Hati Suamiku GK
Bab 24
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
13640

Bacaan






Amman dan Ammar di panggil masuk ke bilik untuk berjumpa dengan Dato Ismail. Mereka bersalaman dengan ayah angkatnya.

“Bagaimana keadaan adik kamu tu?” soal Dato Ismail ketika mereka duduk.

“Beransur pulih.” Jawab Amman.

“Elergiknya tu biasa je. Sakitnya sebentar tapi mama kamu tu mengamuk dengan Sha pula sebab tak pandai jaga Huzaiman.” Dato Ismail meluahkan apa yang dirasai.

“Harap kamu berdua boleh bantu Sha untuk lebih memahami Huzaiman.”

“Insya-Allah, papa.”

“Bagaimana dengan pemergian kamu ke Melaka, ada bertembung dengan Natasha dan Huzaiman?” soalnya lagi.

Amman dan Ammar saling berpandangan. Mereka tersenyum. Rupa-rupanya Dato Ismail sudah bebaskan mereka tetapi mereka sendiri rela hati mengekori mereka berdua dengan alasan bimbang sesat.

“Ada terserempak sekali tapi nasib baik Putra tak marah, papa.”

“Baguslah. Papa dah bincang dengan mama kamu mengenai perkahwinan tu. Insya Allah dalam masa terdekat ni, kami akan pergi meminang gadis pilihan hati kamu tu.”

“Terima kasih papa!” serentak Amman dan Amman ucap. Mereka berdua tersenyum lebar.

*****

Ternyata, Natasha hampir tergoda dengan cara Huzaiman memotivasikan dirinya semalam. Bagaikan semangat kembali. Tambahan pula, dengan keadaan Huzaiman yang masih lemah, dia bangun dan mencari sendiri baju yang dibuang oleh Datin Ismah semalam di tong sampah. Dia meminta Mek Teh membasuhnya.

“Abang dah nak pergi kerja?”

“Ya, ada pelanggan Jepun tu akan sampai dalam pukul 10 pagi.”

Natasha berasa senang hati apabila mendengar Huzaiman akan ke pejabat. Dia sedikit bebas nanti. Sejak semalam juga, Huzaiman asyik mahu bersamanya. Naik rimas juga. Terpaksa mendengar bebelan lelaki itu. Itu adalah denda untuknya kerana memaksa dia memakaibaju tersebut.

“Abang pergi pejabat macam ni ke?” soal Natasha apabila melihat Huzaiman berbaju tanpa lengan dan berseluar pendek paras lutut.

“Hish! Gila apa? Tak la. Abang tukar lepas sarapan. Jom!” Huzaiman menarik tangan Natasha menuju ke ruang makan. Natasha hanya mengikuti sahaja.

Sunyi sepi sahaja ruang makan tersebut.

“Sha tak makan?”

“Sha tak biasa makan pagi.”

“Kenapa?”

“Tak tahu. Kalau makan, nanti sakit perut.” Jawab Natasha.

“Sakit perut? Okey tak payah makan. Nanti susah pula kalau berlarutan sampai malam. Kang tak pasal-pasal abang pergi saman Mek Teh sebab buat sarapan yang menyebabkan Sha sakit perut.” Sengih Huzaiman. Dia mengunyah roti yang dibuat oleh Natasha.

“Kasihan Mek Teh...”

“Tak apa. asalkan sayang sihat walafiat sehingga malam menjelma.”

‘Lain macam sahaja ayat Huzaiman pagi ni? dia dah disampuk jin ke sejak kena alergik gatal semalam?’ Natasha sedikit keliru.

“Kenapa dengan malam? Kita ada apa-apa program ke?” soal Natasha dan membuat lagi sekeping roti bersapu mentega kacang. Itu pun sebab Huzaiman makan dengan penuh selera.

“Ada! Ada program besar malam ni?” jelas Huzaiman dengan lebih bersemangat.

“Selamat pagi bos.” Serentak Ammar dan Amman berkata.

“Selamat pagi abang Ammar dan Abang Amman.” Natasha tersenyum. “Abang nak roti? Sha buatkan.” Tawar Natasha.

Tiba-tiba Huzaiman menjeling ke arah Ammar dan Amman. Wajahnya seperti memberitahu mereka berdua tidak perlukan apa-apa. Ammar dan Amman hanya mampu menelan liur sahaja. Mereka faham sangat dengan sikap majikan mereka itu.

“Tak apa Puan Natasha. Kami makan nasi goreng ni je.” Kata Ammar. Amman hanya mengangguk.

“Apa Puan Natasha?” terkejut Natasha. Betapa buruknya panggilan itu dipendengarannya. Tambahan pula Natasha digandingkan dengan Huzaiman. Tak rela rasanya.

“Wah, sesuai tu! Mrs.Huzaiman.” Huzaiman tersenyum puas. Amman dan Ammar hanya mendiamkan diri. Jarang melihat bos mereka tersenyum lebar seperti itu.

Natasha mempamerkan senyuman paksa. Dia tidak suka dengan panggilan tersebut.

“Abang nak pergi ke pejabat pukul berapa?” sengaja Natasha bertanya.

Huzaiman memandang jam dinding.

“Kejab lagi. Kamu berdua makan dulu. Jom Sha! Teman abang.” Huzaiman menarik tangan isterinya. Terpaksa Natasha turuti sahaja.

Selepas Huzaiman menukar pakaian, dia meminta Natasha memakaikannya tali leher.

“Sha, pakaikan ya?” Huzaiman tersenyum puas.

‘Aku rasa macam nak jerut je kau dengan tali leher ni tapi belum tiba masanya.’

Dengan cermat, Natasha memakaikan tali leher tersebut.

Huzaiman berpuas hati dengan cara Natasha memakaikannya. Selepas bersalaman, Huzaiman terus ke pejabat bersama Amman dan Ammar.

“Mulakan projek sekarang!” jerit Natasha. Dia selongkar dalam bilik tersebut.

Semua laci dibukanya.

“Apa ni?” dahi Natasha berkerut.

“Ini bukankah pakaian dalam mamat gila kuasa tu? Benda alah ni pun nak simpan dalam laci. Sama pula tu warnanya. Putih je.” Natasha membuat muka geli. Pantas dia menutup laci tersebut.

Kali ini dia membuka almari pula. Makin berkerut dahi Natasha. Perlahan-lahan dia membuka laci yang paling bawah. Lain yang dicari. Lain pula yang dijumpainya.

Ada sekeping kad.

“Jika kita ada kuasa, tiada siapa akan mempersendakan kita.” Dahi Natasha berlapis. Dia melihat kad tersebut. Ada tahun yang ditulis berserta dengan nama penulisnya.

“Mohammad Hamdan Bin Ismail? Ismail juga? Anak bapa mertua aku ke? Bukan ke bapa mertua aku ada dua anak je?” Pelbagai persoalan timbul di benak fikiran Natasha.

“Tahun 2000. Sekarang tahun 2012. Umur Huzaiman pun 29 tahun. Lama juga kad ni? Mungkin lelaki ni yang menyebabkan mamat gila kuasa tu berperangai tak sedar diri ni kot?” teka Natasha. Dia menyimpan kad tersebut di tempat asal.

Selepas penat, dia pun berbaring di atas katil.

“Tak jumpa apa-apa pun?” Natasha mengeluh.

Tiba-tiba dia ternampak satu kotak di atas. Perlahan-lahan dia menarik kerusi mekap dan dia berdiri atas kerusi tersebut.

Serentak itu, telefon bimbitnya yang berada dalam kocek seluarnya berbunyi membuat dia terkejut dan seterusnya tidak dapat mengimbangi tubuhnya lalu jatuh.

“Aduh!” terasa sakit seluruh badannya.

“Alangkah indahnya kalau ada orang yang sambut tubuh aku tadi.” Fikiran Natasha teringat pada Huzaiman.

“Awat aku teringat lelaki gila kuasa tu? Benci!” segera dia bangun dan berbaring atas katil.

“Siapa yang call aku ni?”

“Abang Hamz?” saat itu hati Natasha berdebar hebat. Terasa jantungnya akan keluar bila-bila masa sahaja.

Pantas Natasha menanggalkan bateri telefonnya. Betapa ramainya musuhnya. Tidak! Mungkin ini akibatnya bermusuhan dengan orang, orang pun mahu bermusuh dengan kita.

Natasha tarik selimut dan menutup seluruh tubuhnya. Dia ingin melupakan abang Hamz. Dia benci!

Huzaiman yang berada di pejabat berasa hairan apabila menghubungi Natasha tidak dapat.

Dia pun menghubungi telefon rumah.

“Apa?! Baiklah Mek Teh, saya pulang ke rumah sekarang juga!” kata Huzaiman yang berada di pejabat segera menghubungi Amman. Meminta lelaki itu menghantarnya pulang ke rumah sementara Ammar akan jaga syarikat.

Dia benar-benar risau dengan keadaan Natasha.

Tiba-tiba ada sebuah kereta hitam memintas kereta milik Huzaiman. Amman yang sedang memandu itu terkejut dan memberhentikan keretanya ke tepi jalan.

Huzaiman keluar dari kereta. Dia mengenali lelaki yang menahannya itu.

“Abang Hamdan!” Dia memeluk lelaki itu. Hampir 12 tahun dia tidak berjumpa dengan lelaki itu. Hanya berhubung melalui email dan FB sahaja.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku