Hati Suamiku GK
Bab 8
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(55 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
15311

Bacaan






‘Aku dah kata, kalau aku tak buat dia cuci tandas, jangan panggil aku Huzaiman gila kuasa. Kena kau hari ni.’ Bisik hati Huzaiman.

“Bos....” Natasha memanggil. Dia sedikit megah kerana berlari. Dia memang rasa pelik kerana Huzaiman berada di lobby syarikat. ‘Dia dah tukar bidang ke jadi penyambut tetamu?’ Natasha rasa pelik kerana Huzaiman berada di situ.

“Kamu lambat hari ni.” Kata Huzaiman dengan wajah yang serius.

Hati Natasha tersentap. Dia bagaikan dapat meneka apa yang bakal lelaki gila kuasa tu akan buat.

“Tapi bos, selalunya lima minit saya lambat, bos bagi lepas aje.” Natasha mula mempertikaikan.

“Hari ini kamu lambat satu minit lima puluh lima saat. Tak boleh di maafkan.” Kata Huzaiman lagi. Dia tidak mempedulikan kata-kata Natasha.

Mereka berbual sambil berjalan. Natasha hanya mengikut dari belakang.

‘Dah datang penyakit gila dia ni. Ingat ni zaman sekolah ke nak kena denda bila datang lambat.’ Hati Natasha mengomel.

“Disebabkan kamu datang lewat. Dendanya....” sengaja Huzaiman memanjangkan nadanya.

“Dendanya........” Natasha mengulanginya. Dia memandang Huzaiman tanpa berkelip.

Entah mengapa hati Huzaiman berdebar kencang saat gadis itu memandangnya penuh asyik. Huzaiman mula perasan.

“Dendanya kamu kena cuci tandas.” Kata Huzaiman dengan serius. Cuba menutup rasa debar dihatinya.

“Ini tidak adil, bos! Saya bantah bos!” kata Natasha. Dia bantah pun bukan disebabkan jijik untuk melakukan kerja-kerja itu tapi dia tahu, Huzaiman memang sengaja mahu mengenakan dia.

Baru tiga hari lepas dia terserempak dengan Huzaiman di pantai. Masa itu niat di hati hanya mahu bergurau tetapi lelaki ini ambil serius pula.

“Ini arahan. Sila jalankan dengan baik dan cemerlang. Mari ikut saya.” Kata Huzaiman yang mula berdiri. Dia berjalan ke arah pintu.

Natasha terpaku. Dia hanya berdiri tegak dan tidak bergerak.

“Cik Natasha. Hendak saya buat karpet merah baru kamu nak bergerak.” Sindiran Huzaiman semestinya pedas dipendengaran Natasha.

Natasha tersedar dan mula mengikuti Huzaiman. Amman dan Ammar turut sekali mengikut ketua mereka.

“Kamu cuci tandas lelaki.” Arah Huzaiman.

“Busuknya... korang ni makan apa sampai bau busuk macam ni?” soal Natasha.

“Tak tahu!” jawab Huzaiman dengan selamba. ‘Kalau minah ni tahu yang aku dah keluarkan arahan jangan cuci tandas ni selama tiga hari, habis! Tentu minah ni mengamuk. Yelah semua ni dirancang dengan rapi.’ Huzaiman tersenyum dalam hati.

“Amman bagi peralatannya.” Arah Huzaiman lagi.

‘Mamat ni hanya tahu bagi arahan je. Sah! Memang sah gila kuasa.’ Geram Natasha sekadar dalam hati. ‘Nanti kalau aku cakap macam tu, kan tak pasal-pasal tandas satu syarikat ni dia suruh cuci. Kes naya dah tu.’ Gerun Natasha memikirkannya.

Natasha cuba tersenyum saat mata Huzaiman memandangnya.

“Lagi satu. Kamu tak payah risau. Tak kan berlaku macam kes Jay dulu. Amman akan menjaga kamu dari luar.” Huzaiman menyebut nama Jay.

Amman mengangguk kepalanya. Kasihan dengan adik angkatnya itu.

Natasha tersentap apabila nama Jay disebut. Hatinya berdegup kencang. Sebulan yang lalu dia terserempak dengan Jay. Wajah lelaki itu semakin kacak tetapi dialah penjahat yang paling jahat yang pernah dia jumpa. Menipu perempuan. Kalau tipu duit sahaja tak kisah sangat tetapi maruah perempuan itu pun dipijak-pijak. Dihina semahunya.

Dia tahu sangat. Dia tahu sebab PK sudah siasat latar belakang Jay dan meminta Natasha berhati-hati dengan Jay. Mungkin dia akan menyimpan dendam dengan Natasha. Natasha rasa tubuhnya menggigil.

PK menunjukkan rakaman mengenai Jay. Dia masih ingat. Lelaki itu pandai menyamar. Sememangnya pihak berkuasa sedang mencarinya tetapi tiada siapa yang tahu di mana Jay.

“Sha, awak okey?” soal Amman apabila melihat tubuh Natasha yang menggigil.

“Sha....” Suara Natasha bergetar. Mendengar orang sebut nama Jay sahaja mampu membuat Natasha takut. Dia tahu dan dia yakin yang Jay akan mencarinya untuk membalas dendam.

Huzaiman memandang Natasha. ‘Kenapa dengan minah ni? Dia tahu pasal Jay?’ Huzaiman tertanya-tanya. Huzaiman juga tahu mengenai kegiatan Jay dan dia sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekelilingnya. Dia akan pastikan Jay tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atasnya. Musuh seperti Jay harus dielakkan dengan kadar segera.

“Sudahlah. Amman, bawa dia berehat.” Huzaiman mengalah. Kasihan melihat wajah pucat Natasha.

Bagi Natasha, dia benar-benar takut kalau Jay berjaya mengesan dirinya. Dia benar-benar takut.

“Amman, bawa dia ke bilik kerja saya. Saya ada perkara mahu berbincang dengan Sha.” Arah Huzaiman dan dia terus berlalu pergi.

“Sha... Sha...” Panggil Amman.

“Abang Amman!” Natasha tergamam. Dia merenung wajah Amman. Lantas dia memeluk tubuh yang agak besar itu.

“Abang, Sha takut!” kata Natasha. Dia tidak tahu siapa lagi yang dia boleh percayai dan berlindung. Dia memeluk lagi erat. Dia mahu rasa selamat.

Huzaiman pula berpatah balik semula untuk memberitahu bawa Natasha ke klinik jika perlu tetapi dia tergamam melihat Natasha sedang memeluk Amman.

“Sha takut!” itu sahaja yang Huzaiman dengar. Dia rasa cemburu. Sepatutnya Natasha memeluknya tetapi itu tidak mungkin. Natasha benci padanya yang selalu membuli segala yang dilakukan oleh gadis itu.

Akhirnya dia mengambil keputusan membiarkan sahaja.

Natasha tersedar. Dia meleraikan pelukkannya dan menjarakkan diri. Fikiran dia melayan ke peristiwa hitam yang berlaku pada dirinya.

“Sha...” makin takut Natasha rasa. Perasaannya tertekan. Takut pada Jay dan pada yang sama peristiwa hitam itu menghantuinya.

“Sha, sudahlah. Sha berehat sahaja. Mari abang bawa Sha ke bilik bos. Dia nak cakap sesuatu pada Sha.” Pujuk Amman. Kasihan melihat keadaan Natasha. Dia sendiri tidak pasti derita apa yang di alami oleh Natasha sehingga takut sedemikian.

Perlahan-lahan Natasha mengikut Amman dari belakang.

“Sha, kenapa ni?” tegur Ammar. Wajah pucat Natasha itu membuat dia bimbang.

“Sha masuk dulu ya?” Amman membuka pintu untuk Natasha.

Huzaiman memerhati Natasha yang melangkah perlahan dan semakin hampir dengan meja kerjanya. Wajah itu sentiasa ditunduk. Tiba-tiba dia teringat akan surat misteri yang dia dapat.

Saya diam bukan bermakna saya tak boleh lawan cakap awak. Saya senyum bukan bermakna saya rela di marah , di caci atau di maki oleh awak. Saya tunduk bukan bermakna saya kalah. Tapi saya diam kerana saya tidak mahu menyakiti hati awak seperti mana awak lakukan pada saya. Saya senyum kerana saya teringat nasihat mak dan ayah saya supaya jangan tinggikan suara pada insan lain. Dan saya tunduk kerana saya yakin ALLAH sentiasa ada bersama saya. Hakikatnya saya juga seperti awak. Punya hati dan perasaan.”

Huzaiman mengeluh. Entah mengapa dia boleh ingat ayat tersebut dengan baik sekali. ‘Adakah Natasha yang tulis surat tersebut?’ perasaan Huzaiman kuat menyatakan yang Natasha yang tulis surat itu.

“Duduk!” sepatah sahaja arahan Huzaiman.

Natasha duduk di kerusi hadapan meja Huzaiman. Wajahnya masih ditundukkan.

Huzaiman merenung muka Natasha. Dia akui dalam hati yang Natasha seorang gadis yang cantik. Ini kali pertama dia melihat Natasha dalam ketakutan. Rasa kasihan pula. Kalau ikutkan hatinya yang gila kuasa ini, sudah lama Natasha dalam pelukannya tetapi egonya lebih menguasai buat masa ini.

“Sha ada masalah dengan Jay?” soal Huzaiman. Dia masih meratah seraup wajah yang cukup mendamaikan hatinya.

Natasha gelisah. Dia masih ingat kata-kata Jay yang lelaki jahat itu akan mencarinya suatu hari nanti.

“Tak... Tak ada masalah pun.”

“Kalau tak ada masalah, kenapa pula jadi takut macam ni? Saya kenal Jay tu siapa. Dia musuh dalam selimut. Sukar untuk di kesan di mana dirinya.” Huzaiman serius.

“Tak ada apa-apa.” Natasha masih mahu menyembunyikan apa yang dia rasa.

“Okay, its fine with me if you don't want to tell me. I don't mind and I don't care. But if you're in this shape its better you do something about it.” Kata Huzaiman. Dia rasa marah pula.

“Amman masuk!” Huzaiman menekan intekom.

“Ya, bos!”

“Hantar Natasha guna kereta dia dan balik sini semula dengan teksi. Pastikan Natasha masuk rumahnya dulu baru balik.” Arah Huzaiman dengan tegas sekali. Sakit hatinya kerana tidak berjaya mengorek rahsia Natasha. ‘Apa yang pasti dengan cara paksaan memang tak akan dapat korek la.’

“Baiklah bos!” mereka berdua terus berlalu pergi.

*****

Huzaiman memeriksa dokumen penting dalam bilik bacaannya. Dato’ Ismail pergi main golf bersama kawan-kawannya. Mama pula, Datin Ismah sibuk di dapur. Mungkin.

“Hai abang!” Haikal masuk ke bilik abangnya itu.

“Hai...” Balas Huzaiman tanpa memandang wajah adiknya itu.

“Abang ni, hujung minggu pun nak duduk dalam bilik yang bosan ni.” Haikal mengomel. Dia duduk di sofa yang ada dalam bilik tersebut.

“Bosan? Taklah. Abang suka bilik yang bosan ini.” Wajah Huzaiman masih menghadap kertas-kertas yang ada atas meja tulisnya. Dulu dia tinggal di kondominiumnya sendiri tetapi selepas didesak oleh Dato’ Ismail, dia kembali semula di rumah banglo ini.

“Suka? Tengok muka abang macam bosan je.” Teka Haikal. Wajah Huzaiman yang serius itu membuat Haikal berkata begitu. Tanpa Huzaiman tahu, Haikal suka melihat wajah abangnya berwajah serius. Tambahan pula, dia suka berlakon. Mahu lakonkan watak serius seperti Huzaiman, memang payah. Sehingga kini dia masih tidak berjaya melakonkan watak tersebut.

“Tak la.” Mendatar sahaja suara Huzaiman.

“Tak apa la abang. Adik nak pergi tengok kak Sha la,” kata Haikal yang sudah berada di depan pintu.

“Natasha ke? Eh, dia buat apa kat rumah kita ni?” soal Huzaiman. Barulah dia memandang wajah adiknya itu. Terkejut punya pasal. Baru dua hari lepas dia melihat muka pucat Natasha. Gadis itu ketakutan. Kasihan. ‘Terlalu banyak aku kasihan pada dia, kenapa ye?’

“Ish, abang ni! Macam duduk dalam tempurung je.” Belum sempat Haikal menyambung ayatnya, Huzaiman sudah berkata terlebih dahulu.

“Itu katak je yang duduk tau.” Selamba jawapan Huzaiman.

“Okey. Okey. Hmm, kak Sha kan sepupu kita.” Jelas Haikal.

“Apa?! Tak tahu pun.” Lagi sekali Huzaiman terkejut.

“Maknanya abang tu la yang katak bawah tempurung.” Haikal mengenakan Huzaiman. Haikal ketawa kecil. Suka pula dapat mengenakan abang sendiri.

Huzaiman geram. Adiknya mempermainkan dia. Dia menaikkan sebelah keningnya.

Haikal tersengih.

“Sepupu tang mana tu, adik?” soalnya lagi. Dia benar-benar ingin tahu.

“Adik mama yang nombor tiga, isterinya punya sepupu adiknya dan mak dia.” Kata Haikal sambil melihat jarinya. Dia cuba memahami apa yang Datin Ismah katakan sebelum ini.

“Pening la abang.” Dahi Huzaiman sudah berkerut.

“Adik pun pening. Senang-senang anggap la dia sepupu kita. Itu kata mama. Adik pergi dulu.” Haikal menutup perlahan pintu bilik bacaan tersebut.

Huzaiman menyambung semula kerjanya yang tertangguh. Dia termenung dan termenung lagi.

‘Ish, minah ni! Sengaja buat kacau. Kacau fikiran aku je.’ Huzaiman mula tidak senang duduk. Dia bangun dan mencari kelibat Natasha.

Natasha ternampak Huzaiman. Wajah gadis itu ceria dan tidak pucat lagi. Lega sedikit hatinya.

“Bos!! Bos buat apa kat sini?” soal Natasha tanpa rasa apa-apa.

“Aku yang patut tanya kau. Kau buat apa kat sini? Ini rumah aku tau.” Kata Huzaiman dengan geramnya. Dia pula yang dipersoalkan. Padahal ini rumahnya.

“Rumah bos ke? Cantik rumah bos.” Puji Natasha.

“Memang cantik. Kau ni rindukan aku ke sampai datang hujung minggu camni? Atau nak sambung cuci tandas rumah aku pula?” Huzaiman mula menunjukkan belang kuasanya.

“Eh, tak la!” Natasha menidakkannya. Huzaiman tersentak. Entah mengapa dia rasa sakit hati apabila Natasha tidak merinduinya.

“Kalau tak rindu, tak reti-reti nak balik. Pergilah balik!” halau Huzaiman. Dia benar-benar geram dengan wajah Natasha yang selamba.

“Man, yang kamu ni sedap sungguh menghalau bakal menantu mama ni kenapa?” Muncul Datin Ismah.

“Bakal menantu?” Huzaiman terkejut. Menantu?

“Adik dah nak kahwin ke mama?” soal Huzaiman macam orang bodoh.

“Ish, budak ni! Adik kamu tu baru saja habis belajar,” kata Datin Ismah.

“So, mama?” Huzaiman menanti dengan sabar jawapan daripada mulut Datin Ismah.

“Kamu la.” Datin Ismah menunjuk arah Huzaiman.

“Man mama? Man dengan Sha?” lagi sekali Huzaiman terkejut. ‘Kalau setiap hari terkejut macam ni. Tak lama la aku atas dunia ini.’

“Biar betul mama?” Huzaiman masih tidak percaya. Dia hanya memandang wajah Natasha.

“Betul! Tak kan mama nak tipu kamu pula, Man. Mama nak ke dapur sekejap.” Kata Datin Ismah.

“Mama, Sha ikut!” pinta Natasha. Dia benar-benar rasa seram sejuk dengan pandangan Huzaiman yang tajam itu.

“Kau tunggu!” tegas suara Huzaiman.

Langkah Natasha terhenti. Datin Ismah sudah lama menghilang ke dapur.

“Kau suka aku?” soal Huzaiman tanpa selindung lagi.

“Suka!” jawab Natasha secara spontan.

“Betul suka ni?” tegas suara Huzaiman.

‘Nak tanya orang suka dia pun nak serius ke? Cuba la tanya elok-elok sikit.’ Natasha mengomel dalam hati.

“Betullah suka!” jawab Natasha.

“Tipu!” Huzaiman tidak mahu percaya.

“Betullah!” kata Natasha sambil melangkah ke dapur.

Huzaiman tidak berpuas hati. Dia mengekori Natasha sehingga ke dapur.

“Tipu!” kata Huzaiman.

“Mama tengoklah anak mama tu. Dia tak percaya yang Sha suka dia.” Kata Natasha pada Datin Ismah.

“Mengada-ngadalah kamu ni, Man. Syukur sikit ada orang suka kamu. Kamu tu gila Kuasa. Tak ada gadis nak ke kamu.” Datin Ismah mula membebel.

Sakit telinga Huzaiman mendengar Datin Ismah membebel.

Pantas Huzaiman meninggalkan mereka berdua.

*****

Natasha termenung di jendela biliknya. Melihat lampu neon di bandar itu membuat hatinya sedikit tenang.

Rancangannya semakin penghujungnya. Tidak lama lagi dia akan berkahwin dengan Huzaiman.

“Bagaimana dengan kehidupan aku selepas berkahwin dengan lelaki gila kuasa tu?” soal Natasha sendirian. Dia sendiri tiada jawapan.

Natasha mengambil buku ‘Jangan bersedih’ yang ditulis oleh Dr. Aidh bin abdullah Al-Qarni. Ada satu tajuk ini begitu menarik perhatiannya.

Natasha membacanya.

“Jangan bersedih, dengan perilaku manusia terhadapmu, tetapi perhatikanlah tingkah laku mereka terhadap Allah.” Tersentap hati Natasha.

Dia teringat Huzaiman. Walaupun lelaki itu sombong dan gila kuasa tetapi apabila tiba masa sembahyang, lelaki itu dan dua orang yang setia dengannya akan keluar menuju ke surau syarikat. Acap kali juga Natasha terserempak dengan mereka.

“Ya Allah, aku tidak bersedih tetapi perasaan dendam dalam hati ini tidak dapat aku hapuskan. Semakin lama, makin membara. Aku tidak boleh berpatah balik Ya Allah. Kau ampunkan dosa-dosaku.” Doa Natasha.

Akhirnya dia lena atas katil tetapi seketika sahaja.

Ring... Ring... Ring...

Telefon bimbitnya berbunyi. Ada mesej yang masuk.

Natasha mengeluh. Dia baru sahaja mahu lelap.

“Huzaiman? Buat apa mesej aku malam-malam ni.” Segera Natasha membuka mesej pesanan itu.

Betul ke kau suka aku?

-Huzaiman-

Natasha mengeluh apabila membaca mesej tersebut.

“Tak habis-habis lagi ke tanya soalan ni? Ini mesti kes tak pernah ada orang perempuan kata suka kat dia. Yelah gila kuasa katakan. Mana ada perempuan suka kecuali gilakan duit lelaki tu.” Natasha tidak membalasnya.

Natasha bangun dari pembaringannya lalu menuju ke dapur. Dia terasa dahaga pula.

Apabila dia kembali semula, dia melihat skrin telefon bimbitnya.

“Tujuh misscall?” terkejut Natasha. Huzaiman menghubunginya. Nasib baik Natasha buat dalam mood senyap. Akhirnya dia terus tidur tanpa mempedulikan Huzaiman.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku