GERAK GEMPAR
FRAG 2
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 14 Disember 2013
Ini adalah novel genre aksi yang rare! Novel perisikan ketiga saya setelah MENITI MAUT dan DETIK DEBAR. Kali ini GERAK GEMPAR membawa anda merentasi benua hingga ke Kwanza dan Somalia, Afrika; Houston Texas; Madinah, Saudi Arabia dan juga ke Phuket, Thailand. Ramai pembaca yang komen mengatakan membaca novel ini seperti menonton wayang! Selain aksi, saya juga selitkan elemen suspens, derita, humor dan elemen cinta sebagai perencahnya. 520 halaman, RM30.00 sahaja. SIla ke FB Novel Gerak Gempar!
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
18

Bacaan






FRAGMEN 2: SIAPA YANG SABOTAJ?

RAUZAH mendengus beberapa kali. Panggilannya kepada Quando Jabuti,Menteri Petroleum Kwanza tidak berjawab. Dia ingin tahu mengapakah kaum Shavarmelakukan angkara kejam itu terhadap pekerjanya? Sepengetahuannya, kaum Shavaradalah golongan yang tidak akan mungkiri janji.

Dia temui maklumat itu di dalam internet, melaluipergaulannya dengan para pekerja Kwanza Oil Company, malah dari Quando Jabutisendiri. Pasti ada sebab mengapa ia terjadi. Mungkinkah pihaknya sendiri yangmelanggar apa-apa perjanjian?
           Apakah ada bahagian di hutanbelantara Kwanza itu diterokai sewenang-wenangnya oleh para pekerjanya? Takmungkin. Dia tahu. Dia yang mengepalai operasi di sini. Sekali lagi Rauziahmencapai fonsel. Dia memanggil lagi Quanto Jabuti untuk berbincang.
             “Halo…”
             “Halo… ya… Rauzah…”kedengaran suara Quando Jabuti menjawab. Suara itu bukan setakat muncul daricorong fonsel sahaja, malah dari luar pintu bilik pejabatnya. Malah, suaraQuando dari luar pintu itu lebih kuat dari suara di corong fonsel. Lelaki itumenguak pintu.
             “Kenapa tak jawab panggilansaya?” tanya Rauzah sambil memandang Quando yang tersengih-sengih masuk kebiliknya.

“Masa awak telefon saya, saya dah sampai di depan kem.Lebih baik saya jumpa awak sendiri dari menjawab telefon!”

“Habis? Kenapa awak jawab juga panggilan saya bila awakada kat depan bilik saya?”

 Quando hanyatertawa tanpa suara.

“Hmmph! Okey, okey… itu tak penting. Yang lebihmustahak, awak tahu tak apa yang terjadi?”

“Ya! Saya dapat berita itu setengah jam tadi. Saya adaurusan di bandar, tadi. Jadi lebih baik saya jumpa awak sendiri untukberbincang. Tapi…” katanya lalu duduk. “Tapi, apakah pihak kita sendiri yangmungkir janji? Apakah kita ada buat penerokaan baru di luar kawasan yang kitadan kaum Shavar setujui?”

“No! No! No! Tak pernah Quando. Tak pernah. Tiga perigi minyak yang kita galiitu pun baru keluarkan hasil. Awak bukan tak tahu, saya mesti beritahu awakbila kita nak buat perigi baharu. Mana mungkin budak-budak saya pandai-pandaiteroka tempat lain di dalam hutan tu?”

“Habis tu, kenapa mereka serang kita?”

“Awaklah yang perlu beritahu saya, mengapa?”

“Okey… esok saya akan…”

“No, no, no, Quando! Awak tak boleh tunggu esok. Awak tahu tak, orang saya dahcedera, tau?  Kalau awak tak dapatkanmaklumat itu sekarang, siapa yang boleh gerenti malam ini tak ada pekerja sayayang mati diserang?”

“Now?”
“Now!”

“Okey….” Sambil mengeluh dalam, Quando mendail fonselnya.

Sebaik sahaja panggilannya berjawab, dia berdiri.Langsung bertutur dalam bahasa etnik Shavar. Suaranya yang parau menghingaribilik itu. Suaranya keras. Meninggi dan membentak-bentak. Sambil bercakap,tangannya terkibar-kibar ke udara, seolah-olah orang yang berbincang itu ada dihadapannya. Sesekali matanya memandang Rauzah yang asyik memerhati dan menantikhabar apa yang akan dibawa Quando kepadanya.

Rauzah menunggu. Dia tidak faham apa yang Quandocakapkan kepada orang yang sedang dihubunginya. Namun, dia tersenyum sedikitbila terkenangkan bagaimana Quando menyapanya dalam bahasa Melayu padamesyuarat pertama di antara Malpetro dan Kwanza Oil Company, syarikat minyakmilik negara itu. Sungguh. Dia tidak menyangka menteri minyak Kwanza itu pernahmenuntut di UIA dalam jurusan undang-undang.
           “Rauzah…” kata Quando perlahansebaik sahaja dia menamatkan perbualan.
Lamunan Ketua Pengarah Operasi Malpetro itu terus terbang menghilang.Pandangannya tak lepas dari memerhati menteri itu. Kaget kerana Quando nampakmarah-marah tatkala bercakap di fonselnya sebentar tadi. Tetapi kini suaranyamengendur perlahan. Mengapa pula?
            “Saya dah bercakap denganorang perantara kaum Shavar. Dia kata, kaum Shavar sudah lama tinggalkan kawasancarigali minyak kita. Mereka dah bergerak jauh dari situ kerana percaya denganjanji kita yang tak akan rosakkan hutan mereka.”

“Jadi, siapa punya angkara? Saya sendiri tengok lembingyang tertusuk di perut pekerja saya itu lembing kaum Shavar!” jawab Rauzah.

“Saya tak tahu. Tapi saya yakin orang yang bercakapdengan saya itu berkata benar. Saya pun tahu budaya kaum Shavar. Mereka akanpegang janji sampai mati. Tidak ada balu atau duda kaum Shavar yang kahwin lainjika salah seorang daripada mereka meninggal dunia kerana mereka berpegang padajanji.”

“Kalau begitu, apakah ada pihak lain yang lakukan?”

“Pihak lain? Sabotaj?” tanya Quando.

“Hmm. Sabotaj.”

“Tak mungkin,” ujar lelaki itu sambil menggeleng lambat.Ada bayang gusar di wajahnya.

“Macam mana pun, saya harap ia tak akan ganggu majliskita petang esok,” kata Rauzah sambil mengeluh dalam.

"Saya pun mahu Presiden Alberto rasmikan majlisyang penting itu. Ia komitmen yang akan buat Extron faham Kwanza memang mahu Malpetrodan Malaysia menjadi rakan niaganya."

            Kedua-duanyaterangguk-angguk setuju. Faham dengan apa yang masing-masing maksudkan. Betapapun, hati kecil Rauzah masih berasa kejadian itu bukan angkara kaum Shavar.Siapa pula yang dengki dengan kerjasama baik syarikat Malpetro dengan KwanzaOil Company?

Lantas dia berpaling ke luar jendela. Matanya menyusurke panorama hutan belantara yang terbentang luas penuh kehijauan. Tidakmenyedari yang Quando Jabuti  merenungnyadiiringi dengan gelengan.

GERAK GEMPAR sudah berada di pasaran. Kunjungi FB Novel Gerak Gempar!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku