Kan Aku Dah Kata!!!
Bab 14
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 29 Disember 2013
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
1509

Bacaan






Bab 14

Melati yang sedang menonton televisyen di ruang tamu menoleh ke muka pintu apabila mendengar abangnya memberikan salam. Rambut lurus paras dada di cekak kemudian cepat-cepat diikat ke belakang.

“Waalaikum…,” Mulut Melati terlopong. Salam tidak habis dijawab. Matanya memandang abangnya yang berdiri di muka pintu tanpa berkelip. Bibirnya berkerut-kerut ingin mengatakan sesuatu tetapi akhirnya ketawanya meletus bak gunung berapi yang telah lama memendamkan laharnya. Azrul pula memandang adiknya dengan perasaan bebal. Sudahlah badannya penat dan lapar kerana seharian mencari kerja di Kuala Lumpur. Balik ke rumah Melati pula tanpa ada hati perut mentertawakannya bagai nak gila. Cermin mata berbingkai besar dibuka dan terus diletakkan di atas meja.

Sorry sorry. Adik memang tak sangka betul abang akan berpakaian macam ni. Sah! Memang abang ni cintakan kak Natrah,” ujar Melati dengan ketawa yang masih bersisa. Berair matanya kerana terlalu lucu. Sungguh! Dia ingat kata-kata abangnya semalam hanya kata-kata biasa tetapi rupa-rupanya abangnya memang sangat ingin menjaga hati kak Natrah. Disebabkan itu Azrul telah berpakaian seperti seorang nerd iaitu cermin mata bingkai besar, rambut yang diminyakkan kemudian disikat seperti budak sekolah darjah satu.

Azrul hanya diam sahaja mendengar kata-kata Melati. Memang salahnya. Nak ikut cakap orang tak bertempat. Patutlah salah seorang penemuduga tu melihatnya dengan pandangan mengejek. Kemudian mereka siap berbisik dan ketawa lagi.

“Apa yang Kak Natrah maksudkan semalam kalau abang dah dapat kerja nanti. Yang abang pulak lurus bendul sangat pakai macam ni masa pergi interview buat apa. Mesti orang yang temuduga abang tu fikir sepuluh kali tau nak ambik abang kerja,” terang Melati masih berselangkan tawa.

“Abang bukannya pergi nak mintak kerja jadi model ke, peramugara ke yang diorang nak tengok muka kita handsome ke tak,” jawab Azrul dengan muka ketat. Tali leher yang ditanggalkan terus diletakkan ke atas meja.

“Memangla bukan kerja macam tu. Tapi…, sekarang ni zaman dah serba canggih. Orang dah makin pandai. Result periksa cemerlang pun dah tak menjamin dapat kerja bagus. So…siapa yang ada pekej lengkap termasuk wajah yang cantik jelita atau tampan kacak bergaya, itu satu kelebihan la wahai abangku sayang,” jelas Melati lagi dengan bibir senget.

“Dah lah. Abang penat ni. Pergi bancuh kopi O untuk abang,” arah Azrul. Dikerlingnya majalah hiburan yang berada di atas riba adiknya. Tahun ini hendak menduduki SPM pun masih lagi nak baca majalah-majalah tu semua…rungutnya dalam hati.

“Kopi O? Minuman orang tua,” selar Melati namun dia bangun juga menuju ke dapur. Tidak lama, dalam lima minit dia datang semula ke ruang tamu membawa satu mug berisi kopi O panas.

“Cepatnya siap. Pakai air paip ke ni?” tegur Azrul sengaja mengusik.

“Air memang dah siap masak tadi la. Dah orang tolong buat banyak songeh pulak,” balas Melati. Mug diletakkan di atas meja di hadapan abangnya. Azrul hanya tersengeh mendengar kata-kata Melati.

“Amboiii….sedapnya air kopi ni. Kalau bancuh kopi sesedap ni memang adik abang ni dah lulus untuk kahwin.” Sengaja Azrul mengusik adiknya yang kelihatan sangat comel apabila menarik muncungnya. Kalau emak selalu kata wajahnya menyerupai arwah ayah, Melati pula mengikut iras wajah emak. Wajah keanak-anakannya dengan kulit wajah yang putih kemerahan sentiasa berjaya mencuri pandangan lelaki.

“Ke situ pulak abang ni. Jangan minum kopi banyak-banyak nanti rosak gigi. Kopi ada banyak kafein,” maklum Melati sebelum dia menyambung bacaan majalah hiburannya.

“Fakta dari mana adik dapat ni? Salah tu tau. Kopi ni minuman yang disukai oleh Nabi kita. Jadi ia adalah makanan Sunnah. Kalau adik cari betul-betul dalam internet, kopi ni banyak kelebihan untuk kesihatan dan kecantikan. Dan sebenarnya kalau wanita tahu kelebihan kopi, mereka akan minum kopi pada setiap hari sebab kopi boleh mencegah selulit. Kalau kopi memudaratkan kesihatan kenapa wujud restoran-restoran macam Starbucks semua tu,” jelas Azrul panjang lebar.

“Tu la…lain kali jangan baca majalah hiburan aje. Dan sepatutnya teknologi maklumat yang ada sekarang ni digunakan untuk mencari bahan-bahan yang lebih bermanfaat untuk diri kita. Ini tak…tak habis-habis lah dengan media sosial semua tu. Asyik mengadap benda-benda tu semua, pelajaran entah ke mana dan yang paling teruk rumahtangga pun banyak porak peranda.” Sambung Azrul lagi.

Melati tersengeh-sengeh mendengar tazkirah panjang lebar dari abangnya. Perlahan-lahan majalah hiburan itu diletakkan di sisinya. Dia sudah bersedia untuk bangun sebelum abangnya memanjangkan lagi ceramahnya.

“Ni adik ni. Exam kan tahun ni. Jadi serius la sikit. Ni masih ada masa pulak nak baca majalah-majalah hiburan semua ni. Ada ke cerita-cerita artis dalam majalah tu yang masuk exam nanti?”

“Ye la, ye la. Bukannya hari-hari pun adik baca majalah ni. Kalau hari-hari baca buku pun boleh stress tau bang. Bagilah break sikit,” jawab Melati dengan nada jengkel.

“Eh, mak mana?” Tiba-tiba baru Azrul teringat tentang emaknya. Sejak dia balik batang tubuh emaknya masih tidak kelihatan. Selalunya apabila mereka adik beradik berbual, pasti emak akan turut sama duduk bersama mereka.

“Dah lama balik baru teringat nak tanya mak. Apa lah abang ni,” sindir Melati. Azrul memanjangkan batang lehernya ke belakang tetapi kesunyian membuktikan bahawa emaknya tiada di rumah.

“Adik la punya pasal. Buat abang sakit hati je lepas balik dari KL tadi,” jawab Azrul. Geram sungguh Melati dengan kata-kata abangnya. Mentang-mentang la dia anak sulung jadi dia ingat dia akan menang dalam segala-galanya.

“Eh eh…, orang pulak. Dia tu yang cari pasal sendiri nak salahkan orang. Mak pergi rumah makcik Kiah la. Kak Zura kan nak kahwin hari Sabtu ni,” jawab Melati.

Azrul hanya mengangguk. Apabila melihat jam sudah hampir pukul enam setengah petang, dia bergegas bangun kerana dia masih belum solat Asar. Tetapi sebelum melangkah dia sempat bertanya kepada Melati.

“Adik dah solat ke ni?”

“Period,” jawab Melati dengan selamba.

Mendengar jawapan tersebut Azrul tidak banyak cakap. Langkahnya laju menuju ke belakang rumah.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku