GERAK GEMPAR
FRAG 3
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 14 Disember 2013
Ini adalah novel genre aksi yang rare! Novel perisikan ketiga saya setelah MENITI MAUT dan DETIK DEBAR. Kali ini GERAK GEMPAR membawa anda merentasi benua hingga ke Kwanza dan Somalia, Afrika; Houston Texas; Madinah, Saudi Arabia dan juga ke Phuket, Thailand. Ramai pembaca yang komen mengatakan membaca novel ini seperti menonton wayang! Selain aksi, saya juga selitkan elemen suspens, derita, humor dan elemen cinta sebagai perencahnya. 520 halaman, RM30.00 sahaja. SIla ke FB Novel Gerak Gempar!
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
39

Bacaan






FRAGMEN 3: KECOH DI JALAN BANGSAR


Jalan Pantai Baru,Kuala Lumpur

 

3.50 PETANG. Jalan Pantai Baru menghala ke Jalan Bangsar dipenuhikenderaan. Keadaan semakin sesak bila sebahagian jalan ditutup untukkerja-kerja menyenggara tiang jejambat LRT. Kerana keadaan itu, lampu trafikyang berfungsi pun gagal menyurai kenderaan dengan lancar. Anggota polis trafikyang bertugas di situ pun belum sampai lagi.

            Fariz Zafar turutgelisah. Dia menekur memandang jamnya. Tinggal dua jam lagi waktu berlepas keJeddah. Fariz perlu ke KLSentral. Daripada situ, dia akan mengambil tren ERLuntuk ke KLIA. Jejarinya mengetuk-ngetuk stereng untuk mengurangkan stres.Sudah dua kali lampu bertukar hijau dan kemudiannya merah. Namun dia tidaksempat melepasi lampu.

Pemuda tegap berusia 24 tahun ini adalah seorang ejenperisik. Sudah lebih dua tahun bertugas dengan Biro Risikan Negara atau BISIK. Tugasan pertamanya mengendalikanmisi dalam mengekang penaklukan penjajah ekonomi ke atas syarikat-syarikat diMalaysia menerima pujian dari pihak atasan. Tugasan kedua menghalang pembunuhanPresiden Amerika di Malaysia mendapat pengiktirafan Perdana Menteri pula. 

‘Mengapalah kereta BMW kat depan ini perlahan sangat?Kalau laju sikit, aku dah lepas simpang ni,’ getus Fariz di dalam hati.

Fariz bimbang lewat. Setengah jam tadi dia keluar dariapartmen di Damansara One membawa beg pakaian untuk ke KLIA. Oleh kerana diabaru pulang dari operasi di Pulau Pinang pagi tadi, dia tidak sempat mengemaspakaian. Baju kotornya direjam sahaja ke dalam mesin basuh. Baju bersih dariampaian diperuk-peruk sahaja ke dalam beg pakaiannya sebelum dia berlarimenuruni tangga. Lif? Ah, berlari lebih cepat untuk sampai ke bawah.

 

SEPULANGNYA dari operasi pada jam 8.00 pagi tadi, dia ke BISIK untukmelapor diri, menulis laporan, mengisi borang tuntutan dan menyerah segalaperalatan perisikan ke pejabat. Walaupun dia tidak suka kerja-kerja pejabat,dia mesti bereskan kesemuanya. Kalau tidak, dia akan kena leter.

            “Kalau engkau malasisi borang claim, akak tak nak tolonghantar kat admin. Nanti,  bila pokai sebab tak dapat duit claim, jangan buat muka seposen katakak!” rungut Normala Mustakim rakan sejawat dan mentornya. “Laporan tu kenasiap pagi ini jugak. Bos nak tengok. Kalau Fariz tak buat, akak yang kenabebel, tau!”

            “Okeylah, okeylahkak. Akak ni bisinglah. Orang tengah fikir nak susun ayat laporanlah ni,” jawabFariz dengan wajah mencuka.

            “Eh? Mengarang puntak pandai? Masa sekolah dulu, BM dapat berapa? Ha, itulah… orang suruh kaupergi sekolah, engkau panjat pokok pisang!”

            Normala sempatmenangkap pen yang direjam geram Fariz sebelum melontarnya kembali kepada ejenitu sambil tertawa terkekeh-kekeh. Dia tahu Fariz meluat dengan leterannya.Tapi dia memang suka menyakat juniornya itu.

 

LAMPU bertukar hijau. Fikiran Fariz kembali ke situasi dan saat ini.Beberapa buah motorsikal yang berada di hadapan garisan sudah bergerak. Farizbersedia untuk menukar gear. Menanti BMW di hadapannya memecut.

            Namun kereta itutidak dapat meluncur kerana ada sebuah motorsikal di hadapannya. Nampak sepertirosak bila si penunggang kelihatan beberapa kali cuba menghidupkan enjinnya. Sipembonceng kelihatan tertoleh-toleh ke arah BMW itu.

            Kedengaran bunyihon BMW. Kenderaan lain di belakang kereta Fariz pun menekan hon. Menzahirkangeram. Walaupun perasaannya mula hangat, Fariz cuba bersabar. Menantimotorsikal di hadapan BMW itu bergerak atau beralih ke tepi. Kelihatan pemanduBMW itu keluar dari kenderaannya. Nampak tangannya terkirai-kirai memarahipenunggang dan pembonceng motorsikal itu.

            Fariz separuhtergelak melihat gelagat orang kota. Terasa seronok bila dapat melihat orangbertekak. Terlupa seketika yang dia juga makin lewat. Tiba-tiba Fariz terkejutbila si pembonceng mengeluarkan pistol!

            ‘Tam! Tam! Tam!’

“Wo, wo, wo! Apasal engkau tembak dia?” gumam Fariz.“Aku dah lambat ni! Korang ni ada-ada saja lah!”

            Dia meraba-rabamencari pistol di pinggangnya. Untuk digunakan kerana perlu. Sebagai ejen, diapeka bila sesuatu kejadian jenayah terbentang di depan matanya.

‘Alamak! Aku dah pulangkan…’ katanya di dalam hati.Fariz teringat pistolnya sudah diserahkan kepada pegawai logistik sepulangnyadari operasi pagi tadi.

Fariz membuka pintu dan lekas-lekas keluar mengejarmereka. Tanpa mempedulikan pemandu BMW yang terhencut-hencut dan tersandar ditiang jejambat LRT. Si penunggang motorsikal nampak Fariz mendatanginya. Dalamkeadaan kelam-kabut untuk cabut lari, motorsikal penjahat itu melelong sebelummenghentam bonet lori pikap di depannya. Pada kesempatan ini, Fariz melakukan cat leap, suatu gerakan sukan parkour yang menjadi amalannya. Sebaiksahaja kedua-dua tangan dan kakinya hinggap ke belakang pembonceng itu, diasegera menarik lelaki itu hingga jatuh ke jalanraya.

            ‘Pistol! Pistol!Pistol!’ Fariz mengingatkan dirinya.

            Tangannya segeramengagau pistol yang tersisip di pinggang si pembonceng motorsikal. Kini pistolpembonceng motorsikal itu dalam genggamannya. Berlaku pergelutan bila sipembonceng cuba merampas pistolnya kembali.

            ‘Tam!’

            Fariz melepaskantembakan. Dia sempat memandang seluar lelaki itu berasap. Darah merah kelihatanmeresap di bahagian lutut lelaki itu. Wajah si pembonceng motorsikal yang padamulanya tampak garang sudah berubah panik. Tanpa kasihan, Fariz menendanglelaki itu. Dia jatuh terduduk. Lalu Fariz menghalakan pistolnya pula kepada sipenunggang motorsikal pula. Lelaki itu cepat-cepat mengangkat tangannya.

            Walaupun lelaki itusudah menyerah kalah, tanpa teragak-agak Fariz melompat dan menendang juga mukasi penunggang motorsikal. Sengaja memberi shocktreatment. Penjenayah mesti diajar kerana mereka kurang ajar! Biar diabertindak sebelum dia diapa-apakan pula. Lelaki itu jatuh terlentang. Tangankanannya terhentak ke ekzos motorsikal.

            “Arghhhhh….” Diaterbangun secara spontan bila tangannya terkena ekzos yang panas.

            Fariz mahu sahajatersembur tertawa melihat lelaki itu menghembus-hembus lengannya yang pijar. Dalamsituasi yang genting itu pun masih ada komedinya. Tetapi dia menyimpan sahajatawanya di dalam hati. Fariz menyasarkan pistol ke arah kedua-dua lelaki itu.Mereka berdua mengangkat tangan. Tinggi kerana panik. Mereka tidak menjangka,kerja mudah mengambil upah membunuh orang menjadi susah bila bertemu FarizZafar.

            “Woi! Apa hal?”

            Fariz menoleh.Seorang anggota polis trafik yang bertugas mengawal lalulintas di persimpanganitu baru tiba. Dia memarkir motorsikalnya di bawah jejambat LRT.

            “Dia oranggangster, bang! Dia baru tembak mangsa. Tahan diaorang.” ujar Fariz seraya menyerahkan pistol kepada anggotapolis itu.

            Anggota PDRM itumemandang kedua-dua penjahat itu. Kemudian pandangannya tertumpu pula padapemandu kereta BMW yang kini terbaring di sebalik tiang LRT. Dia nampak cerminkereta BMW yang ditembusi peluru. Kesemua bukti visual itu sudah cukup untuknyabertindak. Dia segera menghubungi ibupejabat meminta bantuan.

            Fariz memandangjalan yang tetap sesak di hadapannya. Dia menekur memandang jam. Tinggal duajam mahu berlepas. Apa akalnya untuk cepat tiba ke KLSentral sebelum ke KLIAdengan ERL? Dia terpandang motorsikal kapcai kepunyaan anggota polis trafikitu.

            “Bang! Pinjammotor, bang! Saya nak cepat pergi KLSentral. Naik kereta, lambat. Jalan jem!”

            Anggota polis itutertoleh. Terkejut terpandang Fariz yang sudah mencapai motorsikalnya.

            “Abang pakailahkereta saya tu. Saya bagi pinjam. Dua minggu!”

“Woi!” laung polis itu. Memandang Fariz yang mulamenjauh.

            “Ambil motor abangni kat KLSentral, ya? Kat depan Pondok Polis! Saya dah lambat ni! Nak pergiumrah!” jerit Fariz, meninggalkan anggota PDRM itu dalam keadaan bingung.

Novel Gerak Gempar sudah berada di pasaran, Kunjungi FB Novel Gerak Gempar!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
FRAG 1 | FRAG 2 | FRAG 3 | FRAG 4 | BAB 5 | BAB 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | BAB 11 | Bab 12 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku