Hati Suamiku GK
Bab 18
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
12780

Bacaan






Wafa Natasha tidak menyangka yang ramai orang datang ke Zoo Melaka. Mereka sampai dalam pukul 11 pagi. Cuaca agak panas.

Huzaiman baru sahaja keluar dari kereta mula rasa panas. Dia menanggalkan jaket kulit itu.

Mereka berdua berjalan kaki untuk pergi ke kaunter membeli tiket.

“Panas la Sha.” Kata Huzaiman. Mereka melalui kedai yang jual pelbagai barang. Huzaiman belikan topi yang comel untuk Natasha.

Natasha rasa terharu pula. Tak pernah orang belikan barang untuknya.

“Better abang pakai selipar, kita kena berjalan sambil tengok haiwan-haiwan.” Nasihat Natasha. ‘Okey sekarang seri. Satu-satu.’ Bisik hati Natasha. Dia tidak mahu terhutang budi pada Huzaiman.

“Tak apa sayang.” Huzaiman masih mahu memakai kasut kulitnya.

Natasha tersenyum. ‘Aku nak mudahkan kau. Tapi kalau kau terus pakai kasut tu pun tak apa. Biar kau terseksa. Padam muka!’ gembira benar Natasha. Kalau dia nampak tong sampah. Dia akan buang selipar ini.

Huzaiman pergi membeli tiket.

Natasha pula sibuk mencari tong sampah. ‘Itu pun dia!’

Dia berjalan ke arah tong sampah itu. Belum sempat Natasha membuangnya dia dapat rasakan ada satu tangan memegang tangannya yang sedang pegang plastik yang ada selipar.

“Abang...” Natasha tersentap.

“Abang nak pakai selipar ni. Sakit pula kaki abang.” Kata Huzaiman lalu mengambil selipar tersebut.

Natasha menyumpah-sumpah dalam hatinya. ‘Kenapa aku tak buang cepat-cepat tadi? Gagal lagi aku nak buat dia rasa sakit.’

“Sha okey?” soal Huzaiman sebaik sahaja dia menukar kasut kepada selipar. Baru selesa kakinya

“Tak ada apa-apa. abang letak mana kasut abang tu?” Natasha bertanya. Huzaiman hanya menunjuk ke arah sebuah kedai.

Natasha hanya menggeleng kepala.

Mereka mula berjalan. Haiwan pertama yang menyambut kedatangan mereka adalah burung kakak tua.

Natasha suka tengok binatang. Dia rasa gembira.

Huzaiman pula suka tengok wajah Natasha. Dia rasa gembira.

Mereka berdua berjalan sambil berpegangan tangan. Itu yang Huzaiman mahukan. Natasha terpaksa relakan.

Natasha perhatikan sekelilingnya. Ramai kanak-kanak di sini. ‘Mestilah ramai. Kanak-kanak kan suka tengok haiwan. Aku ni. Dah besar baru boleh datang zoo. Sedih pula rasa.’ Natasha berkata dalam hati.

Mereka baru sahaja berjalan selama dua puluh minit, Huzaiman sudah merungut.

“Penatlah Sha,” kata Huzaiman. ‘Nasib baik aku pakai selipar. Kalau pakai kasut kulit tadi, pasti melecur kaki aku.’

Huzaiman duduk di satu tempat. Pantas tangannya menarik tangan Natasha sekali supaya duduk bersamanya.

“Abang ni tak kuat la. Baru jalan sikit dah penat.” Natasha sengaja mahu membakar perasaan Huzaiman. Memang dia akui yang cuaca pada saat ini panas.

“Abang kuat tapi sekarang ni penat.” Balas Huzaiman. Dia tersengih.

Natasha keluarkan sebotol air mineral. Selamba dia minum depan Huzaiman.

Huzaiman pula hanya melihat Natasha meneguk air. Dia menelan liur. Rasa dahaga pula.

“Untuk abang tak ada ke?” terus terang Huzaiman bertanya.

Natasha tersentap.

Belum sempat Natasha bercakap, Huzaiman terlebih dahulu berkata.

“Tak apa la. Abang minum air ni je.” Huzaiman terus mengambil botol yang ada di tangan Natasha. Dia teguk dengan rakusnya. Hilang rasa dahaganya. Habis sebotol air tersebut.

Natasha masih tergamam. Wajahnya sedih.

“Sayang jangan sedih-sedih, nanti abang pergi beli air yang lain untuk sayang. Jom kita jalan lagi!” Huzaiman sudah berdiri. Dia berpeluh.

Baru Natasha tahu yang Huzaiman seorang lelaki yang kuat berpeluh. ‘Patutlah suka hidup dengan penghawa dingin je sehingga dalam bilik sendiri pun ada penghawa dingin.’

Tangan Natasha di tariknya.

“Sha suka pada haiwan?” Huzaiman bertanya semasa mereka sedang berjalan. Ketika itu mereka sudah sampai di bahagian harimau.

“Suka tapi suka tengok.” Jawab Natasha. ‘Takut pula tengok harimau ni. Garang. Mungkin si GK ni macam harimau kot. Yelah! Nak kuasai orang je, kalau tak ikut, dia ngam.’ Pendapat Natasha sekadar dalam hati.

“Tak suka nak bela. Contohnya macam kucing ke?”

“Takut nak bela...”

“Kenapa takut?”

“Takut dosa. Sha kan sibuk bekerja. Kalau Sha bela kucing, takut Sha terseksa dia pula.”

Ada satu hadis ini...

“Sesiapa yang menyeksa sesuatu yang bernyawa, lalu tidak bertaubat, nescaya Allah menyeksanya pada Hari Kiamat.”(Hadits riwayat Ahmad)

“Takut... Takut dosa...”

“Kalau dosa derhaka pada suami, tak takut?” saja Huzaiman bertanya begitu.

Natasha pula yang terdiam.

Kasihan pula Huzaiman melihat wajah Natasha. Isterinya bagaikan tidak dapat menerimanya sebagai suami lagi. Dia cuba bersabar.

“Sudahlah!” Huzaiman menarik tangan Natasha agar lebih rapat dengannya. “Kalau masih tak dapat nak terima suamimu yang gila kuasa ni, tak apa. Abang setia menanti sayang sebab abang cintai pada sayang,” luah Huzaiman.

Langkah Huzaiman terhenti. Dia meluahkan perasaan itu berdekatan dengan spesies monyet.

Hati Natasha berdebar kencang. Langkah dia turut terhenti. Dia menelan liur. ‘Kenapa aku rasa macam ni? Aku gelisah. Gelisah sebab dia cintakan aku,’ detik hati Natasha.

Huzaiman masih merenung wajah Natasha yang jelas menunjukkan dia gelisah.

“Abang...” panggil Natasha dengan nada yang lembut. Dia sendiri tidak pasti apa yang perlu dia jawab tetapi yang pasti dia benci pada Huzaiman. Dia berdendam dengan keluarga Huzaiman.

‘Mereka hidup bahagia sedangkan keluarga aku merana. Ya Allah, ampunkan segala dosaku.’ Doa Natasha sekadar dalam hati.

“Abang tu!” tiba-tiba Natasha menunjukkan sesuatu yang bergayut. Dia tersenyum. “Itu geng abang kan? Suka menjerit-jerit.” Monyet yang ditunjuk oleh Natasha sedang menjerit-jerit.

“Sampai hati kata tu geng abang, nakal ya?” Huzaiman terus tarik Natasha dalam pelukannya.

“Abang ni...” Natasha malu dengan orang sekeliling yang memandang mereka.

“Abang...” rayu Natasha lagi dengan nada yang geram.

“Cepat tarik semula kata-kata Sha tadi.”

Natasha mengeluh.

“Itu abang...” Natasha menunjuk sesuatu di belakang Huzaiman.

Huzaiman berpaling.

“Itu monyet betina. Rupanya di berpasangan dengan monyet yang Sha tunjuk tu.”

“Jadi?”

“Maknanya dia ada pasangan dan abang pun ada pasangan. Pasangan abang tu, Sha.” Kata Natasha. ‘Harap-harap dia faham dan tak buat perangai.’ Harap Natasha.

“Okey!” mereka berjalan semula.

Sebenarnya Huzaiman tidak faham apa yang ingin Natasha sampaikan. ‘Tapi bunyi ayat tu sedap di pendengaran aku. Tak kisahlah!’

Selepas dua jam berjalan, barulah tamat perjalanan mereka. Huzaiman mengurut kakinya yang terasa lengguh.

“Sha boleh memandu?”

“Boleh...”

Sepanjang perjalanan mereka ke penginapan iaitu Farmosa Garden Hotel yang agak jauh sedikit dari zoo Melaka, mereka banyak diam sahaja.

Natasha fokus pada pemanduan dan Huzaiman...

Natasha berkalih ke kirinya.

“Tidur....?”

Huzaiman sedang tidur. Mungkin dia terasa penat kerana hampir dua jam mereka berjalan kaki.

“Biar ajelah.” Natasha terus memandu. Dia harap apabila Huzaiman tersedar, dia akan sakit hati tengok hotel itu. Dia berharap sangat.

Natasha ketawa dalam hati.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku