Kan Aku Dah Kata!!!
Bab 23
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 29 Disember 2013
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
1154

Bacaan






Bab 23

“Macam mana abang? Dapat tak kerja tu?” Tanya Rahimah apabila Azrul terus bersandar malas di kerusi rotan apabila naik ke rumah. Wajah keruh Azrul direnungnya dengan perasaan resah. Macam ada sesuatu yang tak kena aje ni…, bisiknya.

“Kenapa ni abang? Apa yang tak kena?” Tanya Rahimah lagi. Bimbang pula dengan sikap Azrul begitu. Jarang sekali Azrul tidak menjawab dengan segara soalan yang ditanyanya. Tiba-tiba kedengaran Azrul mengeluh. Terus dia membetulkan duduknya. Beberapa kali dia meraup rambutnya ke depan dan ke belakang.

“Entahlah mak. Abang ni serba salah. Tak tahu nak fikir macam mana.” Azrul akhirnya bersuara. Dia memandang wajah lembut emaknya yang kelihatan risau.

“Kenapa ni? Cuba cerita dengan mak,” pujuk Rahimah lagi. Belakang Azrul diusap perlahan beberapa kali.

“Abang memang la dapat kerja yang ditawarkan masa temuduga tu mak,” jawab Azrul perlahan tetapi nada suaranya tidak ceria.

“Alhamdulillah. Baguslah tu. Tapi kenapa abang nampak tak suka aje ni.” Pelik pula Rahimah dengan reaksi Azrul. Sepatutnya dia gembira kerana setelah turun naik banyak pejabat sebelum ini untuk meminta kerja, akhirnya hari ini dia telahpun berjaya.

“Dapat kerja memang lah suka mak. Tapi kerja tu…,” jawab Azrul lemah.

“Kerja apa nya? Cuba cerita habis dengan mak,” tanya Rahimah tidak sabar. Kata-kata Azrul yang tersangkut-sangkut membuatkan dia semakin tidak sabar.

Driver pada anak perempuan Datuk tu,” ujar Azrul lalu memandang wajah emaknya yang kelihatan sangat terkejut. Rahimah terus bersandar di kerusi. Dia menarik nafas panjang. Apakah maksud sebenar Datuk Aziz menawarkan kerja tersebut kepada anaknya. Adakah untuk menghina kedudukan mereka yang miskin ini? Adakah anaknya hanya layak untuk menjadi seorang pemandu di mata lelaki tersebut?

“Tapi dia tawarkan gaji yang tinggi mak. Datuk juga akan tanggung semua rawatan perbelanjaan mak di hospital.” Azrul menyambung lagi. Rahimah mengurut dadanya. Belum habis kejutan tentang kerja tersebut, sekali lagi dia terkejut apabila dimaklumkan tentang gaji yang ditawarkan.

“Apa niat sebenar Datuk Aziz tu abang? Mak tak faham lah. Pening mak dibuatnya. Tak kanlah jadi driver dibayar gaji tinggi sangat macam tu,” tanya Rahimah dengan hati yang bimbang. Adakah Azrul juga diminta melakukan kerja yang merbahaya yang boleh mengancam keselamatan anaknya ituatau mungkinkah pekerjaan itu sesuatu yang ditegah oleh agama Islam dan undang-undang negara?

Azrul memandang Rahimah dengan pandangan serba salah. Patutkah dia menceritakan juga permintaan Datuk Aziz yang seterusnya? Melihatkan wajah emak yang begitu bimbang, dia pasti emak akan berat hati jika dia menerima tugas tersebut. Lalu Azrul memendamkannya dulu, menunggu masa yang sesuai untuk maklumkan kepada emaknya.

“Datuk Aziz nak abang dekati anak perempuan dia, mak. Dia nak abang cuba bimbing anak dia untuk menjadi anak yang lebih baik, yang solehah,” jawab Azrul lagi. Cukuplah dahulu info itu yang dimaklumkan kepada emak.

“Haa??? Kenapa tak dihantar aje ke sekolah agama. Tak pun panggil ustaz ke, cikgu agama ke,” tingkah Rahimah tidak bersetuju dengan pendirian Datuk Aziz.

“Anak dia bukan sekolah rendah mak. Umur dah 24 tahun. Dah tak boleh dipaksa-paksa.” Azrul menjelaskan lagi.

“Jadi kena ambil pendekatan yang lebih lembut…,guna psykologi untuk dekati dia, dan secara tak langsung cuba terapkan nilai-nilai baik supaya dia akan berubah,” maklum Azrul lagi.

“Habis tu macam mana? Abang nak terima ke?” tanya Rahimah lagi. Dia juga serba salah tetapi lebih baik Azrul sahaja yang membuat keputusan sendiri. Dia pasti anaknya itu sudah cukup dewasa dan matang untuk berfikir dan membuat keputusan yang bijak.

Azrul mengeluh. Soalan emaknya semakin menyesakkan jiwanya yang memang sudah sendat. Nak terima atau tidak….bisiknya sendiri.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku