Hati Suamiku GK
Bab 23
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
13713

Bacaan






Wafa Natasha tersedar dalam pukul 10 pagi. Sepatutnya hari ini mereka pergi ke Taming Sari. Tengok keindahan bandar Melaka tetapi Natasha rasa malas pula.

“Morning!” ada ciuman hinggap di pipi Natasha.

Natasha tidak sedar akan kehadiran Huzaiman. Lelaki itu sedang berbaring di sebelahnya.

Pantas tangan Huzaiman memeluk Natasha yang ingin bangun.

“Lepaslah. Tak suka!” Natasha cuba melepaskan diri.

“Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar untuknya selama mana dia taat kepada suaminya,” bisik Huzaiman di telinga Natasha.

Natasha berhenti meronta.

“Beruntungnya jadi seorang isteri kan? Allah beri banyak kebaikan kepadanya.” Huzaiman berkata lagi. Padahal dia baru terbaca di internet mengenai itu.

Hati Natasha berdebar hebat. Dia baru tahu mengenai perkara itu. Betapa indahnya.

“Agak-agak berapa banyak ikan dalam laut tu? Berjuta-juta? Tak kan pupus kan? Bertuahnya Sha...” Huzaiman cuba memancing Natasha dengan kata-kata itu.

“Kita nak pergi mana hari ni?” Natasha mengubah topik. Dia berkahwin dengan Huzaiman hanya kerana dendam, bukan untuk mendapatkan keistimewaan yang Allah berikan kepada HambaNya.

“Hari ni kita kena balik.” Huzaiman berwajah sedih.

“Kenapa?” Natasha terkejut. Dia belum puas lagi mengenakan Huzaiman.

“Ada pelanggan dari Jepun berminat dengan loket yang sayang buat tu. Dia nak buat pelaburan pagi esok. Nampaknya kena balik hari ni lah.” Huzaiman berkata.

“Kalau macam tu, abang balik, Sha duduk sini. Masih tak puas kat Melaka,” kata Natasha.

“Mana boleh! Sha kena ikut ke mana suami Sha pergi. Ikut suka hati dia je.” Huzaiman sudah berdiri dan menuju ke almari baju. Dia mengemas beg untuk pulang ke Shah Alam semula.

“Barang Sha tak payah kemas,” pantas Natasha berlari ke almarinya.

“Cepat kemas. Nanti lambat pula sampai rumah.”

“Baru pukul 12 tengah hari,” lambat-lambat Natasha mengemasnya.

“Cepatlah.”

“Kalau nak cepat, abang kena pakai baju ni?” Natasha menunjukkan baju couple yang dibelinya semalam.

Huzaiman menelan liur.

“Yalah!” akhirnya dia bersetuju. “Tapi, apa-apa yang berlaku pada abang, Sha kena bertanggungjawab.”

“Okey!”

Mereka bertolak balik bersama-sama. Baru sekejap Huzaiman memakai baju couple itu, dia mula rasa gatal-gatal.

‘Baju je kot. Takkan gatal macam nak mati.’ bebel Natasha dalam hati. Tanpa dia sedar, dia bimbang jika Huzaiman betul-betul mati kegatalan.

Huzaiman memandu dengan tenang. ‘Tak gatal pun, cuma wajah dia merah je. Kenapa ya?’ Natasha merenung Huzaiman. Lelaki itu tidak bercakap sepanjang perjalanannya.

Sebaik sahaja tiba di rumah, Huzaiman pengsan.

Natasha terkejut.

“Abang...”

Datin Ismah yang kebetulan ada di rumah, terkejut melihat anak kesayangannya pengsan. Bergegas dia menghampiri Huzaiman yang sudah rebah di lantai.

“Baju apa ni?” Datin Ismah bertanya. “Ini kain murah!” dia berkata.

Amman dan Ammar yang baru tiba terkejut.

“Amman, tolong tanggalkan baju ni!” arah Datin Ismah. Sebaik sahaja ditanggalkan Datin Isma buang ke tepi.

“Baju ni menyusahkan anak aku je!” dia ekori Amman dan Ammar yang memapah tubuh Huzaiman.

Air mata Natasha mengalir. Entah mengapa dia rasakaan dirinya terlalu hina di mata keluarga itu. Dia menghampiri baju yang dicampak kasar oleh DatinIsmah. Dia mencium baju itu. Ada bau minyak wangi Huzaiman.

“Sha, kamu buat apa tu? Tak nampak suami sendiri tengah sakit. Kamu pergi jaga.” Arah Datin Ismah dengan nada kasar. “Baju ni lagi! Buang je! Menyusahkan anak aku!” Datin Ismah merampas baju tersebut di tangan Natasha lalu mencampaknya dalam tong sampah.

Natasha tergamam.

Baru dia teringat. Walaupun Huzaiman tidak memakai baju ini tetapi dia jaganya dengan baik. Dia gantung baju itu dalam almari. Dari situ Natasha nampak yang Huzaiman menghargai pemberiannya walaupun dia tahu kesan pada dirinya.

“Abang...” panggil Natasha di sisi Huzaiman. Lelaki itu masih tidak sedarkan diri. Kalaulah Huzaiman dapat melihat kerisauan Natasha terhadap dirinya, pasti dipeluknya Natasha.

Selepas doktor menyuntik ubat tahan sakit, ruam-ruam merah itu beransur hilang. Doktor juga meminta Natasha menyapukan ubat sapu pada tubuh Huzaiman.

Selepas mengucapkan terima kasih kepada doktor, Natasha menyapukan ubat sapu di seluruh badan Huzaiman yang masih beruam. Suaminya masih tidak sedarkan diri.

Dia merenung lembut wajah Huzaiman. Entah mengapa dia teringat kata-kata ayahnya.

“Sha nak tahu tak macam mana kita nak tahu dia jodoh kita atau tidak?” soal Iskandar. Ketika itu dua hari sebelum emak dan ayahnya kemalangan.

“Tak tahu la ayah.”

“Melalui tigaM...” kata Iskandar.

“Tiga M? Malas, malas dan malas ke ayah?” Natasha buat lawak.

Iskandar ketawa kecil dengan gurauan anaknya itu. Dia yakin yang Natasha tidak mengambil serius mengenai apa yang ingin disampaikannya.

“Tiga M tu ialah memahami, memaafkan dan memotivasikan...”

“Maksud ayah?” Natasha sememangnya tidak faham.

“Jika ada tiga M ini dalam diri lelaki yang Sha cinta, insya Allah, dialah lelaki terbaik untuk Sha.”

“Kenapa mesti tiga M ni ayah?”

“Sebab pertama memahami. Setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain. Ini penting, Sha. Mungkin orang yang Sha suka tu mempunyai latar belakang yang berbeza. Jadi, memahami antara satu sama lain dapat melahirkan perasaan percaya dalam diri masing-masing.”

“Kalau memaafkan?”

“Sebut sahaja lelaki, sememangnya tidak lepas dari ego kan?” soal Iskandar pada anak perempuannya itu.

“Betul tu ayah!” Natasha setuju. Dalam bayangnya saat ini ialah lelaki pengawas yang gila kuasa itu.

“Jika seseorang lelaki yang ego boleh memohon maaf dan memaafkan, dia adalah lelaki terbaik. Kemungkinan dia boleh menjadi ketua keluarga yang tegas bukannya ego.”

“Ketiga ayah?” Natasha masih setia menunggu penerangan Iskandar.

“Ketiga ialah memotivasikan. Dalam rumahtangga, kita tidak akan terlepas daripada rasa stres, tekanan kerja dan masalah kewangan yang mungkin akan menyebabkan keretakan. Jadi, sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat Sha.”

“Oh, macam mak yang selalu memotivasikan ayah kan?”

“Shhhhhh!” Iskandar meletakkan jari telunjuk di bibirnya. “Jangan cakap kuat-kuat, malu ayah kalau mak dengar,” gurau Iskandar.

Akhirnya dua beranak itu ketawa dengan riangnya.

Natasha tersenyum mengenangkan kenangan antara arwah ayah. Masih segar ingatan itu. Air matanya mengalir lagi. Kali ini air mata kerinduan pada seorang insan bergelar ayah. Dia terusan mengalir sehingga Huzaiman tersedar.

Tersentap hatinya melihat Natasha menangis begitu bersungguh. Lantas dia memeluk Natasha agar isterinya sedikit tenang.

“Jangan risau, abang tak apa-apa. Abang kan kuat.” Pujuk Huzaiman.

Tanpa dia sedari yang Natasha tidak menangis kerana Huzaiman sakit tetapi kerana kerinduan yang sarat di dada terhadap arwah ayahnya itu.

Natasha hanya membiarkan Huzaiman memeluknya begitu. Dia rasa tenang.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku