Hati Suamiku GK
PUASA PERTAMA GK
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(25 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
8175

Bacaan






Wafa Natasha mengeluh. Sudah tiga kali dia masuk dalam bilik untuk mengejut suaminya bangun sahur. Itu je.

“Abang, bangun la. Malu sikit pada si kembar. Boleh je bangun?” kata Wafa Natasha.

“Lor, abang ni jenis orang tak bangun sahur…” kata Putra Huzaiman dengan mata terpejam. Sebelum tidur dia sudah berniat puasa.

“Abang ni… Sahur tu penting. Dan sahur juga ada kebaikannya. Bangunlah cepat!” pujuk Wafa Natasha. Inilah kali pertama bulan Ramadhan disambutnya dengan status isteri dan bersama suami tercinta.

“Kalau sayang hebat, buat apa bangun?” cabar Putra Huzaiman.

“Macam mana?”

“Kiss abang ke…” entah mengapa mengantuknya hilang tetapi dia masih masih pejamkan mata. Menunggu tindakan isterinya.

“Ini kissnya…” Wafa Natasha meletakkan tuala basah atas muka suaminya.

Terkejut Putra Huzaiman.

“Sejuknya!”

“Dah bangun pun. Jom!” Selamba sahaja wajah Wafa Natasha.

Putra Huzaiman mengeluh. Ikuti juga langkah si isteri.

Hari pertama puasa di sambut dengan perasaan penuh kesyukuran. Wafa Natasha tidak pasti hari ke dua. Dapatkah dia mengejut suaminya bangun.

Akhirnya dia mengambil langkah mencari cara-cara mengejut orang bangun tidur di internet.

“Jumpa!” ada senyuman yang terukir. Perlahan-lahan dia membacanya ruangan di satu blog ini.


TIPS KEJUTKAN ORG BANGUN SAHUR yg agak MENCABAR hihi

khas utk org yg liat bangun sahur...

1. Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil nama dia perlahan2

2. Sentuh bahu orang yang tidur tu dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia...

3. Renjis air kat muka dia...

4. Tampar tampar manja pipi dia..

5. Tutup kipas/air cond

Tapi kalau still tak ada effect:

1. Jerit nama dia sekuat hati...

2. Gigit ibu jari kaki dia, macam hantu toyol gigit

3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam dan stokin busuk korang

4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam

5. Goyang badan dia kuat - kuat dan jerit 'tsunami!' tsunami!

Tapi kalau still tak ada effect gak:

1. Pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak - banyak kali...

2. Pergi dekat dengan dia dan baca je surah Yaasin!

Tapi kalau still tak ada effect gak...Ni je la cara terakhir:

1. Panggil je orang masjid atau surau untuk uruskan...kerana Tuhan lebih menyayanginya...Innalillahi wa inna ilaihi roji un...


Ketawa Wafa Natasha bergema.

“Boleh ke aku kejut si Huzaiman guna cara ni? Mahunya dia saman aku. Naya! Naya!” senyuman masih setia di bibirnya.

Selepas itu, bacaan Wafa Natasha beralih kepada komen-komen yang ada. Ada satu komen begitu menarik perhatiannya.


Tips paling mudah untuk bangun sahur ialah minum air banyak2 sebelum tidor....confirm bangun sebab tak tahan nak kencing.......hahahahahaa....inilah cara yang paling berkesan..... cara yang diajar oleh ustaz masa sekolah dulu dan cheq amalkan sampai sekarang....moga Allah rahmati ustaz yang mengajar cheq dulu...


“Mungkin cara ini berkesan kot... Boleh cuba ni!”

Lantas dia menutup komputer riba. Dia perlu menyediakan juadah berbuka puasa. Nasib baik Datin Isma sudi membantu.

“Abang, cepatlah bersiap. Kita nak terawih ni.” Wafa Natasha sudah lengkap dengan telekung di kepala.

“Abang ada meeting...”

“Meeting apa malam-malam ni abang?”

“Meeting dengan Allah. Kejap abang ambil wuduk...” Segera Putra Huzaiman berlalu ke bilik air.

“Sempat lagi suami aku bergurau.” Perasaan bahagia menyerap masuk ke dalam hatinya.

“Sayang tahu tak, apa kelebihan solat terawih di bulan Ramadhan?” soal Putra Huzaiman yang sedang memandu.

Amman dan Ammar hanya diam membisu. Tiba-tiba sahaja Putra Huzaiman mahu memandu.

“Apa dia, abang?” sengaja Wafa Natasha bertanya.

“Kita akan mendapat pahala yang berganda...”

Wafa Natasha mengeluh. Jawapan suaminya betul. Semua perkara yang baik yang kita lakukan, ada ganjaran dan pahalanya. Semoga dipermudahkan segala urusan di bulan Mulia ini.

P/S : Cik penulis mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca karya-karya di ILHAM terutamanya yang beragama Islam. Semoga kita dapat memperbanyakkan amalan kebaikan di bulan yang mulia ni... Tinggal tiga hari lagi...



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku