Hati Suamiku GK
Bab 31
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(13 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
15466

Bacaan






Huzaiman rasa sangat berdebar. Dia berharap dapat berada di sisi Natasha selalu dan menjaganya. Melihat wajah mendung Natasha membuat hatinya tidak keruan.

Dia teringat kehidupannya tanpa Natasha di sisinya.

Selepas dia pengsan di hospital, Amman dan Ammar datang dan membawanya ke wad kecemasan untuk dirawat.

Dia demam.

Seminggu Huzaiman terperap dalam bilik. Dia hanya melihat gambar perkahwinan dia bersama. Pelbagai peristiwa dan kenangan Natasha mengimbau hebat dalam kotak fikirannya.

Paling Huzaiman ingat adalah bulan madu mereka di Melaka. Dia membuka album gambar mereka berdua. Betul-betul depan kedai itu Huzaiman memaksa Natasha bergambar bersamanya.

“Ish, abang tak malu ke masuk kedai ni?” soal Natasha.

“Nak malu apa?” dahi Huzaiman berkerut.

“Ish, tak nak la!” Natasha berusaha juga menarik badannya yang besar itu.

“Tak apa. Abang nak beli beberapa pasang untuk isteri abang ni. Tadi pun abang tengok Sha pakai warna hitam. Seksi juga. Abang nak tengok sayang pakai warna lain juga.” Sengaja Huzaiman ingin mengusik Natasha.

“Gila!” Natasha menarik juga tangan Huzaiman daripada masuk ke tempat yang menjual pakaian dalam wanita. Dia tak sanggup. Malu!

Huzaiman ketawa sekuat hatinya. “Rupanya Sha seorang pemalu. Dia sangat pemalu. Sha, abang rindukan Sha. Kenapa Sha tinggalkan abang sebelum meluahkan apa yang Sha rasa. Abang rasa sunyi tanpa Sha. Abang suka Sha mengusik abang. Abang rindukan Sha...” Huzaiman bercakap seorang diri.

Dia cuba untuk bertenang tetapi gelora di hati tiada siapa yang tahu. Hanya satu perkara yang membuat dia kembali kepada sikap semula jadi Huzaiman semula. Hanya satu sahaja...

Kenangan Natasha...

Huzaiman kembali ke dunia nyata. Kini, Natasha sudah berada di hadapannya. Tidak mungkin dia akan lepaskan Natasha lagi. Pelukannya makin dieratkan.

“Bodoh! Apasal kau bangun dari katil?! Kau tu tak sihat!” Marah Huzaiman setelah meleraikan pelukannya.

Natasha terdiam. Dia terkaku.

Huzaiman mencengkam bahu Natasha ketika itu. “Tengok! Tangan kau pun dah luka!” bebel Huzaiman sambil menunjukkan jari Natasha yang luka.

‘Aku tahulah jari tu yang luka. Tak payah la nak tunjuk-tunjuk.’ Kata hati Natasha. Tidak pernah dia melihat Huzaiman membebel seperti mak nenek. Dia benar-benar tergamam. Mata Natasha terkebil-kebil dibuatnya.

Tiba-tiba Huzaiman mengangkat tubuh Natasha. Natasha lagi sekali tersentap. Dia di bawa ke katil.

“Aku akan bawakan kau kotak kecemasan. Kau baring dulu.” Pesan Huzaiman. Natasha hanya mengangguk. Dia selesa kalau Huzaiman melayannya begitu. Huzaiman tersenyum tetapi senyuman itu terus mati dengan tiba-tiba dan diganti dengan peluh yang mula mengalir di dahi.

‘Eh, mana aku letak benda alah tu?! Aduh! Macam mana ni?’ bisik hatinya. Huzaiman mengaru kepalanya. ‘Dah lama aku tak sakit atau luka. Mana nak cari ni?’

Huzaiman mencari di bawah katil yang Natasha sedang baring.

‘Tak ada!’

Huzaiman pergi pula ke almari bajunya. Semuanya bersepah dibuatnya. Natasha hanya memerhati dari jauh. Terbongkok-bongkok Huzaiman tunduk mencarinya.

‘Tak ada juga! Mana ni? Jatuh imej aku macam ni.’ Wajah Huzaiman makin berkerut.

“Kalau tak jumpa, tak apa Huzaiman. Aku okey.” Kata Natasha lemah. Dia kasihan melihat Huzaiman yang bersungguh-sungguh mencari kotak kecemasan.

“Jari kau luka tu. Aku tak kira! Jari kau kena sapu ubat jugak!” katanya Huzaiman yang kini menjejak kaki di dalam bilik air yang luas itu. Dia agak, mungkin ada di sana.

‘Alahai gila kuasanya dah datang. Pasal ini pun nak gila juga ke?’ Natasha mengeluh. Tidak berubah langsung. Entah mengapa ada senyuman meniti di bibir Natasha tanpa Huzaiman sedari.

“Ish, mana benda ni sembunyikan diri?!” marah Huzaiman. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.

“Ammar?” Huzaiman terasa pelik. “Kenapa kau call di saat kecemasan macam ni? Kau tahu tak yang aku ni sedang mencari kotak kecemasan?” Huzaiman tidak berpuas hati.

Akhirnya dia jawab juga.

“Aku tengah sibuk ni. Kalau ada masalah yang timbul, kau selesaikan macam mana pun atau aku bunuh kau nanti!” Marah Huzaiman. Bahasanya sudah bertukar kasar.

Gara-gara tidak jumpa kotak kecemasan, Ammar menjadi mangsa kemarahan Huzaiman. Kasihan Ammar.

Ammar terkejut dimarahi sedemikian. ‘Asyik nak membunuh je Putra ni. Kalaulah dia tahu aku ni abang angkat dia, pasti perasaan hormat tu lebih ada. Tak apa. tunggu papa yang beritahu sendiri.’

“Tapi bos....” Ammar cuba untuk memberitahu masalah yang timbul.

“Yalah! Yalah! Apa dia? Hurry up and speak!” arah Huzaiman. Dia mendengar sambil melihat wajahnya di cermin dalam bilik air.

“Tengku Shariff Fairy buat hal. Dia nak order Garden Love dengan nilai lima juta. Lelaki itu...” belum sempat Ammar berkata, Huzaiman sudah bersuara.

“Lelaki itu memang gila! Dia tu nak beli Garden Love ke atau sengaja nak tunjuk dia lebih berkuasa dari aku?” Huzaiman tidak berpuas hati.

Ammar pun menerangkan panjang lebar tentang Tengku Shariff Fairy yang merupakan musuh utamanya dalam perniagaan.

“Baiklah Ammar. Okey, kamu buat apa yang saya cakap.” Huzaiman cuba bertenang. Jika dia tidak tenang, dia sendiri pun tidak dapat berfikir dengan baik.

“Baiklah bos!” Ammar setia menanti penyelesaian dari majikannya.

“Kamu cuba tanya pada dia..........” kata-kata Huzaiman terhenti di situ kerana pada masa yang sama dia berkata, dia sedang membuka laci yang ada dalam bilik air. Dia ternampak kotak kecemasan itu. Matanya membuntang. Geram!

“Kat sini rupanya kau! Jumpa pun!” Huzaiman sudah jumpa kotak kecemasan yang dicarinya.

“Bos! Panggil Ammar yang masih dalam talian. “Jumpa apa ni?” Ammar masih dalam keadaan keliru. Makin keliru dengan sikap majikannya sejak berjumpa semula dengan isteri, Natasha.

Tut Tut Tut

Talian diputuskan.

‘Kenapa dengan Putra ni?’ Ammar tergamam. ‘Apa aku nak buat dengan lelaki gila ni? Suka cari pasal dengan adik angkat aku ni.’ Ammar buntu. Abangnya, Amman pula sudah pergi melawat tapak pembinaan di Selayang. Kerja sampingan yang Huzaiman lakukan. Akhirnya dia membiarkan dulu masalah itu dan menunggu Huzaiman masuk ke pejabat.

Pantas Huzaiman membuka kotak kecemasan tersebut. Alangkah kecewa hatinya apabila melihat ubat luka dalam kotak kecemasan sudah tiada. Cuma ada panadol dan beberapa ubat yang tidak berkaitan.

Kemudian Huzaiman membawa kotak tersebut ke katil. Natasha bangun dari berbaring.

“Mari aku balut jari kau dengan kain pembalut ni.” Arah Huzaiman. Serius! Dia tidak pernah buat kerja-kerja seperti ini dan perkara sedemikian tidak pernah berlaku dalam hidupnya.

“Balut dengan kain pembalut luka ni?” soal Natasha. Dia sendiri pelik dengan sikap Huzaiman.

“Ya la. Tak kan nak balut muka kau pula.” Marah Huzaiman.

“Tapi kan. Luka aku ni kecil je. Kalau guna plaster luka itu pun cukup.” Takut-takut Natasha suarakan pendapatnya.

“Oh ye ke?” Huzaiman tergamam. ‘Bodoh juga aku ni.’ Bisik hatinya.

Huzaiman letakkan plaster luka itu pada jari Natasha yang luka. Dia hanya melihat ubat panadol tersebut. ‘Sesuai ke ubat ni dengan Sha?’ Dia tertanya-tanya.

Natasha hanya memerhati Huzaiman yang termenung itu.

‘Bodohnya aku! Jatuhlah imej aku macam ni depan Sha. Kenapalah aku tak pergi beli kat kedai je. Bodoh memang bodoh! Susah payah aku cari benda alah ni.’ Bisik hati Huzaiman. Dia benar-benar macam orang bodoh. Tidak dapat berfikir dengan baik.

“Aku keluar sekejap!”

“Kau nak ke mana?” soal Natasha.

“Nak beli ubat demam untuk kau.” Kata Huzaiman.

“Ubat panadol tu sesuai untuk orang yang demam.” Kata Natasha.

Huzaiman pula yang tergamam.

‘Jelas sekali! Kebodohanku terserlah!’ geram Huzaiman. ‘Apa kena denan aku ni? Sebelum ni tak pernah-pernah jadi bodoh macam ni. What wrong with me?’ Serabut kepala Huzaiman.

“Kau makan penadol ni dulu okey?” arah Huzaiman. Dia menghulurkan panadol tersebut tetapi dia menarik semula tangannya.

“Kejap ya?” katanya.

Dia keluarkan kertas yang ada dalam kotak kecemasan tersebut. Dia membaca satu persatu yang ditulis. Biasanya Ammar dan Amman yang buat ini semua tiap kali dia tidak sihat. Tetapi kini dia sendiri yang buat. Ego dia menghalang untuk menyuruh Ammar dan Amman yang membantunya.

Akhirnya dia menghulurkan semula ubat tersebut.

“Terima kasih.” Ucap Natasha.

Ketika itu Huzaiman sedang membaca sesuatu dan pada masa yang sama Natasha sudah bersedia untuk masukkan ke dalam mulutnya. Pantas Huzaiman menghalangnya dengan memegang tangan Natasha.

“Tunggu!” kata Huzaiman.

Natasha tersentap. Dia menarik laju tangannya dari disentuh oleh Huzaiman.

Huzaiman juga tergamam dengan tindakan Natasha. Gadis itu bagaikan tidak suka disentuh olehnya.

Mata Natasha terkebil-kebil. Dia terasa pelik dengan tindakan Huzaiman. Dia tidak jadi makan ubat tersebut.

“Aku kata tunggu! So, kau tunggu la!” Marah Huzaiman. Mungkin dia lebih marah apabila Natasha tidak suka disentuh olehnya.

Huzaiman berlari ke dapur. Dia perlu masakkan sesuatu untuk Natasha makan. Natasha tidak makan apa-apa sejak semalam.

“Kejap! Kejap! Aku ni pandai ke masak?” Huzaiman tertanya-tanya. Selama ini pun dia tidak pernah memasak pun. Tidak seperti lelaki kaya yang lain yang anggap memasak satu perkara yang perlu.

Ada juga yang menyatakan lelaki yang pandai masak ialah lelaki yang romantik. Betul ke? Memasak untuk orang yang disayangi.

“Aku mana ada masa nak belajar memasak ini. kehidupan aku penuh dengan urusan kerja. Rehat aku apabila dating dengan Allah sahaja.”

“Macam mana ni?” Huzaiman gelabah. Dia mahu memasak untuk Natasha tapi bagaimana caranya?

Pantas Huzaiman menghubungi Amman. Baru dia teringat yang Amman pernah masak bubur semasa pergi kem di sekolah dulu.

“Amman, dulu kau pernah masak bubur kan? Cepat ajar aku masak!” mood Huzaiman memang berbeza dari hari biasa.

Tanpa salam, tanpa apa-apa pun, tiba-tiba tanya pasal bubur. Amman sedikit keliru.

“Apa bos? Bubur?” Amman bertanya. Dia yang berada di tapak pembinaan segera bergerak ke kereta kerana di situ bising sedikit.

“Ya, bubur.”

“Buburlah benda paling mudah nak masak.”

“Amman..............” marah Huzaiman.

“Okey! Maaf bos! Ada ayam tak kat apartment bos tu? Saya rasa, baru semalam saya beli ayam.” Kata Amman. Seingatnya la.

“Ada! Ada!” kata Huzaiman. Dia membuka peti ais ketika itu. Memang ada ayam yang sudah siap di potong. ‘Nasib baik tak perlu aku potong!’

“Okey, bos ikut je arahan saya. Insya allah, siap!” kata Amman.

Huzaiman sudah tersenyum lebar. Terasa bangga kalau dapat menyiapkan bubur ayam untuk Natasha.

Natasha yang menanti ini terasa pelik tetapi dia tahu yang Huzaiman sedang memasak sesuatu untuknya.

Fikiran Natasha jauh memikirkan tentang PK, Hamdan dan Azlin. Mereka semua hanya tahu mengambil kesempatan ke atas diri ini.

Badan Natasha menggigil apabila teringat peristiwa hitamnya pula. Lelaki itu! Lelaki itu ada parut di pahanya. Dia akan ingat sampai bila-bila. Lelaki itu!

Air matanya mengalir.

‘Lebih baik aku tidur’ Natasha yakin, Huzaiman akan mengejutkannya nanti.

“Baiklah bos, bos potong bawang besar, bawang putih dan sedikit halia.” Arah Amman.

“Potong? Kejap!” Huzaiman membuat pembesar suara. Maka dia dapat mendengar suara Amman dengan jelas.

Huzaiman mengaru kepalanya. ‘Nak potong camne?’ Dia keliru. ‘Tembak je la!’ Dia memotong bentuk dadu.

“Lepas tu?”

“Lepas tu bos ambil air dan biar mendidih kejap?” Amman rasa berdebar. ‘Jadi ke Putra masak ni? Dia mana pernah buat kerja-kerja dapur ni.’

Huzaiman ternampak kuali. ‘Nak guna kuali ke? Macam pelik je.’ Dia cuba mencari periuk di dalam almari. Akhirnya dia jumpa.

“Lagi!”

“Bos masukkan beras, kacau dan didihkan sekali.”

Huzaiman mencari tong beras. Nasib baik dia nampak ada tong di penjuru dapur. Ingatkan tong sampah. Teruknya aku!

“Untuk kebersihan, lebih baik aku basuh.” Dia membasuh beras tersebut. Baju kemejanya sudah lama dibukanya dan digantikan dengan apron.

“Bos mesti besarkan sedikit api dapur tu.” Amman berpesan.

“Next!”

“Masukkan ayam. Kalau ada kentang pun elok.”

“Ayam dan kentang?” Huzaiman keliru.

Dia membuka pintu peti ais. Ayam yang tinggal hanya bahagian kepak. Akhirnya dia ambil tiga kepak ayam lalu dibasuhnya. Kemudian barulah di masukkan ke dalam bubur yang baru mahu mendidih.

“Lagi!”

“Tambah perasa. Bos tambah la garam dan kiub ayam. Kalau ada lada putih ke, lada hitam ke okey gak.” Jelas Amman.

“Dah buat!”

“Okey lepas ni dengar betul-betul. Ini penting. Bos kena perlahan sikit api dapur tu. apabila bubur tu kelihatan pekat dan kembang. Lepas tu tambah air kalau tekstur beras tu macam nasi. Kena kacau sekali sekala,” panjang lebar penerangan Amman.

“Faham!” itulah kelebihan Huzaiman. Dia mudah mempelajari sesuatu dengan cepat.

“Nanti bos rasa-rasa la sikit. Kalau ayam tu dah agak-agak masak, kiranya dah siaplah.”

“Okey. Ada apa-apa yang penting lagi?”

“Tak ada.”

“Okey. Urusan pejabat kamu uruskan ya? Apa-apa call.” Huzaiman terus tamatkan panggilan.

“Tak berubah langsung Putra ni.”



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku