GERAK GEMPAR
FRAG 4
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 14 Disember 2013
Ini adalah novel genre aksi yang rare! Novel perisikan ketiga saya setelah MENITI MAUT dan DETIK DEBAR. Kali ini GERAK GEMPAR membawa anda merentasi benua hingga ke Kwanza dan Somalia, Afrika; Houston Texas; Madinah, Saudi Arabia dan juga ke Phuket, Thailand. Ramai pembaca yang komen mengatakan membaca novel ini seperti menonton wayang! Selain aksi, saya juga selitkan elemen suspens, derita, humor dan elemen cinta sebagai perencahnya. 520 halaman, RM30.00 sahaja. SIla ke FB Novel Gerak Gempar!
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
59

Bacaan






FRAGMEN  4: PENGUMUMAN GEMPAR PM MALAYSIA!

Jabatan PerdanaMenteri, Putrajaya

 

4.00 PETANG. Semua videocam sudah terpacak di tripod masing-masing.Kamera saluran-saluran televisyen utama Malaysia, RTM, Bernama TV, Astro Awani,TV Hijrah TV3 dan SinarTV sudah diatur menghadap ke arah sebuah rostrum dibilik pejabat Perdana Menteri Malaysia.

Sambil menanti rakaman khas dari PM, para jurukamera danwartawan kini bersembang sesama mereka. Perbualan masing-masing tampak seriusmembicarakan apa yang akan berlangsung secara live sebentar nanti. Namun kadangkala perbualan mereka disulamidengan gelak ketawa. Tetapi tidak kuat dan lepas seperti mana lazimnya keranamenghormati tempat mereka berada – di bilik pejabat Perdana Menteri. 

Sekali-sekala ada di antara mereka yang tertoleh kepintu masuk bilik itu. Mengharap PM akan muncul. Kerana itu, bila pintuterkuak, masing-masing terhenti berbual. Tetapi perbualan mereka diteruskankembali bila orang yang muncul bukannya PM, sebaliknya para pegawai JPM.

Seorang dua wartawan mula memandang jam dinding. Adayang mula bertanya kepada pegawai yang berada di bilik itu. Tidak sabar lagimenunggu. Mereka datang beramai-ramai kerana dipanggil oleh Jabatan PerdanaMenteri kerana ada pengumuman penting yang akan dibuat PM. Pengumuman yangmereka sudah jangkakan. Tetapi, di mana PM? Bila lagi PM akan muncul? Pintuterkuak…

“Assalamualaikum…”

“Waalaikumsalaaaaam…”

Panjang jawapan para wartawan menyahut ucapan salam PM.Masing-masing memandang lelaki tinggi dan segak yang memasuki ruang bilik ini.Mengekori pergerakan lelaki penting Malaysia ini melangkah ke rostrum. Beberapaorang wartawan yang hampir dengan PM menghulurkan tangan bersalaman. PMmenyambutnya dengan senyuman.

“Hensemlah PM pada petang ni!” tegur seorang wartawanyang tinggi gempal.

“Saya yang hensem ke… atau baju saya yang kemas, Palie?”soal PM kembali kepada Fazli, wartawan Sinar Harian yang dikenalinya.

Jawapan itu disambut dengan gelak ketawa anggota mediayang lain. Masing-masing ingin menceriakan suasana. Maklumlah, sesekali bilabertemu PM di majlis yang khas untuk anggota media, mereka tidak mungkin mahumemeningkan kepala PM dengan pelbagai soalan yang akan menimbulkan masalahkepada pemimpin itu. Lebih-lebih lagi di majlis yang amat penting dan bermaknapada petang ini.

“Datuk Seri nampak konfiden. Macam boleh menang sapubersih, aje,” celah seorang wartawan senior wanita yang bertubuh bulat.

Kata-kata itu disambut dengan gelak ketawa lagi. PMhanya tersenyum dan terangguk-angguk. Beliau turut ceria bila mendengar pujianitu. Di hatinya, kata-kata wartawan itu ada benarnya. Memang dia yakin. Amatyakin dengan apa yang bakal dilaluinya.

Wajah PM mula serius sebaik sahaja beliau berdiri dibelakang rostrum. Jurumekap yang tercegat berhampiran lekas melangkah danmenyapu wajahnya dengan kertas tisu. Tali leher PM dikemaskannya agar elok dilensa kamera. Kamera kesemuanya sudah terpasang untuk merakam pengumuman PMyang akan dibuat sebentar lagi.

Jurukamera Bernama TV mengangkat tangannya.Mengembangkan kelima-lima jarinya. Kemudian dia menguncupkan jejarinya danmembuka empat jari, kemudian… tiga jari, dua jari dan akhirnya mengunjukisyarat bagus menandakan PM boleh mula berucap.

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salamsejahtera. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dapat bersama-sama anda sekalianpada petang ini. Saya ingin memaklumkan kepada rakyat Malaysia bahawa pada pagitadi saya telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yangdi-Pertuan Agong bagi menyerah warkah kepada baginda memohon perkenan supayaparlimen dibubarkan pada hari ini, Khamis 4 Mei 2023.

Sehubungan dengan itu, selaras dengan peruntukanperlembagaan persekutuan, baginda telah berkenan bagi parlimen ke-15 dibubarkanberkuatkuasa hari ini. Justeru itu saya menasihat ketua-ketua kerajaan negeriberkenaan untuk menghadap ketua menteri mereka bagi mendapat perkenan pembubarandewan undangan negeri masing-masing bagi pilihanraya umum dapat diselaraskansecara serentak di seluruh negara.”

                    

PENGUMUMAN Perdana Menteri itu menjadi tumpuan di seluruh tanah air.Skrin-skrin TV di jabatan-jabatan kerajaan, kafe dan kopitiam, dewan dankantin, lapangan terbang, stesen keretapi dan komuter, teksi dan bas serta diruang-ruang tamu kediaman menjadi tatapan rakyat pada ketika itu. Rakyat yangmenanti berasa teruja kerana akhirnya Perdana Menteri mengisytiharkanpembubaran parlimen yang akan diikuti dengan PRU-16.

            Di jalan-jalanraya,kenderaan membunyikan hon tanda gembira. Rakyat seronok kerana sekali lagimereka berpeluang untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat di sebuahnegara demokrasi. Pasaran saham pada petang itu ditutup lebih rendah keranasentimen pasaran yang lebih berhati-hati menjelang pilihanraya.


Novel Gerak Gempar sudah berada di pasaran. Kunjungi FB Novel Gerak Gempar!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
FRAG 1 | FRAG 2 | FRAG 3 | FRAG 4 | BAB 5 | BAB 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | BAB 11 | Bab 12 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku