Hati Suamiku GK
Bab 7
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(15 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
12748

Bacaan






Huzaiman mengeluh berat melihat perempuan yang berada di hadapannya. Dia sebenarnya kurang suka dengan sikap dan perangai Puteri. Dia pun pura-pura tidak mempedulikan Puteri. Dia membaca dokumen yang ada di atas mejanya.

“Hey, Huz! Janganlah sombong sangat. Syukurlah kau ada kawan yang sudi datang melawat kau.” Puteri berkata sambil duduk di sofa yang berada dalam bilik tersebut. ‘Sangat selesa.’ Dia menanggalkan kasut tumit tingginya itu.

“Aku rela tak ada kawan.” Kasar kata-kata Huzaiman. Tetapi bagi Puteri itu hanya sekadar angin lalu di pendengarannya. Dia sudah biasa dengan sikap Huzaiman yang dingin tapi dia tahu yang Huzaiman seorang lelaki yang baik.

“Eleh, kau tu ada si kembar. Kalau tak ada mereka. Kau pun keseorangan.” Selamba juga Puteri berkata. Huzaiman memandang tajam Puteri. Dia berasa geram dengan kata-kata Puteri.

“Pandanglah puas-puas. Kalau tak puas juga, meh aku cium.” Kata Puteri dengan nada yang ceria. Dia ketawa kecil.

Huzaiman mengeluh. ‘Main-main pula minah ni.’

Tiba-tiba Puteri bangun dari sofa tersebut dan menghampiri Huzaiman. Makin lama makin hampir. Dahi Huzaiman pun semakin berkerut.

“Eh, tolong jangan rapat dengan aku! Aku ni anti, elergik, sakit jiwa dan fobia bila kau dekat dengan aku. Tolonglah jauh dari aku.” Kata Huzaiman sambil berdiri tegak. Lagak seperti mahu melarikan diri.

Puteri tersenyum. Suka benar melihat wajah kalut Huzaiman. ‘Yalah, seorang yang gilakan kuasa boleh sekalut ini. Memang lucu. Nasib baik aku jatuh cinta dengan orang lain. Kalau dengan kau, sia-sia je hidup ini.’ bisik hati Puteri.

“Ala, macam ini ke kawan baik?” Puteri bersandar di meja Huzaiman. Dia membetulkan sedikit pakaiannya yang ketat itu terutamanya di bahagian dada Puteri.

“Baiklah sangat...” Huzaiman memandang ke tempat lain. Tidak sanggup melihat tingkah laku yang tidak sopan itu. “Hmmm, apa hal kau datang jumpa aku ni?” soal Huzaiman sambil duduk semula di kerusinya.

“Rindu....” Sepatah sahaja Puteri menjawab. Dia membetulkan sedikit gelang tangannya berwarna putih. Pemberian seseorang yang istimewa.

Puteri tersenyum lagi.

“Rindu aku ke?” Huzaiman mula tersengih.

Puteri memandang Huzaiman. Lama sekali.

“Tak la. Rindu si kembar yang kacak tu.” Kata Puteri sambil membelakangi Huzaiman semula. Dia tersenyum. Senyuman itu Huzaiman tidak nampak.

‘Ish, minah ni!’ Huzaiman rasa tercabar pula. Dia berasa sakit di hati.

“Aku datang ni cuma nak jemput kau datang ke majlis hari lahir aku.” Puteri berdiri tegak. Dia duduk di kerusi depan Huzaiman sambil menyilangkan kakinya. Dia tersenyum lagi.

“Ish, tak malu! Hari lahir sendiri pun nak jemput orang datang.” Kata Huzaiman.

“Suka hati akulah. Kau ada masalah ke?” Puteri mula bercakap dengan cara samseng. Hilang sudah semua keayuannya.

Belum sempat Huzaiman berkata, pintu biliknya diketuk dari luar dan muncul seorang gadis iaitu Natasha.

Natasha terus masuk ke dalam. Dia tidak sedar yang Huzaiman ada tetamu ketika itu.

“Bos, ini fail yang bos nak saya ambil tu.” Selamba Natasha berkata. Dia menghampiri meja kerja Huzaiman.

Puteri pula hanya memandang gadis yang baru sahaja menapak di sebelahnya. Dia seperti mengenali gadis tersebut.

“Eh, gadis comel ni kerja kat sini rupanya!” kata Puteri.

Natasha tersentap. Barulah dia perasan yang Huzaiman ada tetamu.

“Kak Puteri!” Jerit Natasha. Dia bersalaman dengan Puteri. “Sukanya dapat jumpa dengan akak yang baik hati ini.” puji Puteri. Tanpa pengetahuan sesiapa, Puteri pernah membantu Natasha semasa ayah dan emak Natasha meninggal dunia dulu. Gadis inilah yang banyak membantu dia dan memberi semangat sebelum dia berjumpa dengan PK.

Bukan mudah untuk dia bangkit semula setelah rebah sekali. Kata-kata semangat Puteri sentiasa diingatinya.

“Natasha!” panggil Huzaiman.

“Kenapa bos?” pandangan Natasha kini pada Huzaiman.

“Siapa bagi kebenaran kamu masuk ke bilik saya?” soal Huzaiman. Puteri sudah tersengih. Faham sungguh dengan sikap Huzaiman.

Natasha berasa pelik.

“Tadi, bos juga yang nak jumpa saya sangat. Sampai minta saya ambil fail Garden Love ni.” Jelas Natasha.

“Memang saya nak jumpa kamu tapi kamu ni tak reti-reti ke yang saya ni ada tamu. Main masuk sahaja.” Marah Huzaiman.

‘Tu pun nak marah?’ bisik hati Natasha.

“Amman masuk!” Huzaiman menekan interkom.

“Ya, bos. Ada apa?” Amman kini di hadapan Huzaiman. Wajah lelaki itu serius. ‘Apa pula yang tak kena dengan bos aku lagi ni?’ Amman kerisauan.

“Kenapa kamu bagi Natasha masuk ke dalam bilik saya? Kamu tahu yang saya ada tetamu kan?” soal Huzaiman.

Pandangan mata Huzaiman bagaikan singa yang kelaparan. Itulah yang digambarkan oleh Amman kini.

“Sha kata, bos nak jumpa dengan dia dengan kadar yang segera.” Jawab Amman dengan teragak-agak.

“Amman, awak makin kacaklah?” tegur Puteri. Dari tadi dia memandang Amman. Dia amat menyukai si kembar itu. Puteri menghampiri Amman. Dia menarik perlahan tali leher Amman agar rapat dengannya.

Amman menelan liur. Dia tahu sikap puteri memang seperti itu tetapi dia sendiri masih belum biasa. Amman hanya tersengih lalu meleraikan tangan Puteri yang memegang tali lehernya.

Puteri memandang Amman dengan pandangan yang manja. Dia tersenyum manis.

Kepala Huzaiman semakin bercelaru. Dengan sikap Puteri yang gedik ini, Natasha yang tidak menghormati tamunya dan Amman yang masih keliru itu membuat Huzaiman ingin menjerit sekuat hari.

“Keluar semua!!!” Jerit Huzaiman. Dia menolak Amman, Puteri dan Natahsa keluar lalu menutup pintu dengan kuat.

Mereka bertiga berasa pelik.

“Sha, tak apa. Jom, akak nak ke bilik kamu pula. Biarkan lelaki gila kuasa tu. Ingat dia bagus sangat!” kata Puteri.

Amman tersengih mendengarnya. Faham sangat dengan sikap Puteri terhadap Huzaiman.

“Lagi pun urusan akak dah selesai kat sini. Sekarang akak ada urusan baru.” Katanya lagi

“Maksud akak?” Natasha bertanya.

“Urusan dengan kamu la, Sha.” Puteri tersenyum sambil memeluk lengan Natasha. Puteri mula mengedik. Sememang sikapnya begitu tidak kira dengan lelaki atau perempuan.

Natasha menggaru kepalanya dan mengikut kehendak Puteri.

*****

Huzaiman baru sahaja pulang dari kerja. Memang penat tapi dia gembira melakukan kerja-kerja di pejabat. Tiba-tiba Huzaiman teringat akan kedatangan Puteri pada siang tadi. Wajahnya kembali berkerut.

“Perempuan gedik!” kata Huzaiman dengan geramnya sambil memejamkan mata.

“Bos!” panggil Amman yang sedang membuka pintu kereta untuk majikannya itu.

“Hmmm, kamu berdua pergilah berehat.” Arah Huzaiman.

“Terima kasih Bos!” serentak mereka berdua berkata. Huzaimn tersenyum. Dia terus masuk ke dalam rumah.

“Mek Teh, kenapa rumah ni sunyi? Mana Haikal?” soal Huzaiman yang berlalu terus ke dapur.

“Haikal tak balik lagi Man.” Meh Teh tertunduk.

“Hah, kamu dah pulang Huzaiman! Papa ada perkara nak bincang sikit. Mengenai syarikat.” Tegur Dato’ Ismail sebaik sahaja mendengar suara anaknya dari ruang dapur. Dia mengajak Huzaiman berbincang di ruang tamu. Dato Ismail melabuhkan punggungnya di atas sofa.

“Apa dia papa?” Huzaiman turut sama duduk lalu merentap kasar tali lehernya. Dia pejamkan matanya seketika.

“Papa nak Haikal kerja dengan kamu.” Dato’ Ismail membetulkan cermin matanya. ‘Biasalah, dah tua-tua ni rabun sikit.’

Huzaiman terkejut. Dengan pantas dia mencelikkan semula matanya.

“Apa papa? Haikal? Mana boleh. Syarikat tu dah dua tahun Man usahakan. Tak boleh.” Pangkah Huzaiman. Dia mula gelisah. Takhtanya bakal dirampas oleh Haikal? Tidak! Tidak!

“Man, papa bukan suruh kau jadikan Haikal tu pengurus. Cukuplah jawatan yang setanding dengan pendidikannya.” Dato’ Ismail tersenyum. Kenal sangat dengan sikap anaknya. Gila kuasa. ‘Kuasa tu memang milik dia pun nak berebut lagi dengan adiknya. Susah juga anak lelaki aku yang seorang ini. Ikut perangai siapalah?’

Sejak kecil lagi Huzaiman mempunyai sikap gila kuasa. Semasa di sekolah menengah, semua aktiviti dan program akan diceburi. Yang pasti dia akan menjadi nombor satu. Pengerusi, ketua pelajar, ketua pengawas. ‘Kalau boleh ketua pengawas pusat sumber pun dia nak tibai tapi tak boleh sebab pihak sekolah tak bagi. Tak pasal-pasal aku yang kena panggil pergi sekolah. Anakku oh anakku.’ Dato Ismail menggelengkan kepalanya.

“Oh, macam tu? Faham dah. Boleh-boleh.” Huzaiman berasa sedikit lega. Dia berdiri. “Man naik atas ya papa. Nak mandi dan solat.” Katanya meminta izin. Dato’ Ismail hanya mengangguk.

“Penatnya...”

Lepas mandi dan solat, Huzaiman sengaja menjenguk bilik Amman adan Huzaiman. Bilik Amman di belah kiri bilik Huzaiman dan bilik Ammar di belah kanannya.

Huzaiman akan dahulukan abang kembar iaitu Amman.

Perlahan-lahan pintu bilik tersebut dibuka. Mereka berdua memang tidak dibenarkan mengunci pintu tersebut.

Huzaiman mengintai. ‘Alamak, dia tengah solat. Tak baik kacau.’ Huzaiman menutup kembali pintu milik tersebut.

Dia menuju ke bilik Ammar pula. Lelaki itu sedang membaca. Huzaiman mengeluh. Dia tidak mahu mengganggu mereka berdua.

Akhirnya, Huzaiman mengambil keputusan untuk meronda sahaja malam ini.

“Motor!!!” jerit Huzaiman dalam hati.

Dia keluar senyap-senyap dengan motor berkuasa tinggi yang dihadiahkan oleh Dato Ismail.

Dia terus berlalu meredah malam.

Huzaiman berhenti di suatu tempat. ‘Eh, ada orang lain.” Dahinya berkerut. “Natasha! Minah ni buat apa kat sini?” Huzaiman tertanya-tanya.

“"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.” Natasha menulisnya di atas pasir pantai.

Huzaiman menghampiri Natasha.

“Bos!” terkejut Natasha apabila melihat majikannya berada di situ.

“Kau buat apa kat sini sorang-sorang? Bahaya tau!” Soal Huzaiman. Bagi Huzaiman, di pejabat dia perlu profesional tetapi di luar seperti ini, tidak perlu untuk dia formal sangat.

“Saja ambil angin pantai ni.” Jawab Natasha.

“Kenapa kau tulis ayat ni?”

“Sebenarnya ayat ni untuk bos!” kata Natasha lalu berlari ke arah motor berkuasa tinggi miliknya. ‘Padahal aku pinjam dengan PK.’

Huzaiman yang mendengarnya terasa marah. ‘Minah ni memang suka cari pasal dengan aku. Esok kau cuci tandas, Natasha. Kalau kau tak cuci tandas esok, jangan panggil aku lelaki gila kuasa!’ sumpah Huzaiman. Dia tidak sempat mengekori motor Natasha.

Huzaiman duduk sahaja di tempat Natasha duduk lalu melihat tulis yang ditulis kemas oleh Natasha.

“Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.” Huzaiman tersenyum. “Akal manusia? Akal itu anugerah istimewa daripada Allah S.W.T. Akal juga yang membezakan manusia dengan haiwan. So, akal ni pentinglah kejadiannya. Maka, seharusnya digunakan dengan cara yang betul. Macam aku ni. Gila kuasa. Guna akal tau untuk terus berkuasa.” Huzaiman mula tersenyum.

Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mengambil gambar tulisan pasir itu. Tanpa dia sedari, ada senyuman yang terukir di bibir Huzaiman. Mungkin senyuman itu untuk Natasha? Mungkin.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku