Hati Suamiku GK
Bab 3
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(32 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
16240

Bacaan






Huzaiman teringat sesuatu. Fikirannya ligat memikirkan sesuatu. ‘Siapa gadis tu? Macam pernah tengok sebelum ni? Tapi di mana ya?’ Dahinya sudah berkerut. Tidak senang duduk di buatnya. DIa menekan interkom. Dia mesti siasat siapa perempuan itu yang sebenarnya.

“Amman masuk sekejap...” Arah Huzaiman.

“Ya, bos. Ada apa yang bos nak saya bantu?” Amman bertanya.

“Natasha sekolah mana dulu?” soal Huzaiman. Amman tersentak. Dia dalam dilema. Mahu merahsiakan atau memberitahu hal sebenar. Dia teringatkan Dato Ismail.

“Aku ambil kau berdua ini supaya dapat menjaga anak aku. Aku bagi kau pelajaran, pendidikan, makanan dan tempat tinggal. Kau mesti melindungi dia. Selagi Huzaiman tak berkahwin, kamu berdua pun tidak boleh berkahwin. Tugas kamu mulai hari ini sentiasa bersama Huzaiman dan tiada rahsia antara kamu dengan Huzaiman. Semua perkara perlu dilaporkan pada Huzaiman.”Arahan Dato Ismail.

Dato Ismail mengambil Amman dan Ammar sebagai anak angkat di rumah anak-anak yatim ketika mereka berusia 12 tahun. Tujuan Dato Ismail begitu jelas ketika dia nampak perangai anaknya yang gila kuasa dan semestinya ada ramai yang akan cemburu dengan kelebihan itu. Maka dia perlu sediakan payung sebelum hujan.

“Kami akan dapat semua itu jika kami menjaga anak tuan?” Soal Amman. Ketika itu, ibu dan ayahnya sudah meninggal dunia. Mereka berdua baru seminggu berada di rumah anak-anak yatim tersebut.

“Ya. Kamu akan mendapat kelebihan dan balasannya kau berdua kena menjaga anak aku walaupun terpaksa mengorbankan nyawa.” Tegas kata-kata Dato Ismail. Pandangan lelaki itu amat tajam bagaikan Huzaiman yang sekarang.

Sebelum Dato Ismail memperkenalkan Amman dan Ammar kepada anaknya, Huzaiman, mereka berdua dikehendaki mengambil kelas mempertahankan diri. Pandai dalam masa sebulan. Itu penting bagi Dato Ismail. Dia tahu yang suatu hari nanti, musuh ketatnya akan mencari jalan untuk memusnahkan keluarganya.

“Abang, betul ke tindakan kita?” Ammar bertanya apabila mereka diberi masa untuk berfikir mengenai tawaran yang diberikan oleh Dato Ismail.

“Abang tak pasti tapi ini sahaja peluang kita. Kita tak ada siapa-siapa. Matlamat hidup kita pun tak ada.” Amman mengeluh.

“Tapi kalau kita ikut mereka, kita akan terikat dengan mereka sepanjang hayat.” Ammar memberi pendapatnya.

“Tak apa daripada kita terus duduk di rumah anak-anak yatim ini tanpa tujuan. Sekurang-kurangnya kita ada masa depan kalau ikut Dato.” Amman cuba meyakinkan adiknya, Ammar walaupun dirinya sendiri kurang pasti.

“Adik ikut segala keputusan abang.” Kata Ammar. Amman hanya tersenyum.

“Amman. Kamu berangan?” soal Huzaiman membuat ingatan Amman pada kisah lalu terhapus.

“Tak ada apa-apa bos. Natasha tu perempuan yang selalu datang lambat ke sekolah dulu. Yang bos denda dia cuci tandas lelaki dan Jay buat hal pula masa tu.” Jelas Amman. Tiada rahsia dan berterus terang. ‘Maafkan abang, Sha.’ Bisik hati Amman.

What? Kenapa tak bagitau saya awal-awal?” tinggi suara Huzaiman bercampur dengan terkejut sekali.

‘Eh, bos aku ni? Pasal ni pun nak marah ke?’ Amman meneka sendiri.

“Bos tak tanya.” Selamba jawapan Amman.

“Tak apa. Kamu boleh keluar.” Wajah Huzaiman kembali serius. Pandangan matanya tajam.

Amman hanya terus keluar.

Huzaiman tersenyum akhirnya. ‘Esok kita akan berperang Sha!’ Huzaiman sudah merangka idea yang menarik untuk diberikan kepada Natasha. Dia teringat wajah Natasha yang berusia 13 tahun itu. Sangat ganas.

“Aissyuuuhhhhh!” Natasha bersin. “Siapa yang sebut-sebut nama aku ni? Aku tahulah nama aku sedap.” Kata Natasha. Dia menyambung kembali kerjanya. Tanpa dia sedari, Huzaiman akan kembali mengganggu hidupnya tetapi itu yang Natasha mahukan.

Peluh mula mengalir di dahi Natasha walaupun suasana pagi itu rasa sejuk kerana hujan baru sahaja berhenti. ‘Alamak! Aku dah lambat ni. Kena pula hari ni bangun lambat. Mentang-mentang Allah bagi cuti. Tambah dengan kedinginan yang mampu membuat sesiapa akan tidur tak sedarkan diri. Itu pasal aku terbangun lambat.’ Natasha gelisah.

Langkah Natasha semakin pantas bergerak apabila dia ternampak pintu lif hampir tertutup.

“Tunggu!” jerit Natasha dari jauh. Dia mendahulukan dulu tangannya.

“Eh!” Huzaiman terkejut. Pantas tangan Amman menekan butang buka. Akhirnya Natasha berjaya masuk ke dalam lif tersebut.

“Sha, berani awak datang lewat kerja. Cukuplah kat sekolah. Jangan sampai syarikat saya pun awak nak datang lambat.” Sindir Huzaiman.

‘Alamak, lelaki gila kuasa ni dah tahu identiti aku. Kacau daun betul.’ Hati Natasha mengomel.

Natasha tersengih.

“Awak ingat sengih awak tu cantik sangat ke?” soal Huzaiman.

“Cantik juga. Abang Ammar dan abang Amman suka dengan senyuman Sha kan?” tanya Natasha pula pada si kembar.

Mereka berdua hanya menelan air liur dan mendiamkan diri. Dia tahu yang Huzaiman tidak suka jika mereka melakukan sesuatu tanpa pengetahuan Huzaiman.

Huzaiman hanya memandang dua lelaki itu dengan pandangan yang amat tajam.

So sweet. You look happy but now, I want to tell you. Kalau awak datang lambat lagi. Saya akan kenakan tindakan tatatertib ke atas awak. Awak akan cuci tandas.” Senyuman Huzaiman semakin tiada keikhlasan.

Natasha benar-benar geram. Kalau dulu lelaki ini ialah pengawas tetapi kini dia adalah majikannya.

“Cuci tandas?” Mata Natasha terkebil-kebil. “Asyik cuci tandas je. Tak bosan ke bos?” soal Natasha.

Huzaiman merenung tajam wajah Natasha.

“Awak yang cuci, bukan saya. So, kenapa saya perlu rasa bosan? Saya sepatutnya rasa gembira dan seronok.” Jelas Huzaiman.

“Tapi bos bukan ke ada tukang cuci?” soal Natasha lagi. Dia tidak mahu mengalah dengan Huzaiman. ‘Selalu je aku yang menjadi mangsa cuci tandas.’

“Saya bagi tukang cuci cuti. Awak pula yang akan cuci. Esok pagi saya nak awak melaporkan diri tepat pada masanya di bilik saya.” Kata Huzaiman secara tegas.

“Eh!” hanya itu yang keluar dari mulut Natasha.

“Kenapa?” soal Huzaiman apabila dia melihat wajah Natasha begitu pelik.

“Kalau bos datang lambat macam mana?” Natasha menduga Huzaiman dengan beraninya.

“Amman, Ammar. Mulai esok kita akan datang lebih awal dari Cik Natasha kita ni ya?” buat kali ke dua Huzaiman menyindir Natasha.

Natasha hanya mampu tersenyum.

“Baiklah bos.” Amman dan Ammar berkata serentak.

‘Matilah aku!’ hati Natasha berbisik. Dia keluar dari lif apabila sudah sampai ke destinasinya.

Huzaiman hanya melambaikan tangannya dengan senyuman sinis sebelum pintu lif tertutup.

“Huzaiman!!!!” jerit Natasha kegeraman.

“Seronok juga kalau ada orang yang dikenakan. Dah la muka dia sweet tiap kali geram.” Kata Huzaiman. Amman dan Ammar tersentap.

Tidak sedarkah Huzaiman sedang memuji Natasha atau sememangnya dia dalam keadaan tidak sedarkan diri?

“Kenapa kamu berdua senyap sahaja?” pandang Huzaiman pada pasangan kembar tersebut.

“Tak ada apa-apa bos.” Jawab Amman.

“Ya bos. Kan bos tengah gembira tu. Kami tak nak kacau kegembiraan bos.” Kata Ammar pula.

“Kamu perli saya ke?” soal Huzaiman. Terasa pedas pula. ‘Siapa makan cili, dia terasa pedas. Aku juga yang terasa. Nasib kaulah Huzaiman.’

“Tak ada la bos. Kami cakap je.” Bela Ammar.

“Sudahlah!” Huzaiman mengalah. ‘Kalau makin dilayan, aku juga yang sakit hati. Dia orang berdua ni kalau bercakap sedap mulut je.’ Bebel Huzaiman dalam hati tetapi dia tidak sedar kata-kata itu seperti sikapnya sendiri.

Malam pun berlabuh tirai. Natasha bagaikan vampire yang sedang mencari mangsa. ‘Salah-salah! Bukan vampire tapi catwomen sebab aku serba hitam malam ni.’ Natasha tersenyum. ‘Aku pakai macam ni pun sebab naik motor. Eh, kenapa orang suka berpakaian gelap bila menunggang motorsikal? Nasib baik topi keledar dan motor kuasa tinggi aku warna kuning.’

Natasha sampai lebih awal daripada yang dijanjikan.

‘Kacaknya abang Amman dan abang Ammar.’ Puji Natasha sekadar dalam hati. Dia hanya melihat dari jauh.

“Lambatnya abang berdua ni.” Natasha mula membuat muncung.

“Ala, maaflah. Bukan senang nak lepas dari bos yang boleh dikatakan tak dapat hidup tanpa kami.” Kata Ammar. Amman hanya tersenyum.

“Lama tak jumpa Sha. Ke mana Sha menghilang? Lepas abang SPM, abang dah tak jumpa kamu.” Ammar berkata. Dia juga mahu mengetahui perkembangan adik angkatnya yang comel itu.

“Sejak mak ayah meninggal dunia di akibat kebakaran, Sha sendirian.” Air mata Natasha di tahan supaya tidak mengalir. Bab mak ayah memang begitu sensitif bagi Natasha. Sebab mak ayahlah harta paling berharga bagi Natasha.

“Maafkan abang, Sha.” Serentak Ammar dan Amman berkata. Mereka berdua rasa bersalah. “Nasib kita sama Sha. Tak ada mak ayah kandung. Janganlah Sha rasa kekurangan. Kalau perlukan sebarang pertolongan, kami berdua setia membantu.”

“Terima kasih abang-abangku.” Terharu Natasha dibuatnya.

Amman dan Ammar tersenyum. Begitu juga Natasha.

Belum sempat lagi mereka berbual lebih panjang di kedai mamak itu, ada seseorang yang menegur.

“Kat sini rupanya kamu berdua.” Huzaiman muncul. Lelaki itu masih berpakaian formal iaitu berkot hitam. Tidak seperti Amman dan Ammar yang hanya berbaju t-shirt.

“BOS!” Mereka berdua serentak berdiri lalu menundukkan wajahnya sedikit. Terkejut punya pasal. Natasha pula masih duduk. Tiada tanda mahu hormat pada majikannya.

Huzaiman mengangkat kening sambil merenung tajam pada Natasha.

“Sekarang bukan waktu kerja, tak perlu kot hormat macam tu sekali.” Selamba kata-kata Natasha. Dia menyilangkan kakinya. Perasaan sedih itu harus dicampak jauh jika berdepan dengan lelaki seperti Huzaiman.

Huzaiman duduk di kerusi depan Natasha. Amman dan Ammar pula berdiri tegak di sebelah Huzaiman.

“Kau saja nak cari gaduh dengan aku kan?” bahasa Huzaiman tiada baiknya. Kasar.

Natasha tersenyum lebar sambil memeluk tubuh.

“Aku nak cari gaduh ke? Nak cari makan ke? Ada kau kisah. Sekarang aku nak date dengan si kembar yang comel ni. Boleh tak kau jangan ganggu?” Berani Natasha.

“Aku tahu Amman dan Ammar jenis yang setia.” kata Huzaiman.

“Mereka berdua pun ada kehidupannya sendiri. Takkan nak berkepit dengan kau aje. Dua puluh empat jam!” Natasha benar-benar tidak berpuas hati. Sengaja Natasha menyebut perkataan dua puluh empat jam dengan nada yang geram.

“Tak la sampai dua puluh empat jam. Kau kalau nak fitnah pun biarlah kena tempat dia. Paling lama pun aku berkepit dengan dia orang selama dua puluh jam. Itu pun ada urusan kerja okey.” Sangkal Huzaiman. Dia benar-benar naik angin dengan kata-kata Natasha yang sesuka hati berkata dia begitu.

“So, mereka berdua ni tak ada kawan lain selain kau? Atau kau yang tak ada kawan selain mereka berdua?” sinis Natasha. Dulu mungkin dia boleh dibuli tetapi sekarang tidak!

Huzaiman tersentap. Memang dia akui yang kehidupannya sentiasa ada Amman dan Ammar tetapi dia rasa gembira dengan kehadiran si kembar ini. Hatinya menjadi panas mendengar kata-kata Natasha.

“Kau silap. Aku sebagai ahli perniagaan semestinya ramai kawan. Kau tak ada otak nak fikir ke?” sinis di balas sinis.

Natasha terdiam.

Lama mereka berdua bergaduh. Akhirnya Natasha mengalah. Dia mendengus geram.

Kini Natasha sudah pulang ke rumah sewanya. Perasaan geram masih terasa sehingga dia membaling beg tangannya ke dinding

“Tak guna punya lelaki!”

Tiba-tiba telefon bimbit Natasha berbunyi. Dia mengambil semula beg tangannya yang dicampaknya tadi.

“Hello!” Natasha bersuara.

“Naz, macam mana dengan plan kita? Jadi tak?” satu suara lelaki di hujung talian itu.

“Jadi bos. Saya akan pastikan apa yang kita rancang akan dilaksanakan.” Nada Natasha agak lemah sahaja.

“Bagus Naz. Esok kita berjumpa di tempat biasa.” Kata lelaki itu.

“Baik bos!”

Talian dimatikan.

Natasha mengeluh. Entah mengapa hatinya separuh merelakan perbuatan itu tetapi separuh lagi sebaliknya.

Natasha benar-benar dilema.

“Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.”

Natasha teringat akan kata-kata ayahnya.

“Apa maksudnya ayah?”

“Maksudnya, kalau tak ada kebahagiaan di situ, jangan harapkan lagi sehingga kita melupakan kebahagiaan yang lain. Yang lebih berhak kita miliki. Allah itu sudah menjanjikan sesuatu yang terbaik untuk kita. Tapi sebelum kita dapat yang terbaik, kita akan dapat yang buruk dan yang teruk. Ketika itu kita harus sabar dan terus sabar sehingga yang terbaik datang. Faham tak kata-kata ayah ni?” Iskandar bertanya kepada anaknya.

“Boleh ayah jelaskan lagi?” pinta Natasha.

“Macam ni sayang. Katakan kita mengharap pada sesuatu perkara tetapi perkara itu tidak menjadi milik kita. Kita tetap setia menanti perkara itu sehingga kita tak sedar, ada perkara yang lebih baik dari itu. Kesimpulannya, jika perkara itu sudah ditakdirkan untuk kita, terima sahaja dengan hati terbuka dan buka minda untuk terima sesuatu yang baru.”

“Tak faham la ayah.” Jawab Natasha yang ketika itu berusia 15 tahun.

Natasha bagaikan masih terdengar-dengar suara arwah ayahnya menasihatinya tanpa jemu. Air matanya mengalir lagi. Kini dia masih tidak mahu memahami maksud kata-kata itu. Dia tetap berharap yang mak ayah masih hidup dan menemani kehidupannya. Setiap hari. Dia tidak mahu membuka hati untuk menerima kenyataan ini. Kenyataan mak ayah dibunuh oleh orang lain.

“Mak! Ayah!” Natasha meraung lagi. Betapa dia rindukan belaian seorang ayah dan seorang emak. Ayah yang sanggup berkorban untuk anaknya. Mak yang sentiasa mendengar luahan hati anaknya.

Kini mak ayah sudah tiada. Dia harus tabah menghadapi dugaan ini sendirian. Ya, sendirian tanpa sesiapa yang membantunya.

Tapi......

Dendam tetap dendam. Ia tidak akan terhapus dalam hati ini.




Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku