Kan Aku Dah Kata!!!
Bab 22
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 29 Disember 2013
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1141

Bacaan






Bab 22

Azrul termenung panjang. Dia sekarang berada di dalam bas yang sedang menuju ke kampungnya di Trolak. Diluah mati emak, ditelan mati bapak….lari dari mulut harimau, masuk pulak mulut buaya…, eh! Apa peribahasa yang aku guna ni? Sesuai ke dengan situasi aku sekarang. Ah! Lantaklah, rungut Azrul. Yang penting, fikiran aku tengah kusut masai sekarang ni.

Azrul semakin tertekan apabila teringatkan perkara yang berlaku semasa dia ditemuduga oleh Datuk Aziz. Agak lama juga dia telah disoal siasat oleh Datuk Aziz di dalam bilik tersebut sehingga dia mula keliru apa sebenarnya tujuan dia dipanggil pada hari itu. Akhirnya, di hujung sesi segala-galanya terjawab. Tanya soalan mengalahkan nak mintak kerja jadi Pengarah…, bisik hati Azrul lagi. Tapi rupa-rupanya nak jadi…. Tidak sanggup Azrul hendak menyebut perkataan tersebut. Bukanlah bermaksud dia merendah-rendahkan tugas tersebut tetapi terasa macam tidak logik apa yang diminta oleh Datuk Aziz sebentar tadi.

“Sebenarnya Azrul, kerja yang saya nak tawarkan kepada awak adalah untuk menjadi pemandu peribadi kepada anak perempuan saya, Ellyssa.” Akhirnya terjawab segala teka teki di fikiran Azrul disebabkan soalan-soalan yang langsung tidak relevan dengan tugas-tugas pekerja pejabat.

Terlopong mulut Azrul apabila mendengar penjelasan lelaki itu. Dia terkaku sebentar. Dia juga keliru samada Datuk Aziz serius atau hanya ingin bergurau dengannya. Tetapi takkan lah Datuk Aziz bergurau sedangkan mereka baru sahaja kenal sejam yang lalu. Azrul juga tidak tahu apa kata-kata yang perlu dia ucapkan setelah mendengar penjelasan Datuk Aziz tersebut.

“Azrul!!” panggil Datuk Aziz apabila dilihatnya Azrul diam membatu tanpa kata. Hanya matanya sahaja yang memandang tanpa berkelip.

“Ya Datuk!” Azrul tersedar juga. Tekebil-kebil pula dia merenung wajah lelaki di hadapannya. Kering tekaknya akibat penghawa dingin yang dipasang.

“Saya tahu awak pasti akan terkejut dengan permintaan saya ni. Tapi awak jangan risau. Gaji awak akan saya bayar sama seperti jawatan pegawai kewangan saya di sini. Awak juga akan dapat elaun sama seperti pegawai saya di sini. Saya sangat sayangkan anak saya, Azrul. Saya mahu lihat dia berubah menjadi seorang wanita yang lebih baik. Tetapi dalam keadaan kami berdua sendiri banyak melakukan dosa, kami tidak yakin akan dapat membimbing Ellyssa lebih-lebih lagi dia telah dewasa. Oleh sebab itulah kami perlukan seseorang yang boleh membimbing dia,” jelas Datuk Aziz lagi.

“Tapi kenapa saya Datuk? Bukankah lebih elok kalau Datuk panggil ustaz atau pakar agama lain yang datang mengajar anak Datuk. Saya tak rasa saya layak untuk semua ni,” jawab Azrul serba salah. Dia rasa hendak bangun sahaja dari situ kerana dia terasa kelayakan ijazahnya seperti dipersendakan.

“Ell pasti akan membantah kalau saya buat begitu. Dan dia juga tidak ada masa untuk pergi ke kelas agama dan sebagainya. Jika awak jadi pemandu peribadi dia, sekurang-kurangnya awak boleh jadi kawan dia, berbual dengan dia dan secara tak langsung membimbing dia secara perlahan-lahan dengan peribadi awak yang baik.” Datuk Aziz cuba membuatkan Azrul faham apa yang bermain di hatinya sekarang. Kerana sayangkan Ellyssa, dia tidak kisah dengan wang ringgit asalkan Ellyssa dapat dibimbing semula untuk menjadi seorang Muslimah sejati yang boleh mereka harapkan untuk mendoakan mereka selepas mereka meninggal dunia kelak.

“Ini surat tawaran yang Azura dah sediakan. Awak balik dan baca kemudian pertimbangkan baik-baik tawaran saya ni. Saya percaya jumlah gaji yang saya tawarkan akan dapat membantu keluarga awak terutama di dalam rawatan ibu awak sekarang.”

Kata-kata Datuk Aziz kali ini membuatkan Azrul tersentak. Dia mendongak memandang wajah Datuk Aziz dengan perasaan keliru.

“Datuk ingat saya ni mata duitan ke? Yang sanggup melakukan apa sahaja demi wang?” Tanya Azrul kerana kurang senang dengan kata-kata tersebut.

“Maafkan saya. Azrul silap faham. Saya langsung tidak berniat begitu. Anggap sahaja saya cuba membantu Azrul. Dan balasannya, saya cuma minta Azrul menerima tawaran saya. Itu sahaja,” jelas Datuk Aziz.

“Kalau saya gagal menyedarkan anak Datuk?” tanya Azrul inginkan pengesahan dan kepastian. Dia rasa dia masih tidak layak untuk menjadi pembimbing sedangkan dirinya sendiri pun banyak kekurangan.

“Cuba dulu Azrul. Biar kita lihat macam mana,” jawab lelaki itu. Azrul terdiam. Kepalanya kosong. Fikirannya buntu. Apakah yang patut dilakukannya sekarang? Sebenarnya permintaan Datuk Aziz bukan setakat itu sahaja. Ada permintaan yang lagi besar dan sangat berat untuk diterima begitu sahaja oleh Azrul. Perlukah dia memberitahu emak dan Natrah berkenaan dengan tugas kedua tersebut? Adooiiiii…., apa aku nak buat ni. Azrul memejamkan matanya. Bayangan wajah ayu Natrah dengan senyuman mengulum manis bermain-main di pandangan. Adakah Natrah akan setuju sekiranya dia membuat keputusan untuk menerima tugasan ini?



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku