Hati Suamiku GK
Bab 21
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
12936

Bacaan






Amman dan Ammar terus mengekori Huzaiman dan Natasha sehingga ke Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan. Mereka hilang jejak pasangan itu semasa mencari tempat letak kereta. Akhirnya mereka membuat keputusan untuk berjalan-jalan di kawasan tersebut.

“Abang, seronok juga di Melaka ni.” Ammar berkata. Huzaiman dan Natasha sudah lama hilang entah ke mana. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berjalan-jalan sahaja tanpa memikirkan mereka berdua.

Untuk pertama kali Ammar dan Amman keluar bersama tanpa berpakai formal. Mereka hanya mengenakan t-shirt biasa berwarna putih dan seluar panjang yang biasa serta bertopi warna hitam.

“Seronok...” segala penat memandu bagaikan hilang. Mereka terus hilang dalam lautan manusia yang masih berada di situ di waktu-waktu seperti ini.

Huzaiman tidak sekali-kali melepaskan tangan Natasha walaupun sudah berkali-kali gadis itu meminta tangannya di lepas. Tangan Huzaiman berpeluh sedikit. Mungkin penghawa dingin dalam shopping mall ini tidak mampu menghilangkan peluhnya.

“Abang...” Natasha tetap berusaha menarik tangannya.

“Biarlah abang pegang tangan sayang. Kalau hilang macam mana?” soal Huzaiman.

“Sha yang hilang atau abang takut abang yang sesat?” sengaja Natasha berkata begitu. Mood untuk kenakan Huzaiman kembali.

“Mana ada!” Huzaiman menarik tangan Natasha masuk sebuah kedai tetapi pantas tangan Natasha pula yang menarik Huzaiman keluar.

“Kenapa?”

“Ish, abang tak malu ke masuk kedai ni?” soal Natasha.

“Nak malu apa?” dahi Huzaiman berkerut.

“Ish, tak nak la!” Natasha berusaha juga menarik badan Huzaiman yang besar itu.

“Tak apa. Abang nak beli beberapa pasang untuk isteri abang ni. Tadi pun abang tengok Sha pakai warna hitam. Seksi juga. Abang nak tengok sayang pakai warna lain pula.” Usik Huzaiman.

“Gila!” Natasha menarik juga tangan Huzaiman daripada masuk ke tempat yang menjual pakaian dalam wanita. Dia tak sanggup. Malu!

“Gila apanya? Biarlah. Abang nak beli juga. Kejap. Kalau saiz sayang ni....” terhenti kata-kata Huzaiman. Dia sedang berfikir sambil merenung Natasha.

“Saiz apa ya?” akhirnya dia bertanya pada Natasha juga. “Atau abang kena ukur kot.” Huzaiman terusan mengusik Natasha.

Mata Natasha terbeliak. Dia menyilangkan kedua tangannya di dada. “Abang, sudahlah tu!” wajahnya sudah merah.

‘Aku nak kenakan dia tapi dia kenakan aku dulu.’ Desis hati Natasha. Dia tersepit. Dia benar-benar tidak mahu masuk ke kedai itu.

Natasha berusaha menarik lengan Huzaiman agar mengikut langkahnya. Dia menarik sekuat hati sehingga tangannya terlepas dari pegangannya. Tubuhnya bila-bila masa akan merempuh dinding.

Pantas Huzaiman menarik tangan Natasha ke dalam pelukannya.

Natasha tergamam. Lagi sekali perasaannya terusik. Hatinya berdebar-debar.

“Sha, okey?” Huzaiman mula menggelabah. ‘Sejak bila aku ada penyakit gelabah ni? Mungkin sejak aku mengenali apa itu cinta dan kasih sayang. Ya! Aku sayang pada isteriku. Aku cinta pada isteriku sehingga aku tidak sanggup biarkan dia jauh dari aku. Aku nak dia tengok aku seorang sahaja. Aku nak dia terus setia pada aku.’ pinta hati Huzaiman. Dia merenung wajah Natasha.

Natasha meleraikan pelukan Huzaiman.

“Kita balik...” ajak Natasha.

“Eh, dah ajak balik?! Dah tak sabar nak bersama abang ke?” usik Huzaiman lagi.

Natasha tersentap. Dia tersalah cakap.

“Tak! Bukan balik tapi pergi makan. Lapar la.”

“Kita makan KFC, boleh tak?”

“Tak boleh!”

“Sebab?”

“Saja nak dera abang,” Natasha gelak perlahan.

“Tengok sayang gelak pun, batin abang dah terdera.” Kata Huzaiman dengan maksud yang tersirat.

Gelak Natasha mati. “Yalah! Kita makan KFC.” Natasha mengalah.

Selepas makan, mereka berjalan bersama. Natasha dapat idea untuk mengenakan Huzaiman. Dari tadi wajah lelaki itu tenang sahaja tiap kali dia cuba idea barunya.

“Abang t-shirt couple ni cantiklah.”

“Memang cantik tapi jenis kainnya murah.” Katanya Huzaiman. Dia tidak akan sesekali beli.

“Tak apa, Sha belanja.” Natasha sudah ke kaunter. Huzaiman tidak sempat menghalangnya.

“Abang tak pakai baju yang kain murah macam ni.” Huzaiman masih tidak puas hati apabila Natasha membeli baju tersebut.

“Sampai hati tolak pemberian Sha.” Sengaja Natasha menarik muncungnya.

Huzaiman serba salah. Dia bukan tidak mahu memakainya tetapi badannya akan gatal jika pakai jenis kain yang murah. Itu juga menjadi sebab dia jarang memakai t-shirt.

“Esok kita pakai baju ni ya?” Natasha tersenyum puas sebab dapat melihat muka Huzaiman yang tidak menyukai baju tersebut.

“Sha...”

“Nanti kalau abang pakai baju tu, abang sakit. Sha kena bertanggungjawab tau.”

“Ya, Sha bertanggungjawab.” Selamba Natasha menjawabnya tanpa berfikir kesannya di kemudian hari.

“Janji?”

“Ya, Janji!”

Selepas itu mereka berjalan di bahagian baju lagi. Kali ini baju yang agak mewah sedikit.

“Abang pakai baju ni nampak kacak tak?” soal Huzaiman sambil memadankan baju tersebut di tubuhnya.

“Tak kacak langsung!”

“Kejam punya ayat!” Huzaiman masam.

“Mungkin baju ni...” sedang Natasha membelek-belek baju yang tergantung di tempat lelaki itu dia tersiku seseorang menyebabkan baju yang dipegangnya itu jatuh.

“Maaf encik!” Natasha meminta maaf. Lelaki itu membelakangi Natasha.

“Kenapa Sha?” ada perasa cemburu apabila Huzaiman melihat Natasha bercakap dengan lelaki lain.

“Sha tersiku lelaki ni.”

“Isteri saya minta maaf kan tu.” Tegur Huzaiman.

“Hai bos...” lelaki itu berpaling.

“Ammar!”

“Abang Ammar?” Natasha juga terkejut dengan kehadiran abang angkatnya itu. Pasti Amman ada di sini juga.

“Abang buat apa kat sini?” soal Natasha.

“Jalan-jalan.”

“Kalau nak jalan-jalan. Jauh la sikit. Jangan rapat-rapat dengan isteriku ini.” Huzaiman menarik tangan Natasha supaya rapat dengannya.

“Baiklah bos, kami pergi dulu.” Amman yang baru sampai tergamam apabila Ammar sudah menarik tangannya supaya meninggalkan tempat tersebut.

Mereka berdua sudah terkantoi!



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku