Kan Aku Dah Kata!!!
Bab 33
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 29 Disember 2013
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
1082

Bacaan






Bab 33

“Macam mana kerja hari ni abang?” tanya Rahimah apabila Azrul menghubunginya pada malam itu. Dia baru sahaja selesai bersolat Isyak dan bersiap-siap untuk tidur. Melati pula sudah lama masuk ke dalam bilik. Katanya esok ada ujian pertengahan tahun.

“Bolehlah mak. Biasalah kerja dengan orang kaya,” jawab Azrul dengan wajah kelat. Tubuhnya penat. Bekerja dengan seorang wanita yang terlalu mementingkan kerja sehingga sanggup balik lewat malam, membuatkan Azrul pula yang gelisah. Memang lah dia boleh menuntut bayaran lebih masa kerana dia dimaklumkan bahawa waktu kerjanya hanya setakat pukul enam petang sahaja, tetapi apa yang paling dibimbangkan adalah keselamatan majikannya yang begitu berani keluar seorang diri pada lewat malam. Sepertimana dia menjaga adiknya Melati, seperti itu juga dia rasa bertanggungjawab untuk menjaga cik Ellyssa memandangkan itu adalah salah satu syarat yang Datuk Aziz tetapkan apabila dia menerima Azrul bekerja dengan gaji yang berkali ganda lebih tinggi dari yang sepatutnya pemandu biasa terima.

Azrul merenung panjang. Dia mengimbas kembali perbualannya dengan Datuk Aziz sewaktu ingin menerima tawaran kerja ini.

“Sebenarnya saya bukanlah perlukan sangat seorang pemandu untuk Ellyssa sangat, sebab selama ini pun tidak ada masalah untuk dia bergerak menggunakan teksi atau pun minta tolong pada kawannya Sarina,” jelas Datuk Aziz semasa Azrul datang berjumpanya untuk memberi keputusan menerima kerja itu.

“Habis tu kenapa Datuk suruh saya kerja sebagai pemandu cik Ellyssa?” tanya Azrul sebab dia sendiri perlukan lebih penjelasan berkenaan tugas sebenarnya.

“Saya mahukan seseorang yang boleh membimbing dia sebenarnya. Seorang yang boleh mendekati dia secara tidak langsung, dan dalam masa yang sama menasihati dia sehingga dia tidak merasakan sebarang paksaan untuk dia berubah menjadi Muslimah yang lebih baik. Dia anak saya Azrul. Saya kenal hati budi dia. Saya akui saya yang salah dalam mendidiknya. Kami memang ada semuanya, kemewahan, duit yang banyak namun kami tak sedar bahawa kami semakin lalai dan jauh daripada ALLAH. Saya dan isteri bersyukur kerana apabila kami ke Mekah untuk mengerjakan umrah baru-baru ini, ALLAH (s,w,t) telah memberikan kami petunjuk dan hidayah untuk kami berubah. Syukur Alhamdulillah kerana kami disedarkan semasa kami masih mampu untuk mengerjakan amal ibadah kepada ALLAH (s.w.t). Hari demi hari kami terfikir, bagaimana jika kami dapat kesedaran ini semasa kami dah betul-betul uzur dan masa tu baru nak bertaubat. Tentu semuanya dah terlambat kan. Oleh itu saya dan isteri ingin gunakan sepenuh masa kami yang masih ada ini untuk beramal ibadat kepada ALLAH (s.w.t). Ell dah besar. Dia bukan budak kecil. Kami sedar kami tidak mampu untuk mengubah kehidupannya. Kami juga bimbang jika dia merajuk dan meninggalkan kami. Oleh itu, setakat ini hanya ini sahaja cara yang dapat saya fikirkan untuk berusaha mengubah diri Ell.”

Panjang lebar Datuk Aziz menjelaskan supaya Azrul faham apa yang bermain di fikirannya. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi untuk melihat Ellyssa menjadi seorang Muslimah yang sejati. Mereka terlalu sayangkan Ell. Oleh itu mereka mahu Ell juga mengikuti langkah mereka untuk sama-sama menjadikan syurga sebagai matlamat hidup mereka di akhirat nanti.

“Tapi kenapa saya Datuk? Saya rasa saya bukanlah orang yang paling layak untuk memimpin anak Datuk. Lagipun kalau saya bekerja dengan cik Ellyssa, saya hanyalah seorang pemandu di matanya.” Azrul memandang wajah lelaki di hadapannya. Memanglah dia kasihankan lelaki itu. Wajah tuanya kelihatan sangat mengharap Azrul akan mengikuti rancangannya tetapi Azrul sendiri tidak yakin dia akan mampu membawa tugas itu dengan baik seperti yang diharapkan.

“Cubalah dulu Azrul. Kalau tak berjaya, saya tak akan salahkan Azrul. Saya tak akan sesekali meletakkan kesalahan saya dalam mendidik anak saya ke atas bahu orang lain.”

Kata-kata Datuk Aziz membuatkan hati Azrul merasa belas. Akhirnya dia menandatangani surat tawaran yang disediakan selepas membaca segala syarat-syarat yang telah dinyatakan. ‘Demi emak dan adik…,abang terima kerja ini,’ tekad Azrul dalam hatinya.

“Ya ALLAH, kau berkatilah pekerjaan ku ini dan kau berikanlah kebaikan kepada diriku dengan pekerjaan ini…,” doa Azrul di dalam hatinya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku