Kan Aku Dah Kata!!!
Bab 20
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 29 Disember 2013
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1410

Bacaan






Bab 20

“Assalamualaikum,” sapa Azrul kepada seorang wanita yang bertugas di meja penyambut tetamu. Sesekali matanya menjeling kawasan sekeliling pejabat tersebut. Besar…bisik hati Azrul. Terpampang papan tanda bertulis “ SYARIKAT AZIZ BHD” di bahagian dinding belakang wanita tersebut.

“Waalaikummussalam. Ada apa yang saya boleh bantu?” tanya wanita tersebut dengan senyuman yang sentiasa terukir.

“Errr…, saya datang ni untuk temuduga,” jawab Azrul lalu mengeluarkan surat panggilan yang dihantar oleh syarikat itu. Wanita tersebut menyambut kemudian membaca isi kandungan surat tersebut.

“Encik tunggu sekejap di sofa sana ya. Nanti saya panggil semula,” ujar wanita itu sambil mengunjukkan ke arah sofa tersebut. Azrul mengangguk kemudian menuju ke tempat yang dimaksudkan.

Wanita tersebut terus mengangkat gagang telefon di hadapannya kemudian bercakap dengan seseorang. Azrul kurang mendengar butir-butir percakapannya kerana suaranya sangat perlahan seolah-olah berbisik.

“Err…En. Azrul boleh masuk sekarang.” Tiba-tiba sahaja nama Azrul dipanggil semula. Azrul yang sedang membaca suratkhabar tersentak. Terus dia meletakkan suratkhabar tersebut di atas meja kemudian mengekori wanita tersebut ke dalam pejabat.

“Nanti saya bawak En. Azrul jumpa secretary Datuk. Datuk tak sampai lagi ni. En. Azrul tunggu sekejap aje. Selalunya dalam pukul 9.00 macam tu Datuk akan sampai,” maklum wanita tersebut lagi. Azrul hanya mengangguk.

“Kak Zura, ni Encik Azrul tu.” Wanita tersebut memperkenalkan Azrul kepada Setiausaha Datuk Aziz yang bernama Azura. Jelas terpamer tanda nama wanita tersebut yang diletakkan di atas meja. Azura tersenyum memandang Azrul.

“Encik Azrul duduk dulu kat sofa tu. Mungkin sikit lagi Datuk sampai. Memang semalam Datuk kata nak masuk awal sikit pagi ni,” maklum Zura. Wanita penyambut tetamu yang mengiringi Azrul sebentar tadi telahpun balik ke mejanya semula.

“Terima kasih,” ujar Azrul. Dia terus melangkah ke sofa tersebut. Fail yang mengandungi sijil-sijil dan dokumen berkaitan temuduga tersebut diletakkan di atas meja kopi di hadapannya. Azrul melihat jam, baru pukul 8.30 pagi. Maknanya dia perlu menunggu dalam setengah jam lagi sebelum Datuk Aziz tiba.

Mana orang lain ni…, bisik hati Azrul. Selalunya kalau dipanggil temuduga, mestilah ada calon-calon lain juga akan dipanggil bersama. Tetapi sudah hampir pukul 9.00 pagi, hanya dia seorang sahaja yang menunggu di situ. Azrul memutuskan untuk bertanya kepada setiausaha Datuk Aziz yang sedang menaip sesuatu di komputer.

“Maaf puan. Boleh saya tahu tak temuduga ni untuk jawatan apa,” tanya Azrul.

Azura tersenyum memandang Azrul yang berdiri di hadapannya. “Duduklah,” pelawanya. Azrul mengikut. Failnya diletakkan di atas riba.

“Sebenarnya saya pun tak sure. Datuk hanya suruh saya taip surat aje. Apa-apapun, Encik Azrul memang kena tanya sendiri dengan Datuk nanti ya,” jawab Azura dengan senyuman. Seketika dia berdiri mengambil fail kulit keras yang berada di atas rak di bahagian belakang kanannya. Azrul meneka wanita ini berumur dalam lingkungan umur 30-an dan telah berkeluarga kerana ada gambarnya yang kelihatan mesra bersama seorang lelaki dan dua orang anak kecil di atas almari hiasan di belakang kerusinya. Azrul segera mengalihkan pandangannya apabila dia tidak dapat mengelak dari memuji kecantikan tubuh badan Azura yang masih langsing dengan mengenakan kebaya moden. Agaknya memang tugas Setiausaha hanyalah untuk wanita-wanita yang sedap mata memandang…, getus hati Azrul.

“Err…saya seorang aje ke yang dipanggil untuk temuduga ni sebab saya tengok tak ada pun calon lain?” tanya Azrul lagi apabila Azura telah duduk semula di kerusinya.

“Setakat ini atas arahan Datuk, saya hanya keluarkan surat untuk Encik Azrul seorang sahaja. Tak tahu lah pulak kalau Datuk ada arahkan orang lain pulak untuk panggil calon lain,” jawab Azura lagi. Perbualan mereka terhenti apabila telefon di atas meja berbunyi. Cepat-cepat Azura menjawab panggilan.

“Ya Datuk. Ya, Encik Azrul dah sampai. Ada depan saya ni. Baik. Saya akan siapkan surat tu dan letak atas meja Datuk nanti.”

Azrul hanya memasang telinga mendengar percakapan Azura dengan pemanggil. Azrul meneka panggilan tersebut dari Datuk Aziz. Selepas menamatkan perbualan, Azura menoleh semula ke arah Azrul.

“Datuk kata dia lewat sikit sebab jalan jem. Mungkin ada accident. Encik Azrul tunggu sekejap ya,” ujar Azura menyampaikan pesanan Datuk Aziz sebentar tadi.

“Baiklah,” jawab Azrul. Dia terus bangun dan duduk semula di sofa. Dia tidak mahu terus mengganggu Azura yang kelihatan sibuk menaip sesuatu di komputer. Mungkin ada surat yang penting yang perlu disiapkan sebelum Datuk Aziz tiba di pejabat kerana sebentar tadi Azura sudah berjanji dengan Datuk Aziz untuk meletakkan surat tersebut di atas meja Datuk.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku