Hati Suamiku GK
Bab 9
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(7 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
12803

Bacaan






Huzaiman betul-betul tidak berpuas hati dengan jawapan Natasha semalam. Dia harus berjumpa dengan gadis itu lagi sekali walaupun di pejabat.

“Suruh Natasha jumpa saya sekarang!” Arah Huzaiman kepada Amman dan Ammar yang berada di meja setiausaha itu.

“Baiklah bos!” serentak mereka menjawab.

Huzaiman segera masuk ke dalam biliknya lalu duduk. Hatinya tidak tenang. Tambahan pula, Natasha tidak membalas mesejnya semalam. Apabila dihubungi pun tidak dijawab. ‘Kenapa? Kenapa kau suka aku? Aku kan lelaki gila kuasa. Tak kan ada orang suka.’

Kepala Huzaiman mula pening.

Beberapa minit kemudian Natasha hadir.

“Bos, muntah darah ke?” tanpa mengetuk pintu bilik, Natasha terus masuk dan berkata begitu. ‘Aku tak nak dia mati selagi dendam aku tak terbalas.’

“Eh, muntah darah? Siapa bagitau kau ni?” dahi Huzaiman sudah berkerut. Dia tidak dapat berfomal dengan Natasha seperti biasa. Bahasa kau dan aku sudah melekat di bibirnya. Ini gara-gara Natasha memberitahu yang gadis itu suka padanya. Geram betullah.

Natasha tersentap. Dia juga membuat muka geram. ‘Ini mesti kerja abang kembar dua ekor tu. Siap kau orang lepas ni.’ Natasha ditipu. Sia-sia dia risaukan Huzaiman.

“Lupakan je. Aku nak tanya kau ni. Apasal kau boleh suka aku?” soal Huzaiman. “Lagi satu. Kenapa tak jawab call aku semalam.” Tiba-tiba Huzaiman naik angin.

Natasha mengeluh. ‘Tak habis lagi ke tanya soalan yang sama. Ish bos aku ni... Kasihan.’ Natasha hanya menggelengkan kepala dua kali.

“Kena ada sebab ke? Pasal semalam tu Sha dah tidur.” Natasha cuba berlembut.

“Ya! Perlukan sebab. Oh, dah tidur.” wajah Huzaiman serius.

“Saya suka bos sebab....” Natasha cuba memikirkan alasan terbaik untuk diberikan pada Huzaiman.

“Sebab....” Huzaiman menantinya dengan sabar.

“Sebab bos ni gila kuasa.” Natasha tersenyum.

“Gila! Alasan entah apa-apa entah. Tipu!” marah Huzaiman apabila mendengar sebab yang dinyatakan oleh Natasha.

“Suka hati bos la!” kata Natasha dan terus berlalu keluar. Huzaiman terkaku. Dia tidak sempat untuk menghalang Natasha.

Amman dan Ammar cepat-cepat menyorok bawah meja tetapi Natasha sempat menangkap perbuatan si kembar itu.

“Abang berdua ni teruk tau!” geram Natasha.

“Eh, pengantin baru tak elok marah-marah.” Jawab Ammar. Amman hanya tersengih.

Kerana terlalu geram, Natasha hanya tinggalkan mereka berdua.

*****

Disebabkan terlalu menyampah dengan sikap Huzaiman yang sibuk menanyakan soalan yang sama, Natasha sengaja datang kerja lambat pada pagi keesokannya. Dari jauh Natasha dapat melihat Ammar berdiri tegak bagaikan tugu negara. ‘Hmm, abang Ammar kena denda juga ke?’ teka Natasha.

“Kenapa abang Ammar berdiri kat sini?” soal Natasha.

“Abang tunggu Sha la. Bos nak jumpa? Kenapa datang lambat?” Ammar mula berjalan. Natasha hanya mengikut dari belakang. “Kalau Sha lambat satu jam, dia suruh abang pergi rumah Sha tau. Tengok-tengok kan keadaan Sha.” Sambung Ammar lagi.

‘Biar betik GK ni?’ Natasha bagaikan tidak percaya.

“Saja. Hari ni Sha nak cuci tandas.” Selamba kata-kata Natasha.

Ammar tersentak. ‘Memang padan sangat dengan bos. Seorang gila kuasa, seorang lagi selamba. Muka tak ada perasaan.’ Bisik hatinya.

“Bos, Cik Natasha sudah sampai.” Kata Amman yang menekan interkom.

“Suruh dia masuk!”

Natasha masuk ke dalam bilik tersebut. Rasa malas pula mahu menghadap Huzaiman.

“Kenapa datang lambat?” soal Huzaiman. Dia sudah berdiri dan menghampiri Natasha.

Natasha tersentap apabila lelaki itu menyentuh bahunya. Natasha mengelak. ‘Apa kena dengan mamat ni? Sentuh-sentuh aku.’ Natasha memang sensitif apabila ada orang yang menyentuhnya. Terutamanya lelaki. Dia akan teringat peristiwa hitam itu.

“Saja. Hari ni saya cuci tandas ya bos?” pinta Natasha.

“Eh, tak payah. Kau kan bakal isteri aku. So, tak payah buat kerja-kerja tu. Kau duduk dulu” kata Huzaiman dengan baiknya. Dia mendorong Natasha duduk di sofa.

“Eh!” hanya itu yang keluar dari mulut Natasha.

“Mulai esok, tak payah datang kerja. Jadi suri rumah sepenuh masa sahaja.” Kata Huzaiman dengan wajah yang serius.

‘Ini belum kahwin dah arah aku yang bukan-bukan.’ Kepala Natasha pening.

Huzaiman sudah memikirkan semalaman mengenai perkahwinan dia dengan Natasha. Dia akan menerima Natasha seadanya. Begitu mudah kan? Bagi Huzaiman, Natasha seperti sebuah Syarikat yang perlunya dia mentadbir dengan baik. Dia perlu mengusai syarikat tersebut.

“Sha nak kerja. Hmmm, Sha buat kerja dulu.” Natasha bangun dan berjalan menuju ke pintu bilik.

“Sha....” panggil Huzaiman. Natasha berpaling.

“Betul ke kau suka aku?” soalan yang buat Natasha makin pening. Dia terus berjalan tanpa mempedulikan Huzaiman.

Huzaiman tidak mengalah. Dia menyambar lengan Natasha.

“Jangan sentuh aku!” nada Natasha berubah. Natasha terkejut dengan kata-katanya yang kasar.

“Sha...”

“Maaf Bos. Saya pergi buat kerja dulu.” Kata Natasha dan terus berlalu.

Natasha segera ke tandas perempuan. Air matanya mengalir tanpa kerelaan dirinya. Dia benar-benar terseksa dengan sentuhan mana-mana lelaki walaupun tidak sengaja. Walaupun sekadar tangan atau apa-apa. Dia tidak dapat menerima. Fikirannya pasti akan teringat peristiwa hitam itu. Ketika dia masih kecil.

Air mata yang mengalir dilap bersungguh-sungguh. Tetapi air mata itu setia mengalir.

“Hati, awak kena kuat hati. Hanya sekeping hati yang kuat dapat membuat saya terus bertahan di sini. Hati, tolonglah kuat.” Dia memandang cermin dihadapannya.

Air mata yang mengalir di sapu perlahan. Sedikit sebanyak ada kekuatan yang meresap ke dalam tubuhnya. Dia membasuh wajahnya dengan penuh berhati-hati agar tidak basah tudung yang dipakainya.

“Wafa Natasha pasti boleh!” kata Natasha.

*****

Pada hujung minggu itu, Huzaiman keluar sendirian. Dia menuju ke rumah sewa Natasha. Tangannya pantas menekan loceng pintu. Natasha yang agak kemamai itu terus membuka pintu.

“Cari siapa?” tanya Natasha sambil mulutnya menguap dan badannya mengeliat. Terasa lenguh pula.

“Sha...” Huzaiman terkaku melihat tingkah laku yang tidak pernah dia lihat. Rambut Natasha berwarna hitam sangat sesuai dengan warna kulitnya yang putih. Cantik!

“Macam suara mamat gila kuasa tu...” Tangan Natasha menenyek-nenyek matanya supaya lebih jelas sedikit pandangannya.

Huzaiman yang mendengar kata-kata Natasha berasa agak geram.

“Natasha sayang, yang gila kuasa tu kan bakal suami awak...” Huzaiman berkata dengan nada yang lembut.

Natasha tersentap. Pantas dia menutup kembali pintu rumahnya. Huzaiman tidak sempat mahu buat apa-apa.

‘Kenapa dia boleh ada kat sini? Kalau dia masuk rumah ni, habis rahsia dan dendam aku akan terbongkar. Apa aku nak buat ni? Otak sila berfungsi. Sumbanglah sedikit idea untuk aku atasi masalah ini.’ bisik hatinya. Dia menggelabah.

“Bos datang rumah Sha ni kenapa?” soal Natasha.

“Nak ajak sarapan sama-sama.”

“Kejap saya bersiap. Bos tunggu kat kereta bos.” Natasha berlari masuk ke dalam bilik air. Mandi ala kadar. Lepas itu dia mencapai seluar jeans biru yang sedikit lusuh warnanya lalu di sarungnya.

Selepas itu dia mengambil t-shirt lengan pendek putih dan dipadankan dengan jaket berwarna hitam. Tudung semalam yang elok tergantung itu, disarungkan ke kepala. Dia menyembur sedikit minyak wangi.

Tergesa-gesa dia keluar dan mengunci pintu. Apabila dia berpaling. Dia tergamam memandang Huzaiman yang bersandar di dinding depan rumah sewanya.

“Kau lambat, 15 minit 38 saat.” Katanya sambil melihat jam di tangan kirinya.

Huzaiman memakai t-shirt putih berkolar, jenama Polo dan seluar jeans biru. ‘Lebih kurang sama je dengan pakaian aku. Cuma bezanya dia punya berjenama mahal dan aku pula berjenama murah.’

Natasha diam.

“Kau mandi atau tak ni?” Huzaiman menghampiri Natasha dan menghidu. ‘Wangi!’

“Mestilah mandi.”

“Okey, lepas sarapan kita pergi beli barang kahwin. Memandangkan kau ni anak yatim piatu, semua persiapan biar aku yang tanggung dan...” Huzaiman merenung tajam pada Natasha. Dia mencapai tangan Natasha.

Natasha terperanjat dan cuba menarik tangannya kembali tetapi tidak berjaya. ‘Tangan mamat gila kuasa ni besar macam tangan king kong.’

“Tangan kau tak ada cincin lagi. So, kita pergi beli cincin kahwin untuk kau, okey?” cadang Huzaiman.

“Tak payah belilah bos. Susah-susah je.”

“Nanti kahwin, kau nak pakai cincin apa?” soal Huzaiman. Geram juga apa yang dirancang ditolak mentah-mentah oleh Natasha.

“Cincin Silver...” selamba Natasha menjawabnya.

“Cincin silver?” Huzaiman rasa pelik.

“Ya, cincin silver RM10 satu tu. Saya beli kat pasar. Murah dan tahan lama.” Natasha sememangnya tiada mood untuk membeli barang-barang kahwin ini. Lagi pun dia bukan mahu sangat kahwin dengan Huzaiman. Dia kahwin pun untuk membalas dendam.

“Kau biar betul? Ini kahwin la. Kalau tengok cara kau ni, macam kau tak suka aku je?” Huzaiman mula rasa mushkil.

‘Alamak, boleh terkantoi macam ni.’ Bisik hati Natasha.

“Eh, bos! Saya suka pada bos. Okey, kita pergi kedai emas nanti. Kita beli cincin ya? Natasha terus bersetuju. Dia tidak mahu kegiatannya diketahui oleh Huzaiman.

“Okey. Kau suka emas atau berlian?” soal Huzaiman lagi.

“Dua-dua saya tak suka.” Jawab Natasha. Memang sejak kecil emaknya tidak pernah ajar dia untuk suka pada benda-benda seperti itu. Dia sudah biasa hidup tanpa benda penghiasan yang mahal. Lebih baik wang yang ada dibeli makanan.

“Eh, kau ni perempuan ke lelaki?! Bukankah perempuan suka benda-benda macam tu. Jadi apa yang kau suka ni?” tidak habis-habis lagi persoalan yang Huzaiman ingin tanya.

“Saya suka bos la.” Kata Natasha selamba lagi.

Wajah Huzaiman terus merah. entah mengapa tiap kali Natasha bercakap tentang suka padanya membuat dirinya malu. Mudah sangat rasa gembira dengan kata-kata itu tetapi dia cuba menyembunyikan perasaan itu. ‘Tetapi kalau dah malu, senang je nak tahu.’

“Aku pun suka kau.” Luah Huzaiman. “Sudahlah. Aku dah lapar ni. Jangan sampai aku makan kau pula.” Gurau Huzaiman. Dia ketawa kecil.

Bagi Natasha pula, rasa menyampah. Lelaki hanya tahu mengambil kesempatan sahaja. Mereka berdua meneruskan ke destinasinya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku