Kan Aku Dah Kata!!!
Bab 31
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 29 Disember 2013
Penilaian Purata:
(6 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1075

Bacaan






Bab 31

“Mana minah ni? Takkan lama sangat nak jumpa mamat nerdy tu,” bebel Ellyssa sambil menjeling jam di pergelangan tangannya. Dia perlu bergerak sekarang kerana mesyuarat bersama pelanggan mereka ditetapkan pada pukul 10.30 pagi. Maknanya dia ada masa lebih kurang 45 minit sahaja lagi dari waktu yang telah ditetapkan. Ellyssa terus mengambil telefon bimbitnya kemudian mendail nombor Sarina.

“Beb, kau kat mana ni? Tak kan tak jumpa dia lagi?” Terus sahaja Ellyssa menerjah apabila talian bersambut.

‘Okey okey Ell. Sorry. Aku dah jumpa dia. Kami kat depan butik aje ni,” maklum Sarina terkocoh-kocoh. Asyik berbual dengan Azrul, dia lupa memaklumkan Ell. Siapa sangka lelaki yang Ellyssa perlekehkan ini seorang yang pandai berbual sebenarnya. Malah setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya sangat memukau perasaan Sarina.

“Ha?” Terkejut Ellyssa apabila dimaklumkan begitu. Terus dia membawa langkah ke cermin di hadapan biliknya. Panas juga hatinya apabila melihat Sarina sedang duduk bersantai dengan pemandunya itu. Talian terus diputuskan. Lagi sakit hatinya apabila Sarina elok saja melambai kepadanya dari sofa dan tidak ada nampak pun tanda-tanda hendak bangun dari situ.

‘Lain yang orang suruh, lain pulak yang dia buat. Pantang betul la nampak lelaki. Mulalah dia nak mengendeng. Driver aku yang muka macam tu pun boleh dia nak mengayat…,’ bebel Ellyssa sambil mengetap bibir.

Ellyssa terus mencapai briefcase yang telah berisi dengan dokumen-dokumen yang akan dibawa. Sebelum keluar, dia berdiri dulu di hadapan cermin panjang di tepi dinding bilik. Rambutnya yang diikalkan di bahagian hujung dielus-elus dengan hujung jarinya yang runcing. Dia membuka mulutnya, cuba melihat samada terdapat apa-apa bahan asing yang terselit di giginya. Malulah jika berbual dengan pelanggan penting, tiba-tiba sahaja ada bendasing pula kelihatan pada giginya nanti. Sebagai pereka fesyen dan seorang yang mementingkan penampilan diri di khalayak ramai, Ellyssa memang amat menitikberatkan soal gaya dan tatarias setiap kali keluar dari rumah. Setelah berpuas hati, Ellyssa keluar dari biliknya.

Ketak ketuk ketak ketuk bunyi kasut tumit tingginya sudah cukup kuat untuk memaklumkan Azrul bahawa dia sudah berada di situ. Azrul terus bangun, menundukkan sedikit kepalanya kemudian terus menghulurkan tangan untuk membawa briefcase yang dipegang oleh Ellyssa. Sarina hanya tersengeh-sengeh memandangnya tanpa sebarang rasa bersalah. Ellyssa menjelingnya namun itu semua tidak meninggalkan sebarang kesan pun di hati Sarina.

“Ira mana?” tanya Ellyssa apabila dia tidak nampak gadis itu di dalam butik. Jam sudahpun menunjukkan pukul 10.30 pagi. Sejak Ira mula bekerja dengan mereka enam bulan yang lepas, ini adalah kali pertama gadis itu tidak ada di dalam butik mereka pada waktu-waktu begini.

“Ell…, kau dah lupa ke. Kan minggu lepas lagi dia dah mintak cuti. Dia kata ada urusan di kampung,” ujar Sarina. Sementara itu tangannya menyusun majalah-majalah fesyen yang berlonggok di atas meja cermin di hadapannya. Majalah-majalah itu memang diletakkan di situ untuk menghilangkan kebosanan pengunjung terutamanya lelaki yang datang menemani pasangan mereka membeli belah di butik mereka.

“Eh, hari ni ke?” Ellyssa seolah-olah cuba mengingati sesuatu. Kesibukan dengan tugas-tugas pemasaran dan perjumpaan dengan pelanggan menyebabkan dia lupa banyak perkara. Nasib baik Sarina ada membantunya dalam urusan-urusan jual beli di butik ini. Dia juga semakin sibuk kebelakangan ini kerana butik mereka ingin membuat permohonan untuk menyertai pementasan fesyen Islamik di peringkat antarabangsa. Sebelum permohonan mereka boleh dihantar, mereka perlu bersiap sedia dengan contoh rekaan yang akan mereka peragakan nanti. Mereka juga perlu membuat kertas kerja untuk menyakinkan penganjur bahawa butik mereka layak untuk memperagakan fesyen mereka di pentas tersebut nanti.

“Ye lah sayang…” Sarina mengangguk, cuba menyakinkan Ellyssa.

“Habis tu butik macam mana? Kau boleh handle ke sorang sorang?” tanya Ellyssa lagi.

“Alaaa…, jangan risaulah Ell. Sebelum Ira kerja dengan kita pun aku sorang jugak buat semua kerja kat butik ni. Don’t worry lah. Kau pergi je meeting tu. Tapi balik nanti jangan lupa belikan aku pretzel coklat tau,” pesan Sarina lagi.

“Okeylah beb. Aku pergi dulu ya. Apa-apa hal kau call je aku tau.” Ellyssa sempat berpesan sebelum dia mengekori langkah pemandunya yang sudah sedia menanti di luar butik.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku