Kan Aku Dah Kata!!!
Bab 32
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 29 Disember 2013
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1514

Bacaan






Bab 32

“SAYA ada meeting di Damansara. Awak tahu tak jalan ke sana?” tanya Ellyssa. Sementara itu dia mengeluarkan telefon bimbitnya kemudian mencari e-mail yang diterima berkenaan lokasi tempat mesyuarat.

“Cik Ellyssa bagi saya koordinat tempat tu. Saya set dalam GPS,” jawab Azrul. Dia menoleh ke belakang tetapi cepat-cepat memandang ke hadapan semula apabila terpandangkan kaki majikannya yang terdedah sehingga ke bahagian lutut.

“Ambil dekat telefon saya ni,” maklum Ellyssa kemudian menghulurkan telefon itu ke depan hingga tangannya hampir menyentuh bahu kiri Azrul.

Azrul terus menyambut telefon yang diunjukkan oleh Ellyssa tanpa menoleh ke belakang. Dia melihat pesanan whatsapp yang ditunjukkan kemudian terus menekan koordinat yang diberikan ke dalam GPS yang siap dipasang di dashboard kereta.

“Berapa nombor telefon awak?” tanya Ellyssa sebelum Azrul mengundurkan kereta keluar dari petak parking.

“011-54568963.” Azrul menjawab sambil menjeling sekilas di cermin pandang belakang.

‘Baru nak tanya. Pagi tadi sombong sangat…,’ tukas Azrul dalam hatinya.

Ellyssa terus menaip nombor telefon tersebut di ruangan “NEW CONTACT”. Tetapi kemudian dia mendongak semula memandang ke arah pemandunya.

“Nama awak siapa?” tanya Ellyssa. Dia perlukan nama supaya dia boleh simpan nombor tersebut beserta namanya sekali.

‘Ingatkan tak nak tanya…,’ bisik hati Azrul lagi. Bibirnya mengukir senyuman pendek. Lebih kepada senyuman perli sebenarnya.

“Azrul. Azrul Hasyimi,” jawab Azrul tanpa menoleh ke belakang atau memandang cermin pandang belakang. Dia perlu menumpukan perhatian di jalanraya yang sudah semakin sesak.

“Nanti saya buat miss call. Awak simpan nombor saya tu. Tapi ingat! Jangan pandai-pandai nak bagi orang lain pulak nombor saya tu,” pesan Ellyssa siap dengan amaran keras.

Azrul hanya mengangguk tetapi di dalam hati dia tetap membebel. ‘Dia ingat dia tu popular sangat ke sampai ramai orang yang nakkan sangat nombor telefon dia tu.’

“Boleh sampai tak sebelum pukul 10.30?” tanya Ellyssa lagi terus mematikan bebelan Azrul.

“InsyaAllah boleh. Harap-harap tak ada sebarang kemalangan la kat jalanraya,” jawab Azrul. Sekilas dia memandang wajah cik Ellyssa dari cermin pandang belakang. Gadis itu tidak habis-habis dengan telefon bimbitnya, pasti sibuk melayari facebook atau mengemakinikan status twitternya.

“Saya tak nak dengar sebarang alasan tau. Yang saya tahu kita kena sampai tepat pada waktunya,” arah Ellyssa. Terkejut Azrul mendengar arahan tersebut. Ringan sahaja mulutnya hendak menjawab tetapi memikirkan bahawa ini hari pertama dia bekerja, dia memujuk dirinya untuk bersabar.

‘Apa dia ingat jalanraya ni keluarga dia punya ke? Kalau dah sesak sampai tak boleh bergerak, aku nak buat macam mana? Lain lah kalau kereta ni canggih sangat tiba-tiba boleh bertukar jadi helikopter dan terbang keluar dari kawasan jem ni…,’ bebel Azrul lagi. Nasib engkaulah Azrul. Dulu angan-angan nak jadi boss. Dah belajar pandai-pandai dapat ijazah, jadi driver aje rupanya…., bertambah malang dapat boss perangai macam mak mertua Kassim Selamat. Nasib badanlah labu…,’ keluh Azrul lagi. Sempat lagi Azrul menjeling Cik Ellyssa dari cermin pandang belakang.

Azrul terus menumpukan perhatiannya ke jalanraya. Seperti biasa jalanraya di Kuala Lumpur memang tidak dapat lari dari kenderaan yang bersesak dan bergerak lambat. Berkali-kali juga Azrul mengerling jam di dashboardkereta. Nasib baik lah Cik Ellyssa keluar awal, kalau tidak memang mereka tidak akan sempat sampai dalam keadaan jalanraya yang begini.

“Sempat tak nak sampai ni?” Tiba-tiba sahaja Ellyssa bertanya. Dia menoleh ke luar. ‘Dah sampai mana ni,’ bisik hatinya.

“Kita dah sampai mana ni?” tanya Ellyssa kerana masa tingga lebih kurang lima belas minit sahaja lagi sebelum mesyuarat dijadualkan bermula.

“Saya ikut shortcut cik Ellyssa. Kalau ikut jalan biasa nanti tak sempat,” jawab Azrul. Ellyssa tidak menjawab. Apa yang dia tahu, dia mesti sampai tepat pada waktunya untuk mesyuarat tersebut.

“Okey, kita dah sampai.” Azrul memberhentikan kereta di hadapan bangunan yang dinyatakan oleh Ellyssa sebentar tadi. GPS di dashboard kereta juga telah memaklumkan bahawa mereka telah sampai ke destinasi yang telah ditetapkan.

‘Biar betul dia ni…,’ Ellyssa terpana. Kagum pun ada. Not bad, puji Ellyssa dalam hati.

“Awak tunggu aje kat bawah ni. Jangan pergi mana-mana pulak. Nanti susah saya nak balik,” pesan Ellyssa sebelum dia menuju ke lif. Azrul hanya mengangguk. Macam tu lah kalau dah jadi driver…, keluh Azrul.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku