Hati Suamiku GK
Bab 15
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
13754

Bacaan






Natasha memandang kosong kad yang kini berada di tangannya. Kad jemputan perkahwinan antara dia dan Huzaiman. Tema yang menjadi pilihan mereka berdua adalah hitam putih. Huzaiman terlalu sukakan warna putih manakala Natasha sukakan warna hitam. Maka, Datin Ismah berpendapat memilih warna Hitam Putih.

Natasha mengeluh. Tinggal beberapa hari lagi dia akan diijab kabul oleh lelaki yang didendami itu.

Natasha membuka kad tersebut. Dia begitu tertarik dengan kata-kata yang ditulis.

Sabda Rasullah SAW:-

“Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam bukan dari kepalanya untuk dijunjung atasnya, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, melainkan di sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai..”

‘Adakah Huzaiman ditakdirkan untuk aku? Akukah rusuknya? Tidak. Dendam tetap dendam. Huzaiman kena rasa apa yang aku rasa.’ Bisik hatinya. Dia perlukan kekuatan mental dan fizikal untuk menghadapi Huzaiman selepas kahwin nanti.

*****

Inai dijari Natasha dipandang sepi olehnya. Dia merenung tajam. ‘Betulkah tindakannya?’ hati Natasha tidak tenang. Dia akan terikat dengan Huzaiman selama-lamanya tetapi PK menjanjikan mereka akan bercerai.

Natasha hanya jalankan apa yang telah dirancang. Perkahwinan ini harus diteruskan.

Natasha kini berada di rumah Huzaiman. Kemeriahan jelas kelihatan walaupun tidak di hati Natasha sendiri. Hanya senyuman paksa yang dipamerkan.

Sudah dua jam dia menjadi isteri Huzaiman tetapi lelaki itu masih sibuk di dalam bilik kerjanya. Tetapi Natasha lebih tenang seperti ini. Tidak perlu dia berkepit dengan Huzaiman sahaja.

Huzaiman terpaksa menguruskan satu dokumen penting kerana ia sesuatu projek yang besar. Yang boleh mendatangkan keuntungan pada syarikatnya.

Selepas penat melayan tetamu, Natasha ingin melepak di dalam bilik sahaja.

“Eh, sayang nak ke mana tu?” Huzaiman tiba-tiba muncul lalu menegur Natasha.

Natasha berpaling.

Natasha mengeluh. Sejak mereka sah menjadi suami isteri, Huzaiman asyik memanggilnya sayang tidak kira depan sesiapa pun. ‘Ish, tak tahu malu betul mamat ini. Aku yang malu tau.’

“Penat! Nak rehat kat bilik sekejap!” lemah suara Natasha.

“Sayang tak boleh jauh dengan abang tau.” Huzaiman ingatkan Natasha. Dahi Natasha berkerut. Pelik dengan apa yang dikata oleh Huzaiman.

‘Bukankah kau yang jauh dengan aku. Aku baru dua jam jadi bini kau, kau dah lepak kat bilik kerja kau. Macam aku ni apa entah.’ Amuk Natasha sekadar dalam hati.

“Jauh?”

“Ya, jauhlah. Sha kan isteri abang.” Huzaiman tersenyum.

“Eh, bukan abang ni gila kuasa dalam syarikat atau organisasi je kan?” soal Natasha.

“Yalah. Itu pasti. Tapi yang ini pun masuk list abang juga. Gila kuasa dalam rumahtangga.” Huzaiman tersenyum lagi. Entah mengapa dalam pandangan Natasha senyuman itu amat menakutkan.

“Bukan ke abang tak suka Sha?” soal Natasha. Dia memandang tepat ke dasar mata Huzaiman walaupun mata itu menakutkan.

“Eh, kalau abang dah kahwin dengan Sha. Abang kenalah suka Sha.”

“Kena?” pelik Natasha.

“Tunggu abang malam ni. Abang nak ke pejabat sekejap dengan Amman dan Ammar.” Kata Huzaiman sambil menghadiahkan ciuman di pipi NAtasha.

Natasha benar-benar kaku.

Huzaiman tersenyum melihat wajah kemerahan Natasha. Dia yakin yang Natasha malu dengan tindakkannya tetapi dia terpaksa ke pejabat kerana ada urusan penting.

Huzaiman menghulurkan tangan pada Natasha. Natasha tersentak dan pantas menyambut tangan Huzaiman. Dia salam Huzaiman.

‘Sejuknya tangan Sha... Dia takut dengan aku ke?’ detik hatinya.

Huzaiman kini di pejabat dan sedang membaca dokumen penting sebelum menandatangani.

“Puteri, biar betul kau ni?” soal Huzaiman bagaikan tidak percaya.

“Betullah. Pelaburan ni aku buat sebab kita ni kawan. Dan aku perlukan syarikat yang berpotensi macam syarikat kau ni.” Balas Puteri. Puteri adalah seorang ahli perniagaan yang menjual aksesori yang berjenama.

Sudah banyak kali Puteri batalkan temu janjinya dengan Huzaiman tetapi Huzaiman mahu berjumpa hari ini pula. Tidak sedarkan hari ini adalah hari paling bermakna bagi seorang perempuan.

‘Lelaki ini memang tak ada perasaan. Tinggalkan Natasha sendirian.’

Selesai juga temu janji tersebut.

“Huz, aku nak tanya ni.” Puteri berkata. Dia berdiri dan mengikut langkah Huzaiman.

“Apa dia?” Huzaiman memandang Puteri. ‘Kali pertama aku tengok minah ni tak gedik dengan aku. Mungkin hikmah aku perkahwinan aku dengan Sha kot.’ Teka Huzaiman. Dia tersenyum.

“Tak apa ke kau tinggalkan isteri kau macam tu je?” soal Puteri.

“Aku tinggal kejap je.” Balas Huzaiman. Wajahnya yang tersenyum tadi kini serius kembali.

“Banyaklah kau sekejap, dah separuh hari kau tinggalkan dia. Kalau aku, dah mengamuk dah.” Puteri buat muka geram. Dia membayangkan dia berada di tempat Natasha. Ditinggalkan semasa hari pertama perkahwinan.

“Nasib baik dia bukan kau.” Kata Huzaiman sambil ketawa. Dia gembira dengan perkahwinan ini dalam diam. Tambahan pula perasaan cinta memang tersimpan jauh ke dalam sudut hatinya. Dia ingin melahirkan rasa cinta yang tak terhingga ini pada Natasha.

Puteri hanya mengeluh.

‘Sha, nantikan abang pulang...’ bisik hati Huzaiman.

*****

Badan Huzaiman betul-betul penat. Baju melayu masih melekat di tubuhnya. Amman dan Ammar menuju ke dapur. Mungkin lapar. Sebelum pergi ke pejabat mereka belum sempat makan lagi.

Dia ternampak kelibat Datin Ismah.

“Mama, mana Sha?” soal Huzaiman sambil melabuhkan punggungnya dia atas sofa. Tetamu yang hadir sudah berkurangan.

“Ada tu layan tetamu. Kamu ni, hari pertama kahwin pun sibuk nak ke pejabat. Macam dah tak boleh tunggu esok.” Bebel Datin Ismah. “Memang anak mama ni gila kuasa,” Datin Ismah mengeluh.

“Dah memang anak mama gila kuasa. Nak buat macam mana lagi.” Jawab selamba Huzaiman dengan menggunakan ayat yang sama.

“Sorang gila kuasa, sorang lagi anak mama tu gila berlakon. Baguslah korang berdua ni. Memeningkan kepala mamaaje. Mujur adik kamu tu nak kerja dengan kamu, kalau tak. Kerjanya berlakon... Berlakon...” Bebel Datin Ismah makin panjang lebar. Selepas itu dia terus menghilang entah ke mana. Kelibat Natasha pula yang kelihatan.

“Sayang...” Dari jauh Huzaiman memanggil Natasha.

“Abang....” tersentak dia melihat lelaki itu di situ. ‘Awalnya mamat ni balik. Baru nak berehat sikit.’

“Nak ke mana tu?” Soal Huzaiman. Wajah Natasha ditatap lembut. Entah mengapa sejak melafazkan akad nikah pagi tadi, dia bagaikan sudah berjanji akan melindungi dan menyayangi wanita di hadapannya ini seumur hidupnya.

“Nak mandi dan solat maghrib.” Jawab Natasha. ‘Ya Allah, kenapa dia pandang aku macam ni? Janganlah! Aku bagi penumbuk sulung ni baru tau.’ Tanpa Huzaiman tahu, Natasha baru sahaja lepas berbual dengan PK. PK memberitahu Natasha mengenai rancangan baru untuk menjatuhkan Huzaiman.

“Jom!” Huzaiman sudah berdiri. Dia berjalan menghampiri Natasha dan terus menyambar tangan Natasha.

Huzaiman menarik tangan Natasha dan menuju ke bilik pengantin mereka. Tema hitam putih menjadi pilihan mereka.

“Jom mandi.” Ajak suaminya. Badannya pun terasa melekit.

“Eh! Eh! Sabar dulu. Bukan ke kita ni kahwin paksa?” soal Natasha. Dia menarik kembali tangannya. Debaran di hati mula menapak perlahan-lahan. Dia cuba bertenang.

“Kahwin paksa? Ada yang terpaksa ke sekarang ni?” soal Huzaiman kembali. Dia terasa pelik dengan pertanyaan isterinya. ‘Aku cintai kan Natasha. Mana ada terpaksa...’ Dia pun mendekati Natasha yang semakin ke belakang.

“Sayang terpaksa ke?” soal Huzaiman lagi apabila Natasha tidak memberi sebarang jawapan. Huzaiman merenung wajah Natasha. Wajah itu cantik sangat!

Natasha menelan liur.

‘Aku memang terpaksa wahai Putra Huzaiman.’ Kata Natasha sekadar dalam hati. Dia tidak tahu bagaimana mahu menerangkan sebab dia bersetuju dengan perkahwinan ini.

Natasha memang sepupu kepada Huzaiman tetapi ibu dan ayahnya ditindas oleh keluarga sendiri. Ibunya iaitu adik kepada mama Huzaiman, Datin Ismah. Dia setuju dengan perkahwinan ini ialah untuk membalas dendam dan merampas semula apa yang sepatutnya menjadi hak keluarga Natasha.

Keluarga Huzaiman rasa bersalah dengan kematian kedua ibu bapa Natasha menjadi punca perkahwinan ini terjadi. Tambahan pula Natasha hanya sebatang kara. Ibu bapa Natasha meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya setahun yang lain. Baginya, untuk bertindak lebih senang tetapi dia tidak menyangka yang Datin Ismah mempunyai anak yang gila kuasa dan......

Kata-kata itu terhenti di situ.

Dan..... lelaki yang sememangnya Natasha benci.

Chup! Ada ciuman singgah di pipi Natasha.

“Abang tau abang kacak sangat tapi janganlah renung macam tu. Tak apa kejap lagi kita layari bahtera bersama-sama.” Gurau Huzaiman.

“Layari bahtera?” Natasha menelan liur. Makin terkejut dirinya. Dia memang tidak terfikir sampai ke situ.

Huzaiman ingin menyentuh pipinya. Pantas Natasha mengelak. Dia memang tidak suka lelaki menyentuhnya. Peristiwa hitam itu mula bertandang di fikirannya. Hatinya lemah.

“Aduh! Aduh!” tiba-tiba Natasha mengaduh. “Sha nak berak ni. Abang pergi mandi bilik air lain ya?” pantas Natasha mengambil tuala dan menuju ke bilik air. Dia sengaja berkata begitu supaya Huzaiman tidak menyukainya.

Natasha menutup pinti bilik air.

Lega, selamat! Walaupun Natasha berasa lega tetapi seketika. Peristiwa hitam itu sudah menghantuinya sepenuh jiwa Natasha. Dia tidak kuat untuk berdiri lama. Akhirnya, dia terduduk perlahan sambil memeluk tubuh. Air matanya mengalir tanpa dipinta. Masih setia menemaninya setia masa.

Selepas bersolat, Natasha berasa lebih tenang dan bersemangat. Matlamat utamanya harus dilaksanakan. Dia cuba berbaik dan melayan Huzaiman dengan baik. PK baru sahaja menghantar mesej ke telefon bimbitnya dengan tugasan baru.

‘Membuat huzaiman jatuh cinta pada aku?’ Dahi NAtasha berkerut. ‘Tak ada tugas yang lagi susah dari ini ke?’ marah Natasha. Dia benar-benar rasa payah mahu melaksanakan arahan ini. ‘Sememangnya Huzaiman tu dah suka pada aku tetapi aku. Susah aku nak melayan sikap dia yang miang tak kira tempat. Bagaimana ni?’ pening kepala Natasha memikirkannya.

‘Ibu! Ayah!’ Apabila nama panggilan itu diseru. Bagaikan ada semangat baru datang ke dalam jiwa Natasha. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk teruskan rancangan itu.

Lama Natasha merenung telefon bimbitnya sehingga dia tidak perasan akan kehadiran Haikal yang masuk ke dalam bilik tersebut. Nasib baik dia sudah lengkap bertudung.

“Jemput makan kak Sha.” Haikal mengajak Natasha. Natasha hanya tersenyum sahaja memandang Haikal. Entah mengapa dia senang dengan adik Huzaiman itu.

“Jangan nak mengada-ngada dengan isteri abang. Adik pergi cari orang lain.” Tiba-tiba muncul Huzaiman di belakang Haikal. Natasha terkejut. Jelas sekali kedengaran nada cemburu.

“Ala abang ni. Dah la gila kuasa. Dengan isteri pun nak gila sekali ke?” kata Haikal selamba. “Lagi pun adik ajak makan je. Mama dan papa dah tunggu tu.” Tambahnya lagi. Haikal menarik muka masam.

“Kejap lagi abang turun dengan kak Sha.” Kata Huzaiman dan menarik tangan Natasha masuk ke dalam bilik semula. Gara-gara Natasha mandi terlalu lama, dia terpaksa menggunakan bilik lain. Tambahan waktu solat maghrib tadi sudah mahu penghujung.

“Sayang sengaja nak kenakan abang kan?” soal Huzaiman sambil mengunci pintu bilik. Dia menghampiri Natasha yang sedang duduk di birai katil. Natasha benar-benar takut saat ini. Dia cuba bertenang. Selalu dia nasihatkan diri, Huzaiman tidak akan buat dia macam perogol tu. Takkan!

“Saya lapar. Jom la kita makan,” kata Natasha. Dia tidak menjawab persoalan Huzaiman. Natasha mula berdiri. Dia melalui Huzaiman.

“Sebelum Sha makan, Sha nak abang makan Sha dulu ke?” persoalan kedua yang diutarakan oleh Huzaiman membuat Natasha tergamam.

“Jom makan!” sengaja Natasha menarik tangan Huzaiman untuk keluar dari bilik yang Natasah mula rasa rimas. Sentuhan itu spontan. Natasha benar-benar tidak sedar akan perbuatannya. Hatinya berdebar kuat. Pertama kali dia sendiri yang memegang tangan lelaki. ‘Betul ke aku ni?’

Tetapi tangan Natasha pula ditarik oleh Huzaiman. Dia tergamam. Huzaiman menarik kuat sehingga dia rapat ke tubuh lelaki itu.

“Jangan nak tipu abang?” Persoalan Huzaiman untuk ketiga kalinya.

“Tipu apa?” Natasha tidak berani memandang mata Huzaiman. Dia hanya memandang lantai sahaja.

“Tipu yang Sha suka abang...”

“Betul la tipu....” Selamba Natasha berkata walaupun pandangan matanya masih dibawah. ‘Masih tanya soalan sama. Awat la GK ni tak reti-reti bahasa lagi.’ Natasha tidak perasan apa yang dikatakannya.

What?” mata Huzaiman membulat. Terkejut.

“Eh! Eh, betullah tak tipu.” Natasha membetulkan semula. Dia mendongak memandang Huzaiman dan saat ini lah mata mereka saling bertentangan mata. Bagaikan dunia ini hanya ada mereka berdua tetapi Natasha cepat tersedar. Dia menolak tubuh Huzaiman. Natasha mula melangkah.

Huzaiman tidak berpuas hati. Dia menarik semula tangan wanita itu.

“Ti.................” belum sempat Huzaiman menyebut perkataan tipu lagi sekali. Natasha mencium mulut suaminya.

“Puas hati!” soal Natasha. Huzaiman terdiam. “Jom makan. Lapar la!” sengaja Natasha berkata manja sambil menarik tangan Huzaiman.

“Okey jom!” Huzaiman berpuas hati dengan cara Natasha memujuknya.

Huzaiman asyik tersenyum sahaja di meja makan. Dia masih teringat akan tindakan spontan Natasha. Bagaikan impiannya sudah termakbul. Dulu dia ingin mencium Natasha tetapi kini dia yang mulakan dulu. Mantap!

“Kejap ye? Nak basuh tangan.” Natasha ke dapur.

‘Alamak! Kiss aku yang pertama.’ Dia menggosok-gosok bibirnya. Terasa lain macam sahaja. Dia tidak suka tapi Huzaiman mendesak dia buat begitu. Aneh! Dia tidak lagi dihantui dengan kisah silam itu ketika dia berada rapat dengan Huzaiman. Dia rasa bebas mahu melakukan apa sahaja tanpa halangan. Memang aneh! ‘Mana pergi kisah silam yang menakutkan itu. Huzaiman ni ada aura apa ya sehingga aku boleh lupa seketika tentang kisah silam itu saat lelaki menyentuh aku?’

“Lamanya sayang basuh tangan.” Huzaiman muncul dari belakangnya.

“Sha ambil air sembahyang sekali.” Natasha membuat lawak. Huzaiman tersenyum.

“Loyar buruk dengan abang ya?” kata Huzaiman sambil menghadiahkan ciuman di pipi kanan milik Natasha.

Dahi Natasha berkerut. ‘Daripada seorang lelaki yang amat serius, boleh jadi seromantik ini? Aku tak caya dan takkan percaya.’ Natasha berasa geram kerana pipinya selalu menjadi mangsa ciuman Huzaiman. ‘Gatal dalam diam mamat ni.’

“Jom makan!” Huzaiman menarik tangan Natasha.

Mereka semua makan dengan penuh selera.

Selepas berbual seketika, mama dan papa masuk ke kamar. Begitu juga dengan Haikal. Tinggallah Natasha dan Huzaiman di ruang tamu.

“Jom tidur!” ajak Huzaiman.

“Tak nak! Nak tengok movie ni sampai habis dulu.”

Huzaiman rasa geram.

“Dengan kuasa yang ada pada abang, kuasa seorang suami. Abang mengarahkan Wafa Natasha masuk tidur sekarang juga!” tegas sekali nada Huzaiman. Tergamam seketika Natasha mendengarnya.

“Sah!” kata Natasha.

“Sah apa?” soal Huzaiman.

“Sah abang ni gila kuasa!”

“Jangan nak banyak cakap. Jom!” Huzaiman menarik tangan Natasha selepas menutup tv.

Tetapi Natasha menarik semula tangannya. Dia tidak suka dipegang.

“Kenapa?” soal Huzaiman.

“Tak biasa orang pegang-pegang macam ni.” Jelas Natasha sebaik sahaja mereka berdua sampai di kamar.

“Kenalah biasa-biasa. Sha kan dah ada suami.” Kata Huzaiman. Dia benar-benar mahu bersama Natasha. Matanya tidak lepas memandang isterinya.

Natasha pula, asyik memandang ke tempat lain.

Tiba-Tiba.....

“Abang!!!!” jerit Natasha.




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku