What? Katak Puru Suamiku?
BAB 8
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 09 Disember 2013
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1187

Bacaan






Betul ke, itu Kiesha kembar Ashfiq, budak nerd tu? Macam tak percaya je,” Ezrean bermonolog sendiri.

'Kalau betul macam mana?' akalnya pula berfikir.

Kalau betul, macam mana dia boleh berubah sebegitu drastik? Bukan dulu dia gemuk macam badak ke? Takkan dalam masa 4 tahun aku tak jumpa, dia boleh berubah persis Nadia Mustapha?” Ezrean menggaru kepalanya yang tak gatal.

'Masa boleh je mengubah sesiapa, termasuk la diri kau,' akalnya membidas.

Deringan telefon bimbitnya, menganggu khayalannya mengenai Kiesha. Serta-merta, khayalannya sebentar tadi musnah.

Helo,” Ezrean menjawab panggilan menggunakan alat bebas tangan.

Helo, En.Ezrean. Jangan lupa, petang ni Encik ada meeting dengan syarikat Virgo Sdn Bhd,” Wahidah mengingatkan Ezrean tentang mesyuarat yang Ezrean wajib hadiri.

Syarikat Virgo Sdn Bhd, merupakan syarikat pengiklanan yang terkemuka di Malaysia. Uasahasama antara syarikat keluarganya dengan Virgo Sdn Bhd, telah menimbulkan perasaan yang agak pelik bagi Ezrean. Dimana, disitu dia telah mengenali seorang gadis yang membuat hari-harinya serba tak kena.

Sehingga mampu menjadikannya angau, gadis yang mampu membuatnya menjadi sebegitu ialah Riana Aqiesha a.k.a Cik Badak. Sehingga kini, Ezrean tidak tahu bahawa gadis yang dicari selama ini, berada jelas didepan matanya.

Helo En.Ezrean? Masih atas talian ke?” Wahidah bertanya, sebaik Ezrean tidak memberikan respon kepada apa yang baru di bicarakannya.

Ye, saya tahu. Terima kasih kerana ingatkan saya,” Ezrean terus mematikan talian.

Fikirannya terganggu tika ini. Dia seperti terlihat kelibat Riana di bahu jalan, tanpa berfikir panjang, dia menghentikan kereta dengan mengejut. Akibat tindakannya itu, kenderaan dibelakangnya membunyikan hon sebagai tanda marah, kerana memberhentikan kenderaan secara mengejut. Hampir saja, kereta dibelakang melanggarnya.

Hoi! Apa kes kau ni? Tiba-tiba berhenti? Nasib baik aku sempat brek, kalau tak tadi ..”

Amboi cantik bahasa! Sekolah mana dulu?” Ezrean sempat menemplak pemandu yang memarahinya sebentar tadi.

Kau ni faham soalan aku ke tidak? Aku tanya yang kau berhenti tiba-tiba ni kenapa?” Wanita itu masih bertanya.

Saya faham soalan awak, tapi bukan ke lebih elok dan manis, kalau berbudi bahasa dengan orang lain?” Ezrean masih dapat menahan sabarnya,

Kau tak payah nak tunjuk 'budi bahasa' sangat. Kalau kau ada 'budi bahasa', mesti kau fikirkan tentang orang lain kat atas jalan ni. Lagipun bukan kau seorang yang guna jalan ni,” wanita itu mengerakkan jari telunjuknya, bila menyebut 'budi bahasa'.

Maafkan saya Cik, saya tak sengaja memberhentikan kenderaan dengan mengejut, cuma tadi ada orang melintas. Setahu saya, dia jugak ada hak ada jalan raya, bukan Cik sorang je kan?” Ezrean sempat memerli wanita yang dianggap tidak berbudi bahasa.

Kau jangan nak putar belit cerita! Kau tahu tak, gara-gara kau, aku dah terlepas meeting yang penting untuk syarikat aku! Sekarang siapa yang nak bertanggungjawab?” wanita itu memarahi Ezrean sambil membetulkan kacamata hitamnya.

Kalau itu masalah yang Cik hadapi sekarang, saya boleh selesaikan masalah Cik. Saya akan bertanggungjawab,” ucap Ezrean sambil memandang wajah wanita itu.

Kau ingat, kerugian yang syarikat aku terpaksa tanggung, sikit?” gertak wanita itu tanpa ada tanda yang kemarahannya akan reda.

Cik tulis amaun, yang syarikat Cik tanggung atas cek ni,” Ezrean mengeluarkan buku ceknya, dan menandatangani cek itu, dan menyerahkan kepada wanita itu.

Macam mana aku nak tahu, ni bukan cek tendang?” wanita itu masih curiga.

Okey, andai kata pihak Cik tak dapat nak tunaikan cek tu. Cik boleh datang terus ke pejabat saya. Ni kad saya, Cik boleh call bila-bila masa yang Cik perlukan,” Ezrean menyerahkan kad perniagaannya.

Wanita itu mengambil cek dengan kad yang Ezrean hulurkan. Sempat dia membelek nama yang tertera di atas kad tersebut, sambil tersenyum sinis.

Okay, aku akan cari kau. Jangan kau pulak yang lari dah la,” seraya itu, wanita itu membuka pintu keretanya dan meninggalkan Ezrean berseorangan.

Ezrean geleng kepala melihat tingkah wanita itu. Rasa seperti dia pernah bertemu dengan wanita itu sebelum ini, tetapi dia tidak ingat di mana. Tanpa berlengah, dia terus memasuki keretanya dan meneruskan perjalanannya.

Seperti dijangka olehnya, Wahidah pasti akan menghubunginya. Bertanyakan lokasi dia, kerana mesyuarat yang penting harus dihadirinya. Telefon bimbitnya mula bergetar sebaik dia melepasi lampu isyarat.

Hello En.Ezrean. Encik di mana? Pihak Virgo sedang menanti Encik dalam bilik mesyuarat ni,” Wahidah terus bercakap sebaik panggilannya bersahut.

Saya dalam perjalanan ke pejabat, minta mereka tunggu saya sekejap. Dalam 15 minit lagi, saya sampai pejabat. Sebelum saya terlupa, awak dah inform dengan Qairulnisa tentang meeting ni? Dia mesti kena ada sekali semasa perbincangan dengan pihak Virgo,” Ezrean menanggalkan kacamatanya, kerana ia menganggu pemanduannya dalam hujan.

Cik Qairulnisa? Maafkan saya, saya terlupa nak inform dia, saya akan inform dia sekarang En.Ezrean,” Wahidah mengakui silapnya, kerana mengabaikan Cik Qairulnisa, sedangkan dia sendiri tahu bahawa Qairulnisa wajib sertai meeting tersebut.

Wahidah, how can you forget about her? Did you know, she very important in this meeting?” Ezrean mula menaikkan suaranya.

Maafkan saya En.Ezrean. Saya akan inform pada dia sekarang,” Wahidah segera mematikan talian. Dia tahu, pasti dia akan dibebelkan oleh Ezrean jika masih atas talian.

Macam mana la dia buat kerja ni? Dah 6 tahun kerja dekat company tu, tak kan tak tahu lagi,” Ezrean menghentak stereng keratanya sebagai tanda protes.

Ezrean masih melangkah dengan tenang menuju ke bilik meeting, walaupun kemarahannya terhadap dua wanita itu masih bersisa. Dia mengawal emosinya, agar tidak mengganggunya semasa meeting dengan pihak Virgo, sebentar nanti.

Hello Qiesha, kau dekat mana?”

Hei! Dah tak reti nak bagi salam ke?” soal Riana Aqiesha sebaik menjawab panggilan dari rakan sekolejnya, merangkap kawan baiknya.

Err, sorry. Aku terlupa, assalammualaikum Qiesha,” rakannya itu sengaja melembutkan suaranya.

Ha, reti pun nak bagi salam. Kau kena ingat, kau tu orang Islam. Bukannya orang putih. Ni ada apa call aku ni? Siap tanya aku dekat mana lagi?” Riana memerli rakannya itu.

Kan aku dah minta maaf? Tak kan nak call kawan sendiri pun tak boleh? Aku tanya kau dekat mana, sebab takut menganggu kau. Mana la tahu, kau tengah spend time dengan kekasih kau ke? Tak nak la, dianggap kacau daun,” sengaja mengacau Riana.

Sejak bila pulak, aku ada kekasih ni? Jangan buat fitnah ye? Sesungguhnya fitnah itu lebih kejam dari membunuh,” Riana sempat berkhutbah percuma.

Aku bukan fitnah la Qiesha, mana la tahu kau nak sorok dengan aku. Kau pun perahsia juga orangnya,” dia tidak mahu mengalah.

Okay-okay, straight to the point. Ada apa kau call aku ni? Aku ingat kau dah lupa kawan,” Riana mengacau kopi sambil menjawab panggilan kawannya itu.

Sampai hati, kau tuduh aku macam tu? Aku bukannya lupakan kau, buktinya aku masih menghubungi kau. Cuma, lately ni aku busy. Kau pun tahukan, yang aku baru memulakan perniagaan? Banyak benda, yang aku kena uruskan,”

Maafkan saya, Cik Asyikin. Saya terlupa tentang bisnes awak. Kebetulan kau tanya aku dekat mana, ni aku nak bagitahu kau. Sebenarnya aku ada dekat depan butik kau ni, naik lenguh kaki aku berdiri. Tekan loceng, tapi macam tak da orang kat sini,” Riana merengus sambil menyelak rambutnya yang jatuh.

Ha? Kau biar betul? Jangan main-main. Aku dari tadi tak dengar bunyi loceng pun?” Asyikin terkejut dan segera berdiri, apabila Riana memberitahu bahawa dia sudah ada di depan butiknya.

Tak dengar? Aku rasa loceng kau ni rosak kot, cuba kau pergi dekat pintu butik kau ni, kau tengok sendiri. Aku main-main ke betul-betul?” Riana mengarahkan Asyikin intik menjemputnya masuk.

Asyikin apalagi, terus berlari menuju ke pintu. Terkejut bercampur gembira hatinya saat itu. Sudah dua bulan dia tidak bertemu dengan sahabat baiknya itu.

Kau apa khabar?” Asyikin bertanya, seraya itu dia terus memeluk tubuh Riana.

Bertuah punya kawan, dari tadi call aku. Baru sekarang, nak tanya khabar? Aku sihat, sama macam dulu jugak, tak da yang berubahnya,” Riana membalas pelukan sahabat yang amat dirinduinya itu. Dengan pertolongan Asyikin, Riana mampu menguruskan berat badannya. Riana terhutang budi dengan Asyikin.

Hahaha... sorry la Qiesha. Aku excited sangat dapat cakap dengan kau. Aku baru plan, nak ajak kau keluar, tak sangka kau yang datang jumpa aku,” Asyikin menjemput Riana masuk ke butiknya.

Wait! Kau panggil aku apa tadi? Kurang jelas la, boleh ulang balik?” Riana melabuhkan punggungnya ke sofa. Kakinya yang sakit, akibat berdiri terlalu lama di urut perlahan.

Aku panggil kau Qiesha, kenapa?” Asyikin mengerutkan dahinya. Pelik bila Riana bertanyakan soalan sebegitu.

Asal kau panggil aku Qiesha? Bukan aku dah cakap ke? Panggil aku Riana, aku tak nak orang tahu yang aku Qiesha a.k.a Cik Badak!” agak keras suara Riana tika ini.

Alamak, aku terlupa. Kau tak nak aku panggil kau Qiesha, sebab kau tak nak orang lain tahu identiti kau kan?” Asyikin mula tersedar.

That's right! Aku tak nak sesiapa pun tahu, yang aku Qiesha. Lagi-lagi si katak puru dengan kuncu-kuncunya tu,” Riana bangun dari sofa dan menuju ke pantri untuk buat air, kalau nak tunggu Asyikin yang buatkan, mahu dia mati kehausan.

Asyikin ni kalau dah dapat berborak, makan dan minum pun dia terlupa. Riana dah kenal sangat dengan perangai sahabatnya itu.

When you mention about 'katak puru', baru aku teringat sesuatu. Guess what, aku jumpa siapa tadi?” Asyikin membengkokkan jarinya apabila menyebut 'katak puru'.

Kau ni, macam tak kenal aku pulak. Kau tahu kan, yang aku tak suka nak main teka-teka? Just tell me, who?” Riana meletakkan air oren yang dibancuhnya di atas meja.

Kau tunggu kejap, aku nak ambil sesuatu,” Asyikin segera bangun dan mengambil sesuatu dari dalam beg tangannya.

Sebaik sampai dekat dengan Riana, Asyikin menyerahkan sesuatu kepada Riana.

Apa benda ni? Just tell me,” Riana meletakkan mugnya atas meja sambil membelek pemberian Asyikin.

Hampir sahaja Riana menghamburkan air yang di teguknya keluar, sebaik melihat dan membaca nama yang tertera di atas kad tersebut.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | BAB 4 | BAB 5 | BAB 6 | BAB 7 | BAB 8 | BAB 9 | BAB 10 | BAB 11 | BAB 12 | BAB 13 | BAB 14 | BAB 15 | BAB 16 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku