Hati Suamiku GK
RAYA GK part 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(80 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
28655

Bacaan






Putra Huzaiman termenung memandang ruang biliknya. Begitu asyik sekali dia melihatnya.

“Banyak yang kena tukar ni?” katanya.

“Tukar apa, abang?” Wafa Natasha muncul. Pelik melihat suaminya bercakap seorang diri. Tak nampak pula abang Amman atau Abang Ammar dalam bilik ni. Lagi pun tak mungkin kembar masuk dalam bilik ni kalau tak nak kena amuk dengan suaminya hihi

“Tak lama lagi kan nak raya.”

“Yalah. Sha tahu la dah nak raya tapi apa yang abang nak tukar? Abang nak tukar bini ke?” dahi Wafa Natasha berkerut. Biasanya raya orang tukar ruang tamu, tapi suami aku ni, apa kejadah la nak tukar ruang tidur sebab raya. Aduh!

“Tukar bini? Boleh juga!” Putra Huzaiman tersenyum. Dia mahu bergurau sahaja.

“Silakan tukar wahai suamiku.” Nada suara Wafa Natasha merajuk. Dia mahu keluar dari bilik tersebut.

“Tunggu Sha! Maksud abang tukar bini abang jadi lebih cantik. Bukannya kahwin lagi satu. Abang sayang Sha macam abang sayang kerja abang tau tak!”

“Hish! Tak romantik langsung! Adakah patut samakan Sha dengan kerja abang tu…”

“Eh, betullah! Kerja abang tu kan tak kan pernah habis. Ada aje kerjanya. Sama juga dengan Sha. Sepanjang masa bersama dengan abang. Tak kan habis guna la.”

“Habis bila Sha mati ke?”

“Sha…”

“Betullah abang. Bila Sha mati, tak dapatlah abang guna Sha lagi.”

“Dahlah. Malas nak cakap!” Putra Huzaiman tidak suka cara Wafa Natasha cakap. Dia tidak suka!

“Penyakit M abang ni makin menjadi-jadi. Sampai bercakap pun malas juga.” Usik si isteri.

Sha, I love you. I love you so much. You know why? Because nobody has ever given me the love that you have given me and you are the only one that could ever love me this way…” Putra Huzaiman berkata dengan wajah yang serius.

“Aduh! Kalau dah keluar speaking English ni, marahlah ni.” Wafa Natasha faham. Malah rasa terharu dengan ucapan suami tercinta ini.

“Selamat hari raya…” usik Wafa Natasha lagi. Buat-buat tidak berkesan dengan kata-kata itu.

“Sha ni…….” Si GK mula merajuk.

“Abang!” Giliran Wafa Natasha pula memujuk suaminya. Dia menarik tubuh Putra Huzaiman ke dalam dakapannya. Mendongak memandang segenap wajah yang sentiasa membuat hatinya berdebar. Walaupun mereka sudah berkahwin hampir setahun setengah.

“Apanya…” Putra Huzaiman masih merajuk. Apa yang selalu ditunggunya ialah pujukan Wafa Natasha. Pujukan isterinya itu membuatkan dia bertenaga dan gembira sepanjang masa.

Cepatlah Sha. Pujuk abang, sayang. Pujuk ye! Rintih hatinya. Harap-harap Sha dengar rintihan hatiku ini.

“I love you too. I love you. I love you. I love you because you are crazy!” Lantas Wafa Natasha ketawa sekuat hati. Lucu melihat wajah suaminya yang serius menanti lafaznya.

Mata Putra Huzaiman terbeliak mendengar isterinya speaking English. Not bad!

“Sha! Janganlah bergurau!” Kini, Putra Huzaiman benar-benar merajuk.

“Abang…” Wafa Natasha serius kembali.

Ish, Sha ni! Kejap ketawa. Kejap serius. Boleh jadi pelakon ni sebab pandai kawal emosi ni. Putra Huzaiman makin geram.

“Abang.” Tangan Wafa Natasha menyentuh lembut pipi suaminya. “Sya, sayangkan abang sebab abang gila… Gila kuasa. Sikap abang yang terlalu serius dan ingin menguasai segala buat Sha sangkut dengan abang. Sha tak boleh hidup tanpa abang kat dunia ni. Sha nak abang selalu ada di sisi Sha. Nak abang peluk Sha macam ni. Sha…”

Belum sempat Wafa Natasha ingin habiskan kata-katanya, Putra Huzaiman bertindak mahu mencium bibirnya. Pantas Wafa Natasha mengelak dan meleraikan pelukan.

“Kenapa elak?” Putra Huzaiman tidak puas hati. Baru tadi luahkan semuanya. Ini elak macam tak suka pula.

“Kenapa? Sebab abang busuk! Balik kerja bukan nak mandi, terkam bini pula. Lagi pun ini kan bulan puasa! Apalah abang ni. Tunggu malam okay. Bye! Sha nak masak untuk berbuka!”

“Hey Sha! Mana ada abang terkam Sha. Sha yang kacau abang termenung tadi.” Jerit Putra Huzaiman.

Wafa Natasha menjelirkan lidah. Dia tetap tak salah. Sebaik sahaja isterinya menghilang, senyuman terukir di bibir Putra Huzaiman. Rasa bahagia pula!

Putra Huzaiman geram! Banyak kerja yang belum selesai. Esok lusa dah nak cuti raya. Dia melihat jam dinding. Dah nak pukul 5 petang. Pekerja lain sudah keluar dari bilik mesyuarat. Tinggal Ammar dan Amman sahaja yang masih menemaninya.

Mesti Sha dah tunggu aku kat bilik ni. Cepat-cepat habiskan meeting ni!

Amman dan Ammar saling pandang memandang. Mereka tahu yang Putra Huzaiman sedang termenung.

“Ini yang dikatakan. Jauh dari mata dekat di hati. Cinta memang begitu. Cinta membuat seseorang asyik dan leka. Cinta membuat….” Ammar masih mahu berfalsafah cintanya tetapi..

“Cinta membuat bos rasa nak hempuk pekerjanya…” geram Putra Huzaiman. Kerja tengah banyak ni, sibuk nak berfalsafah.

“Falsafah baru tu!” Ammar berkata sambil tersengih. Dah datang dah loyar buruk aku ni. Susah benar nak kawal.

Amman menyiku lengan Ammar. Dia tidak mahu mood Putra Huzaiman rosak.

“Macam ni bos…” Amman bersuara. “Dato Shahir sudah membuat tempahan produk kita bernilai RM500 ribu tetapi Dato hanya membayar RM100 ribu sahaja. Itu pun wang pendahuluan yang dibuat semasa di awal perjanjian. Apabila produk siap, Dato kata produk kita tiada kualiti dan tidak kemas buatannya.” Jelas Amman.

“Dato kata lagi, RM100 ribu sudah cukup untuk bayaran produk tersebut.” Tambah Ammar. Dia mula serius.

“Apa kena dengan Dato Shahir ni? Tiada kualiti? Tidak kemas? Kalau tahu syarikat kita mcam tu, buat apa order dengan syarikat kita!” Putra Huzaiman mula marah.

“Lagi satu masalah, bos!” Amman melihat beberapa dokumen yang lain. “Kita dapat surat saman dari Syarikat FN. Katanya kita telah meniru produk keluarannya?”

“Ini lagi satu manusia tak sedar diri. Apa kebenda la aku nak tiru produk kau?!” geram Putra Huzaiman. “Produk mana satu ni?”

“Garden Love!”

“Produk Sha lagi. Hari tu Si Sariff tu beli penjenamaan produk ni. Sekarang ni, saman sebab tiru. Semua ni penipu. Kita ada prosedur dalam penciptaan produk. Macam mana isu ini boleh timbul pula?” Putra Huzaiman terus membebel.

Amman dan Ammar menadah telinga.

“Macam nilah. Esok, Amman, saya nak kamu jumpa Dato Shahir yang kita akan ambil semula produk kita dan pulangkan semula rm100 ribu duit dia. Kita boleh jual produk tu lebih dari nilai rrm100 ribu la. Tak payah kita urus niaga dengan syarikatnya lagi.”

“Baiklah bos!” jawab Amman.

“Kamu pula Ammar. Kamu pergi Syarikat FN tu, tunjukkan bukti yang produk kita dah diiktiraf dan tiada plagiat. Dan kita akan saman syarikat dia kerana menuduh kita begitu. Saman Rm500 ribu. Sekarang selesai masalah. Kamu boleh balik dah. Saya nak keluar berbuka dengan Sha.”

Putra Huzaiman berdiri dengan wajah serius. Satu senyuman pun tiada. Dia terus menuju ke bilik kerjanya. Mungkin Wafa Natasha sudah menanti lama di situ.

Perlahan dia membuka pintu bilik. Dari jauh dia memerhati Wafa Natasha.

Kelihatan Wafa Natasha sedang melihat gambar Putra Huzaiman. Ada senyuman di bibir isterinya lalu diciumnya gambar itu.

Serentak itu hati Putra Huzaiman berdebar.

Sweetnya… Semalam aku nak cium, mengelak. Gambar aku nak pula dia cium. Mengada-ngada. Malam ni siap kau lepas terawih!

Akhirnya senyuman terukir di bibir.

I love you because you make me laugh when I don’t ever want to smile.

“Ni tuan sebenar dah datang. Tak nak cium ke?” Putra Huzaiman muncul dan ketawa besar.

Wafa Natasha terkejut. Dia benar-benar tidak perasan dengan kehadiran Putra Huzaiman. Yang dia tahu, dia terbuai dengan wajah yang sentiasa membuat hatinya berdebar dalam diam.

Hanya sengihan yang mampu dipamerkan untuk suaminya itu.

*****

Amman dan Ammar lambat tiba di restoran. Sebenarnya si kembar buat rayuan pada Wafa Natasha.

“Sha, tolonglah. Kami nak juga berbuka puasa dengan buah hati kami. Buah hati kami dah nak balik Sarawak. Asyik kerja sahaja.” Kata Ammar dengan semangat.

Disebabkan rayuan itu, Wafa Natasha berbuka puasa bersama majikannya, Putra Huzaiman. Gembiranya.

“Maaf sampai lambat.” Amman memohon maaf.

“Tak payahlah sopan sangat!” Izzah tersengih.

“Hana mana?” Ammar tidak sabar mahu melihat wajah bakal isterinya itu.

“Hana ke tandas sekejap.” Jawab Izzah.

“Bila nak balik kampung?” Amman bertanya. Walaupun malu dia tetap mahu tahu.

“Esok. Dah beli tiket. Nasib baik sempat jumpa.”

“Assalamualaikum…” Hana muncul. Dia teruja melihat Ammar. Mereka berdua kalau berjumpa memang gedik sikit.

“Waalaikumusalam Doktor Hana. Jemput duduk. Ke manakah buah hati saya ini?” soal Ammar.

“Terima kasih. Buah hati je tanya? Buah pinggang saya tak nak tanya?” Hana meloyar buruk.

“Saya baru nak tanya. Tak sabar benar awak ni.” Ammar tersenyum.

Amman mengaru kepala. Dua-dua kuat meloyar buruk. Padan la sangat tu.

Izzah memandang Amman. Diam sahaja. Tidak seperti adiknya, petah berkata-kata.

“Abang Amman, mula cuti bila?” Izzah memulakan perbualan.

“Esok lusa…”

“Raya dengan bos ke?”

“Ya…”

Nak tanya apa lagi ni? Izzah buntu.

“Oh ya, Izzah dah order tom yam untuk abang Amman. Harap suka.”

“Ya. Terima kasih.”

Giliran Ammar pula yang menggaru kepala. Awat abang aku ni pemalu sangat? Nasib baik boleh bercakap lagi. Kalau diam membisu… Kasihan Izzah…

Azan berkumandang. Mereka berbuka puasa dan terawih bersama di masjid.

****

Awal pagi Putra Huzaiman bangun. Dia mahu menyediakan sahur untuk isterinya memandangkan ini sahur yang terakhir untuk tahun ini. Selalunya Wafa Natasha yang menyediakan makanan untuk dirinya dan kembar.

Buat air kegemaran Sha. Air susu tambah kurma. Blanded!

Sejak dia paksa Wafa Natasha minum air khasiat itu, isterinya sudah biasa meminumnya. Baguslah!

Lagi nak hidang apa ye? Si Gk berfikir.

Aku dah la jarang… Eh, bukan jarang tapi tak pernah masuk dapur. Ini pun nasib baik Amman dan Ammar bantu cari susu, blanded dan buah kurma. Kalau tak aku tak tahu benda alah ni letak kat mana.

“Bos, tak kan buat air je?” soal Amman yang baru sahaja sudah basuh peralatan yang bersepah dibuat oleh Putra Huzaiman.

Ammar pula tertidur di meja makan. Pagi hari sudah di kejutnya. Dia tidak peduli Putra Huzaiman menjeling tajam ke arahnya. Janji aku boleh tidur!

“Kita nak masak apa?” Putra Huzaiman keliru sekejap.

“Apa kata bos masak nasi goreng. Kenyang sikit untuk alas perut.” Cadang Amman. Dia tahu yang Putra Huzaiman lemah bab-bab masak ni. Jadi, dia terpaksa memberi cadangan yang boleh mengenyangkan perutnya sekali.

“Okey gak! Cepatlah masak! Tunggu apa lagi. Saya tukang kacau je!” arah Putra Huzaiman.

Amman hanya mampu tersenyum dengan sikap majikannya itu.

Nasi goreng pun nasi goreng la… Redha Putra Huzaiman.


p/s: apa nak jadi si GK ni... nak buat special utk yg tersayang tapi amman dan ammar kena bantu dia..nasib....tunggu sambungan..harap berpuas hati kali ni..panjang la juga kan? kan? semoga terhibur membacanya....



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku