Kan Aku Dah Kata!!!
Bab 5
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 29 Disember 2013
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
1788

Bacaan






Bab 5

Sorry I lambat,” jelas Ellyssa apabila dia duduk berhadapan dengan Fakhrul yang sudah siap menantinya. Lelaki itu kelihatan tampan dengan kemeja lengan panjang berwarna putih susu, berslack hitam dan bertali leher corak abstrak berwarna kuning dan hitam. Rambutnya memang sentiasa dipotong pendek dan disikat kemas, menambahkan keanggunan penampilannya.

“Biasalah you tu,” perli Fakhrul dengan senyuman panjang. Wajah gadis yang masih berdiri di hadapannya direnung penuh rasa rindu yang membuak. Ellyssa semakin jelita. Tidak ada mana-mana lelaki yang tidak akan menoleh apabila gadis ini melewati pandangan mereka. Apabila Ellyssa mula membalas pandangannya, cepat-cepat Fakhrul meredupkan pandangan matanya.

“Tolong sikit ya. I punctual tau. Cuma hari ni jem teruk sebab ada accident tadi. Driver teksi tu pun jujur dan amanah betul. Langsung la tak tahu nak cilok-cilok sikit. Panas hati I. By the way, you apa khabar? Ke mana menghilangnya selama ni?” Tanpa sempat Fakrul mengenakannya kembali Ellyssa terus melemparkan soalan cepu emas.

“Amboiii…..macam wartawan dunia hiburan la kau ni Ell,” jawab Fakhrul kemudian ketawa mengekeh. “I tahu lah you rindukan I tapi sabar-sabar la nak terkam pun.” Fakhrul sengaja mengusik lagi gadis di depannya. Bulat mata Ellyssa memandangnya. Kemudian bibir nipis itu lebar mengukir senyuman manis.

Memang sudah lama, hampir tiga tahun mereka tidak bertemu atau bertanya khabar. Bukan salah Ellyssa. Salah adalah di pihaknya sendiri yang membawa diri untuk memberi perhatian sepenuhnya kepada perancangan yang telah lama diatur.

“Kenapa you tak drive jer?” tanya Fakhrul. Ada kejutan di wajah Ellyssa tatkala soalan itu dilontarkan. Kedengaran pula keluhan kecil dari bibir nipis itu.

“Tak perlu I jawab kan, sebab jawapannya sudah sedia you maklum,” jawab Ellyssa perlahan. Fakhrul tersentap. Memang tidak sepatutnya dia bertanyakan soalan itu. Rasa mahu ditampar sahaja mulutnya kerana tidak mahu menunggu otaknya untuk memproses soalan yang sepatutnya ditanyakan.

Tiba-tiba suasana menjadi sunyi antara mereka. Kedua mereka saling berpandangan. Ellyssa memberikan senyuman pendek, merenung sebentar ke bawah kemudian menarik nafas panjang seketika.

“I minta maaf Ell. I ingat ada perubahan yang berlaku di sepanjang tempoh tiga tahun ni,” ujar Fakhrul dengan wajah yang sedih.

Ellyssa menarik nafas panjang kemudian mengukir senyuman di bibir. Dia tidak mahu terus mengingati kisah yang lepas kerana yang berlaku telahpun berlaku. Orang yang disayanginya tetap tidak akan dapat berdiri di hadapannya semula.

“I rindukan you Fakhrul. Selama ni I tertanya-tanya kenapa you menghilang secara tiba-tiba. Dah lah masa tu I memang perlukan you sangat-sangat. You kan tahu apa yang telah I alami dulu,” tanya Ellyssa sekadar ingin mengubah topik perbualan mereka sebelum ini. Tetapi sedu hatinya tidak dapat disembunyikan kerana suara Ellyssa jelas terdengar getarannya. Anak matanya menari-nari meneroka wajah lelaki di hadapannya itu.

Fakhrul juga sepertinya. Wajahnya lemah. Ada kesakitan yang masih berbisa dalam pandangan matanya.

“Maafkan I Ell. I tahu I tak sepatutnya buat macam tu. Tapi I rasa you tahu kan kenapa I pergi,” jawab Fakhrul perlahan. Ayatnya keluar satu persatu. Seolah-olah dia sudah mengarangnya sebelum diluahkan kepada Ellyssa. Walaupun dia cuba berlagak tenang, tetapi siapa tahu, perasaannya kini berombak kuat…hati lelakinya tidak begitu kuat untuk berhadapan dengan Ellyssa.

Ellyssa hanya mengangguk. “I tahu tapi I tak faham kenapa you masih pergi walaupun I dah cuba buatkan you faham,” jawab Ellyssa.

“I terima semua penjelasan you. I cuba memahami tetapi perasaan I sangat terluka. I pergi kerana I sayangkan persahabatan kita. I nak you bahagia. Oleh itu I kena pergi,” jelas Fakhrul lagi.

Ellyssa menarik nafas dalam. “So…you dah okey sekarang?”

“Alhamdulillah…..I dah terima hikmahNya atas apa yang berlaku dulu,” jawab Fakhrul. Kali ini senyuman yang terukir di bibirnya semakin lebar.

Senyuman itu cepat sahaja berjangkit ke bibir Ellyssa. Senyuman turut terukir di bibirnya. Sampul surat berwarna merah jambu yang terletak di atas meja berdekatan Fakhrul dikerlingnya.

“You datang ni nak jemput I makan nasi minyak ke,” teka Ellyssa. Fakhrul mengangguk dengan renungan yang panjang. Kali ini pandangan matanya pula liar meneroka riak wajah Ellyssa. Tetapi wajah gadis jelita itu tetap tenang.

“Ni kad undangan majlis perkahwinan I. I harap you sudi datang,” jelas Fakhrul. Kad bertukar tangan. Perlahan-lahan Ellyssa mengeluarkan kad berwarna light pink dari dalam sampul. Dibacanya satu persatu ayat yang dicetak.

‘Tahniah. She is very lucky to have you,”ujar Ellyssa dengan mata yang berkaca. Tetapi bukan kerana dia sedih dengan berita yang disampaikan oleh Fakhrul tetapi lebih kepada gembira kerana Fakhrul telah menemui kebahagiaannya.

“Terima kasih,” jawab Fakhrul. “I pun harap suatu hari you juga akan dapat mencari pengganti Remy. Pasti yang akan datang itu adalah lelaki yang sangat bertuah kerana berjaya memiliki you,” sambung Fakhrul lagi.

Ellyssa hanya senyum mendengar kata-kata Fakhrul. Baginya terlalu awal untuk dia membuka pintu hatinya terhadap lelaki lain. Dia terlalu mencintai Remy…terlalu mencintai sehinggakan dia tidak mampu lagi memandang lelaki lain dengan perasaan sayang.

“Rasanya tidak akan ada mana-mana lelaki yang akan dapat menggantikan dia, Fakhrul,” perlahan-lahan Ellyssa bersuara. Dia merenung wajah lelaki itu dengan pandangan sayu. Rasanya inilah perbualan dia yang pertama mengenai Remy, sejak lelaki itu meninggalkannya.

Bukan dia sengaja hendak menepis semua kenangan bersama lelaki itu, tetapi mengingatinya seakan-akan menorah kembali luka yang masih basah berdarah. Mengenangkan semula saat-saat manis mereka bersama akan hanya membuatkan dirinya kecewa dan merana. Oleh itu dia mengambil keputusan untuk membalut semua kenangan itu dan menguncinya kemas dan tidak mahu membukanya lagi.

“Ell, jangan cakap macam tu. Soal jodoh semua di tangan ALLAH. Kita sebagai makhlukNya boleh merancang sahaja. Tetapi segala keputusan terletak di tangaNya, Ell. Setiap apa yang berlaku ada hikmahNya. Cuma cepat atau lambat, bukan di dalam kawalan kita. Awak kena sabar Ell…, dan terus berdoa.” Fakhrul menasihati Ellyssa seperti yang biasa dilakukannya pada waktu dulu. Gadis ini akan mendengar dan jarang sekali membidas segala kata-katanya. Tetapi apa-apapun….keputusan di tangan Ellyssa. Dia adalah CEO untuk dirinya. Yang akan membuat keputusan mengenai arah tuju hidupnya sendiri.

Thanks Fakhrul. I rindukan saat-saat kita bersama dulu. Hari ini I terasa happy sebab dapat jumpa you semula,” ujar Ellyssa sebelum mereka menamatkan pertemuan mereka untuk hari itu.

“Kali ini please keep in touch. Jangan hilangkan diri ya.” Ellyssa mengusik dan Fakhrul tersenyum panjang. Dia menggeleng kepala dan berkata “I will not loose you again. Trust me.”



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku