Kan Aku Dah Kata!!!
Bab 30
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 29 Disember 2013
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
2309

Bacaan






Bab 30

Hari ini adalah hari pertama lelaki itu akan mula bekerja sebagai pemandunya. Bagaimanakah agaknya rupa lelaki itu? Tuakah? Mudakah? Handsome ke? Atau…ahhh!! Entahlah. Dia malas hendak ambil tahu. Yang penting lelaki itu tidak akan menyusahkan hidupnya dan sampai tepat pada waktunya apabila dia memerlukan perkhidmatannya. Aku tahulah nak buat apa kalau kau lewat satu minit pun…., getus hati Ellyssa geram.

“Beb, esok pagi kau tak payah ambik aku,” jelas Ell kepada Sarina apabila dia menghubunginya malam tadi.

“Eh. Kenapa pulak? Kau naik teksi ke Ell?” tanya Sarina agak terkejut. Siang tadi tidak ada pula Ell maklumkan apa-apa padanya. Tup tup, malam ini lain pula yang didengarinya.

“Tak.” Jawabnya pendek. Satu keluhan kasar terluah dari bibirnya. Telefon bimbit yang melekap di telinga kanan diubahnya ke telinga kiri pula kerana dia ingin menaip sesuatu di laptop.

‘Boleh tak kalau kau tak tanya kenapa?’ keluh Ell dalam hatinya.

“Daddy dah carikan aku driver. Esok dia start kerja.” Dengan malas Ellyssa maklumkan juga kepada Sarina.

“What? Really? Oh…ini sudah bagus. So aku pencen 24 jam la dari jadi driver kau kan.” Walaupun tidak bertentangan wajah, tetapi nada suara Sarina sudah cukup membuatkan Ell sedar gadis itu sangat gembira dengan berita yang didengarnya.

“We’ll see first lah. Dia buat silap je sikit, aku berhentikan dia terus twenty four hours.” Itu nekad Ellyssa. Dia akan pastikan setiap tingkah laku lelaki itu akan diperhatikan dengan terperinci untuk membolehkan dia menggunakan walau sedikit kesalahan sebagai penyebab untuk dia berhentikan lelaki tersebut.

“Hahahha…” Terdengar tawa Sarina di hujung talian.

“Aku rasa aku kena enjoysepuas-puasnya sementara lelaki tu masih bekerja dengan kau. Who knows berapa lama aku boleh dapat kebebasan ni kan,” suara Sarina lagi.

“Yes! You better be!”jawab Ellyssa dengan senyuman lebar.

“I bet lelaki tu tak akan tahan bekerja dengan aku walau untuk satu minggu pun.”

We will see first la….” Sarina pula mengajuk frasa ayat yang sama diungkapkan oleh Ellyssa sebentar tadi.

“Assalamualaikum cik Ellyssa,” sapa Azrul apabila seorang gadis berpakaian gaun separas lutut warna merah bata menuju ke kereta. Salam lelaki itu hanya dijawab di dalam hati. Ellyssa hanya mengangguk sahaja tanpa kata. Aku kan boss!!! Jerit suara hati Ellyssa.

‘Urgghhhh!!! Nerdy.’ Ellyssa mengutuk lelaki di hadapannya dalam hati. Apalah daddy ni. Kalau betul pun nak cari driver untuk aku, carilah yang handsome sikit. Ni mamat macam ni yang daddy suka. Malu lah kalau kawan-kawan atau client aku nampak muka dia…, bebel Ellyssa lagi. Bertambah-tambah lah rasa sakit hati Ellyssa setiap kali terpandangkan wajah pemandunya ini.

“Cepat! Saya kena sampai ke tempat kerja pukul sembilan pagi. Saya ada meeting,” arah Ellyssa apabila dia telah duduk di kerusi belakang. Nasib baiklah wajah lelaki itu memandang ke depan, kalaulah dia terpaksa melihat wajah nerdy itu di sepanjang perjalanan mereka, pasti rosak moodnya sepanjang hari itu.

“Pukul sembilan cik? Mana sempat ni. Sekarang dah pukul 8.30,” jawab Azrul terpinga-pinga.

‘Dah lah turun lambat…lepas tu senang-senang arahkan kena sampai sebelum pukul sembilan. Kalau jalanraya macam jalan kat kampung aku tak apa lah. Ni nak sampai ke simpang depan tu pun belum tentu boleh. Bukan tak tahu jalan kat KL ni memanjang aje jem,’ rungut hati Azrul.

“Ha? First day pun dah merungut? Awak ni memang nak kerja ke tak ha?” selar Ellyssa. Bengang betul dia dengan lelaki tersebut.

‘Hmm…ada can la pagi-pagi ni aku komplen kat daddy. Terminate kan service mamat ni..’ bisik hati Ellyssa. Dia tersenyum puas.

Aik! Perempuan ni macam tahu-tahu aje aku tengah membebel pasal dia, getus hati Azrul lagi. Hendak tergelak pun ada, tetapi Azrul sedaya upaya cuba menahannya. Hari pertama bekerja adalah hari yang paling menakutkan kerana kita tidak menjangkakan apa-apa. Semuanya serba baru, semuanya perlu dipelajari dan diserap sebaiknya.

Tanpa menjawab Azrul terus menarik tombol gear ke “R” untuk mengundurkan kereta keluar dari kawasan parkir, kemudian menukar ke “D”. Kereta mewah keluarga Datuk Aziz meluncur laju di jalanraya. Sepanjang perjalanan Azrul berdoa semoga ALLAH memudahkan perjalanannya pada pagi itu. Biarlah untuk sehari ini jalanraya di Kuala Lumpur ini selengang-lengangnya dan dia akan dapat menghantar cik Ellyssa tepat pada masanya. Dia tahu cik Ellyssa kurang senang dengan dirinya. Dia tidak pasti kenapa tetapi dari reaksi pertama yang ditunjukkan oleh majikannya itu, dia tahu bahawa dia pasti akan berhadapan dengan situasi yang mencabar selepas ini.

Ellyssa mengeluarkan bedak padat dari dalam beg tangannya. Dibukanya bekas bedak padat tersebut kemudian membelek wajahnya yang memang sudah siap ditatarias semasa di rumah lagi. Sesekali anak matanya menngerling pemuda yang baru beberapa minit menjadi pemandunya. Perlahan-lahan dia melentokkan kepalanya ke kiri, cuba mencari sudut yang lebih jelas untuk melihat wajah lelaki itu. Tetapi apabila batang leher lelaki itu seperti akan melihat ke cermin pandang belakang, cepat-cepat Ellyssa menegakkan semula lehernya kemudian pura-pura menekap bedak ke pipinya yang gebu.

‘Kalau dia bukak cermin mata tu, tak pakai minyak rambut berkilo-kilo, tukar fesyen sikit…., mesti boleh tahan jugak mamat ni…’ Sempat Ellyssa membuat penilaian kepada pemuda tersebut siap dengan bibirnya dicebirkan dan kening yang terangkat.

“Dah sampai cik.” Tiba-tiba sahaja pemuda itu bersuara.

“Ha?” Tersentak Ellyssa kerana dia rasa hanya baru beberapa minit sahaja berada di dalam kereta. Terus dia menoleh ke kiri, melihat ke luar dari cermin kereta. ‘Biar betul…,’ bisik hati Ellyssa kerana mereka telahpun berada di hadapan bangunan KLCC.

“Errr…” Terkedu Ellyssa sebentar apabila dia melihat jam di pergelangan tangannya. Lagi lima minit pukul sembilan pagi. Macam mana lelaki itu boleh sampai ke pejabatnya dalam masa tidak sampai setengah jam? Selalunya kalau dia naik dengan Sarina pasti akan mengambil masa paling awal pun 35 minit. Hmmm…., nampaknya lelaki itu selamat pagi ini. Ellyssa terus keluar dari kereta tanpa sebarang pesanan kepada lelaki tersebut.

“Itulah bezanya kalau lelaki yang bawak kereta, diorang tahu macam mana nak cilok-cilok ni semua”. Itu jawapan Sarina apabila dia memaklumkan tentang perkara tersebut.

“Tak sia-sia daddy kau ambik driver tu kan,” sambung Sarina lagi. Ellyssa hanya diam, tidak berminat hendak menjawab. Nampaknya pakcik Mamat betul-betul telah menurunkan semua ilmu dari pengalamannya bekerja sebagai pemandu daddy selama berpuluh tahun ini kepada lelaki tersebut.

‘Tak apa…, ini baru hari pertama…,’ bisik hati Ellyssa dengan fikiran yang melayang cuba memikirkan cara untuk mencari salah lelaki itu. Tetapi apabila dia teringat sesuatu, tiba-tiba sahaja Ellyssa menepuk dahi. Sarina pula terpinga-pinga.

“Eh, kenapa ni Ell?” tanya Sarina terkebil-kebil.

“Ah! Nama dia pun aku tak tahu. Lebih teruk lagi, nombor telefon dia pun aku tak ada. Dah lah aku nak keluar jumpa client kejap lagi nanti,” jawab Ellyssa.

“Kau tak pesan kat dia tadi ke?” tanya Sarina dengan mata dijegilkan.

Ellyssa menggeleng kepala. Nampak sangat la dia langsung tidak bercakap dengan pemandunya sepanjang perjalanan tadi. Memang la dia boleh saja menelefon daddy atau pakcik Mamat tetapi dia rasa malu pula sebab mesti mereka akan melihatnya sebagai seorang yang sombong dan angkuh kerana tidak mahu bercakap dengan seorang pemandu.

“Apa susah…, call la daddy kau. Tak pun pakcik Mamat.” Sarina melontarkan pendapatnya seolah tahu apa yang bermain di fikirannya.

“Macam ni lah. Apa kata kau tolong aku cari dia kat bawah. Mana lah tahu dia ada aje tunggu aku kat bawah. Biasalah orang baru kerja kan. Mesti dia nak tunjuk baik aje. Tak pandai curi tulang lagi.”

“Isshhh.., tak baiklah kau cakap dia macam tu. Buatnya dia memang orang yang baik ke. Kau jugak yang untung nanti. Bukan senang tau nak jumpa lelaki yang baik di KL ni,” bidas Sarina lagi.

“Beb, kita tak boleh buat keputusan sama ada orang itu baik atau jahat dalam hanya beberapa minit aje tau. Orang yang kita dah kenal beberapa tahun pun boleh tikam belakang kita, inikan pulak orang yang langsung aku tak kenal,” jawab Ellyssa.

“Ye lah Ell. Kau kan boss. Apa-apa pun kau menanglah. Ok, cuba cerita kat aku, macam mana rupa driver baru kau tu. Kalau handsome boleh lah aku tackle ke. Aku ni kan single and available.” Tersengih-sengih Sarina memandang Ellyssa yang berdiri di hadapannya.

What? Ohh pleaseeee…..” Bulat mata Ellyssa apabila mendengar kata-kata Sarina. Tak kan lah kawannya itu terdesak sangat nak kahwin sampai sanggup terima sahaja mana-mana lelaki yang handsome untuk dijadikan suami.

“Kalau kau tengok dia nanti, for sure kau tak kan sanggup nak jadikan dia sebagai calon suami tau. He is not my taste dan aku yakin lagi jauh dari ciri-ciri lelaki idaman yang kau nak,” komen Ellyssa lagi.

“Tak baik kau kutuk orang macam tu sangat tau Ell. Dah banyak kisah cinta aku dengar, kalau benci sangat kat sorang lelaki, last-lastlelaki tu lah yang jadi suami dia. Kalau lah kisah ni jadi kat kau…, nanti aku akan berdiri di depan kau dan aku akan cakap “Kan Aku Dah Kata….”

“Itu kisah dalam novel, dalam drama la. Aku ni kisah di alam nyata. Sangat jauh bezanya. Dah-dah. Kita jangan buang masa boleh tak. Aku nak prepare dokumen yang nak bawak untuk meeting nanti. Dan sementara tu beb, kau tolong aku cari mamat nerdy tu ya. Kalau kau jumpa lelaki yang pakai baju kemeja lengan pendek warna putih, seluar slack hitam. Then pakai cermin mata bingkai besar warna hitam dan rambut yang berminyak berkilat-kilat belah tepi. I’m sure kau akan dapat kenal dia dengan cepat sebab tak ada orang lain yang berpakaian macam dia kat KLCC ni,” maklum Ellyssa sambil tangannya juga turut sibuk membelek kertas-kertas yang bertingkat-tingkat di atas meja.

“Okey, okey. Apa-apa hal aku call kau ya.” Sarina terus keluar dari pejabat untuk turun ke tingkat bawah. Tetapi belum sempat dia melangkah keluar dari pintu butik mereka, pandangannya terpahat pada seorang pemuda yang sedang duduk di sofa kulit di tengah butik mereka.

Sarina sepantas kilat menutup mulutnya dengan tapak tangan. Dia cuba menahan tawanya. Dari gambaran yang diberikan oleh Ellyssa sebentar tadi, dia pasti pemuda itu adalah pemandu yang diceritakan oleh Ellyssa tadi. Rupanya lelaki itu memang sudah ada di butik sejak awal pagi lagi tetapi kekalutan Ellyssa dengan mesyuarat yang akan dihadiri menyebabkan mereka tidak nampak siapa yang berada di luar butik mereka.

“Encik nak jumpa siapa?” Walaupun sudah mengetahui siapakah pemuda tersebut, tetapi Sarina sekadar inginkan kepastian dari mulut lelaki itu sendiri.

“Errr…., saya pemandu cik Ellyssa. Saya tak tahu nak pergi mana jadi saya tunggu di sini,” maklum Azrul kalut kerana terkejut apabila tiba-tiba ditegur. Sarina terus duduk berhadapan dengan Azrul. Dia merenung lelaki itu dari atas ke bawah seolah-olah seorang pegawai penemuduga. Azrul pula rasa tidak selesa.

“Errr…, cik Ellyssa ada ke?” tanya Azrul cuba menghilangkan keresahan hatinya dengan renungan tajam gadis di hadapannya itu.

“Ada. Dia memang suruh saya turun cari awak tadi sebab dia nak keluar kejap lagi. Ada meeting di Damansara. Dia pulak lupa nak ambil nombor telefon awak,” maklum Sarina sambil terus membelek wajah lelaki itu.

‘Dia ni handsome la tapi tak pandai bergaya dan berfesyen. Kolot…orang kampung,’ bisik hati Sarina.

“Siapa nama awak ya?” tanya Sarina lagi.

“Azrul. Azrul Hasyimi,” jawab Azrul dengan senyuman.

“Saya Sarina. Saya kawan Ell dan kerja kat butik ni jugak.” Sarina memperkenalkan dirinya walaupun tidak diminta. Entah kenapa dia menyenangi lelaki ini. Dari penilaian awalnya, lelaki ini tidak la seteruk yang digambarkan oleh Ell.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku