MUTASI GEN-X
PROLOG
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 30 November 2013
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
661

Bacaan






Tahun 2063.

Perang anti-Islam semakin berleluasa. Semuanya berpunca daripada aktiviti pengganas yang menimbulkan kekecohan di pelbagai lokasi negara bukan Islam. Bagaikan lembu yang dicucuk hidungnya, serangan balas dilancarkan oleh negara-negara berkenaan dan ia hanya menambahkan kekeruhan yang sedia ada. Serangan demi serangan hanya menambahkan kemelut dan semarak kebencian kedua-dua belah pihak bersama sekutu mereka.

Kewujudan kumpulan pengganas ini masih dipertikaikan oleh banyak pihak. Ada yang mengatakan aktiviti kumpulan ini adalah sebagai tanda tidak puas hati terhadap kekejaman yang dilakukan oleh pihak Yahudi terhadap orang Islam di Palestin dan ia melambangkan kemarahan yang sudah tidak mampu dibendung lagi. Begitu juga nasib yang menimpa negara-negara Islam yang lain seperti Syria dan Iraq. Campur tangan asing telah menyebabkan keadaan kucar-kacir di negara tersebut seperti tikus membaiki labu.

Namun ada juga yang berpendapat bahawa aktiviti keganasan ini adalah satu taktik pihak tertentu untuk menonjolkan keganasan penganut Islam dan sebagai tiket untuk melancarkan serangan ke atas negara-negara tersebut. Sedangkan pada hakikatnya, keganasan ini bukan dilakukan oleh kumpulan yang tertuduh.

Berita telah tersebar di media massa seluruh dunia bahawa sebuah kumpulan militan Islam disyaki menjalankan aktiviti di lokasi yang terletak di kawasan hutan Pahang. Sebuah loji tenaga alternatif dan kawasan penempatan yang berdekatan tiba-tiba menjadi fokus seluruh dunia. Kerajaan telah cuba menafikan kewujudan aktiviti kumpulan militan di kawasan tersebut, namun usaha ini sia-sia sahaja. Pihak Amerika dan sekutunya menganggap negara ini bersekongkol dengan puak tersebut. Akibatnya sebuah perang kecil telah meletus. Amerika melancarkan serangan ke lokasi yang dipercayai adalah pusat gerakan kumpulan itu. Serangan bom nuklear telah menjadikan kawasan itu padang jarak padang terkukur dan kawasan penempatan di situ telah dikosongkan kerana ancaman sisa nuklear.

Beberapa tahun telah berlalu dan bacaan radiasi sisa nuklear sudah semakin berkurangan. Namun lokasi itu masih lagi dibiarkan kosong seperti sebuah bandar hantu atau pekan koboi yang ditinggalkan. Tiada siapa yang berani menghampiri kawasan itu kerana khuatir akan terkena kesan radiasi nuklear yang masih bersisa. Kawasan tanah berlekuk gergasi yang tandus bersama bangunan-bangunan yang ditinggalkan itu amat digeruni dan telah diberi gelaran Kawah Maut.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | BAB 4 | BAB 5 | BAB 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku