Hati Suamiku GK
Bab 16
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(6 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
14141

Bacaan







Hati Natasha tidak tenang. Dia bimbang dia tidak dapat lari kali ini atau mengelak diri dari terus bersama dengan Huzaiman saat ini. Dia cuba mencari alasan.

“Abang!!!” Jerit Natasha tiba-tiba.

“Kenapa sayang?” Soal Huzaiman ketika mereka berada di atas katil. Huzaiman duduk rapat dengan isterinya itu. Sejak dia jatuh suka pada Natasha, dia rasa mahu sentiasa ada di sisi Natasha.

“Cicak!” tunjuk Natasha ke arah penjuru dinding. Ada seekor cicak yang tidak bergerak.

Huzaiman memandangnya. ‘Ingatkan apa la tadi?’

Tiba-tiba datang seekor cicak yang lain menghampiri cicak yang tidak bergerak itu lalu berhenti. Cicak yang tadi dan cicak baru sampai itu tidak bergerak lagi.

“Musuh dia kot.” Komen Natasha masih setia memandang cicak tersebut. ‘Awat la cakap pasal cicak pula dah.’

“Ye ke?” Huzaiman berkata sambil berbaring dan meletakkan kepalanya di atas paha Natasha. Natasha tergamam. Dia tidak dapat bergerak.

Huzaiman masih memandang cicak tersebut.

“Abang rasa itu bukan musuh la. Tapi suaminya.” Teka Huzaiman. Dia memandang wajah Natasha yang sedang berfikir. Suka benar dia melihat wajah isterinya.

‘Eh, dah macam kes aku pula! Aku anggap suami aku adalah musuh. Musuhku adalah suamiku.’ Natasha termenung lagi.

“Tapi cicak tu macam nak gaduh je.” Natasha masih tidak berpuas hati. Cicak dan cicak.

Serentak itu Huzaiman bangun dan kini wajah Huzaiman benar-benar hampir dengan wajah Natasha.

“Binatang pun pandai berkasih sayang. Apatah lagi manusia.” Nada suara Huzaiman begitu lembut. Menggoda di pendengaran Natasha.

“Tapi....” hati Natasha berdegup kencang. Bagaikan tiada nada lagi. Kejap nada tinggi dan kejap nada rendah. Natasha menelan liur.

“Jom tidur. Penat la.” Ajak Huzaiman lalu bangun dan tutup lampu.

Mata Natasha terkebil-kebil dalam gelap. Tenang sikit apabila Huzaiman berada jauh darinya.

Huzaiman berbaring semula tetapi Natasha terkejut.

“Kejap!” jerit Natasha. Dia ada sesuatu nak kata.

“Apa dia sayang?” Huzaiman memeluk pinggang Natasha erat.

Natasha pula terasa seksa nafas pula apabila berkeadaan seperti itu.

“Sha dah kemas beg baju abang.” Nafas Natasha tidak tentu. Makin erat pelukan di pinggangnya.

“Kemas beg? Kenapa? Kita nak pergi mana?” soal Huzaiman bertalu-talu. Dia mencium rambut Natasha yang berbau wangi. Pertama kali melihat rambut Natasha, dia hampir tidak dapat mengawal diri. Natasha sungguh cantik. Bagi mengawal diri, dia terpaksa buat kerja pejabat. Barulah hatinya sedikit tenang.

“Kita nak pergi honeymoon la...” Natasha cuba buat nada ceria. Kalau tak ceria, macam tak suka pula.

“Kat mana saya? Paris? Jepun? Korea?” Huzaiman bagaikan tidak sabar menanti jawapan dari mulut kecil isterinya itu.

“Rahsia. Semua perbelanjaan ditanggung beres oleh Sha sendiri. Jadi, abang duduk diam-diam. Kita tidur awal sikit...” Natasha pejamkan matanya.

“Tapi malam istimewa tu?” Huzaiman kecewa.

“Kita sambut kat sana la.” Pujuk Natasha.

“Kalau macam tu, tak apa la.” Huzaiman mencium dahi Natasha lalu memeluk tubuh Natasha yang hanya bersalut baju tidur lengan panjang itu.

Tiba-tiba Natasha meleraikan pelukan itu lalu bangun dan menuju ke bilik air.

“Kenapa Sha?” Huzaiman rasa risau.

“Sakit perut.” Bohong Natasha. Tanpa Natasha sedari, hatinya bergetar hebat saat mata Huzaiman merenungnya dalam kesamaran cahaya.

“Apa sakit perut? Nak kena saman katering ni? Masak apa sampai orang sakit perut ni?” marah Huzaiman. Dia kasihan melihat Natasha dalam kesakitan.

“Tak la. Mungkin Sha makan sikit je. Perut pun masuk angin.” Pujuk Natasha. ‘Kerjanya nak menyaman orang je. Ingat kau tu polis?’ bebel Natasha dalam hati.

“Kalau sakit sangat, kita pergi klinik okey? Esok kan kita nak pergi honeymoon,” kata Huzaiman sambil bangun semula.

“Abang tidur dululah. Sha ke tandas.” Natasha masuk ke dalam bilik air tanpa menunggu jawapan daripada Huzaiman.

Natasha berlegar-legar dalam bilik air. Dia sendiri tidak pasti mahu melakukan apa. Dia gelisah dan resah. Sepatutnya kami tidur sahaja tetapi tangan Huzaiman tidak reti mahu diam. Asyik bergerak sahaja. Natasha sendiri rasa rimas.

‘Otak sila berfungsi saat ini. Please...’ desak fikiran Natasha.

Hampir setengah jam Natasha berada di dalam bilik air. Dia mengambil keputusan untuk keluar. Mungkin Huzaiman sudah tidur.

“Sha sakit perut lagi?” soal Huzaiman. Natasha tersentap. Dia memandang Huzaiman yang sedang menghadap komputer ribanya. ‘Lelaki itu buat kerja?’ Hatinya bertanya.

“Dah! Dah okey sikit. Tapi rasa tak larat sangat ni.” Natasha pura-pura lemah. Dia sudah terbaring atas katil.

“Sayang tidur. Abang teman.” Kata Huzaiman sambil berdiri membawa komputer ribanya ke atas katil.

“Abang buat kerja?” soal Natasha yang berpura-pura ramah.

“Ya. Abang tak boleh tidur. Risaukan isteri abang yang sedang sakit perut ni. Daripada maghrib lagi kan?” katanya memandang seketika Natasha.

“Abang rehatlah.” Natasha seperti memujuk sahaja tetapi hakikatnya, dia gembira Huzaiman sibuk berkerja. ‘Tiada masa untuk aku pun tak apa. Aku tak kisah. Rancangan aku dapat di teruskan.’ Bisik hati Natasha.

“Baiklah.” Kelihatan Huzaiman sedang menutup komputer ribanya membuat Natasha cuak.

‘Eh, betul-betul pula mamat ni nak berehat!’ Risau Natasha.

Huzaiman menyentuh dahi Natasha.

“Nasib baik tak demam. Tak apa sayang tidur je malam ni. Kita buat masa honeymoon je la.” Huzaiman menarik selimut.

‘Buat...? Buat apa? Buat bodoh ke?’ Natasha sudah keliru. Akhirnya mereka tertidur juga kerana kepenatan seharian membuat kerja.

Natasha terasa tidurnya terganggu. Perlahan-lahan dia membuka matanya walaupun terasa berat.

Natasha tersedar. Dia membuka perlahan-lahan matanya. ‘Makhluk mana depan aku ni? Rapat pula tu.’ Bisik hati Natasha.

“Ya Allah!” Natasha terkejut kerana wajah Huzaiman begitu dekat dengannya. Rasa sesak nafas pula. Hatinya berdebar-debar

“Kenapa sayang?” Huzaiman pun tersedar juga apabila terdengar suara Natasha yang kuat itu.

“Ya Allah dah pukul enam pagi rupanya. Marilah kita bersembahyang.” Ajak Natasha yang kini sudah berdiri tepi katil. ‘Nasib baik sempat cover.’

“Ish, Sha ni! Ingatkan apa tadi.” Kata Huzaiman. Dia menguap seketika.

Natasha tersengih.

‘Apasal mamat ni peluk aku? Memang tak sedar langsung masa bila mamat tu peluk aku. Tak kan aku nak cakap yang aku terkejut dia peluk aku. Nasib baik idea ada.’ Keluh Natasha sambil berlalu ke bilik air.

Segera dia memberus gigi dan membasuh muka dengan pembersih Safi. Cukup menyegarkan. Dia terus mengambil wuduk dan setelah selesai, Huzaiman pula yang mengambil wuduk.

Natasha menanti Huzaiman sahaja dan mereka pun solat bersama. Selepas bersalaman dengan Huzaiman, lelaki itu pun mengucup dahinya. Natasha menahan perasaannya.

Jam baru menunjukkan pukul 6.30 pagi. Natasha pun masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. ‘Patutnya mandi dulu baru solat. Terkejut punya pasal, solat dulu baru mandi. Ish Ish Ish.’ Kata hati Natasha.

Selepas selesai mandi, Natasha pun keluar.

‘Alamak!’ tersentap hati Natasha apabila melihat Huzaiman sedang melihat telefon bimbitnya.

“Ini apa, Sha? Apa maksud semua ini?” soal Huzaiman dengan nada yang serius.

“Abang, dengar ni. Sha akan jelaskan,” kata Natasha.

“Jelaskan sekarang juga!” marah Huzaiman. Entah mengapa dia terasa mahu marah.

‘Marah betul Huzaiman ni. Tak kan tak jadi pergi honeymoon kot.’ Teka Natasha dalam hati.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku