Hati Suamiku GK
Bab 10
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(7 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
13884

Bacaan







Selepas bersarapan, Huzaiman membawanya ke Pavilion. Natasha hanya mengikut sahaja lelaki gila kuasa itu.

Semasa Natasha sibuk memerhati sekelilingnya, perlahan-lahan tangan Huzaiman menggenggam tangan Natasha.

Natasha tersentap. Pantas dia menarik tangannya semula.

“Jangan nak pegang-pegang tangan saya.” Marah Natasha. Dia benar-benar tidak menyukai tindakan Huzaiman.

“Nanti kau jadi isteri aku juga.”

“Jadi memang jadi tapi sekarang belum jadi. Tolong faham ya?” tegas Natasha.

Huzaiman tersenyum. ‘Bagus! Pandai jaga diri. Ciri-ciri isteri yang baik. Aku akan terus menguji kau, Wafa Natasha.’ Bisik hati Huzaiman. Dia ada rancangannya sendiri. Tanpa mereka berdua sedari, Amman dan Ammar ditugaskan mengintip mereka berdua. Itu arahan ayah Huzaiman.

“Sha macam tak suka bos je.” Amman memberi pendapat.

“Yalah. Kasihan adik kita terpaksa kahwin dengan bos.”

“Kita pula bila mahu kahwin? Calon pun tak ada.” Amman mengeluh. Umurnya semakin lanjut tapi tak ada teman wanita lagi.

“Sabarlah abang, mesti bos akan tolong carikan. Kalau tak, minta Sha yang cari.” Si abang cuba memujuk si adik.

Mereka berdua terus mengikut jejak ketuanya itu.

“Kita nak ke kedai mana dulu ya?” Huzaiman berfikir sejenak. Dia sendiri kurang pasti. Ini kali pertama dia masuk Pavilion. Jiwanya bukan suka membeli belah tetapi demi Natasha yang semakin menambat hatinya, dia gagahi juga.

“Awak baru nak fikir kita nak ke mana dulu?” Natasha mengeluh. ‘Kali pertama aku tengok dia ni jadi slow.’

“Eh, dah lama aku fikir cuma banya sangat tempat yang aku fikir nak pergi dulu. So, tak tahu nak pilih yang mana satu.” Kata Huzaiman. Dia tidak akan rendahkan egonya..

“Okay, kalau dah banyak sangat, awak fikir nak pergi mana wahai bakal suamiku?” kata Natasha dengan nada yang lembut. Dia hentikan langkahnya dan bersandar di pada dinding. ‘Penat pula berjalan lepas makan.’

Huzaiman diam.

Natasha masih menunggu.

Huzaiman merenung wajah Natasha. Dia hampir tewas apabila melihat wajah gadis yang sememangnya sudah mencuri perhatiannya dalam diam. Ketika dia datang ke rumah Natasha tadi pun, dia tersentap melihat keadaan Natasha yang tidak sempurna itu. Kalau ikutkan hati nafsunya dah lama dia tarik Natasha dalam pelukannya tetapi dia tahu Natasha bukan jenis seperti perempuan murahan. Untuk memilikinya hanya dengan perkahwinan sahaja. Mengikatnya untuk selamanya.

“Putra Huzaiman, saya tanya ni? Awak diam pula.” Natasha menelan liur. Dia sendiri gerun melihat renungan lelaki itu. Dia sendiri tidak pasti mengapa Huzaiman melihatnya begitu.

‘Nak kata tak makan lagi, dah melantak nasi lemak dua bungkus kat kedai Mak cik Leha tu. Tak kan tak kenyang lagi. Tengok aku pun macam nak makan lagi.’ Bebel Natasha sekadar dalam hati.

“Okey! Okey! Tadi kata nak beli cincin kan? Kalau macam tu kita ke kedai emas dulu. Kat mana kedai emas dalam mall ni?” soal Huzaiman tanpa dia sedari. Mestilah! Ini kali pertama dia ke sini. Mana dia tahu letaknya kedai emas.

Natasha hanya mampu menggeleng. ‘Dunia lelaki ni kerja je ke? Tak pernah bershopping ke? Patutlah tak ada perempuan nak suka dia. Bukan nak suka, tapi nak jumpa dia pun payah. Kasihan betul la...’

“Ya. Itu motif kita hari ni. Kedai tu, saya tahu. Ikut je saya.” Natasha berjalan dulu dan diikuti oleh Huzaiman.

Akhirnya mereka sampai juga di kedai Habib Jewel. Mereka masuk ke dalam kedai itu.

“Kau pilih, aku bayar.” Kata Huzaiman sebaik sahaja mereka duduk. Terlalu banyak bentuk cincin yang ada.

“Kau pilih, aku tengok!” balas Natasha. Dia malas mahu memilihnya.

“Kan aku suruh kau pilih, jadinya kau yang pilih.” Huzaiman mula naik angin. Geram sebab arahannya tidak diikut.

“Tak apa la. Saya bagi peluang awak pilihkan.” Natasha cuba mengalah. Sebenarnya Natasha tidak pandai mahu memilih cincin-cincin ini. Lagi pun dia tidak biasa.

“Macam tu pula. Aku tak kira. Kau mesti pilih satu.” Tegas Huzaiman.

“Kalau pilih dua boleh tak?” gurau Natasha.

“Dua ke, tiga ke, sepuluh pun kau boleh pilih tapi belinya satu.” Serius Huzaiman. Dia tahu Natasha bergurau, entah mengapa egonya tinggi sangat sehingga tidak mahu layan gurau Natasha itu.

‘Saja nak kenakan aku la tu.’ Natasha pun terus memandang cincin yang banyak di hadapannya. ‘Serius! Satu pun aku tak suka. Tak jatuh cinta bak kata orang.’ Akhirnya dia memilih satu bentuk cincin yang ada satu permata di tengahnya. ‘Biasa je. Tak canti mana pun. Lagi pun ada ke tidak saiz jari aku ni? Entah-entah aku kena pakai cincin budak-budak sebab kecil sangat.’

“Yang ini?” Natasha tunjuk saut cincin.

Lama Huzaiman merenung cincin yang menjadi pilihan Natasha. Huzaiman mendekatkan dirinya dengan Natasha lalu dia berbisik di telinga gadis itu.

“Tak cantik la. Nak tahu apa sebabnya...?” soal Huzaiman perlahan.

“Apa sebabnya?”

“Sebbanya permata dia kecil!” bisik Huzaiman. “Kau pilihlah betul-betul. Nanti aku suruh kau pakai cincin pad setiap jari kau, baru tau,” marah Huzaiman.

“Gila ke nak pakai cincin pada setiap jari.” Natasha rasa tidak puas hati. “Dahlah! Bosan la pilih-pilih cincin ni.” Natasha tidak boleh bersabar lagi. Dia mula berdiri dan mahu meninggalkan kedai emas tersebut.

“Gila?” dahi Huzaiman berkerut tapi memang gila pun. “Kalau kau langkah selangkah lagi, aku anggap perkahwinan kita batal....” ugut Huzaiman. Sengaja dia berkata begitu, dia mahu menguji Natasha lagi samada perempuan ini menyukainya atau tidak.

Natasha mengeluh. ‘Main ugut-ugut pula. Kalau aku tak jadi kahwin dengan dia. Rosak plan aku. Macam mana aku nak balas dendam nanti?’ Natasha mengalah. Dia tidak jadi melangkah dan menghampiri Huzaiman semula.

“Baiklah! Saya pilih betul-betul yang saya suka...” Lemah sahaja suara Natasha. ‘Asyik nak kena ikut kata orang gila kuasa sahaja.’

Huzaiman tersenyum dalam kemenangan. Wajah Natasha ketika itu mencuit hatinya. Dia benar-benar suka pada Natasha.

“Yang ini...?” Natasha tunjuk cincin berlian. Dia sendiri tidak pasti harganya berapa.

“Okay. Ambil yang ini ya?” Huzaiman arahkan pekerja di situ.

Kini cincin itu dalam genggaman Huzaiman. Perlahan-lahan dia sarung pada jari manis Natasha. Natasha pula terpaksa merelakan.

“Hmmm...”

“Kenapa?”

“Tak muat. Halusnya jari kau.”

“Standard la tinggi dan badan macam saya. Mestilah jarinya kecil.” Geram Natasha kerana mempertikaikan jarinya kecil.

“Cik, kalau jadi macam bakal isteri saya ni kan, ada saiz tak?”

“Tak ada encik tapi kalau buat tempahan dulu, ada.” Jelas pekerja wanita itu sambil tersenyum manis. Dari tadi wanita itu memerhati mereka berdua.

“Baiklah. Saya nak tempah cincin ini tapi ikut saiz jari isteri saya ya?” pinta Huzaiman.

“Baiklah!” Pekerja itu mengambil ukuran jari Natasha dan segala urusan selesai. Mereka akan hubungi Huzaiman jika cincin tersebut sudah siap.

“Kita nak ke mana lagi ya?” Huzaiman berkata sendirian.

“Nak ke mana lagi, baliklah!” Natasha sudah mendahuluinya berjalan. Huzaiman pantas menghalangnya.

Langkah Natasha terhenti. Betul-betul di bawah ketiak Huzaiman. ‘Kenapalah aku kecil sangat? Macam jalan ayah dengan anak tau.’ Bisik hatinya.

“Eh, banyak lagi tak beli ni?” Huzaiman berkata. Dia masih mahu bersama dengan Natasha.

“ Nak beli apa?”

“Beli baju tidur untuk malam pertama kita.” Huzaiman berkata tanpa sedikit pun perasaan malu.

“Gila!” Natasha terus berpaling tetapi pantas tangan Huzaiman memeluk tubuh kecil itu dari belakang.

“Awak ni gila ke?! Ini tempat awam!” marah Natasha. Dia benar-benar tidak suka tindakkan Huzaiman.

“Kau tu bakal isteri aku. Apa salahnya sekali sekala ikut arahan aku.” bisik Huzaiman di telinga Natasha.

“Bukan sekali sekala. Selalu dan tiap saat kena ikut arahan awak tau.” Geram Natasha. Dia mengetap bibirnya menahan geram di hati.

Orang yang lalu lalang di situ melihat tingkah laku mereka berdua.

“Eh, tak sedar pula! Kau tahu tak yang kau ni comel sangat. Aku tak dapat nak kawal diri dari sentuh kau.” Luah Huzaiman.

“Cukuplah awak jadi lelaki gila kuasa, jangan sampai jadi lelaki gila seks!” makin keras nada suara Natasha.

Huzaiman tersentap. Dia melepaskan pelukannya.

“Kau wangi la! Jom pergi jalan-jalan lagi.” Huzaiman pura-pura seperti tidak berlaku apa-apa. dia mencapai jemari halus milik Natasha lalu menggenggamnya. Kukuh!

Natasha pula cuba menarik tetapi apa kan daya, terpaksa dia mengikut ke mana sahaja Huzaiman pergi. Huzaiman bagaikan baru belajar untuk membeli belah. Kasihan!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku