Hati Suamiku GK
Bab 6
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(19 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
13453

Bacaan






Hari ini Natasha bangun lambat gara-gara kepenatan menyiapkan reka bentuk yang diminta oleh Huzaiman. Dia akan bersiap ala kadar sahaja. Sarapan pun tidak sempat dibuat.

Tergesa-gesa Natasha memakai tudung yang sudah disediakan semalam. Selesai bersiap, Natasha bergegas membawa beg tangan serta beg yang mengandungi telekung ke tempat kerja. Dia benar-benar lambat.

“Nasib baik mesyuarat mula pukul 10 pagi.” Natasha menarik nafas lega sebaik sahaja sampai di bangunan tempat kerjanya. Walaupun sudah tiba, dia tetap berlari menuju ke bilik kerjanya. Dia kena bersedia dengan laporan maklumat yang dimahukan oleh Huzaiman.

Natasha terkejut melihat keadaan bilik kerjanya. Barulah dia tersedar yang biliknya begitu bersepah.

“Mana lakaran tu?” jantung Natasha berdegup kencang. “Mana?” tangan Natasha pantas mengemas mejanya yang agak bersepah. Pen warna ditolak ke tepi. Kertas-kertas lakaran yang tidak berkaitan dicampak ke lantai. Satu persatu lakaran dilihatnya.

“Mana? Semalam aku letak elok je atas meja ni?” kepala Natasha mula pening. Sakit! ‘Penat datang lambat pun belum habis. Ditambah pula penat mencari lakaran itu pula.’ Natasha membebel dalam hatinya.

“Mati aku! Kena tadah telinga lagilah.” Natasha mengeluh.

“Entah-entah ini kerja Huzaiman. Dia dah ambil ke?” Natasha mula berfikir.

‘Tak guna punya Huzaiman. Saja nak sabotaj aku.’

Pintu biliknya diketuk.

“Masuk!” arah Natasha.

“Sha, apa dah jadi ni?” Ammar terkejut melihat bilik Natasha bersepah. “Sha, okey?” bimbang juga melihat keadaan adik angkatnya. Bagaikan tertekan dengan sikap majikannya itu.

“Okey!” sepatah sahaja Natasha menjawab. Tubuhnya rasa tidak bermaya.

“Bos, panggil. Dia nak Sha bentang reka bentuk produk yang dimintanya. Lakaran tu abang dah ambil sebab bos dah minta.” Jelas Ammar.

“Dah agak dah!” kata Natasha.

Dahi Ammar berkerut. ‘Adik angkat aku ni sihat ke tak ni? Macam dah tak berapa nak betul je. Ini yang makin aku risau ni.’

Natasha berasa geram dengan Huzaiman kerana selamba sahaja mengambil lakaran itu tanpa memberitahunya.

“Hmm, lakaran yang cantik dan menarik. We can start now.” Kata Huzaiman tanpa rasa bersalah.

‘Lelaki gila kuasa memang macam ni ke? Lukai orang sekeliling tanpa dia sedar,’ bisik hati Natasha.

“Miss Natasha, you okay?” Huzaiman terasa pelik. Dia pun menekan interkom.

“Amman, minta pak cik J buatkan kopi untuk kami berdua.” Kata Huzaiman.

Tersentap hati Natasha. ‘Biar betul lelaki ini? Semalam pun aku tak percaya. Masakan hari ni lagi aku tak percaya. Tapi dia tak tahu ke yang aku ni tak minum kopi? Kasihan.’ Bisik hati Natasha.

“Baiklah bos.” Balas Amman.

“Okay Miss Natasha, you can start. I hope this product interesting.” Serius nada Huzaiman.

Natasha tersenyum

“Nama produk ini, Love In The Sky Blue. Setiap perkataan ini mempunyai makna dan sebab mengapa dinamakan begitu.” Kata-kata Natasha terhenti seketika apabila Pak Cik J masuk membawa dua cawan kopi.

“Terima kasih Pak cik.” Ucap Natasha. Pak cik J hanya tersenyum dan terus berlalu.

Please continue.” Pinta Huzaiman.

Natasha memberi penerangan tentang produk tersebut. Huzaiman pula berasa puas dengan produk kali ini.

“Baiklah. Saya luluskan produk ini. Sila serahkan pada jabatan pemasaran dan yang berkaitan dengan kadar segera. Saya tidak mahu ada sebarang masalah. Kamu boleh pergi.” Huzaiman menyambung semula kerjanya yang tertangguh.

Natasha terkebil-kebil mendengar arahan itu. ‘Lelaki ini ada perasaan atau tidak? Ucaplah terima kasih. Sedaplah juga nak dengar.’ Natasha masih berdiri di situ.

“Ada apa lagi ni? Kamu nak saya ucap terima kasih?” soal Huzaiman.

‘Macam mana dia tahu isi hati aku?’ sedikit mushkil dalam hati Natasha. Natasha hanya mengangguk kepala.

“Natasha, kamu dibayar gaji untuk membuat rekaan ini. Maka, itu memang tugas kamu. Tak perlu untuk saya ucap terima kasih. Sekarang kamu boleh pergi. Saya banyak kerja mahu buat.” Tegas sekali suara Huzaiman menerangkan hal sebenar.

Tersentap hati Natasha. Sombong benar lelaki bernama Huzaiman. Siap kau!

“Tetapi dengan kata-kata terima kasih itu mampu membuat pekerja itu rasa dihargai dan sekaligus dia akan cuba meningkatkan prestasi kerjanya.” Jawab Natasha.

Huzaiman merenung tajam wajah Natasha. Keberanian Natasha menjawab kata-katanya benar-benar menarik perhati Huzaiman. Dia tersenyum sinis.

“Saya majikan dan bos kepada pekerja. Saya yang membayar gaji pekerja. Kalau saya tak ucap terima kasih pun mereka tetap akan kerja kerana gaji yang mereka terima setimpal dengan kerja yang mereka lakukan.” Huzaiman merenung Natasha.

“Memang betul. Orang kaya macam bos anggap wang adalah segala-galanya tetapi bagi kamu yang miskin ni, wang tidak penting tapi hubungan seseorang atau hubungan dengan orang yang kita sayang jauh lebih penting. Terima kasih bos. Saya keluar dulu.” Natasha terus bangun dan keluar dari bilik tersebut.

Huzaiman tergamam.

“Wang adalah segala-galanya....” Huzaiman berkata perlahan. Itu prinsipnya. Wang boleh membeli apa-apa sahaja.

******

Huzaiman masuk ke dalam bilik kerjanya. Kerja yang berlambak ini harus diselesaikan dengan kadar segara. Tiba-tiba dia terpandang satu surat atas mejanya. Dibacanya satu persatu perkataan yang ditulis dalam kertas tersebut.

“Apa ni?”

Telinga Huzaiman menjadi merah. Kemarahannya cuba ditahannya.

“Ammar, masuk!” Huzaiman menekan interkom untuk memanggil setiausahanya. Dia menyilangkan kakinya ketika duduk di sofa dalam bilik kerjanya.

“Baik Bos!” sekelip mata sahaja Ammar sudah berada di depan Huzaiman.

“Siapa tulis surat ni? Siapa?!” Marah Huzaiman. Tiada apa yang boleh membuat dia mengamuk selain ini.

‘Aku tak dapat nak terima kenyataan ini. Aku tak kisah dia nak tulis apa. Lantaklah! Tapi yang aku kisahnya ialah ‘Suami Gila Kuasa’. Tak dapat dimaafkan lagi. Lagi satu, bila pula aku bergelar suami ni? Benci!’

“Ammar?” Huzaiman cuba meneka.

“Eh, bukan saya, bos!” Ammar menidakkan. Dia menelan liurnya. Takut sungguh dengan tuduhan majikannya itu. Dia cukup kenal dengan Huzaiman yang mudah mengamuk.

“Siapa yang letak atas meja saya kalau bukan kamu? Kamu je yang boleh masuk bilik saya.” Kata Huzaiman. Dia menjeling ke arah Ammar yang kini berdiri tegak bagaikan patung yang sedang menundukkan pandangannya.

Ammar tidak sanggup untuk memandang majikannya yang sedang mengamuk itu.

Tiba-tiba Amman muncul yang sememangnya Ammar memberitahunya yang Huzaiman ingin berjumpa. Mata Amman terkebil-kebil melihat raup wajah Huzaiman.

‘Dia tengah marah ke?’ Teka Amman.

“Oh, kamu yang letak atas meja saya ya?” tuduh Huzaiman pada Amman pula.

“Bukan saya bos!” pantas Amman menjawab. Dia sememangnya tidak tahu apa-apa terkejut.

“Kalau bukan kamu berdua, siapa?!” makin tinggi suara Huzaiman. Dia benar-benar marah.

“Saya nak kamu berdua cari siapa yang letak surat ni atas meja saya.” Arah Huzaiman.

“Yes Bos!” jawab serentak si kembar menjawabnya.

Amman dan Ammar segera keluar dari bilik Huzaiman.

“Lagi satu.” Kata Huzaiman yang kini di luar biliknya. “Kalau dah tahu siapa, bawa dia jumpa dengan saya.” Arah Huzaiman.

Huzaiman bangun dan duduk di kerusi kerjanya. Dia menumbuk meja. Memang kuat bunyinya.

Ammar dan Amman terkejut dengan bunyi yang kuat itu. Mereka mengurut perlahan dadanya. Sakit jantung dibuatnya. Mereka berdua pun keluar dari bilik tersebut.

“Nasib badanlah jadi setiausaha bos macam ni.” Kata Ammar.

“Nak buat camna? Sejak kecil lagi kita kena follow dia.” Amman pula menjawab.

Amman dan Ammar merupakan setiausaha Huzaiman dan juga pemandu untuk ke mana sahaja majikannya mahu pergi. Itulah tugasnya seumur hidup. Mungkin.

“Abang Ammar dan abang Amman, apa yang bos mengamuk di pagi hari ni?” Natasha muncul dengan tiba-tiba.

“Entah makhluk tuhan mana yang letak surat misteri atas meja bos.” Kata Amman. Dia menaip sesuatu di komputer.

“Hmmm, pergilah korek, abang Amman. Mana tau surat tu ada rahsia terbesar bos.” Natasha meneka.

“Banyak la rahsia.” Amman tidak mahu masuk campur.

“Abang, adik nak ke tandas sekejap.” Ammar terus berlalu.

Natasha menjeling ke arah Amman setelah Ammar menghilang. Lelaki itu masih fokus pada kerjanya. ‘Aku ni macam menyibuk sahaja di sini.’

Tiba-tiba Huzaiman muncul.

Oh, you Natasha! I have something want you explain about Garden Love. Ada pelanggan di Putrajaya berminat dengan produk ni.” Arah Huzaiman.

“Baik bos.”

“Saya memang baik. Kamu baru tau ke?” kata Huzaiman. Suka membanggakan diri. “Saya nak ke tandas sekejap. Kamu tunggu kat dalam.” Huzaiman menghilang.

Natasha masuk ke bilik Huzaiman. Dia ternampak suatu kertas. Natasha tersenyum.

Saya diam bukan bermakna saya tak boleh lawan cakap awak. Saya senyum bukan bermakna saya rela di marah , di caci atau di maki oleh awak. Saya tunduk bukan bermakna saya kalah. Tapi saya diam kerana saya tidak mahu menyakiti hati awak seperti mana awak lakukan pada saya. Saya senyum kerana saya teringat nasihat mak dan ayah saya supaya jangan tinggikan suara pada insan lain. Dan saya tunduk kerana saya yakin ALLAH sentiasa ada bersama saya. Hakikatnya saya juga seperti awak. Punya hati dan perasaan.”

Yang benar,

Calon isteri untuk suami gila kuasa

Dengan pantas dia melihat komputer riba milik Huzaiman. Belum sempat dia berbuat apa-apa, seseorang masuk ke bilik itu.

Natasha cuba tersenyum. Dia pura-pura melihat pandangan dil uar melalui cermin tingkap yang jernih itu.

“Senyum-senyum ni? Teringatkan buah hati?” gurau Huzaiman.

‘Eh, pandai pula aku bergurau. Bukankah aku ni seorang yang serius? Huzaiman mula rasa pelik.

Wajahnya kembali serius.

“Saya tak ada buah hati bos tapi bakal suami ada la.” Selamba jawapan Natasha.

Hati Huzaiman tersentap. Dia berasa kecewa tetapi dia hanya serius.

“Nanti kenalkan pada saya. Manalah tahu kenal.” Kata Huzaiman.

“Mestilah bos kenal. Abang Amman.” Gurau Natasha.

‘Betul ke aku dengar ni? Minah ni memang nak kena.’ Marah Huzaiman.

“Kamu ni memang nak cuci tandas ya? Sudah! Kamu pergi ambil fail Garden Love, saya nak buat penambahan sikit. Ini mengikut citarasa pelanggan kita dari Putrajaya tu.” Arah Huzaiman.

“Baiklah Bos.” Balas Natasha. ‘Tadi tak nak suruh aku ambil. Tengok dah buang masa nak patah balik pergi bilik aku. saja nak mendera aku ulang alik.’ Natasha keluar dari bilik tersebut.

Huzaiman hanya tersenyum melihat wajah Natasha yang berkerut itu. Dia duduk dan membaca dokumen yang ada atas mejanya.

Krek..

Bunyi pintu dibuka dari luar.

“Cepatnya kamu......” kata-kata Huzaiman terhenti di situ sebaik sahaja melihat siapa yang masuk ke biliknya. Pada mulanya dia menyangka Natasha tetapi ternyata silap.

“Puteri........” mendatar sahaja suara Huzaiman. Dia bagaikan terkejut dengan kehadiran gadis kacukan yang tidak mengenal erti aurat dan agama.

Puas sudah Huzaiman memberi nasihat tetapi bagaikan mencurah air di atas daun keladi. Sia-sia sahaja.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku