Hati Suamiku GK
Bab 28
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(7 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
20100

Bacaan






Natasha tidak tahu arah tujuannya. Dengan hanya satu beg pakaian sahaja di tangannya dan beberapa keping not sepuluh ringgit sahaja. Dia memandang sekelilingnya. Kesibukan stesen bas menarik perhatiannya.

Matanya masih bengkak akibat menangis lama sangat. Akhirnya dia mengeluh. Air matanya mengalir lagi. Entah mengapa dia berasa berdosa. Berdosa pada suaminya sendiri. Dia sudah menganiayai keluarga suaminya sendiri. Besarnya dosanya.

Saya putus asa. Jangan cari saya lagi!

-Natasha-

Selepas dia menghantar mesej kepada PK, dia terus membuang SIM telefonnya itu lalu menyimpan telefon bimbit yang dibeli dengan usahanya sendiri.

Kini, Natasha berada dalam bas. Dia bercadang untuk balik ke kampung. Rumah emak dan ayahnya yang masih utuh di situ. Walaupun rumah tersebut kecil, dia rasa tenang untuk tinggal di situ. Cuma sudah dua tahun Natasha meninggalkan rumah tersebut.

Air matanya mengalir lagi. Dosa yang dilakukan bagaikan tidak boleh ditebus. Natasha trauma. Dia lemah semangat. Semangat untuk meneruskan hidup sudah tiada dalam jiwanya.

Dia memandang ke luar tingkap. Gelap. Hanya lampu jalan sahaja kelihatan di lebuh raya itu. Natasha termenung jauh.

“Kau ingat dengan apa yang kau lakukan sekarang ni, mak dan ayah kau akan gembira kat dunia sana? Mereka lebih kecewa dengan sikap kau! Mereka harapkan kau hidup bahagia bukannya membalas dendam sebab dendam hanya akan melukakan diri sendiri.” Kata-kata Huzaiman bagaikan kedengaran lagi.

Bertambah pilu hati Natasha apabila teringat akan kata-kata Huzaiman.

‘Ya Allah. Aku benar-benar insaf. Air mata ini bercucuran kerana terkenang dosa lalu. Kerana takutkan Engkau Ya Allah. Kerana taubat nasuha. Kerana rasa keinsafan yang baru lahir di hati ini. Ya Allah, adakah air mataku ini kerana diterima oleh Mu, Ya Allah?’ Doa Natasha dalam hati.

Natasha berasa sangsi dan keliru. Apa yang seharusnya dia lakukan. Natasha masih setia memandang luar tingkap itu. Akhirnya dia terlena. Perjalanan dari Shah Alam ke kampungnya hanya mengambil masa dua jam sahaja.

Akhirnya Natasha sampai juga di kampung halamannya tetapi dia berasa pelik kerana rumahnya itu seperti ada orang tinggal. Jam menunjukkan tepat 10 malam.

Perlahan-lahan dia mengetuk pintu rumahnya sendiri.

“Azlin!” tergamam Natasha melihat gadis yang dikenali itu amat sosial orangnya. “Kau buat apa dalam rumah aku ni.” Soal Natasha.

“Aku dah setahun duduk sini. Ingatkan kau dah tak nak tinggal rumah ni.” Jelas Azlin. Natasha tidak kisah tetapi terkejut juga dia melihat Azlin.

“Lamanya. Tak apalah. Kau ada usik barang-barang dalam rumah ni?” tanya Natasha.

“Bilik utama kau kunci, so aku tak kacau. Aku guna bilik dua je,” jelas Azlin.

“Okeylah. Aku penat. Aku masuk dulu.” Natasha terus menghilang ke biliknya. Dia tak kisah kalau Azlin mahu tinggal di sini.

Azlin pula tersenyum penuh makna.

*****

PK berasa panas dalam bilik yang berhawa dingin ini. Dia berwajah serius apabila membaca mesej yang dia baru terima daripada Natasha. Natasha melarikan diri daripadanya. Sudah puas dia menghubungi Natasha tetapi masih gagal.

“Cari perempuan itu sampai dapat! Rahsia syarikat Huzaiman masih ada dekat dia,” arah PK. Mereka sudah buat perjanjian. Selesai sahaja tugasnya, Natasha akan beri maklumat syarikat milik Huzaiman.

“Tak guna punya perempuan!” marah PK. Rancangannya hampir berjaya tetapi gagal apabila orang-orang Dato Ismail dapat mengesan di mana ketua mereka.

PK menumbuk meja.

“PK, Natasha tidak lagi bersama dengan Huzaiman.” Orang PK melaporkan kepada PK. Maklumat yang baru diterimanya itu membuat PK tertanya-tanya.

“Kenapa pula mereka tak bersama? Pelik ni. Mesti ada masalahnya. Aku nak kau siasat kenapa mereka tak bersama pula.” Arahan baru dari PK. Orang bawahannya hanya mengikut lalu keluar dari bilik tersebut.

PK menanti dengan sabar. Dia berharap dapat mencari di mana Natasha berada.

*****

Beberapa bulan berlalu. Tubuh Natasha semakin susut. Dia kurang makan dan selama dua bulan juga dia hanya mengurungkan diri dalam bilik sahaja. Dia juga memberi wang simpanannya kepada Azlin untuk membeli makanan. Dia tidak mahu keluar lagi dari rumah tersebut.

“Sudahlah tu. Aku tengok kau asyik menangis sahaja. Lupakan lelaki yang dah buat kau jadi begini.”

“Dia tak salah, aku yang salah. Aku ni pembunuh.”

“Sampai bila kau nak terus menghukum diri kau?” soal Azlin. Azlin tahu tubuh Natasha semakin lemah.

“Sampai aku mati.” Jawab Natasha dengan lemah sekali.

“Sudahlah tu. Jom ikut aku ke bandar.” Ajak Azlin.

“Tak naklah.” Natasha menolak. Dia bimbang akan bertemu dengan orang yang mengenalinya tetapi kini, dia bena-benar lemah.

“Jomlah! Teman aku beli barang. Aku selalu pergi seorang. Kali ni kau kena teman kan aku, boleh kan?” Pujuk Azli.

Akhirnya Natasha bersetuju.

“Kau minum air dulu, aku nak bersiap. Kau pakai macam ni je kan?” tanya Azlin.

Natasha hanya mengangguk. Dia hanya mengenakan baju kurung hijau arwah ibunya dan tudung berwarna hitam.

Natasha meneguk air yang dibuat oleh Azlin. Dia terbaring lemah atas kerusi sambil menunggu Azlin bersiap.

“Okey, jom!” ajak Azlin.

Di bandar, Azlin telah merancang sesuatu yang besar untuk mengenakan Natasha dan pada masa yang sama dia mendapat keuntungan yang melipat ganda.

“Azlin, aku peninglah.” Adu Natasha.

“Kau duduk kat sini dulu. Aku jumpa kawan aku jap.” Azlin terus berlalu. Dia masuk di sebuah kedai SEVEN ELEVEN.

Kelihatan Natasha sedang bersandar di dinding sambil bersandar.

“Aku dah bawa perempuan yang aku cakap tu. Kau boleh jual dia pada Jay.” Kata Azlin pada jurujual di kedai tersebut.

“Aku tengok dia cantik. Bagus kau cari.” Kata lelaki yang jaga kaunter itu sambil menjeling ke luar tempat Natasha bersandar.

Tanpa mereka berdua sedari, Ammar berada di situ. Dia sedang membeli air untuk Huzaiman.

Dengan pantas jarinya menaip mesej dan hantar pesanan ringkas itu pada Amman yang berada di dalam kereta.

“Encik nak beli apa?” soal lelaki yang jaga kaunter itu apabila melihat Ammar berlegar-legar dan tiada tanda mahu membeli.

Ammar hanya tersenyum.

“Aku pergi dulu, nanti aku bawa dia kat tempat kau. Ingat tiga ribu tau.” Azlin tersenyum. Dia akan dapat untung besar.

Azlin terus keluar dan memimpin tangan Natasha. Tanpa Natasha sedari, Azlin telah masukkan satu jenis dadah yang biasa digunakan olehnya untuk memerangkap gadis cantik seperti Natasha.

Baru beberapa langkah Azlin bergerak, dia ditahan oleh Ammar dan Amman.

“Azlin!” Huzaiman terkejut melihat Azlin. Dia amat kenal dengan gadis yang bermasalah ini.

“Tepilah!”

“Kau nak buat apa dengan Natasha tu. Serahkan dia pada aku!” kata Huzaiman.

“Tak nak!” Azlin berkata.

Amman dan Ammar menghampiri Azlin. Pegangan Azlin terlepas. Pantas Huzaiman menyambut tubuh isterinya yang lemah. Hampir tiga bulan dia tidak bertemu dengan Natasha. Rindunya mencengkam kalbu. Dia hampir gila mencari gadis bernama Wafa Natasha.

“Pulangkan Natasha semula. Kau buat aku rugi.” Kata Azlin. Dia cuba mendapatkan Natasha semula tetapi dihalang oleh Amman dan Ammar.

“Ammar dan Amman, kamu berdua uruskan dia.” Arah Huzaiman dan terus berlalu ke keretanya.

“Woi!” panggil Azlin.

“Kalau kau jual dia tiga ribu. Bos aku sanggup bayar lima ribu. Kau nak tak?” Ammar berlagak gangster. ‘Seronok juga gaya ni. Taklah skema dua puluh empat jam.’ Bisik hati Ammar.

“Lima ribu!” Azlin terkejut. Dia bersetuju.

Ammar membawa Azlin ke bank untuk mendapatkan wang tunai manakala Amman meneruskan pemanduannya ke kondominium Huzaiman. Sejak peristiwa kehilangan Natasha, Huzaiman banyak habiskan masanya di kondominium itu. Dato Ismail dan Datin Ismah pun tidak dapat menghalangnya.

Huzaiman memandang wajah Natasha. Masih seperti dulu. Sayu rasa melihat wajah isterinya.

Perasaan cinta dan kasih pada gadis itu sangat mendalam. Sepanjang perjalanan ke kondominiumnya, dia banyak merenung wajah Natasha. Bagaikan tidak percaya yang Natasha berada dalam pelukannya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku