langit kepadaku.

Kalau sebelum itu aku mendengar pengakuannya, aku pasti akan melonjak-lonjak kegembiraan. Tetapi setelah apa yang aku lakukan kepadaku telah menghancurlumatkan maruahku, maka kata-katanya itu hanya kubiarkan mengalir bagaikan air sungai mengalir tenang. Aku tidak mahu apa-apa luahan perasaannya mengganggu perasaanku. Jantungku berdegup kencang. Berdegup kencang kerana aku mengingati kesakitan hatiku diluluhkan dalam sekelip mata. Jangan marah suamiku jika perasaan marah dan benciku ini sukar hendak aku lenyapkan. Sukar!

“Kenapa diam?” aku bulatkan mata memandangnya. Sebenarnya, kalau boleh aku tidak mahu memandang wajah itu lagi. Nasib baik aku masih terikat dengan perkahwinan yang menyakiti aku ini, jika tidak aku memang sudah lenyapkan jasadku.

“Apa lagi nak dibualkan?” aku pura-pura mencari idea hendak berbual dengannya. Dia sudah menjeling aku. Kemudian aku sedari, dia sudah tersenyum. Manisnya senyumannya itu mengubat rinduku beberapa hari ini. ah, bagaikan ada di taman di dalam hatiku yang kujagai sendirian tanpa pengetahuan lelaki di sebelahku ini. kalau dia tahu, apakah akan terjadi kepada hubungan kami ini? mungkin dia akan cepat-cepat ceraikan aku sebelum taman bunga di hatiku merebak berekar-ekar banyaknya! Haha! Agak lucu aku rasakan dengan hadirnya taman bunga di hatiku ini!

Ah, bab ini aku paling tidak suka. Dia memandang aku seolah-olah itu pandangan sayang buatku. Dia memandang aku seolah-olah aku ini adalah kekasihnya. Walhal itu pandangan yang mematikan akalku. Aku benci. Benci dengan pandangan itu. Walaupun seraut wajah dan mata kuyu memang ingin sangat aku pandang. Namun itu dulu, sebelum dia merogol aku. Sekarang aku sudah tidak mahu membalas pandangan itu. Aku sanggup diam macam batu daripada memandang wajah itu!

“Maafkan abang!” katanya mengubah panggilan dirinya. Kenapa dia harus berubah demi diriku? Sepatutnya dia harus meninggalkan aku. Aku telah membohongi dia dan aku terhegeh-hegeh hendak menikahi dia. Kononnya.

“Maaf? Abang?” soalku agak pelik. Aku terpaksa memandang dia dengan pandangan cuak. Dia sudah tersenyum penuh manis. Dia tersenyum seolah-olah selama ini dia memang menyayangi aku. Walhal aku ini hanyalah pelap kaki yang diletakkan di hujung kakinya.

“Kenapa kalau saya biasakan diri saya abang, tak boleh?” aku ketawa. Aku tidak mahu berdiam diri lagi. Aku tidak mahu diperbodohkan oleh lelaki itu kala ini. Dulu bukan main lagi dia jerkah kalau aku panggil dia abang. Sampai hendak terkencing-kencing aku! Sekarang dia yang bahasakan dirinya abang pula. kenapa dia suka melakukan perubahan dalam dirinya secepat mungkin? Dia ini seperti sumpah-sumpah yang sesuka hati menukar warna tubuhnya. Pelik! Pelik!

“Bukan tak mahu tapi mak saya tak ada beranakkan abang saya. Saya tak ada abang! Saya anak sulung! Awak hanya abang sepupu! Bukan abang, satu bapa satu emak!” aku sudah kembalikan paku buah kerasnya. Dia pula ketawa. Eh, aku geli dengan ketawanya itu. Mahu sahaja aku muntah! Muntah kuning muntah hijau!

“Tak pe, kita mulakan sebagai abang sepupu, panggil aje saya abang. Saya pun tua dari sayang kan.” Katanya menambah darjah kehairananku kepadanya. Mukaku kepanasan. Taman bunga di hatiku bagaikan semakin mekar dan berkembang! Aku berasa keanehan. Aneh kerana dia seolah-olah sudah menjadi suami yang soleh kepada Natasya Umaira kini. Namun hakikatnya dia bukan suami yang begitu. Dia suami yang kejam!

Aku mahu menangis pun ada. Kalau sejak hari pertama dia buat begitu kepada aku, aku tidak akan berasa cuak begini. Tetapi kenapa setelah lebih tiga bulan bernikah baru dia hendak membahasakan dirinya abang dan bersayang-sayang denganku? Bukankah kedengaran agak janggal dan sakit telingaku. Mungkin lelaki di sebelahku ini sakit, sakit mental! Apakah dia berasa bersalah di atas tindakannya tiga hari yang lalu. Ah, lelaki ini, banyak pula perubahannya. Kenapa dia harus berubah! Dia tidak sepatutnya berubah! Aku yang sepatutnya sakit hati! Tetapi kenapa taman hatiku seperti berbunga-bunga. Bunga kembang dan mekar? Aduhai!

“Sayang? Peliklah awak ni! Saya ni bukan kekasih awak yang awak nak panggil-panggil sayang! Saya tak nak pengakuan awak begitu, tahu tak! Saya benci dan nak muntah pandang muka awak! Apa yang saya mahu sekarang Encik Nukman, saya nak awak ceraikan saya! Saya ni memang tak layak untuk awak! Saya ni orang kampung!” kataku cuba berdegil dengannya. Dia masih ketawa tetapi mukanya kelat. Pandangannya masih melekat kepadaku. Aku sudah mengenakan dia. Ah, diri, kenapa sedegil itu hendak menerima kata-katanya?

“Kenapa pula tak mahu kalau abang panggil sayang ni sayang! Sepatutnya dari mula abang panggil sayang begini! Salahkah abang berubah?” aku jeling dia. Wajahku masih cuak. Kenapa setelah dia rogol aku baru dia hendak menukar semua panggilannya? Apakah dia berasa bersalah? Ah, aku yakin dia tidak rasa bersalahpun! Entah-entah dia sudah biasa buat begitu!

“Jangan panggil saya sayang! Saya bukan sayang awak! Saya bukan kekasih awak! Selama ini awak selalu mengingatkan saya yang awak ada kekasih!” kataku dengan penuh ketegasan semula. Aku benci dengan sikapnya yang mula berubah. Kononnya mahu ambil perhatian. Huhu! Sudahlah kau Nukman! Ah, sebenarnya aku mahu cakap aku pun mahu perhatian dan kasih sayang daripadanya tetapi mulutku berkata lain dan hatiku tidak sekata? Tetapi, aku tidak mahu dia tahu adanya taman bunga di dalam hatiku ini. Aku tidak rela dia tahu!

“Kita boleh mula dari awal lagi Sayang! Kita mulakan dari angka 1, pastikan kita berjaya menjadi kekasih abang yang kita akan bercinta sehingga ke akhir hayat kita!” kata-kata itu memujuk atau rasa bersalah? Aku tidak tahu! Ah, gila ni! Memang gila lelaki ini! Apakah aku mimpi? Atau, dia mahu memujuk aku setelah dia merogol aku? Apakah dia takut aku akan membongkar semua kejadian ini kepada mamanya atau emaknya? Tetapi kenapa taman bunga di hatiku semakin kembang dan berwarna-warni? Benarkah aku pun sama mahu kami bermula dari angka 1 dan akhirnya bercinta seperti pasangan suami isteri yang lain? Kenapa aku mahu mengangguk? Kenapa aku suka? Tetapi mulutku terkunci rapat dan tubuhku kaku.

“Malam ni kita tidur lain bilik! Awak sudah dapat apa yang awak nak, jadi tolong jauhkan diri dari saya,” kataku memandang dengan pandangan yang marah dan benci. Aku rela apa yang dia lakukan kerana aku isterinya. Tetapi sebenarnya, dia tidak sepatutnya meminta haknya dengan cara yang paling kotor begitu. Aku tidak mahu terkena untuk kali kedua.

“Kita suami isteri yang sah. Nanti apa kata mak dan ayah awak kalau kita tidur di bilik berlainan sayang, ah bukan lamapun lagi sayang. Tinggal lebih seminggu aje,” katanya. Aku bertambah benci memandang wajah itu. Kalau boleh sekarang pun aku mahu lenyapkan diri! Namun, kenapa aku rasa bagaikan diawang-awangan? Kenapa aku rasa seperti ingin dibelai? Ah, kenapa aku begini?

“Awak nak ambi kesempatan lah lagi? Saya ni suka memperdayakan awak kan!” kataku memperlinya lagi. Entah kenapa kami masih lagi menjadi suami isteri walaupun suami isteri di atas kertas itu. Aku masih geram dengan sikapnya. Kalau boleh aku tidak mahu pandang wajahnya. Aku geram setengah mati kepadanya.

“Main lepas aje cakap ya. Abang ni suami sayang! Jangan nak bantah-bantah cakap abang, faham?” katanya sudah memegang lenganku. Aku buntang mata. Baru kini dia mengakui yang dirinya itu suamiku? Selama ini dia tidak mahu menerima aku sebagai isterinya. Entah kawan-kawannya suka atau tidak dia bernikah denganku. Entah-entah aku menjadi bahan tawa mereka. Itu aku tidak kisah. Ketawalah dan ejeklah macam mana pun, tetapi tuduhannya yang mengatakan aku cuba memerangkapnya yang sukar aku terima. Kesalku memanjang.

Selepas itu dia merogol aku pula. Siapa lagi mahu percaya kalau dia suamiku? Kalau boleh aku mahu sahaja bercerai dengannya saat ini! Kalau emakku tahu pasti dia akan mendesak aku memohon cerai daripada lelaki itu. Aku tidak mahu lagi berlama-lama dengannya. Tetapi kenapa pula mama mertuaku sesuka hatinya hendak melangsungkan majlis persandingan antara Nukman Faris dan Natasya Umaira dalam majlis yang gilang gemilang? Kenapa lagi ada majlis itu? Aku mahu sahaja memeluk emak dan kami duduk berdua di sofa di rumah kami. Sakit hatiku mengenang duka yang dilakukan Nukman Faris yang hilang timbang rasa!

“Siapa suami saya?” aku menyoal dengan penuh kebencian. Dia tersengih.

“Sayangkan isteri abang!” katanya cuba memaut bahuku. Kalau dulu aku boleh terima jika dia memeluk aku. Sekarang aku rela menjadi bola dan menjadi barang mainan tetapi menjadi boneka mainan lelaki ini. kesal aku! Kesal kerana mulut dan hatiku ini tidak sekata?

“Maaflah, saya nak ingatkan awak Encik Nukman Faris, Rozaila menanti lafaz nikah awak. Saya menanti lafaz cerai awak!”kataku kepada Nukman Faris. Nukman Faris tersengih. Dia garu kepalanya yang tidak gatal. Aku sudah tidak kisah dengan sikapnya.

“Sampai matipun takkan ada lafaz cerai untuk sayang! Dan, takkan ada lafaz nikah untuk gadis lain! Sayanglah isteri abang, kenapa nak bercinta dengan gadis lain pula! aku ketawa. Giliran aku ketawa. Sebenarnya aku gembira. Sepatutnya aku melompat-lompat bahagia dengan kata-katanya tetapi mukaku monyok dan aku menunjukkan rasa tidak gembira.

“Nukman, mungkin awak lupa kita akan bercerai selepas ini!” kataku kepadanya. Aku mahu ingatkan dia kalau dia terlupa. Dia ketawa lagi. Mukaku bertambah keruh.

“Hanya apabila nyawa abang bercerai dari badan, barulah kita bercerai!” aku bulatkan mata. Mungkin seminggu yang lalu kalau aku dengar kata-katanya itu, aku akan tersenyum malu dan mahu memeluknya. Kini aku tidak akan tertipu lagi. Setelah apa yang dia lakukan kepada aku, sekarang dia hendak stay pula dengan diriku. Memang tak elok lah!

“Dengar baik-baik dan ingat elok-elok! Jangan nak minta cerai buat masa ini. Awak kena tabah menghadapi hari-hari kita bersama! Jangan lagi nak desak-desak abang, abang takkan lepaskan sayang! Jika tidak, tahulah apa yang akan jadi kepada sayang tu!” katanya memujuk aku.

Mataku mahu sahaja terbeliak mendengar katanya. Kenapa pula aku tidak boleh meminta cerai? Memang bergegar arasy, aku tahu tetapi aku tidak mampu untuk hidup sebagai isterinya lagi. Aku tidak harap menjadi isterinya. Biarlah aku menjadi janda dalam tempoh terdekat ini. Aku lebih rela menjadi janda daripada hidup merintih di samping lelaki ini.

“Saya dah beritahu awak hari tu, segalanya sudah selesai dan saya tidak mengandung! Awak boleh ceraikan saya! Kenapa pula awak datang dengan wajah menggila dan merogol saya!” lelaki itu menutup mulutku. Aku meronta-ronta. Mataku sudah bagaikan mata ikan merah. Terkejut dengan tindakan beraninya.

“Tolong jangan sebut lafaz cerai itu! Kalau awak sebut semula saya akan buat lagi macam hari itu. Dan, saya tak merogol awak hari itu! Saya tak rogol awak, saya buat secara elok-elok! Kalau tak habis badan awak tu! Jangan nak tuduh saya rogol awak sayang!” katanya seperti mengugut aku. Aku ketap bibir. Lelaki ini memang tidak tahu malu! Aku pula yang malu mendengar kata-katanya. Sesuka hati sahaja sebut tak rogol aku konon! Hakikatnya dia merogol aku!

Oh, tolonglah lepaskan aku Nukman! Kataku merintih dalam hati. Mungkin bukan takdirnya kami diizinkan menjadi suami isteri yang bahagia. Aku jijik dengan sikapnya yang sudah menjatuhkan maruahku hidup-hidup.

“Awak ingat saya takut?” dia sudah mendekati aku semula.

“Awak tak takut? Betul?” soalnya sudah memeluk bahuku. Aku menutup mata dan menggeletar. Memang aku takut jika dia benar-benar hendak mengotakan kata-kata ugutannya. Aku tidak mahu kejadian yang sama berulang lagi dalam hidupku. Aku sangat takut sebenarnya.

“Awak takut ya? Kenapa tubuh ni dah menggeletar?” bisiknya di telingaku. Aku sudah menutup mata. Tetapi ketika telefon bimbit iphone-5s nya berbunyi nyaring, aku bersyukur sangat. Bersyukur kerana aku bagaikan terlepas dari maut!

Aku mendengar lagi dia mendengus dan menatap aku dengan pandangan sayu. Aku pula semakin membenci wajah kacak tidak ada perasaan itu!

“Siapa pula yang menelefon aku saat ini? Siapa pula yang menyibuk masa ni! Baru aku nak dekat dengan Tasya,” katanya seperti berbisik tetapi kenapa aku masih mendengar kata-kata rungutannya. Sepatutnya aku bahagia tetapi kenapa wajahku tidak gembira? Ah, pandainya aku menutup kegembiraan ini!

Baca llagi di putrimanasuha.blogspot.com



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku