Kan Aku Dah Kata!!!
Bab 37
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 29 Disember 2013
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2445

Bacaan






Bab 37

“Eee...., kalau I ni naga dah lama I telan dia tu hidup-hidup tau,” jerit Ellyssa sesudah dia menghempaskan punggungnya ke kerusi. Tapak tangannya di ketuk-ketuk ke meja beberapa kali dengan harapan segala kemarahannya akan dapat dipenyek-penyekkan ke atas meja itu.

“Apa kena pulak ni....,” tanya Sarina dengan gelengan kepala. Kemudian dia tersenyum menampakkan barisan gigi putih tersusun cantik.

“Angin tak ada, ribut pun tak ada tiba-tiba kau mengamuk je ni. Kita tak dapat projek tu ke?” tanya Sarina lagi.

Ellyssa menggeleng kepala. “Bukan pasal tu. Keputusan projek tu minggu depan diorang akan maklumkan sebab ada beberapa syarikat yang masuk offer jugak,” jelas Ellyssa dengan wajah yang masam.

“Habis tu kalau tak pasal projek pasal apa pulak? Haaa... ni mesti pasal your handsome driver tu kan?” teka Sarina.

“Haah la. Pasal siapa lagi. Kalau tak menyakitkan hati I sehari memang demam kot agaknya. Oooohh…, please la beb. Muka macam tu kau kata handsome. Tengoklah style dia. I ni malu tau tak. Orang tengok I ni fashionable type, tiba-tiba dapat driver macam tu. Tak masuk tau,” jawab Ellyssa dengan marah.

“Dia yang lambat lepas tu sedap-sedap nak berceramah agama dengan kita pulak. Sakit betul hati I tau. Ada ke patut dia bawak I naik LRT sebab nak cepat. I dah calldia awal-awal lagi dah nak remind pasal meeting tu. Bolehlah pulak dia lewat lepas tu sindir-sindir I macam-macam,” sambungnya lagi. Geram Ellyssa masih belum habis. Berpinar-pinar biji matanya kerana terlampau marah dengan sikap Azrul.

“Iya??? Habis tu? You naik la?” Sarina kelihatan sangat teruja hendak mengetahui kisah selanjutnya perang antara mereka berdua. Terus ditariknya kerusi ke depan untuk rapat ke meja. Lebih-lebih lagi dia memang tahu yang Ellyssa tidak pernah langsung naik pengangkutan awam semasa di Malaysia.

“Beb......you ni kawan I ke kawan dia? Kalau you kawan I, boleh tak untuk satu hari you tolong supportI sikit.” Geram sungguh Ellyssa dengan sikap lurus bendul Sarina yang langsung tidak pandai hendak bermuka-muka.

Hahahaa.....mungkin sebab itu jugalah mereka serasi berkawan baik sejak dari sekolah hingga sekarang walaupun hakikatnya latarbelakang keluarga mereka amat jauh berbeza. Ellyssa anak seorang hartawan sedangkan keluarga Sarina biasa saja yang mana ibu dan bapanya bekerja sebagai guru di sekolah menengah di ibu kota.

“Alaa Ell. Kau kan tahu aku ni macam mana. Aku tak reti nak sorok-sorok perasaan. Kalau aku kata suka, maknanya aku suka lah. Kalau tak suka, aku cakap terus terang, senang,” jawab Sarina dengan senyuman lebar di bibir.

“Dia kan dah jadi driverkau Ell. So aku tak nak lah cakap yang banyak sebab nanti aku jugak yang susahkan. Aku pun kena jaga kepentingan aku jugak. Kalau aku api kau lebih-lebih, takut nanti tak pasal-pasal aku pulak kena pegang jawatan lama aka driverkau.” Selamba sahaja Sarina menjawab kata-kata Ellyssa membuatkan gadis itu semakin rasa hendak dicekiknya leher manusia di hadapannya itu.

“Tapi kan Ell..., hehehee aku rasa kau orang ni sweet je la. Padan je berdua....,” sambung Sarina. Dia mengenyitkan mata. Sempat lagi mengusik Ellyssa yang sedang kepanasan hati itu.

“Sarina!!!” Terjerit Ellyssa mendengar kata-kata Sarina. Wajahnya ditarik masam dan terus dia berpeluk tubuh sedangkan Sarina terkekeh-kekeh ketawa di hadapannya.

“Tu la....suruh drive sendiri tak nak. Ell, dah lama dah kisah tu. Kau tak nak cuba drivesemula ke?” tanya Sarina kali ini dengan wajah yang lebih serius.

Ellyssa menggeleng kepala. Ada aura cemas dalam matanya apabila isu memandu ditimbulkan. Serta merta kisah setahun yang lepas menjelma dalam ingatannya.

Sarina pula mengutuk dirinya entah berapa kali. Celupar betul mulut ni! Memang nak kena lempang!!!! Dah berapa kali cakap jangan sentuh bab ni. Perbualan mereka mati tiba-tiba.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku