Hati Suamiku GK
Kenali watak Wafa Natasha
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(23 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
11566

Bacaan






WAFA NATASHA

Mentaati ibu bapa dan menyayangi mereka.

Makin sakit hati Putra Huzaiman melihat senyuman pelajar perempuan itu. Dia menambah lagi kata-kata bisanya. "Esok! Kalau kau datang lambat lagi, aku suruh pengetua berhentikan mak kau kerja sebab anak dia bermasalah!"

Wafa Natasha tersentak. Rasa sakit di hulu hatinya. Kejam mamat GK ni! Dia ni dah masuk kes menghina orang yang aku sayang. Lepas tu sedap-sedap hati nak berhentikan mak aku kerja. Apa hak kau?! Wafa Natasha tidak boleh bersabar lagi dengan lelaki gila kuasa ini.

Menyesal! Sungguh menyesal aku puji dia bagus tadi. Tak guna kau! Amuk Wafa Natasha.

“Hoi pengawas! Kalau kau nak cakap pasal aku. Cakap aje! I don’t care but now! Kau cakap pasal mak aku! Mak aku! Apa hak kau nak berhentikan mak aku kerja!?” Tinggi suara Wafa Natasha. Mana boleh sabar! Lagi pun pekerjaan mak salah satu punca pendapatan keluarga. Senang-senang hati GK ni nak tutup periuk nasi orang lain.

Putra Huzaiman terdiam seketika melihat Wafa Natasha bersuara lantang begitu. Selalunya perempuan ni tak pernah melawan. Hanya diam membisu sambil tersenyum. Bukanlah seorang perempuan yang penyabar rupanya. Entah mengapa dia menilai Wafa Natasha seperti mahu menjadi isterinya. Gila ke kau ni, Putra Huzaiman?! Dirinya sendiri tertanya-tanya.

"Yang kau mengada-ngada nak sebut pasal mak aku tu kenapa? Saja nak cari gaduh?” Bertambah marah Wafa Natasha. Dia memang pantang kalau ada perkara yang melibatkan mak ayah. Sensitif betul!

Aku hanya ada mak dan ayah sahaja dalam dunia ini. Hanya mereka berdua aku ada. Hanya mereka! Kau faham tak mamat gila kuasa! Wafa Natasha berperang sendiri dengan perasaannya. Hatinya terusik. Bila-bila masa sahaja dia akan mengalir air mata. Dia bukan jenis yang kuat apabila berhadapan dengan hinaan seperti ini.

....................................

“Mak cakap aje, Sha senyum. Ini yang mak nak membebel. Cubalah cakap sesuatu untuk tenangkan hati mak.” Ada nada merajuk di situ.

“Ala, mak ni. Sha ni kuat. Takat kena tampar aje apa sakitnya.” Wafa Natasha berkata besar.

“Takat kena tampar ye? Sampai pengsan kat sekolah,” sampuk Encik Iskandar.

Lagi sekali Wafa Natasha tersengih. Hanya itu sahaja yang dia mampu lakukan. Siapa tak marah kalau harta kesayangannya di hina. Tiba-tiba wajah Jay hadir dalam ingatan Wafa Natasha. Wajah lelaki itu ala-ala samseng dalam cerita ‘KL Gangster’ yang memegang watak Shark.

Menghargai pemberian orang lain.

Wafa Natasha membetulkan topi berwarna biru di kepala. Topi itu diberikan oleh Encik Iskandar iaitu ayahnya. Ia amat berharga dan bermakna. Mana mungkin dia menghilangkannya.

Suka memberi nasihat

“Mak ayah hantar kita ke sekolah supaya kita jadi bijak. Bila dah bijak tu, kita dapat berfikir mana baik dan buruk. Bukannya datang sekolah main. Buat tak tahu saja bila cikgu mengajar,” pesan Wafa Natasha. Dia merenung wajah sahabatnya yang sesat itu. Tak dapat aku nak menolong.

Mudah dibentuk peribadinya.

Tidak menyukai Putra Huzaiman.

Selaju mungkin Wafa Natasha mengayuh basikal. Peluh yang mengalir tidak dipeduli. Alamak! Pintu pagar dah tutup. Dahi mula berkerut. Dari jauh kelibat seorang pengawas yang dikatakan gila kuasa kelihatan.

Aku cukup tak suka tengok muka mamat ni. Ada aje yang aku buat serba tak kena. Wafa Natasha berterusan membebel dalam hati. Dia menolak basikalnya perlahan.

.................................................

“Baguslah kalau datang awal. Kalau tak, nama kau aje yang selalu mencacatkan rekod kedatangan pelajar,” kata Putra Huzaiman yang sentiasa berbisa itu.

“Kau patutnya bersyukur sebab aku datang awal.” Nada Wafa Natasha sungguh bangga. Ala, aku kan manusia biasa. Mestilah ada perasaan macam tu.

“Mestilah aku bersyukur, sebab aku tak payah nak tengok muka kau ni.” Lagi sekali mulut berbisa itu bersuara.

Wafa Natasha berasa geram. Mulut ular! Asyik keluarkan bisa aje. nasib baik aku tak mati bila kena.

Mudah tersentuh.

Wafa Natasha masih merenung bubur itu tetapi kini dengan wajah yang sedih pula.

Mesti Sha tak ada selera nak makan bubur ni. Tambah-tambah aku yang masak. Hati Putra Huzaiman sedih juga.

“Kau tak makan sejak semalam lagi kan? Makan la dulu. Baru telan ubat,” arah Putra Huzaiman tapi masih nada yang lembut. Dia tidak mahu Wafa Natasha terasa.

Putra Huzaiman gila kuasa ni betul la. Ini pun nak bagi arahan ke? Dengan muka serius pula tu. Akhirnya Wafa Natasha mengeluh.

“Sebenarnya ini kali pertama orang jaga aku masa aku demam sejak mak ayah aku meninggal dunia.” Perlahan suara Wafa Natasha. Dia tertunduk.

“Oh, macam tu. Aku pun. This the first time for me. You know, aku kena masak. Aku ni tak pernah masak seumur hidup aku,” kata Putra Huzaiman sambil pandang ke tempat lain. “And to do things like this for some one.” Sambungnya lagi.

Wafa Natasha memandang Putra Huzaiman yang kini memandang ke tingkap. Tak sangka Huzaiman seorang lelaki yang boleh bertolak ansur seperti ni.

................................

Wafa Natasha terharu sebenarnya dengan cara layanan PutraHuzaiman terhadapnya.

“Kenapa abang layan Sha baik sekali?” soal Wafa Natasha. Dia tidak dapat menahan air matanya dari terus mengalir. Sebak rasa di hati.

“Sebab Wafa Natasha adalah isteri Putra Huzaiman. Jadi, lelaki yang gila kuasa ini akan terus melindungi sampai nyawanya terakhir. Faham?”

PutraHuzaiman tersenyum.

Wafa Natasha tersentak.

“Tapi Sha...” Air matanya mengalir lagi.

Mudah kecewa.

Bersikap sederhana.


p/s: manuskrip hati suamiku Gk sudah selamat di hantar pada penerbit untuk penilaian... doakan cepat-cepat lulus dan cepat2 diterbitkan hihihi harap2 ia dipermurdahkan.. aamiin...lepas ni tak ada dah update ceritanya...tunggu dalam bentuk novel pula ye...terima kasih semua yang menyokong enovel ini...terima kasih...



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku