Kan Aku Dah Kata!!!
Bab 36
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 29 Disember 2013
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
1624

Bacaan






Bab 36

Azrul memusingkan stereng kereta bak pemandu rally F1 di litar lumba. Tersengguk-sengguk badannya apabila dia membrek untuk memperlahankan kereta apabila bertembung dengan bonggol yang melintang di tengah jalan. Disebabkan permintaan Datuk Aziz yang memintanya untuk hadir ke latihan menembak pada pagi itu membuatkan Azrul terlewat hendak mengambil Cik Ellyssa di rumah.

‘Orang nak cepat, banyak pulak la bumper ni semua...,’ rungut Azrul sendiri. Berkali-kali matanya melirik jam di dashboard kereta.....manalah tahu tiba-tiba jam tersebut mati ke. Boleh jugak itu dijadikan alasan kepada Cik Ellyssa kenapa dia datang lewat menjemput gadis itu.

Azrul memberhentikan kereta di hadapan pintu pagar kemudian membunyikan hon berkali-kali. Dia tidak mahu memarkir kereta di dalam kawasan rumah kerana dia tahu mereka sudah terlambat. Dia sudah dapat mengagak reaksi Cik Ellyssa apabila masuk ke kereta nanti kerana perbualan telefon mereka sebelum ini di telefon sahaja sudah hampir mencairkan cuping telinga Azrul akibat disembur “naga betina” itu.

Tepat sangkaan Azrul kerana Cik Ellyssa masuk ke dalam kereta dengan wajah yang masam mencuka. Bibirnya memuncung dan matanya menjeling tajam ke arah Azrul. Belum sempat Azrul keluar untuk membuka pintu kereta, Ellyssa sudah menepis tangannya dan terus menarik sendiri tombol pintu dengan kasar. Ditolaknya tubuh Azrul dan dia terus melabuhkan punggung ke kerusi.

Azrul cuba mengawal senyumnya kerana dia tidak mahu menjadi petrol yang akan menyimbah api yang sedang marak. Dia mendiamkan diri dengan harapan hati Cik Ellyssa akan dapat bertenang sendiri. Tetapi nyata sangkaannya kali ini silap apabila tiba-tiba sahaja naga itu mula menyembur.

“Kenapa lambat ha? Awak tahu kan saya ada appointment dengan client pukul 2.30 petang. Sekarang ni dah pukul berapa dah ni? Pukul 1.00 tau. Awak tahu tak kat KL ni kalau keluar time-time macam ni jalan punyalah sesak sebab orang keluar lunch. Kan saya dah pesan suruh datang sebelum pukul 12. Saya tercongok lebih awal tunggu diorang tak apa asalkan jangan diorang tunggu saya. Memang awak ni tak boleh diharap lah,” bebel Ellyssa tidak henti-henti. Berkerut-kerut wajah Azrul cuba menepis serangan bertubi-tubi dari mulut merah menyala tersebut. Kalaulah suara Cik Ellyssa boleh di “mute” macam telefon bimbit alangkah bahagianya hidup Azrul sekarang. Dah lah kepalanya tension dengan jalan sesak dan kereta yang tidak bergerak-gerak, kehidupannya tambah sengsara kerana tersangkut juga dengan naga betina yang tidak henti-henti membebel di telinganya.

“Awak ni sebenarnya pergi mana ha Azrul? Daddy saya kan bayar gaji awak untuk jadi my driver. Awak ada buat part time ke? Tak cukup ke gaji yang daddy saya bayar untuk awak tu?” sambung Ellyssa lagi. Kemarahannya masih lagi membuak terhadap lelaki itu. Dan yang membakar lagi hati perasaannya ialah sikap Azrul yang seperti orang pekak dan bisu. Langsung tidak memberikan sebarang tindak balas walaupun dia sudah membebel hampir setengah jam.

“Eh Azrul!! Awak dengar tak apa yang saya cakap ni? Nak kata pekak ke bisu ke...awak ni memang normal. Saya ni kena jaga imej saya tau. Butik saya tak pernah bagi masalah pada customer sebelum ni. Dan saya tak nak disebabkan awak pulak, nama baik saya dan butik saya terjejas.” Berang sungguh Ellyssa kerana Azrul masih mendiamkan diri. Terus dia mengeluh kasar dan menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Buat membazir air liur je cakap dengan orang tak ada perasaan....bebel Ellyssa tetapi kali ini dia hanya bertingkah dalam hatinya.

Azrul lega kerana akhirnya Cik Ellyssa mengalah juga dengan sikapnya yang sengaja mendiamkan diri. Biarlah kali ini dia beralah menjadi air yang menyejukkan api yang masih menyala. Dia bukan sengaja ingin membuatkan Cik Ellyssa menunggu tetapi permintaan Datuk Aziz tidak boleh ditolak tanpa alasan yang mudah.

Kadang-kadang Azrul merasakan dia tidak mampu hendak memberikan komitmen untuk dua tugas sekaligus walaupun dia mendapat lampu hijau sepenuhnya dalam menangani sebarang masalah berhubung kedua-dua tugas yang diminta. Bukan juga gaji yang tinggi yang dikejarnya tetapi atas rasa amanah dan tanggungjawab, dia cuba juga sedaya upaya untuk menggalas tugas-tugas tersebut walau kadangkala senget juga bahunya.

Ellyssa terkejut apabila Azrul tiba-tiba sahaja membelok masuk ke kawasan parkir kereta di tepi stesen LRT Taman Melati. Terpinga-pinga lagi Ellyssa apabila Azrul terus meletakkan kereta BMW nya di dalam kotak parking kemudian terus mematikan enjin kereta. Kemarahan yang semakin reda tadi mengganas semula kerana dia menyangka Azrul sengaja hendak mencari pasal dengannya dan sengaja hendak memberontak.

‘Eh! Awak ni kenapa ha? Dah tahu saya lambat sengaja awak nak lambat-lambatkan lagi. Siapa suruh awak berhentikan kereta kat sini ha?” bebel Ellyssa dengan wajah yang merah kerana tersangat marah.

“Cik Ellyssa diam sekejap boleh tak dan ikut saja saya,” tingkah Azrul kemudian memandang wajah Ellyssa dengan muka yang bengang. Terus dia menanggalkan tali pinggang keledar lalu keluar dari kereta. Azrul melangkah ke arah pintu belakang di sebelah kiri lalu membukanya.

“Hari ni kita naik LRT saja. Lagi cepat. Dengan masa yang ada Cik Ellyssa boleh sempat sampai untuk temujanji,” jelas Azrul dengan wajah yang ketat untuk menunjukkan bahawa dia bukan bergurau.

What????” Terjegil biji mata Ellyssa apabila mendengar jawapan Azrul.

“Awak dah gila ke? Saya dengan pakaian daring dan glam macam ni nak naik LRT? Come on Azrul. Awak ni memang tak ada taste lah,” jawab Ellyssa memperlekehkan keputusan Azrul.

“Saya tak ada masa nak bergaduh dengan Cik Ellyssa sekarang. Kalau Cik Ellyssa degil, lepas ni jangan salahkan saya kalau Cik Ellyssa lambat sampai.” Kata-kata Azrul berupa amaran.

“Tak adanya hebat sangat pakaian awak tu tau. Dalam Islam, wanita yang berpakaian menutup aurat jauh lebih hebat dari pakaian yang awak pakai ni,” perli Azrul tetapi hanya mampu diutarakan dalam hatinya kemudian diiringi pula dengan senyuman menyindir.

Azrul terus melangkah ke arah stesen LRT dan tidak kuasa hendak menunggu minah gila glamour yang kuat perasan itu.

“Azrulll!!!! You come here. Saya tak nak naik LRT,” jerit Ellyssa tetapi Azrul tidak menghiraukan. Dia sudah letih melayan kerenah Cik Ellyssa sepanjang hari itu. Dia terus sahaja melangkah ke arah kaunter untuk membeli dua keping tiket walaupun dia tidak pasti samada Ellyssa akan mengikutnya atau tidak.

“Awak memang degil kan Azrul Hasyimi!!!” Terkejut juga Azrul apabila tiba-tiba sahaja naga betina itu sudah tercegat di sebelahnya. Hendak tergelak pun ada kerana dia tidak sangka sekeras-keras hati Ellyssa dia akan mengikut juga keputusannya.

“Okey dah. Baik Cik Ellyssa berhenti membebel dan jimatkan suara untuk meeting nanti. Jom cepat. Nanti lambat pulak,” jawab Azrul selamba. Dia terus melangkah ke arah escalator tanpa menunggu Cik Ellyssa yang terkedek-kedek berjalan kerana memakai kasut tumit setinggi 3 inci. Beg tangan Louis Vuitton berwarna merah bata terbuai-buai di tangannya apabila dia cuba mengejar langkah Azrul. Terkumat kamit bibirnya bukan kerana berzikir tetapi kerana merungut marahkan Azrul.

‘Memang lelaki ni poyo betulla......ada ke patut pakai glamour macam ni nak naik LRT? Dia yang salah sebab lambat, kita pulak yang jadi mangsa.....,’ bebel Ellyssa lagi.

Azrul mengerling wajah Cik Ellyssa yang berpeluh-peluh kerana perlu berjalan jauh. Sebelum ini solekannya terjaga kerana sering berada di dalam tempat yang berpenghawa dingin tetapi kali ini peluh yang membasahkan wajahnya sedikit sebanyak memberi kesan kepada solekannya tadi. Kesian jugak dia melihat Cik Ellyssa yang tercungap-cungap mencari nafas apabila berdiri di sebelahnya semasa mereka menunggu ketibaan LRT. Tetapi apabila difikirkan semula, apa salahnya sesekali anak manja itu diajar supaya bersusah payah sedikit dan merasai pengalaman hidup rakyat sederhana.

Lebih kurang lima minit menunggu, LRT tiba dan berhenti di hadapan mereka. Berpusu-pusu orang ramai masuk ke perut LRT sehingga membuatkan Ellyssa panik kerana tidak pernah berhadapan dengan situasi seperti ini. Melihatkan keadaan itu, Azrul cepat-cepat menarik lengan Ellyssa apabila dilihatnya Ellyssa hampir terjatuh kerana ditolak orang lain yang berkejar hendak masuk ke dalam.

Apabila mendapat peluang, Azrul terus menarik lengan Ellyssa dan mereka mencari sudut yang lebih selesa untuk berdiri.

“Tempat duduk tak ada. Kita berdiri saja. Boleh? Kalau Cik Ellyssa nak duduk jugak, atas lantai je lah yang ada tempat kosong,” maklum Azrul tetapi lebih kepada menyindir gadis itu. Ellyssa terus menarik muncung kemudian memalingkan wajahnya ke luar. Sakit hatinya kerana disindir-sindir begitu. LRT telah bergerak dan beberapa kali berhenti di stesen untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Tetapi jumlah yang turun tidak dapat menandingi jumlah penumpang yang semakin ramai masuk ke dalam perut LRT. Ellyssa semakin rungsing. Dia rimas dikelilingi oleh semua penumpang sehingga membuatkan dia hampir lemas. Memang betul dia tidak pernah langsung menaiki pengangkutan awam seumur hidupnya kerana sejak lahir dia sudah di kelilingi dengan hidup serba mewah.

“Masuk dalam sikit, masuk dalam sikit. Ramai lagi nak masuk ni...” Kedengaran beberapa suara meminta ruang yang lebih walaupun keadaan di dalam LRT ini sudah macam tin ikan sardin.

Azrul rasa kasihan pula apabila melihat wajah Cik Ellyssa yang cemas dengan keadaan seperti ini. Apabila melihatkan bahawa ramai orang lelaki yang berada berdekatan gadis itu, terus Azrul bergerak ke belakang Cik Ellyssa bagi melindunginya dari bersentuhan dengan lelaki-lelaki lain. Ellyssa pula kaget apabila diperlukan begitu. Tetapi dia sedar tujuan sebenar Azrul. Walaupun mulut lelaki itu macam cili jalapeno tetapi hatinya baik dan dia sangat bertanggungjawab dalam melindungi diri Ellyssa.

Ternyata keputusan Azrul untuk menaiki LRT amat tepat. Ellyssa tiba tepat pada masanya di butik sebelum pelanggan yang membuat temujanji tiba. Walaupun begitu, keegoaan menyebabkan Ellyssa sengaja tidak mengakuinya. Dia hanya diam apabila Azrul memaklumkan untuk balik mengambil kereta dan akan datang semula sekiranya Ellyssa memerlukan perkhidmatannya.

Azrul menaiki LRT semula untuk mengambil kereta. Dalam perjalanan, tiba-tiba panggilan dari Cik Ellyssa diterima. Azrul tersenyum sendiri. Dibiarkannya panggilan itu tidak berjawab. Sesekali naga betina itu perlu diajar untuk pandai menghormati orang lain. Sekali lagi panggilan dari Cik Ellyssa masuk. Kali ini Azrul menjawab.

“Kenapa tak jawab saya call tadi?” Terus sahaja dia disembur apabila talian bersambung. Azrul menjarakkan telefon dari cuping telinganya. Nasib baiklah pada waktu begini, penumpang LRT sudah berkurangan berbanding pagi tadi.

“Ya, ada apa Cik Ellyssa. Nak suruh saya datang ambik ke? Tapi lambat sikit la ya sebab saya dalam LRT lagi ni. Harap Cik Ellyssa dapat bersabar ya,” jawab Azrul dengan nada sedikit menyindir.

‘Beg saya tertinggal dalam kereta. Tu la sebabnya saya tak suka buat kerja kelam kabut. Mesti ada yang tak kena. Saya nak awak hantar beg saya cepat. Saya perlukan dokumen dalam beg tu untuk meeting ni,” marah Ellyssa dengan suara yang tinggi.

Azrul mengeluh. Dia yang salah, kita pulak yang kena sembur…, bisik hati Azrul. Hati kalau asyik nak marah aje inilah jadinya, sambung Azrul lagi.

“Saya dah nak sampai kat stesen. Nanti saya terus datang ke sana,” jawab Azrul.

“Naik je LRT, lagi cepat. Kalau awak naik kereta nanti jem.., lambat. Saya nak beg tu cepat,” balas Ellyssa menyebabkan Azrul hendak tergelak pun ada. Dia pasti Ellyssa sedang cuba hendak mengenakannya.

“Baik Cik Ellyssa. You are the boss,” jawab Azrul sambal menyelitkan sindiran.

“Huh.” Kedengaran Ellyssa merengus dengan jawapan Azrul. Bengang sungguh Ellyssa dengan segala apa yang berlaku hari itu. Azrul juga sudah berani melawan arahannya.

“Tak boleh jadi ni. Driver sudah naik kepala,” bebel Ellyssa.

“Tapi…, nasib baik lah akalnya panjang. Kalau tak memang lambat lah aku tadi.” Ellyssa berkata sendiri.

“Hai Ell…, you cakap dengan siapa ni?” tegur Miss Ng apabila dilihatnya Ellyssa berkata sesuatu sedangkan tiada orang yang dilawan bercakap.

Ellyssa malu sendiri. Dia hanya tersenyum kemudian menggeleng kepala.

“No…, just talking to myself. I forget my briefcase. Can we wait for a while before start our discussion? I’m so sorry. Tadi kelam kabut, and jalan pun jem during lunch hour ni” jawab Ellyssa dan terus menjelaskan perkara sebenar.

“Alaaa Ellyssa. Small matter je tu. We can wait. Lagipun ni kan KL. Biasalah kalau jem. Don’t worry. Come.., we have a coffee first.” Miss Ng terus mengajak Ellyssa masuk ke bilik perbincangan.

Ellyssa lega kerana Miss Ng baik orangnya dan boleh berkompromi. Jika tidak tentu masalah bagi Ellyssa.

Sementara itu, Azrul yang telah tiba di tempat kereta di parker, terus mengambil beg yang dikatakan. Beg itu elok sahaja berada di atas kerusi belakang. Oleh kerana keadaan kelam kabut tadi, majikannya terlupa tentang beg itu.

“Itu lah pasal lain kali kalau ada meeting yang penting informlah awal-awal. Ini meeting pukul 2.30, pukul 11.00 baru nak bagitahu. Dah lah tengah training tadi,” rungut Azrul. Dia sedang memikirkan, hendak memandu atau naik LRT? Dalam keadaan sekarang rasanya, dia perlu sekali lagi menaiki LRT.

‘Nasib baik bukan bini aku, kalau tak memang balik nanti aku denda suruh masak sedap-sedap…,’ bebel Azrul. Natrah jugak yang baik…. macam langit dan bumi bezanya, sambungnya lagi. Nasib kau lah Azrul, marah macam manapun, dia tetap boss kau. Kau tetap kena ambil kereta dan hantar beg pada dia kan…, Azrul hanya menggeleng kepala.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku