Hati Suamiku GK
Bab 2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(30 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
16347

Bacaan






Huzaiman baru sahaja pulang daripada bersenam bersama Amman dan Ammar. Itulah rutin harian yang menjadi kesukaannya. Bersukan menyihatkan badan dan minda. Huzaiman tersenyum. Itu sebab bandanya sedikit berotot. Tidak perlu ke gim sangat. Cukuplah bersenam ringkas seperti ini.

“Amman, jangan lupa pukul lapan pagi, kita jumpa kat bawah.” Pesan Huzaiman.

“Baiklah bos.” Balas Amman. Amman juga kena menemani majikannya itu berjogging.

Huzaiman masuk ke dalam kondominium miliknya. Dia memandang sepi ruang tamu yang kosong. Ada cermin yang besar di situ. Walaupun suasana ruang tamu ini nampak suram dan gelap, dia sukakannya. Hatinya tenang.

Huzaiman bergerak ke dapur pula. Dia tersenyum lagi bagaikan orang gila. Asyik senyum sahaja. Dia paling suka ruang dapur. Kemas, lapang dan mewah. Mewah yang paling penting. Lagi sekali Huzaiman tersenyum. Dia begitu sayang akan kondominium ini.

“Senyum lagi. Aku ni kenapa? Gembira lain macam je hari ni? Ada apa-apa yang akan berlaku yang akan membuat aku gembira?” dahi Huzaiman berkerut. ‘Ada ke?’ Dia berfikir seketika.

“I don’t care!” geram Huzaiman.

Peti ais dibukanya. Dia mencapai sekotak susu lalu di teguk. Walaupun dia rasa perbuatan itu kurang sopan iaitu minum dalam kotak tersebut lalu meletakkan semula dalam peti, dia tetap melakukan. Itulah sikap buruk Huzaiman yang tiada orang yang tahu.

“Apa yang penting, depan orang lain dia harus nampak perfect.” Kata Huzaiman. Asyik tersenyum sendirian sahaja.

Selepas mandi, dia menilik wajahnya di depan cermin.

“Sekarang umur aku dah masuk ke dua puluh sembilan. Mak ai! Tuanya. Bila aku nak kahwin ni? Sepatutnya aku sudah berkeluarga.” Huzaiman memikirkan masa hadapannya.

Huzaiman menilik lagi wajahnya di cermin. Dia bagaikan bangga dengan wajahnya yang kacak seperti Top dari kumpulan K-Pop iaitu Big Bang. Sebenarnya dia juga tidak tahu wajahnya seperti itu sehingga ada orang yang memberitahunya.

‘Patutlah ramai perempuan gilakan aku. Nasib baik aku tak gilakan dia orang. Perasan bagus la tu.’ Huzaiman tidak habis-habis banggakan diri.

Akhirnya Huzaiman berkata...

“Haruslah! Lelaki yang ada kuasa kena bergaya.” Kata Huzaiman.

Sejak kecil Huzaiman suka akan sesuatu jawatan dan kuasa. Jika dia berkuasa, dia rasa berkeyakinan dan bergaya. Itulah satu kepuasan yang tidak akan dia dapat walaupun di alam percintaan. Dia merenung ke dalam matanya yang bersinar tiap kali memikirkan kuasa yang dia ada.

Kelebihan lelaki iaitu sentiasa berkuasa. Dia sukakan ayat itu.

Tiba-tiba...

“Percintaan? Aku mana pernah bercinta. Ish! Ish! Ish! Teruknya.” Huzaiman berkata pada dirinya sendiri. Bagi Huzaiman percintaan atau sewaktu dengannya hanyalah satu perkara yang sangat membuang masanya. Cinta hanya khayalan. Cinta hanya mendera perasaan. Cinta membuat kita derita. Dia tidak suka cinta. Cinta pada keluarga dan kuasa, itu yang paling menyeronokkan.

Setelah yakin dengan penampilannya, dia terus keluar dari biliknya dan menuju ke tempat letak kereta. Walaupun dia terasa pelik dengan tali lehernya tetapi dia memakainya juga.

Huzaiman memandang sekeliling tempat tinggalnya. Dia mengeluh. Tinggal di kondominium memang rasa sunyi tapi dia suka akan kesunyian itu. Senyuman sudah terukir di bibirnya.

“Bos!” sapa Amman sambil membuka pintu kereta untuk ketuanya itu. Sejak Huzaiman menjadi pengarah besar syarikat ayahnya itu, dia makin gila kuasa. Semua orang mahu diarahnya olehnya termasuk pintu kereta pun mahu dibuka oleh orang lain. Dia tidak akan sesekali membuka pintu kereta tersebut. Tidak!

Pantas Huzaiman masuk ke dalam kereta Mercerdes. Dia membuka telefon bimbit Samsung Galaxy S2 untuk online. Kebiasaannya dia akan berhubung dengan pelanggan melalui email dan facebook.

“Hari ini saya ada meeting dengan siapa?” soal Huzaiman kepada Ammar. Pandangannya masih pada skrin telefonnya.

Amman yang sedang memandu hanya fokus pada pemanduannya sahaja.

“Hari ni bos ada meetingdengan jabatan reka bentuk produk. Mereka akan membentang produk baru bertemakan cinta.” Kata Ammar yang asyik memandang buku catatannya.

“Bagus! Saya dengar ada orang baru dalam jabatan tu?” teka Huzaiman.

“Ya bos.” Jawab Ammar.

“Kamu kenal ke dia?” soal Huzaiman. Entah mengapa dia begitu berminat untuk mengetahui siapakah orangnya.

“Saya tak kenal, bos tapi orang kata lelaki.” Dahi Ammar sudah berkerut. ‘Kenapa aku berpeluh ni? Macam aku sedang dibicarakan dalam mahkamah saja.’ Pantas tangan Ammar menguatkan penghawa dingin kereta. Dia mula tersenyum.

“Lepas tu saya ada apa?” Huzaiman meneruskan pertanyaannya.

“Lepas tu tuan ada temu janji dengan kawan tuan, Puteri.” Makin kuat peluh yang keluar di dahi Ammar. Tidak ketinggalan Amman juga turut merasa bahang kemarahan yang bakal meletus.

“Puteri?! Kenapa dia buat temu janji? Saya tak nak ada apa-apa dengan dia. Tak suka.” Wajah Huzaiman sudah merah.

“Tapi bos. Dia ada hal penting nak cakap dengan bos.” Kata Ammar.

“Yalah. Apa yang minah gedik tu nak dengan aku?” Bahasa Huzaiman sudah berubah. Dia benar-benar tidak suka dengan kedatangan Puteri ke pejabatnya.

Amman dan Ammar hanya mendiamkan diri sahaja.

Akhirnya mereka sampai juga di pejabat.

Pintu kereta dibuka oleh Ammar. Dengan megah Huzaiman berjalan tanpa mempedulikan orang sekeliling. Keyakinan itu perlu. Gaya seorang pengurus juga perlu.

“Bos, maaf saya menegur.” Amman serba salah mahu katakan.

“Apa dia?” dahi Huzaiman sudah berkerut. ‘Ada yang tak kena ke?’

“Tali leher bos.” Tunjuk Amman pada tali leher Huzaiman.

“Kenapa dengan tali leher saya?” pantas Huzaiman melihat di cermin tingkap keretanya.

What?” dirinya sendiri rasa pelik. ‘Kenapa tadi aku tak perasan ya? Tadi biasa sahaja aku tengok.’

Pantas tangannya membuka tali leher tersebut dan mengikatnya semula. Wajah Huzaiman benar-benar merah.

“Kenapa kamu tak tegur saya dari dalam kereta tadi.” Huzaiman berbisik. Tali lehernya agak pendek sedikit dan ia nampak tidak padan.

“Ingatkan itu sytle baru bos.” Jawab Ammar.

Huzaiman rasa mahu dicekik-cekik leher Ammar. ‘Perli ke sindir ni?’ Huzaiman berasa geram.

Dia pun berjalan seperti biasa. Wajahnya sentiasa serius menunjukkan dia sangat menitikkan segala yang dilakukannya harus berkualiti dan terbaik. Dia tidak mahu pelanggannya kecewa dengan perkhidmatan yang disediakan. Syarikat reka bentuk sepertinya memerlukan idea yang segar untuk menghasilkan produk yang berkualiti.

Huzaiman terus masuk ke bilik mesyuarat. Semua orang menanti mereka bertiga. Huzaiman duduk dan diapit oleh Ammar dan Amman. Mereka berdua memang pengikut setia kerana sejak kecil, Dato’Ismail yang menyara kehidupan mereka. Sebagai balasan, Dato’ Ismail hanya mahu mereka berdua menjaga dan melindungi Huzaiman.

You can start now.” Huzaiman bersuara. Wajah dan suaranya serius.

“Baik bos.” Kata Azman sambil berdiri. “Tujuan utama mesyuarat pagi ini untuk memperkenalkan produk baru yang dicipta oleh pereka baru kita. Nama produk ini ‘Garden Love’.” Sambung Azman lagi. Dia membuka skrin besar yang ada di hadapan meja mesyuarat.

“Untuk penerangan lanjut, kita menjemput pereka produk ini sendiri, Cik Wafa Natasha.” Jemput Azman. Dia segera.

Seorang perempuan berdiri tegak. Dia memakai baju kurung hitam berbunga merah darah dan dipadankan dengan tudung rona yang sama.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Wafa Natasha akan menjelaskan produk ‘Garden Love’secara terperinci. Tuan Puan boleh buka fail edaran itu. Muka surat lima.” Natasha tersenyum.

Huzaiman merenung tajam wajah Natasha. ‘Kata lelaki tapi ini perempuan. Aku salah tengok ke?’ Huzaiman memandang wajah Natasha tidak berkelip. ‘Macam familiar pula wajah minah ni.’

Huzaiman cuba tersenyum.

Entah mengapa saat ini hati Huzaiman melihat senyuman itu, hatinya berdebar hebat tetapi dia pantas menidakkan perasaan itu.

Selepas sejam setengah mereka bermesyuarat, akhirnya bersurai.

“Tahniah Cik Natasha. Saya suka rekaan produk ini.” puji Huzaiman.

“Terima kasih bos.” Natasha tersenyum.

“Saya pergi dulu.” Huzaiman terus berlalu.

‘Mamat ni stillmacam dulu. Gila kuasa dan sombong!’ Kata Natasha dalam hati. ‘Mamat ni kenal ke aku? Macam tak kenal aje.’

“Sha! Natasha!” panggil Amman.

“Abang Amman! Abang Ammar!” Natasha tersenyum. Dia gembira dapat berjumpa dengan kembar tersebut. Baik dan selalu tersenyum walaupun bos mereka seorang yang serius.

“Jangan jerit macam tu. Malu kami!” Kata Amman sambil memandang sekelilingnya. Manalah tahu ada yang mendengarnya.

Sorry. Rindu kat abang-abang senior Sha ni.”

“Rindu pada kami? Rindu kami buli Sha ke?” tanpa pengetahuan Huzaiman. Mereka berdua secara senyap-senyap berkawan baik dengan Natasha dan mereka telah menjadi abang angkat Natasha.

“Rindu juga. Abang, meh Sha belanja makan tengah hari ni.” Ajak Natasha.

“Eh, tak bolehlah Sha sebab bos kita kalau makan mesti ada kami berdua. Kalau tak, dia mengamuk. Habis kami nanti.” Ammar menolak dengan alasan yang tidak kukuh bagi Natasha.

‘Melampau betul Huzaiman. Ini pun nak gila kuasa juga ke?’ Natasha rasa makin lama mengenali lelaki itu, makin gila dibuatnya.

“Eh, apa lagi kau orang berdua tunggu. Meh ikut saya.” Muncul Huzaiman. Belum sempat Natasha mahu berkata apa-apa.

“Baik bos!” serentak mereka berdua berkata. “Kami pergi dulu. Malam kita makan sama.” Amman berjanji sambil melambaikan tangannya.

“Baiklah abang-abangku.” Kata Natasha.

Natasha rasa lebih mesra kerana Amman dan Ammar memang seorang yang baik hati. Tambahan pula dia sebatang kara sekarang ini. Kasih sayang seorang abang amat dia hargai tetapi batas-batas pergaulan harus dia menitikberatkan.

Natasha tertidur dalam bilik kerjanya. ‘Dah malam. Baik aku pulang sekarang.’ Sikap dia yang tidak suka bertangguh membuatkan dia perlu habiskan sesuatu kerja itu dengan segera walaupun terpaksa mengorbankan masa tidurnya. Janji kerja siap. Hati pun senang.

Natasha melihat jam di telefon bimbitnya. Jam menunjukkan pukul sembilan malam. Dia perlu segera pulang ke rumah.

Natasha pantas mencapai beg tangan lalu mengunci pintu bilik kerjanya. Tiba-tiba bahu Natasha di sentuh lembut. Natasha terkejut. Wajahnya terus pucat.

“Cik Natasha rupanya.” kata pengawal keselamatan.

“Maaf pak cik. Banyak kerja nak dibuat. Itu pasal balik lewat.” Kata Natasha. Dia cuba bertenang.

“Jangan amalkan sangat balik lewat. Tambah-tambah Cik Natasha ni perempuan. Cepat balik. Kang pak cik risau pula.” Nasihat pengawal keselamatan itu.

“Terima kasih pak cik.”

Natasha segera meninggalkan pengawal keselamatan itu. Dia berjalan ke tempat letak kereta. Kereta Persona putih segera di hampirinya. Dia memandu perlahan dan penuh cermat. Ini harta pencariannya sendiri. Atas usahanya sendiri. Mestilah dia sayang pada kereta ini.

Tiba sahaja di rumah sewanya, Natasha segera duduk atas sofa yang sememang ada satu sahaja. Rumah sewanya tidaklah besar mana. Dari tempat dia duduk, belah kanan dapur dan belah kiri bilik tidur. Dia memejamkan mata seketika.

Hati Natasha berdegup kencang dan tidak dapat di kawal. Dia tidak mampu untuk bertenang. Peluh sudah memercik keluar. Natasha termenung. Dia teringat peristiwa hitam semasa dia kecil.

“Mak, kita nak pergi main kat depan rumah tu kejap.” Natasha meminta izin. Ketika itu dia berusia 12 tahun tetapi badannya yang kecil kelihatan seperti kanak-kanak berusia tujuh tahun. Mungkin disebabkan Natasha mewarisi seratus peratus keturunan belah Shahrin yang sememangnya berbadan kecil.

“Tak boleh! Bahaya. Mak nak masak untuk ayah kamu ni. Kejap lagi ayah kamu nak balik!” Shahrin menghalang anaknya itu. Tambahan pula dia tidak dapat memantau dan menjaga Natasha jika anak kecil itu bermain di luar. Dia harus memasak.

“Ala sekejap aje mak.” Kata Natasha. Dia mahu juga bermain di luar.

“Mak kata tak boleh!” Suara Shahrin sudah meninggi. Dia meneruskan memasak tanpa mempedulikan Natasha yang sudah menangis itu.

Natasha membawa diri ke biliknya. Dia hanya memandang ke luar melalui tingkap yang terbuka luas. Dia memandang ke bawah. Tinggi juga jurang tingkap tersebut dengan tanah. Rumah papan itu adalah rumah pusaka ibu Shahrin. Agak usang sedikit tetapi masih utuh untuk dijadikan tempat berteduh.

Perlahan-lahan dia cuba memanjat tingkat tersebut. Dia keluar dari tingkap rumah itu. Disebabkan keinginan yang terlampau tinggi untuk bermain di luar, anak kecil itu sanggup terjun ke luar tingkap.

“Aduh!” mengaduh Natasha. Terasa sakit tubuhnya apabila jatuh seperti itu.

Perlahan-lahan dia berjalan, dia mencari beberapa biji batu di tepi jalan untuk bermain batu seremban. Itulah permainan yang mampu dia main memandangkan mereka hidup susah.

“Tujuh rasanya cukup.” Kata Natasha sambil berjalan menuju ke rumahnya. Dia tersenyum puas. Dia mahu keluar sekejap sahaja. Mahu mengambil beberapa biji batu untuk bermain. Tambahan pula dia tiada teman. Masanya banyak di habiskan di rumah.

Tiba-tiba mulutnya dicekup dari belakang. Natasha cuba meronta tetapi pelukan lelaki itu membuat dia sukar bergerak. Dia tidak nampak wajah lelaki itu kerana ditutupi oleh topeng.

“Cantik! Kau memang cantik. Tubuh kecil dan berkulit putih. Cukup menggoda!” lelaki itu bagaikan tidak siuman memuji Natasha.

Natasha berasa sangat takut. Tubuhnya menggigil. Dia dibawa ke satu kawasan yang agak bersemak. Tubuhnya di campak kasar ke tanah. Sakit belakangnya. Dia cuba bertahan. Natasha yang masih kecil itu, tidak mengerti apa yang lelaki itu mahukan darinya.

Baju Natasha direntap kuat. Air mata Natasha mengalir. Dia rasa sakit, itu sebab dia menangis.

Lelaki itu mencium tubuhnya.

Baru Natasha tersedar. Lelaki ini ingin mengambil kesempatan ke atasnya. Mak selalu berpesan sentiasa berhati-hati dengan lelaki. Air matanya makin deras mengalir. Tubuh lelaki itu terlalu besar baginya untuk dilawan. Dia pasrah.

‘Kalau aku dengar cakap mak, mesti tak kan jadi macam ni. Mak!’ Hati Natasha meraung.

Tiba-tiba lelaki itu ditendang oleh seorang lelaki.

“Ayah!” Air mata makin deras mengalir. Lelaki yang ditendang itu cuba melawan semula. Kali ini dia mengeluarkan pisau.

“Ayah!” Natasha begitu bimbangkan ayahnya, Iskandar.

Pisau itu diacukan kepada Iskandar. Berkali-kali dia cuba menikam tubuh Iskandar tetapi tidak kena. Iskandar pantas mengelak.

Dengan sekali serangan, lelaki durjana itu rebah. Kini, pisau tersebut di tangan Iskandar. Iskandar melibas pisau tersebut dan terkena paha lelaki itu. Pantas lelaki itu melarikan diri.

Selepas kejadian itu, Iskandar mengajar Natasha seni mempertahankan diri. Dia pun mengubah peribadi anaknya kepada seorang perempuan yang lembut kepada kasar. Kecantikan yang dianugerahkan oleh Allah, harus dilindungi dari pandangan mata yang jahat.

Natasha bangun dari terus duduk di sofa itu. Kenangan gelap itu perlu disingkirkan jauh dari ingatannya. Dia masuk ke kamar tidurnya.

Dia menatap wajah di cermin. Peribadinya berubah. Kembali kepada yang asal. Dia amat perlukan perwatakan seperti ini demi sebuah dendam. Dendam ini tidak akan padam selagi anak keluarga itu tidak merasai apa yang dia turut rasai. Dia merenung tajam gambar-gambar mengenai kejayaan Huzaiman serta gambar yang diambil secara senyap. Dia sudah siasat tentang Huzaiman hampir dua tahun. Dan operasinya bermula hari ini.

“Itu pasti!” pandangan mata Natasha menjadi tajam memandang ke cermin tersebut.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku