Hati Suamiku GK
Bab 34
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
15920

Bacaan






Tengku Shariff Fairy gembira dengan pertemuan dengan Natasha. Ini kali kedua mereka bertemu dalam sehari. ‘Memang jodoh kot.’

‘Jodoh kebendanya, perempuan tu isteri Huzaiman. Sah! Sah la bukan jodoh kau.’ Ada suara lain yang menyatakan begitu.

Tengku Shariff Fairy mengangguk kepala. Kecantikan Natasha begitu menyerlah dengan wajah yang lebih berseri.

Huzaiman membuat muka serius. Dia tidak suka Shariff Fairy memandang Natasha begitu. Dia rasa mahu dicungkil biji mata dan masak bubur. Mentang-mentanglah baru pandai masak bubur.

“Kita makan kat kedai lain la.” kata Huzaiman apabila melihat musuhnya turut berada dalam kedai tersebut. Dia menarik tangan Natasha. Sememangnya dia tidak suka pada Tengku Shariff Fairy kerana lelaki itu sering sahaja membuat dia sakit hati dan gila kuasanya tidak dapat dipamerkan.

“Okey...” Natasha hanya mengikut langkah suaminya itu.

“Relaks bro...” Tengku Shariff Fairy menghalang langkah Huzaiman. Walaupun petang tadi Huzaiman telah menghina dia, tetapi dia tidak kisah asalkan dapat melihat Natasha yang cantik ini.

“Apa relaks-relaks? Aku tak suka kau. Aku bersyukur setiap hari sebab kau tak pernah jadi pelanggan syarikat aku.” kata Huzaiman.

“Bersyukur? Ooo.... Lepas ni kau kena buat kenduri kesyukuran sebab aku sudi nak beli Garden Love syarikat kau.” Akhirnya Tengku Shariff Fairy membuat keputusan.

“Sorry, tawaran ditutup.” Huzaiman terus berlalu.

Tengku Shariff Fairy tersentap. Pelik dengan sikap Huzaiman. Akhirnya dia membiarkan sahaja mereka berdua berlalu. Entah mengapa dia suka melihat perempuan itu berpasangan dengan Huzaiman. Nampak sesuai!

Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk makan kedai biasa sahaja.

“Sha nak makan apa?”

“Bagi nasi goreng tom yam dan air kosong sahaja.” Kata Natasha perlahan.

“Sedap ke nasi goreng tom yam?” bisik Huzaiman perlahan di telinga Natasha. Al-Maklumlah. Ini adalah kali pertama dia buat pesanan di kedai biasa-biasa.

“Kena cuba dulu baru tahu.” Sengaja Natasha berkata begitu. Dia rasa selesa kalau Huzaiman tidak memaksanya melakukan sesuatu yang dia tidak suka.

“Baiklah!” Huzaiman pesan makanan yang sama.

Mereka makan dengan penuh selera terutamanya Huzaiman. Lelaki itu baru tahu ada nasi yang begitu sedap di dunia ini selain nasi goreng biasa.

‘Kasihan....’ kata hati Natasha.

Selepas mereka makan, mereka bertolak pulang. Hati Natasha sudah tidak tenang. Dia takut apabila ke kondominium tersebut.

Di tempat letak kereta, Azlin sudah lama menunggu mereka.

“Hai!” tegur Azlin.

Bulat mata Natasha melihat Azlin sedang tersenyum manis. Bagaikan tiada apa-apa. Hati Natasha terasa sakit. Betapa dia bimbang akan keadaan Azlin.

Natasha ingin merapati Azlin tetapi pantas tangan Huzaiman mencengkam lengannya.

“Kita akan bincang nanti. Kau tunggu sini!” arah Huzaiman. Azlin hanya tersenyum.

“Huzaiman, lepaskan aku! Aku nak jumpa Azlin!” jerit Natasha.

Huzaiman pura-pura tidak mendengarnya sehingga mereka masuk ke dalam kondominium milik Huzaiman.

Dia mengunci pintu tersebut.

“Lepaskan!” marah Natasha. Dia tidak akan berputus asa. Dia berusaha menarik tangannya dari terus dicengkam oleh Huzaiman.

Huzaiman menahan hati dan perasaannya. Betapa sakitnya apabila wajah bimbang Natasha hanya untuk seseorang yang tidak menghargainya.

“Lepaskan! Aku nak jumpa Azlin! Lepaskan!” cengkaman Huzaiman amat kuat. Wajah lelaki itu tiada riak atau perasaan. Hanya setia memandang Natasha dengan pandangan yang kosong.

Natasha beranikan diri menggigit tangan Huzaiman yang mencengkamnya.

Huzaiman hanya menahan sahaja. Untuk melepaskan Natasha, tidak sama sekali!

“Lepas!” jerit Natasha sambil menarik tangannya tetapi Huzaiman masih kaku. Akhirnya Natasha terduduk atas lantai dengan lengannya masih dipegang kukuh oleh Huzaiman.

“Lepas.....”suara Natasha semakin lemah. Dia menangis bersunguh-sungguh. Dia mahu berjumpa dengan Azlin. Mahu bertanya banyak soalan. Betul ke Azlin ingin menjualnya? Dia masih tidak mempercayainya.

Azlin melayannya dengan baik. Selalu memberi kata-kata semangat. Selalu menasihati dirinya agar menjaga kesihatan diri.

“Azlin...” Natasha masih menyeru nama itu.

Baru kini Huzaiman terasa tangannya sakit akibat gigitan Natasha sebentar tadi. Dia duduk mencangkung depan Natasha lalu mencengkam bahu Natasha.

“Kalau Sha nak jumpa dia juga, Sha kena janji dengan abang yang Sha akan terus setia dengan abang selamanya. Boleh?” kata Huzaiman. Dia hanya mahu Natasha terus setia padanya. Setia dan setia. Itu sahaja yang dia mahukan dari Natasha. Terus berada di sisinya walaupun Natasha tidak menyintainya.

Natasha mendongak.

Natasha mencari sesuatu dalam pandangan Huzaiman. Dia hanya mahu penjelasan daripada Azlin. Itu pun cukup.

“Baiklah!” Natasha bersetuju tanpa berfikir panjang.

“Tunggu sini...” Huzaiman berlalu pergi.

“Ammar, bawa Azlin ke apartment kamu.”Huzaiman menghubungi Ammar. Mereka berdua akan ditemukan di situ.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku