Cinta Sang Pilot
SINOPSIS
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 26 November 2013
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
22122

Bacaan






TAJUK: NIKAH TIGA HARI? AKA CINTA SANG PILOT

Novel ini mengisahkan mengenai anak seorang bekas guru iaitu Natasya Umaira yang terpaksa dinikahkan dengan sepupunya pada saat-saat terdesak kerana tunangnya memutuskan pertunangan dan memberitahu orang kampung yang dia sudah mengandung. Ya, dia dituduh mengandung dan orang kampung sudah menyebarkan yang anak seorang guru berbuat perkara songsang dengan tunangnya. Ibu bapanya pula kelam-kabut mencari penggantinya kerana kad jemputan perkahwinan sudah diedarkan sebulan lebih awal daripada tarikh perkahwinan. Sepupunya pula iaitu Nukman Faris meminta dia menandatangani perjanjian seminggu sebelum pernikahan mereka. Perjanjian berat sebelah itu dipersetujui dan sebenarnya Natasya Umaira hanya meminta Nukman Faris menikahinya selama tiga hari. Selepas itu mereka meneruskan hidup mengikut haluan masing-masing tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.

Selepas tiga bulan pernikahan, mama Nukman Faris sudah sepakat dengan keluarga Natasya Umaira hendak membuat majlis persandingan mereka di sebuah hotel terkemuka di ibu kota Kuala Lumpur. Sekali lagi mereka terpaksa bertemu dan tinggal serumah. Ia hanyalah perancangan ibu bapa mereka yang berasa risau dengan hubungan anak-anak mereka yang tidak seperti yang disangkakan mereka.

Amri bekas tunangan Natasya Umaira berasa menyesal memutuskan pertunangannya. Dia bertekad mahu kembali kepada Natasya Umaira dan dia tahu Natasya Umaira dan Nukman Faris hanya kahwin olok-olok sahaja.

Rozaila kekasih Nukman Faris pula menagih-nagih janji Nukman Faris agar menikah dengannya dan menceraikan Natasya Umaira. Nukman Faris memberi pelbagai alasan. Rozaila pula hilang sabar dan mula merancang sesuatu agar perhubungan Nukman Faris dan Natasya Umaira yang semakin rapat itu akan terganggu.

Natasya Umaira sedia diceraikan tetapi atas beberapa sebab yang berkaitan dengan keluarganya, Nukman Faris amat berat hati hendak menceraikan isterinya, Natasya Umaira.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku