Kan Aku Dah Kata!!!
Bab 15
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 29 Disember 2013
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
1376

Bacaan






Bab 15

Datuk Aziz duduk termenung di mejanya. Dia teringatkan semula pemuda yang telah menolong seorang lelaki tua buta untuk melintas jalan beberapa hari yang lepas. Kebetulan pada waktu itu dia berada di dalam kereta sedang menunggu Mamat pergi mengeluarkan wang di mesin ATM. Entah perasaan apa yang menyentap fikirannya pada masa itu sehingga dia meminta Mamat mengekori bas yang dinaiki oleh pemuda tersebut sehinggalah mereka akhirnya tahu di mana pemuda itu tinggal.

“Kau ingat jalan ke sini kan Mamat?” Tanya Datuk Aziz sambil membetulkan cermin mata kecilnya yang telah melurut ke bawah. Anak matanya masih lagi melihat ke arah rumah papan yang dimasuki oleh pemuda tersebut. Mamat hanya mengangguk. Badannya sangat letih kerana sekarang jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Nasib baiklah sebelum mengekori pemuda yang berkenan di pandangan mata Datuk Aziz tadi mereka baru sahaja lepas makan. Jika tidak mahu sakit gastrik Mamat datang semula.

“InsyaAllah Datuk. Dengan pengalaman saya yang dah jadi driver berpuluh-puluh tahun ni tak ada masalah saya nak ingat mana-mana jalan pun,” jawab Mamat dengan senyuman lebar.

“Boleh kita balik sekarang Datuk? Saya ni dah lapar ni. Lagipun kita ni dah jauh sangat dari bandar. Nak patah balik pun dah makan masa dekat dua jam ni,” tanya Mamat terkulat-kulat.

“Kamu ingat perut kamu aje. Perut aku ni kamu tak tanya ke?” jerkah Datuk Aziz tetapi lebih kepada ingin mengusik Mamat. Pemandunya itu hanya tersengeh-sengeh mendengar katanya.

“Kita balik sekarang la ya Datuk.” Sekali lagi Mamat menimbulkan perkara yang sama untuk mendapatkan kepastian. Kalau pandai-pandai saja dia memandu pergi dari situ tidak pasal-pasal melenting pulak orang tua tu…bisiknya.

“Ye lah. Balik sekarang,” jawab Datuk Aziz perlahan kemudian terus bersandar ke kerusi.

Mamat menjeling reaksi wajah Datuk Aziz dari cermin pandang belakang. Dia pelik dengan arahan Datuk Aziz sebentar tadi yang menyuruh dia mengekori pemuda tersebut sedangkan rasanya sebelum ini ramai juga mereka terserempak dengan pemuda-pemuda yang baik, ada juga yang turut membantu orang buta melintas tetapi tidak pula Datuk Aziz mengambil tindakan seperti hari ini.

Hmmm…, mungkinkah pemuda itu anak Datuk dengan isteri lain? Tiba-tiba sahaja pelbagai andaian timbul di fikiran Mamat. Ah!! Tak mungkin. Aku sentiasa bersamanya selama ini dan tidak pernah pun Datuk menyuruhnya menghantar dia ke tempat lain. Habis tu kenapa? Daripada dia tidak boleh tidur malam memikirkan perkara ini baik dia terus bertanya. Terpulanglah kepada Datuk samaada ingin menjawab atau tidak.

“Errr….Datuk. Boleh saya tanya sesuatu? Tapi sebelum tu Datuk kena janji tak akan marah saya,” Tanya Mamat teragak-agak. Walaupun dia sudah lama bekerja dengan Datuk Aziz dan boleh dikatakan hubungan mereka agak mesra, namun dia sentiasa menjaga batas pergaulan atau perbualannya dengan Datuk Aziz. Dia masih sedar diri dan kedudukan dan yang penting dia tidak mahu hilang pekerjaan ini.

“Kamu tak tanya lagi mana aku nak tahu samaada akau akan marah atau tak nanti,” jawab Datuk Aziz. Dia membetulkan duduknya kemudian memandang wajah Mamat yang hanya boleh dilihat dari sisi kiri.

“Bukan apa…saya cuma nak tahu. Kenapa Datuk suruh saya ikut pemuda tadi tu?” Mamat terus melihat wajah Datuk Aziz dari cermin pandang belakang. Lelaki separuh abad itu hanya mendiamkan diri tetapi Mamat tidak nampak reaksi terkejut apabila soalan itu ditanyakan.

“Saya nak carikan Ell seorang pemandu. Tetapi lelaki itu mestilah lelaki yang baik yang boleh menjaga Ell tanpa saya perlu rasa bimbang.” Tidak lama kemudian Datuk Aziz menjawab. Nada suaranya kedengaran tenang tetapi Mamat tahu dia benar-benar maksudkannya.

“Tapi kenapa pemuda tadi? Adakah kerana dia membantu seorang buta melintas jalan Datuk sudah rasa dia layak untuk memenuhi kriteria yang Datuk katakan tadi?” Mamat memberikan pandangannya.

Terdengar ketawa kecil dari tempat duduk belakang.

“Kadang-kadang boleh tahan jugak otak kau ni berfikir ya Mamat,” sindir Datuk Aziz dengan senyuman di bibir. Mamat hanya menggaru kepala yang tidak gatal kemudian tersengeh-sengeh.

“Itu hanya salah satu sebab sahaja. Apa yang aku nak buat seterusnya, biarlah Cuma aku sahaja yang tahu. Lepas ni aku nak kau pergi pantau pemuda ni dan tengok apa aktiviti dia dan bagaimana kelakuan dia. Siapa keluarga dia dan sebagainya lah. Dalam masa satu minggu aku nak kau report semula kat aku. Boleh?” tanya Datuk Aziz dengan tegas.

Mamat terkejut menerima arahan secara tiba-tiba ini.

“Errr…tapi macam mana dengan Datuk? Kalau saya buat kerja ni siapa nak driveDatuk nanti?”

“Pandai-pandai lah aku cari jalan nanti. Budak-budak kat ofis tu ramai. Boleh aje aku arahkan salah seorang untuk gantikan tempat kamu dalam satu minggu ni. Tapi ingat! Ini rahsia kita. Jangan bagitahu sesiapa walaupun isteri kamu sendiri,” maklum Datuk Aziz dengan tegas. Mamat pula berkali-kali menelan liur. Berat ni…bisiknya dalam hati.

“Bila saya kena mula ni Datuk?”

“Esok lah. Pagi-pagi lagi pastikan kamu dah mulakan tugas. Lebih baik sebelum subuh. Saya nak tengok samaada dia bersolat atau tak dan bagaimana pergaulannya,” maklum Datuk Aziz lagi. Senyuman Datuk Aziz semakin lebar apabila terbayang semula wajah pemuda yang telah berjaya menarik perhatiannya.

“Abang ke mana ni dah malam baru balik?” tanya Datin Aini apabila suaminya masuk ke rumah. Jam pada waktu itu sudah pukul 9.30 malam. DIa sangat risau apabila Datuk Aziz lewat pulang ke rumah pada hari itu. Puas dia cuba menghubungi telefon bimbit suaminya namun talian tidak dapat ditembusi. Akhirnya dia tidak ingat bila masa dia terlena di atas sofa di ruang tamu.

“Abang minta maaf. Tadi ada meeting tergempar. Telefon abang silentkan. Langsung terlupa nak kuatkan volume semula. Lain kali tak payah lah tunggu abang lewat-lewat macam ni ya,” ujar Datuk Aziz kemudian terus mencium dahi Datin Aini. Mereka berpelukan naik ke tingkat atas untuk ke bilik tidur mereka.

Datuk Aziz terpaksa memberikan alasan lain kerana apa yang berlaku pada siang hari tadi memang di luar perancangannya. Pada peringkat awal ini dia tidak mahu sesiapa pun tahu apa yang telah dirancangnya bersama Mamat pada petang tadi. Hanya selepas Mamat memberikan laporan penuh tentang diri pemuda tersebut barulah Datuk Aziz akan membuat perbincangan dengan isterinya.

“Ell dah balik?” tanya Datuk Aziz apabila bilik tidur Ellyssa dilintasi.

Datin Aini menggeleng. “Belum. Biasalah kan kalau buka butik di shopping complex. Selagi complex tu tak tutup, butik pun tak tutup,” jawab Datin Aini.

“Sementara masih bujang, tak apa lah jugak. Tapi kalau dah kahwin nanti tak kan lah tiap-tiap malam nak balik lewat macam ni lagi,” keluh Datuk Aziz lagi.

“Nanti pandailah dia nak uruskan masa dia bang,” jawab Datin Aini. Senyuman panjang meleret di bibirnya apabila perbualan suaminya pasti akan melorong ke arah perkahwinan Ellyssa. Memang sah lah suaminya ini sangat teringin lihat Ellyssa naik pelamin.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku