Hati Suamiku GK
Bab 12
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
13177

Bacaan






Putra Huzaiman dan Wafa Natasha dalam perjalanan balik. Mereka banyak diamkan diri sahaja.

Huzaiman rasa pelik kerana ada sahaja orang yang memandangnya. ‘Kenapa? Muka aku comot ke?’ dia sendiri tidak dapat fikir mengapa orang sekelilingnya memandangnya dengan senyuman yang manis. ‘Mungkin aku berjalan dengan seorang gadis yang cantik, dia orang cemburu la tu.’ Huzaiman mula perasan.

“Awak jalan jauh dari saya...”

“Kenapa pula?”

“Sebab semua orang pandang awak bawa teddy bear tu. Kan pelik lelaki peluk teddy bear,” jelas Natasha.

“Pelik ke? Kalau pelik sangat, aku bagi kau je la.” Huzaiman berkata begitu lantas menghulurkan teddy bear yang besar tapak tangannya itu.

Natasha tersentap. Langkahnya terhenti. Dia merenung Huzaiman. Mungkin bagi orang lain dapat teddy bear adalah perkara yang biasa tapi bagi Natasha, ia amat bermakna. Sejak kecil lagi dia tidak pernah memiliki permainan sendiri. Dia berharap suatu hari nanti ada yang hadiahkan dia teddy bear tetapi hampa. Kini, lelaki yang paling dia dendami ini yang menghadiahkan teddy bear yang comel walaupun kecil.

“Wafa Natasha...” panjang nada Huzaiman memanggil Natasha. Dia jadi malu bila Natasha merenungnya lama. Hatinya berdebar-debar. ‘Kan tak pasal-pasal hari juga aku kahwin dengan kau.’ Bisik hatinya.

Air mata Natasha mengalir.

“Kenapa kau nangis ni? Wei! Janganlah nangis. Aku tak reti nak pujuk orang nangis ni.” Huzaiman mengelabah.

Natasha tersenyum. Dia menyapu air matanya.

“Terima kasih Huzaiman.” Ucap Natasha sambil mengambil teddy bear tersebut. Natasha mencium teddy bear yang comel itu. Wangi!

Huzaiman yang melihat Natasha mencium teddy bear itu menelan liur. Wajah Natasha sangat comel. Lebih comel dari teddy bear itu. Dia mula membuat teori sendiri. ‘Tadi aku kan tercium teddy bear tu dan sekarang Sha pula cium. Wah, ciuman kami menjadi satu.’ Huzaiman tersengih. Dia gembira dengan teori yang diciptanya itu.

Natasha yang melihat Huzaiman sengih sendirian mula berkerut dahinya.

“Gila ke?” kata Natasha.

“Gilakan kau...” jawab Huzaiman. Hatinya masih terasa bahagia apabila teringat teori yang indah itu.

Tiba-tiba muncul seseorang.

“Hai sayang!” perempuan yang tidak dikenali itu menegur Huzaiman. Huzaiman pula terkebil-kebil. Keliru.

Perempuan itu memeluk lengan Huzaiman.

Terpegun Natasha melihat perempuan tersebut. Dia memakai halter rona merah di padankan dengan skirt kulit yang singkat berwarna hitam. Perempuan itu kelihatan sangat seksi dan menggoda jika dia tersenyum manis.

“Sayang dah lupa pada Ju...?” Gadis gedik itu membuat muncung. Kini, pinggang Huzaiman pula yang menjadi mangsa pelukannya.

Natasha yang melihat tingkah laku gadis yang bernama Ju itu mula rasa panas. Dia tidak suka melihat Ju dekat dengan Huzaiman seperti itu.

“Awak kenal ke perempuan ni?” soal Natasha kepada Huzaiman.

“Tak kenal pun...” jawab Huzaiman. Sememangnya dia tidak kenal.

“Saya rasa cik Puan ni salah buah hati kut,” kata Natasha dengan nada yang lembut. Dia mencapai tangan Ju yang memeluk pinggang Huzaiman itu lalu terlerai pelukan tersebut. Dia menarik Huzaiman agar bediri di belakangnya.

Huzaiman tersenyum lebar. Wajah Natasha jelas menunjukkan dia cemburu.

‘Perempuan mana pula muncul ni? Huzaiman tak boleh suka pada perempuan tu. Kemunculan kau hanya merosakkan rancangan aku sahaja. Huzaiman milik aku. Hanya aku yang boleh memusnahkan Huzaiman. Jaga kau perempuan!’ itulah perasaan Natasha. Dia bukannya cemburu tetapi lebih bimbangkan rancangan dendamnya.

“Putra, sampai hati you tak kenal I.” Pujuk rayu Ju. Dia mencapai tangan Huzaiman semula. Ju sengaja merapatkan tubuhnya dengan Huzaiman. Kiranya seperti menggoda.

Bagi Huzaiman pula. Sikit pun tidak tergoda sebab dalam hati dan fikirannya ada bayangan Natasha. ‘Tak ada peluang la kalau perempuan lain nak buat dia tergoda.’

Huzaiman mencengkam bahu Ju.

“Dengar sini! Aku tak kenal kau! Tolong jangan ganggu aku dengan isteri aku yang tercinta ini.”

“Tapi...”

“Aku cakap, aku tak kenal kau, kau faham tak?!”

“Bos, kenapa ni?” tiba-tiba Amman dan Ammar muncul. Mereka berdua bimbang apabila seorang perempuan yang tidak dikenali mengganggu ketuanya.

Natasha dan Huzaiman terkejut dengan kehadiran dua kembar itu.

“Amman! Ammar! Kau orang uruskan perempuan ni. Saya nak hantar Natasha balik! Lagi satu, barang-barang yang saya beli ni, bawa balik rumah,” Arah Huzaiman. Pantas dia menarik tangan Natasha dan meninggalkan tempat itu.

“Ada urusan apa dengan bos kami, cik perempuan seksi?” tanya Amman. Seksi betul perempuan ni.

“Ini arahan dari Dato, dia yang minta saya buat macam ni. Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu.” Ju terus berlalu.

Amman dan Ammar tergamam. Biar betul Dato yang suruh perempuan tu buat macam ni?

“Abang, kita dah hilang jejak bos...” kata Ammar. Amman mengeluh.

“Macam mana bos boleh hilang jejak? Dia nak ke mana?”

*****

Huzaiman memandu tenang sahaja tetapi dia pelik melihat Natasha seperti gelisah. Bimbangkan sesuatu. ‘Risaukan aku la tu.’

“Aku tahu kenapa kau gelisah semacam....” kata Huzaiman.

“Kenapa?” Natasha malas mahu melayan.

“Sebab kau risaukan aku kan?” Huzaiman tersenyum.

“Hah!” Natasha terkejut. ‘Ke situ pula mamat GK ni.’ Natasha mengeluh. “Bukanlah. Dah nak pukul 6 petang tapi kita masih tak sembahyang asar. Awak dah lupa ke?” kata Natasha. Dia mahu menjadi anak yang soleh. Sembahyang dan melakukan kebaikkan kecuali dendam kesumat ini yang dia tidak dapat elakkan.

Dia mahu doa selepas sembahyang sampai kepada emak dan ayahnya di sana.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W.

“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”

Tiga perkara yang dibawa oleh orang yang sudah meninggal dunia. Pertama sedekah dan amal jariah, kedua ilmu yang diajar kepada orang lain dan ketiga ialah doa anak-anak yang soleh.

“Ya Allah, aku lupa. Ini semua salah kau!” kata Huzaiman. Dia masih memandu.

“Jadi akulah penyebab kau buat dosa?”

“Ya, memang kau pun!” sengaja Huzaiman mahu api-apikan Natasha.

“Diamlah kau!” marah Natasha.

Akhirnya mereka berhenti di masjid yang ada.

Selepas solat, Huzaiman menunggu Natasha.

“Kenapa Sha tak siap sembahyang lagi ni. Dah dekat 20 minit aku tunggu.” Huzaiman pula risau.

Disebabkan bimbang, dia meminta seorang perempuan tengok-tengok sama ada Natasha ada di tempat perempuan itu atau tidak.

“Tak ada la encik.”

“Tak ada? Terima kasih ye cik.”

“Sama-sama.”

“Ish, mana pergi perempuan comel ni. Suka buat orang risau.” Huzaiman mula rasa gelabah. Ke mana Natasha menghilang ni? Masih menjadi tanda soal.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku