Hati Suamiku GK
PUASA KETIGA
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(18 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
9812

Bacaan






Tengku Shariff Fairy menghampiri Puteri yang masih tidak sedar akan kehadirannya di situ. Dia pun dengan senyuman manja menegur Puteri dengan mengejut.

“Cak!” Tengku Shariff Fairy tersenyum makin lebar. Sejak jatuh cinta pada Puteri, hari-harinya dirasai sangat bahagia.

“Kau dah tak reti nak bagi salam ke?” marah Puteri. Dia terkejut dengan kehadiran lelaki itu dengan tiba-tiba di restoran ini.

“Reti tapi aku nak kau bagi salam pada aku dulu. Boleh kau dapat pahala lebih sikit.” Tengku Shariff Fairy melabuhkan punggungnya di kerusi hadapan Puteri.

“Sindir aku ke? Aku tahulah, aku ni baru nak belajar apa itu Islam. Jangan la kata begitu.” Kecil hati Puteri. Dia membetulkan selendang di kepalanya.

“Mana ada sindir. Kau tahu tak yang kau pakai tudung tu, nampak cantik sangat.” Puji Tengku Shariff Fairy.

“Playboy memang pandai memuji pun.” Geram Puteri.

“Cukuplah tu! Kau orang ni bulan puasa pun nak gaduh.” Marah Putra Huzaiman yang baru tiba di situ. Dia menarik kerusi untuk Wafa Natasha supaya duduk di sebelahnya.

“Sekali-sekala je aku gaduh dengan Puteri. Puteri, jom kahwin dengan aku?” ajak Tengku Shariff Fairy. Entah kali ke berapa lamarannya ditolak mentah-mentah oleh Puteri.

“Tak hingin aku!” balas Puteri dengan kasar.

“Sekarang kau tak hingin la. Nanti bila kau dah rindu aku, baru kau kenal erti cinta sebenar.” Perasaan sedih tetap menapak dalam hatinya. Walaupun Tengku Shariff Fairy melamar Puteri dengan nada gurau tetapi dia maksudkan kata-kata itu.

“Ye ke? Aku tunggu bila aku boleh rindukan kau!”

“Dahlah tu. Rezeki depan mata. Kau puasa ke Shariff?” soal Putra Huzaiman.

“Wei! Soalan apa ni? Aku playboy je, tapi aku puasa. Lagi pun playboy aku dah tak ada sejak aku mahu mendirikan rumahtangga ni.” Tengku Shariff Fairy tersenyum kembali sambil menjeling ke arah Puteri.

Puteri pula pura-pura tidak faham dan berbual dengan Wafa Natasha.

Tengku Shariff Fairy rasa sakit hati. Tahulah diri ini tidak dicintai tetapi jangan la bersikap macam ni sekali. Pedih hulu hati ini.

“Sorry. Dulu kau ni musuh aku. Sekarang dah menyibuk masuk geng aku.” Geram Putra Huzaiman.

“Aku masuk geng kau pun sebab ada Puteri. Kalau tak, dah lama aku tak kan join.” Jawab sambil merenung wajah Puteri yang sikit pun tidak memandangnya. Kasihan.

Azan berkumandang. Putra Huzaiman membaca doa.

Mereka semua makan dengan tenang.

“Nah!” tiba-tiba Puteri hulurkan sesuatu. Bekas makanan.

“Apa ni?” soal Tengku Shariff Fairy. Dia membuka bekas makanan tersebut. Berkaca-kaca matanya.

“Aku tahu yang kau suka makan kuih Melaka. Jadi aku buatkan untuk kau. Kalau tak sedap, kau jangan nak marah aku pula.” Kata Puteri dan terus menyambung makan.

“Sedap ke atau tak sedap, aku bedal je.” Pantas tangan Tengku Shariff Fairy mengambil kuih Melaka dan masuk ke dalam mulutnya. Pada mulanya wajahnya ceria tetapi tiba-tiba berubah kelat.

“Kenapa keras?” soal Tengku Shariff Fairy. Terkejut dia.

“Keras ke?” Puteri juga terkejut. Yelah! Dia main buat je ikut resipi yang Wafa Natasha bagi.

“Keras?” Wafa Natasha mencarikkan kuih Melaka itu. Memang keras. “Kak Puteri masukkan tepung pulut ke atau tepung beras?” soalnya.

“Eh, ada beza ye dua tepung tu?” soal Puteri tersengih. Dia terlepas pandang kot. Mungkin dia tengok semua tepung sama sahaja.

“Beza kak.”

“Alahai...” Tengku Shariff Fairy kecewa. Tidak dapat dia rasa air tangan Puteri.

“Abang tak nak cuba kuih melaka keras?”

“Terima kasih je Sha...” tolak Putra Huzaiman.

Aku tak makan masakan minah ni! Tak kan! Tak kan! Tak kan! Bisik hati Putra Huzaiman. Wajahnya serius walaupun hatinya merontak.


P/S: MAAF JIKA PENDEK...INI UNTUK MELEPASKAN RINDU PADA WATAK2 DALAM NOVEL INI...semoga ternibur membacanya...



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku