Hati Suamiku GK
Bab 22
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
12668

Bacaan






Huzaiman dan Natasha pulang pada pukul 11 malam selepas makan malam. Badan mereka berdua terlalu penat. Penat mengenakan satu sama lain. Huzaiman tidak habis-habis dengan GKnya manakala Natasha pula dengan dendamnya.

Natasha menyangkut tudungnya berwarna coklat gelap itu di penyangkut. Dia terus berbaring di atas katil dengan baju t-shirt biasa dan seluar jeans biru.

Huzaiman menguap. Dia menggeleng melihat tingkah laku isterinya.

“Sha, pergilah tukar pakaian tu. Miang nanti katil ni.” arah Huzaiman. Lagaknya seperti orang tua.

“Penat...” mata Natasha dipejamkan rapat.

Huzaiman sudah lengkap berpakaian baju tidur berwarna biru. Itulah pakaiannya tiap kali tidur.

“Penat ya...” ada suara yang berbisik di telinga Natasha.

Terbeliak mata Natasha. Dia terus bangun dan serentak itu dia menolak tubuh Huzaiman yang begitu hampir dengannya.

Bukk!

Huzaiman jatuh katil. Saat itu Natasha tidak dapat menahan gelaknya. Dia ketawa sekuat hatinya.

“Oh, sedapnya orang tu ketawa.” Huzaiman bangun dan berpura-pura bagaikan tidak berlaku apa-apa.

Huzaiman menghampiri Natasha. Makin lama, makin dekat.

Natasha terdiam.

“Sha nak pergi tukar baju tidur.” Natasha terus berlari masuk ke bilik air selepas mencapai baju tidur yang sama dengan Huzaiman. Warna biru satu Malaysia.

“Cantik juga baju ni?” dia perhatikan tubuhnya pada cermin besar yang ada dalam bilik air. Kainnya selesa.

“Sha, buat apa lama sangat dalam bilik air tu?” Huzaiman ketuk pintu bilik air.

Natasha tersenyum.

“Sha nak tidur dalam bilik air.”

“Kenapa? Kenapa tak nak tidur dengan abang?” Huzaiman rasa pelik. ‘Sha tak nak tidur dengan aku? Kenapa? Aku busuk ke? Rasanya dah pakai minyak wangi.’ Huzaiman keliru.

Natasha hanya mendiamkan diri. Sengaja dia seksa perasaan Huzaiman. Suaminya itu terus merayu. Kali pertama dia rasa puas kerana seorang gila kuasa merayu padanya. Hati jahat Natasha muncul.

“Sha sakit hati dengan abang.” Makin lebar senyuman Natasha.

“Kenapa pula?”

“Sebab paksa Sha tukar baju ni. elok-elok je Sha mengantuk tadi. Sekarang dah tak mengantuk jadinya.” Jerit Natasha dari dalam bilik air. “Hati Sha terluka dengan sikap abang.” Sengaja Natasha membuat nada yang sedih.

“Kenapa dengan sikap abang?”

Natasha tidak menjawapnya.

Huzaiman mencapai telefon bimbitnya lalu menghubungi Amman.

“Bos!” dia serba salah.

“Amman, tolong saya.”

“Kenapa bos?” Hati Amman berdebar-debar. Amman dan Ammar menginap di hotel yang sama dengan Huzaiman.

“Sha... Hati dia terluka tetapi tak nak beritahu kenapa?” Huzaiman binggung.

“Bos, wanita yang terluka hatinya kadang kadang memang dia tak kan bagitau apa sebabnya. Namun di dalam hatinya, dia berharap agar orang lain faham isi hatinya.” Penuh tersirat kata-kata Amman.

“Okeylah abang.” Talian terus dimatikan.

Amman membuat muka pelik.

“Kenapa Putra call?” soal Ammar pula. Dia baru sudah mandi. Rasa segar.

“Entah la. Mungkin Sha buat hal kot.”

“Kan Sha tak suka Putra. Abang tak tahu ke?”

“Tak tahu pun.” Amman memandang adiknya itu penuh minat.

“Tengok muka Sha pun dah tahu dia tak suka Putra.”

“Mesti Putra boleh atasi masalah ni.” Amman yakin. Dia sudah menuju ke bilik air. Gilirannya pula membersihkan diri.

“Hati perempuan macam Spongebob, abang. Walaupun hati dia basah kerana tangisan, hati dia tetap lembut-selembut macam span basuh pinggan, kan kan ?” Ammar mula berpuitis.

‘Apa adik aku mengarut ni? Spongebob? Ini mesti dah terpengaruh dengan cerita kegemaran dia.’ Akhirnya Amman hanya angguk kepala dan terus masuk ke dalam bilik air.

*****

“Apa maksud Amman ni? Satu apa pun aku tak faham. Nampaknya aku kena guna kuasa GK aku,” Huzaiman sudah boleh tersenyum.

“Kalau Sha tak keluar bilik air sekarang dan tidur dengan abang atas katil ni, abang akan pastikan Sha akan dapat tiga orang anak dalam masa setahun,” Huzaiman terlepas cakap. ‘Macam tak logik dalam setahun dapat tiga orang anak?’

Natasha dapat mendengar dengan jelas kata-kata. ‘Gila ke si GK ni?’ Hatinya berdebar hebat.

“Abang boleh guna alasan yang Sha terperangkap dalam bilik air, dan masa tu, abang tak kan lepaskan Sha.” Ugut Huzaiman lagi.

Natasha tersentap. Dia terus buka pintu dan berlari ke katil. Dia berbaring atas katil dengan membelakangi Huzaiman.

Huzaiman tersenyum kemenangan. Dia peluk Natasha dari belakang dan terus terlelap.

Natasha pula tidak dapat tidur. Dia berjaya sehingga pukul 6 pagi. Waktu itu sudah masuk subuh.

Huzaiman bangun untuk menunaikan solat subuh. Barulah Natasha boleh lelap. ‘Dia sedap je tidur tapi aku memang tak boleh tidur kalau ada orang peluk macam tu.’

Huzaiman tahu Natasha tak tidur semalaman. ‘Boleh tahan juga mata isteri aku ni.’ Dia biarkan Natasha tidur seketika. Pukul 6.30 pagi Huzaiman kejut isterinya bangun.

“Sayang, bangun. Solat dulu dan baru tidur semula.”

“Mengantuk la...” Natasha masih memejamkan mata.

“Tak baik cakap macam tu. Lepas dating dengan Allah, sayang kena dating dengan abang pula.” Penuh makna kata-kata Huzaiman.

Mata Natasha sedikit segar. Dia segera menunaikan solat selepas mandi. Huzaiman asyik dengan telefon canggihnya itu. ‘Mesti urusan kerja. Pergi honeymoon pun sibuk dengan kerja. Sah GK!’

Natasha pejamkan mata. Dia perlukan tidur yang secukupnya untuk membalas dendam.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku