Hati Suamiku GK
Bab 25
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
12914

Bacaan






Sebaik sahaja Huzaiman tiba di rumah, segera di sambut oleh Meh Teh yang memang setia menanti kehadiran tuannya itu.

“Kenapa dengan Sha, Mek Teh?” tanya Huzaiman. Dia segera mengambil kunci pendua di bilik bacaan. ‘Tak payah nak ketuk-ketuk pintu dah, mesti minah tu tak nak buka pintu. Ambil kunci pendua terus.’ Sikap gila kuasa Huzaiman telah meresap masuk ke dalam dirinya.

“Sejak Man pergi kerja, Sha tak keluar dari biliknya sampai sekarang. Mek Teh cuba juga panggil tetapi diam sahaja.” Jelas Meh Teh.

Amman dan Ammar hanya mengikut Huzaiman dari belakang. Hamdan yang ikut sekali hanya memerhati sahaja.

“Biar aku seorang je masuk.” Arah Huzaiman. Mereka semua hanya tunggu di luar sahaja.

“Sha, kenapa ni sayang?” dia menarik selimut yang menutupi tubuh gadis itu.

“Abang....” Natasha terkejut dengan kehadiran suaminya. ‘Kenapa laki aku pulang awal pula ni?’ dia masih pening.

“Kenapa abang call tak jawab?” soal Huzaiman. Dia ternampak bateri telefon bimbit Natasha di tepi katil. Huzaiman mengutip bateri telefon tersebut.

“Kenapa sampai buat camni?” soal Huzaiman lagi sambil menunjukkan bateri tersebut.

Natasha terdiam. Dia benar-benar tidak tahu mahu menjawab apa. ‘Kenapa terlalu ramai lelaki jahat dalam dunia ini? Yang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan seseorang perempuan itu?’ Kini dalam fikirannya timbul wajah abang Hamz.

“Kalau tak sihat, kita ke klinik kawan abang, sekarang!” Huzaiman tidak boleh sabar dengan kebisuan Natasha. Dia memakaikan tudung isterinya yang Natasha gantung dalam almari.

“Abang...” lagi sekali Natasha terkejut.

“Jom!” Huzaiman menarik tangan Natasha keluar dari bilik tersebut. Natasha hanya mengikut sahaja.

“Isteri adik okey ke?” tegur Hamdan yang sememangnya menanti di luar bilik tersebut.

Natasha berpaling untuk melihat milik siapa suara tersebut. Tiba-tiba air matanya mengalir. Kepalanya terasa berat. Denyut nadinya tidak senada. Bila-bila masa sahaja dia boleh rebah. Akhirnya dunia Natasha gelap. Dia hanya mendengar suara Huzaiman yang memanggil namanya.

“Sha!” jerit Huzaiman.

*****

Natasha terasa kepalanya sangat sakit apabila tersedar. Dia memandang sekelilingnya, dia masih di bilik Huzaiman. Pandangannya terhenti apabila ternampak kelibat seseorang.

“Abang...” panggil Natasha.

“Hai Sha.” Sapa lelaki yang disangka Huzaiman tetapi...

“Abang Hamz.” Jelas Natasha terkejut. Dia amat kenal lelaki ini. Lelaki ini yang cuba memusnahkan hidupnya setelah dia menolak cinta lelaki itu.

Beberapa tahun yang lepas, Natasha berkenalan dengan Hamdan secara kebetulan. Pertemuan pertama membuat Hamdan jatuh cinta pada Natasha. Puas Natasha menolak kerana itu bukan matlamatnya. Matlamat hidupnya hanya sebuah dendam, bukannya cinta.

“Abang Hamz, saya hidup bukan untuk bercinta atau bahagia. Selagi matlamat saya tak tercapai, saya takkan tenang.” Jelas Natasha.

“Aku akan bantu kau. Kita kahwin dulu.”

“Tidak!” Natasha berkira-kira mahu meninggalkan Hamdan

Pantas tangan Hamdan menyambar lengan Natasha. Natasha pula cuba menarik semula tangannya tetapi tidak berjaya. Hamdan jug cuba mencium wajahnya tetapi dengan kudrat yang ada, Natasha menolak tubuh itu dan berlari sekuat hati.

Sejak hari itu, Hamdan terusan memaksa Natasha supaya bersamanya tetapi Natasha berusaha melarikan diri.

Sekarang lelaki itu sudah menemuinya.

“Sha, kau masih cantik macam dulu. Yang sentiasa membuat aku rasa tak mahu melepaskan kau.” Hamdan memandang Natasha penuh minat.

“Macam mana kau tahu aku kat sini?” soal Natasha.

“Melalui gambar yang Huzaiman tunjukkan. Aku tahu itu kau. Kata tak mahu berkahwin tapi kahwin dengan adik tiri aku pula tu.” Sedikit keras suara Hamdan. Dia menahan marahnya.

“Itu aku punya hal. Kau tak payah nak masuk campur.” Natasha kuatkan hati berbicara dengan lelaki yang susah diramal. Lelaki ini lebih teruk berbanding dengan Huzaiman.

Hamdan tersenyum sinis lalu menghampiri Natasha.

“Jangan dekat dengan aku!” jerit Natasha.

“Sha dah sedar.” Huzaiman yang baru masuk ke bilik tersebut, segera memeluk Natasha.

Hamdan yang sudah terlajak menghampiri Natasha segera berpura-pura menuang air dalam jag yang ada tepi katil.

“Nah, air untuk isteri adik.” Ramah Hamdan dengan senyuman penuh makna.

Natasha berasa takut dengan senyuman itu. Hamdan memang seorang lelaki yang tidak boleh dijangka. Dia memeluk Huzaiman. Entah mengapa dia yakin yang Huzaiman akan melindungi dirinya dari lelaki itu.

“Terima kasih abang.” Ucap Huzaiman. Dia menyambut huluran gelas yang berisi air itu.

“Sama-sama adik. Abang keluar dulu. Apa-apa nak abang tolong, beritahu je.” Kata Hamdan sambil berlalu pergi.

“Siapa tu abang?” soal Natasha.

“Oh, itu abang tiri Abang.” Kata Huzaiman. Dia memberi gelas itu kepada Natasha tetapi Natasha menolaknya. Dia tidak ingin minum minuman pemberian lelaki itu.

“Abang tiri? Ayah abang kahwin lain ke?”

“Ya, kiranya, mama isteri nombor dua. Isteri pertama papa sudah meninggal dunia.” Jelas Huzaiman lagi.

“Tapi kenapa syarikat dapat pada abang bukan pada abang tiri?” sengaja Natasha.

Tersentap hati Huzaiman dengan persoalan itu tetapi dia jawab juga.

“Sebab papa ada hubungan tak baik dengan abang Ham. So, tak dapat buat apa-apa la.” Kata Huzaiman. “Sha rehat ye? Nanti Mek Teh hantar makanan. Wajib makan tau. Abang ada hal dengan abang Ham sekejap.” Sambung Huzaiman lagi.

“Baiklah.” Jawab Natasha. Dia hanya melihat sahaja pemergian Huzaiman.

Telefon bimbitnya sudah dimasukkan bateri. Tiba-tiba telefon itu berbunyi.

“PK!” Natasha terkejut.

“Macam mana dengan rancangan kita?” soal PK.

“Okey PK. Memang si Huzaiman tu dah jatuh cinta dengan saya tapi masalah baru datang. Musuh lama saya, abang Hamz. Saya tak tahu nak hadapinya macam mana.” Luah Natasha kepada PK.

“Okey, lelaki tu Sha serahkan sahaja pada PK. PK tahu nak buat apa dengan lelaki tu. Sha fokus pada rancangan kita seterusnya. Dato Ismail dan Datin Isma. Mereka harus diselesaikan dengan kadar segera. Rancangan ke dua kita ini tak boleh berundur lagi.” Serius kata-kata PK.

“Sha....” Natasha serba salah pula.

“Sha nak teruskan rancangan ini kan?” soal PK. Bimbang juga kalau Natasha ubah fikiran.

“Baiklah. Lagi pun ini rancangan kita yang terakhir. Lepas ni dendam di hati akan terpadam.” Kata Natasha. Dia yang meminta rancangan ini. PK hanya melaksanakan sahaja. Dia bimbang jika perkara ini terbongkar, dia juga yang susah.

“Baiklah kalau macam tu. Nanti PK call lagi dan masa tu, Sha bersedia dengan rancangan kita. Okey?”

“Okey...” talian ditamatkan.

Natasha termenung. Selepas masalah Hamdan, kini rancangan terakhirnya akan terlaksana. Sudah lama dia menanti masa ini tetapi dia rasa bersalah pada masa yang sama.

“Betul ke tindakkan aku ni?” Natasha termenung. Dia rindukan ayah dan ibunya.

‘Ayah... Ibu... Betul ke dengan tindakan Sha? Sha Cuma nak balas dendam dengan apa mereka dah buat pada ayah dan ibu. Sha... Sha rindu ayah! Ibu!’ hati Natasha merintih. Air matanya mengalir.

Huzaiman yang baru sahaja masuk ke dalam bilik dengan membawa makanan, terkejut melihat Natasha menangis.

“Abang...”

“Kenapa menangis? Ada sakit mana-mana ke?” soal Huzaiman. Dia memeluk tubuh isterinya.

Wajah pucat itu dipandang dengan penuh kasih sayang.

“Abang sayangkan Sha. Tolong jangan buat abang risau macam ni?” luah Huzaiman. Natasha tersentap. Dia memandang wajah suaminya itu. Tiap kali Huzaiman meluahkan perasaan sayang dan cinta padanya, hatinya akan berdebar kuat. Bagaikan ada getaran dalam jiwanya.

‘Kenapa lelaki ni baik dengan aku?’ soal hati Natasha. Dia sendiri tiada jawapan bagi persoalan itu.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku