Hati Suamiku GK
Bab 5
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(17 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
13799

Bacaan






"sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan......... " kata seorang gadis yang tidak akan Natasha lupakan. Sehingga kini, Natasha tabah menghadapi segala kepahitan. Hidup keseorangan tanpa sesiapa walaupun seorang teman. Sungguh hina diri ini. Air matanya mengalir lagi. Ya Allah kuatkan hatiku.

Wajah Huzaiman merah. Dia sedang menahan marah terhadap pekerjanya terutamanya bahagian reka bentuk produk. Semua idea dan lakaran kerja yang dibuat sangat mendukacitakan. Dia benar-benar tidak suka dengan hasil kerja yang dibuat.

“Apa semua ni?!” Marah Huzaiman. “Tiada kualiti dan tak menarik langsung! Kamu berdua ingat, dengan idea sedemikian akan mendatangkan keuntungan pada syarikat ini? Saya rasa tidak. Tidak profesional.” Dia menolak dokumen tersebut.

Azman dan Natasha hanya mendiamkan diri. Dia tahu yang Huzaiman mementingkan kualiti dan idea-idea yang baru dalam menghasilkan produk tetapi itu sahaja tahap kemampuan mereka boleh berikan.

“Azman, kamu pergi ambil dokumen berkaitan dengan hasil jualan kita untuk bulan ni. Sekarang juga!” suara Huzaiman memberi arahan bagaikan berada di padang kawat. Kali pertama Natasha melihat Huzaiman mengamuk. Besar sangat ke kesalahan kami?

“Baik bos!” Azman segera keluar dari bilik yang seperti dalam ketuhar sahaja. Panas! Dia menuju ke biliknya.

“Natasha, kamu ni pandai buat kerja ke tidak? Kamu jangan ingat dengan ciptaan produk kamu yang pertama mendapat sambutan, kamu rasa sudah cukup bagus? Sedar diri sikit! Banyak lagi yang kamu kena baiki. Kamu tengok ni?” Huzaiman menunjukkan lakaran yang ada itu pada Natasha. Matanya jatuh di lakaran tersebut.

“Bentuknya tidak seimbang, besar sebelah. Kenapa perlu bentukan aksesori seperti ini? Kita kena buat bentuk loket rantai yang baru dan terkini. Kalau macam ni? Ada ke permintaan nanti? Saya tidak mahu sebarang kerugian apabila menghasilkan sesuatu produk.” Terang Huzaiman tetapi dia berasa pelik kerana Natasha tidak menjawab persoalannya. Segera dia mendongak. Gadis itu sedang merenung komputer riba milik Huzaiman. Komputer itu berada di sebelah kanannya.

Telinga Huzaiman terus bertukar warna merah. Marah!

Natasha hanya memandang Huzaiman dengan pandangan orang yang tidak bersalah.

Kalau perempuan mengamuk dengan tiba-tiba mungkin Allah bagi cuti tapi kalau lelaki yang mengamuk tiba-tiba disebabkan apa ya? Kena kaji ni. Hati Natasha sempat berkata.

“Natasha!” Tengking Huzaiman. Natasha terkejut. Minah ni memang nak kena. Aku membebel, dia buat tak tahu aje.

“Ya bos!” Natasha tersentap dengan tengkingan Huzaiman. Aku berangan apa ye tadi? Natasha bagaikan terlupa seketika.

“Kamu dengar tak apa yang saya cakapkan? Jabatan kamu tak buat kerja ke? Mana idea yang menarik. Mujur ada Garden Love yang masih kekal di pasaran. Jabatan kamu kena fikir idea yang lebih baik. Saya tak nak idea cincai dan berserabut macam ni.” Nada Huzaiman masih serius walaupun ‘volume’nya sudah menurun.

Sedap hati kata idea ni cincai. Nak pecah kepala aku fikirkan. Tau tak?! Natasha tak puas hati tetapi dia sabarkan diri. Sabarkan diri itu lebih baik daripada marah.

“Faham tak?” soal Huzaiman.

“Faham bos...” mendatar sahaja suara Natasha sambil menundukkan pandangannya. Tak payah nak melawan. Angguk aje kepala.

“Cuba bercakap tu pandang saya. Macamlah saya ni hantu.” Kata Huzaiman dengan selamba.

Hantu gila kuasa. Sesuai juga tu. Jawab Natasha sekadar dalam hati.

“Saya tak sanggup nak tengok muka orang gila kuasa ni.” Perlahan sahaja suara Natasha tetapi Huzaiman dapat menangkap apa yang dikatakan.

“Apa Natasha? Saya rasa ada orang nak kena cuci tandas ni.” Huzaiman berkata. Sakit hatinya mendengar kata-kata Natasha walaupun perlahan.

“Eh, siapa bos? Bos ke? Baiknya bos. Bos boleh jadi bos contoh sedunia sebab tak pernah lagi bos dalam dunia ni cuci tandas syarikatnya sendiri.” Natasha berkata. Habislah aku sebentar lagi. Kena sembelihlah.

“Wafa Natasha!!” jerit Huzaiman.

Ketika itu Azman baru sahaja masuk ke bilik, terkejut melihat Huzaiman menjerit seperti itu.

“Natasha, saya mahu reka bentuk yang baru. Saya beri tempoh masa hingga esok pagi. Apa yang saya tahu, reka bentuk tu ada atas meja saya dan saya nak awak berikan penerangannya pada saya. Faham?” Disebabkan terlalu geram pada Natasha, Huzaiman memberi arahan tersebut.

“Baiklah bos. Saya cuba.” Apa lagi yang mampu Natasha boleh buat. Tersenyum.

“Bukan saya cuba tapi saya akan buat!” Huzaiman membetulkan ayat Natasha.

“Baiklah bos. Saya akan buat.” Natasha hanya mengikut kata-kata Huzaiman.

“Kamu boleh keluar. Azman, kamu ke mari. Saya masih ada urusan yang belum selesai dengan kamu.” Kata Huzaiman apabila ternampak Azman masih terpaku di pintu.

“Baik bos.” Kata Azman. Natasha terus keluar.

“Apa aku nak buat ni?” pening kepala Natasha. “Esok kena siap? Aku nak buat loket bentuk apa pula?” Natasha memegang kepalanya. Amman dan Ammar hanya memerhati dari jauh.

“Sha okey? Nak abang Amman hantar ke hospital ke?” kata Amman tanpa rasa.

“Hospital?” Natasha tidak pasti.

“Yalah! Hospital sakit jiwa. Macam tak boleh diselamatkan lagi aje.” Gurau Amman. Ammar pula sudah ketawa terbahak-bahak.

Natasha tersentap. Gurauan? Natasha mengepal-gepal tangannya. Rasa mahu ditumbuk sahaja wajah mereka berdua.

“Abang-abang berdua ni memang nak kena belasah dengan Sha ya?” soal Natasha.

Sorry. Abang boleh wish good luck. So, jangan putus asa.” Kata Amman. Ammar membuat gaya yakin boleh dengan menggenggam tangan.

“Terima kasih. Sha pergi dulu.” Sedikit tenang yang dia rasa kini. Dia di bilik kerjanya. Natasha berdiri tegak menghadap pemandangan luar yang penuh dengan bangunan.

“Apa yang menarik ye?” otaknya ligat berfikir.

“Apa tu?” Natasha ternampak sesuatu di angkasa. “Idea yang bagus! Terima kasih Allah. Kau permudahkan urusanku.” Natasha duduk dan melakar sesuatu.

Huzaiman sudah bersiap sedia untuk pulang. Dia sengaja menjenguk ke bilik Natasha. Perempuan itu masih di sana. Huzaiman tersenyum dalam diam.

“Jom Amman dan Ammar. Nanti ada yang mengamuk kat rumah tu kalau kita pulang lambat hari ni.” Kata Huzaiman.

“Baik bos!” kembar mengikut arahan ketuanya.

“Sikit lagi nak siap ni.” Natasha menaip ulasan tentang produk yang diciptanya. Hari semakin petang. Dia harap dapat siapkan sebelum esok.

Seseorang mengetuk pintu bilik Natasha.

“Masuk!” arah Natasha tetapi pandangan matanya masih di skrin komputer.

“Cik Natasha...” tegur pengawal keselamatan.

“Pak cik J. Kenapa ya?” terkejut Natasha dengan kehadiran lelaki tua itu.

“Bos suruh pakcik belikan kopi panas untuk kamu. Pak cik pergi dulu.” Pak cik J letak kopi panas atas meja Natasha dan terus berlalu pergi.

“Eh!” lambat sedikit respon Natasha. Dia terkejut apabila Huzaiman meminta Pak cik J buat sedemikian. Tidak sempat Natasha nak ucap terima kasih pada Pak Cik J yang menghantar minuman tersebut.

Akhirnya dia tersenyum dan menyambung semula kerjanya.

Huzaiman juga tersenyum apabila mendapat panggilan daripada Pak cik J. Dia berharap hasil kerja Natasha adalah terbaik. Tidak sabar menanti esok.

Huzaiman sampai di rumah. Dia merentap kasar tali lehernya. Terasa penat hari ini. Amman dan Ammar sudah ke bilik masing-masing. Dia pula masih selesa di ruang tamu. Dia bersandar seketika di sofa. Tenang.

Perlahan-lahan Huzaiman bangun dan ke dapur.

“Mama....” Huzaiman mencium pipi Datin Ismah.

“Man... anak mama dah pulang. Tak perasan pula.” Datin Ismah berkata sambil tersenyum manis.

“Mana papa?” soal Huzaiman. Dia balik dari pejabat waktu petang, mesti tak nampak Dato Ismail.

“Papa kau tu, sejak bersara ini, merayau aje. Geram juga mama ni.” Datin Ismah berasa geram. Kembang kempis hidungnya.

“Kenapa mama?” dahi Huzaiman sudah berkerut.

“Merayau tak ajak mama.” Lawak Datin Ismah. Huzaiman ketawa geli hati. Pandai juga Datin Ismah bergurau.

“Malam ni kita ada tamu. So, jangan lupa mandi.” Tiba-tiba moodnya bertukar gembira. Sebenarnya Datin Ismah tidak ambil hati pun dengan tindakan suaminya. Dia selesa duduk di rumah ini.

“Eh, mama ni! Mestilah mandi. Man naik dulu.” Huzaiman terus berlalu. Melekit pula tubuh ini. Lagi pun dia tidak solat Asar lagi. Lambat lagi aku hari ini. Dosa!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku