Hati Suamiku GK
Bab 36
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
15722

Bacaan






Huzaiman sedang berjalan sambil memegang tangan Natasha. Sungguh indah perasaan itu. Natasha tersenyum manis padanya. Cantik sekali. Tetapi Huzaiman melepaskan pegangannya itu.

“Abang!” panggil Natasha sambil cuba mencapai semula tangan Huzaiman. Tetapi Huzaiman semakin jauh.

Huzaiman pula hanya mampu melihat dirinya melangkah jauh dari Natasha. Huzaiman meninggalkan Natasha sendirian. Gadis itu hanya menangis.

Huzaiman tersedar!

“Ya Allah!”

‘Kenapa aku tinggalkan Natasha sedangkan aku begitu sayangkan dia? Kenapa? Apa makna mimpi ni?’ Huzaiman cuba bertenang tetapi hanya seketika. Dia berpaling sebelahnya. Natasha!

Natasha sudah tiada di sebelahnya mahupun dalam bilik tersebut.Tergesa-gesa dia memakai baju sambil menghubungi Ammar.

“Ammar, kita cari Natasha sekarang juga.” Terkial-kial Huzaiman memakai seluar dengan keadaan telefon Samsungnya di kepit antara bahu dan telinga.

“Aduh!” Huzaiman terjatuh apabila tubuhnya tidak stabil.

“Bos!” panggil Ammar apabila mendengar sesuatu jatuh.

“Aku tak apa-apa. Aku nak kau dan Amman pergi cari dia sekarang juga. Aku yakin dia tak pergi jauh. Kalau tak jumpa, tolong jangan tunjuk muka kau orang depan aku lagi!” tegas Huzaiman. Masa pertama kali dulu, Natasha hilang. Inilah perasaan yang dia rasai.

‘Kenapa perempuan tu beri kesan pada aku sampai macam ni sekali? Perasaan bersama Sha sesuatu yang indah bagi aku. Dapat melihat senyuman dia bagaikan sinar baru dalam hidup aku. Ahh! Sha, mana sayang pergi? Jangan tinggalkan abang sorang-sorang.’ Rintih Huzaiman dalam hatinya.

Dia bergegas keluar dari kondominiumnya.

“Adik, kenapa Putra telefon?” soal Amman yang baru lepas mandi. Sudah menjadi kebiasaan bagi mereka adik beradik mandi empat pagi.

“Adik kita hilang lagi.”

“Natasha?”

“Ya!”

“Aduh!” Amman mengeluh. “Mesti Putra mengamuk sekarang ni kan?” teka Amman.

“Lebih kurang la. Dia kata kalau tak jumpa, jangan tunjuk muka lagi depan dia.” Kata Ammar sambil bersiap-siap dengan pakaian rasminya iaitu baju kot.

“Macam kejam je bunyinya, adik.” Ammar juga bersiap. Sekejap sahaja mereka sudah siap dan keluar dari kondominium tersebut untuk mencari kekasih hati Putra Huzaiman itu.

*****

‘Aku nak ke mana ye? Pagi-pagi buta macam ni mana ada kedai yang buka...’ Natasha mengadu sendiri.

Krooookkk!!!

Perut Natasha berbunyi. Terasa lapar pula apabila melarikan diri dari dua orang makhluk yang cukup menakutkan. ‘Yang halal sentuh aku tak la takut sangat tapi yang haram sentuh aku yang buat aku takut. Dia ni susah nak ramal. Tersengih je dari tadi. Menyeramkan.’ Natasha teruskan perjalanannya.

“Nak pergi mana?” Natasha berfikir. Dia duduk di perhentian bas. ‘Nak naik bas tapi tak ada duit. Tak kan nak mencuri pula. Dosa. Biar tak ada duit tapi jangan sesekali curi duit orang.’

*****

Huzaiman ternampak Natasha diperhentian bas. Baru sahaja dia mahu turun dari kereta, gadis itu dah naik bas. Segera dia masuk semula dalam kereta. Memang jodohnya dengan Natasha kuat. Mesti Huzaiman yang terjumpa dulu.

Huzaiman menghubung Ammar untuk memberitahu yang dia sudah bertemu dengan Natasha dan tidak masuk ke pejabat hari ini.

“Again!” Ammar mengeluh.

“Kenapa adik?”

“Bos tak masuk kerja hari ni.” Tidak bermaya suara Ammar.

“Apa? Susahlah macam ni...” Amman pula yang susah hati.

“Maksud abang?” Ammar tidak faham.

“Dato Ismail akan adakan mesyuarat tergempar dengan pemegang-pemegang saham yang lain hari ni.” Jelas Amman.

Ammar terkejut. “Jika Putra tak ada, susah dia nanti. Habislah Putra kita tu.” Ammar sendiri dapat meneka apa yang akan berlaku jika Huzaiman tiada dalam mesyuarat itu nanti.

“Macam mana ni abang? Apa kita nak buat? Putra kita tu macam nyawa kita juga. Jika susah dia, susah juga kita.” Ammar sudah gelabah.

Itulah dia Ammar, yang cepat gelabah.

“Sabar adik. Abang kena tenang, baru boleh fikir.” Amman diam seketika dengan wajah yang berkerut. “Kejap! Abang call Putra.” Segera dia menekan punat-punat telefonnya.

“Alamak!”

“Kenapa abang?” Ammar makin gelabah

“Bos tak jawap panggilan kita. Habislah!”

“Apa kita nak buat ni abang?”

“Abang rasa, adik pergi cari bos dan abang try cover-cover dekat sini. Pukul berapa mesyuarat tu?” soal Ammar.

“Pukul tiga,”Amman cuba bertenang. “Adik pergi cari Putra dan abang uruskan perkara kat sini, okey?”

“Baiklah!”

“Mana Sha nak pergi? Suka tinggalkan aku. Memang nak kena ni.” Huzaiman tidak berpuas hati. Tiba-tiba bas itu berhenti dan Natasha keluar dari bas tersebut.

Huzaiman berhentikan kereta dan menuju ke Natasha.

Natasha pula tidak menyedari kehadiran Huzaiman terpana ketika melihat lelaki itu di hadapannya kini.

“Huzaiman...”

“Kau janji nak setia dengan aku. So, ikut aku sekarang juga.” Huzaiman menarik tangan Natasha.

“Lepaslah! Aku ikut kau.” Balas Natasha apabila dia ternampak kelibat Hamdan. Dia rela bersama dengan Huzaiman daripada bersama dengan Hamdan. Dia pasti yang Hamdan mengekorinya.

“Cuba cakap elok-elok sikit. Panggil aku abang ye?” pesan Huzaiman.

“Baiklah cik abang.” Natasha cuba tersenyum. Dia yakin yang emosinya sekarang ini tidak baik. Pagi tadi dia mahu melarikan diri dari Huzaiman tetapi kini dia rela hati mengikut Huzaiman. Apa dah jadi dengan dia?

Huzaiman terasa pelik kerana Natasha hanya mengikut apa yang dipintanya. Apa-apa pun dia sudah tidak peduli. Janji Natasha ada bersamanya.

Sebelum dia menghidupkan enjin keretanya, dia memeriksa telefon samsung dia.

“Amman?” terkejut Huzaiman. ‘Kalau mamat ni call, mesti ada hal penting.’ Pantas Huzaiman menghubungi setiausaha a.k.a. pengawal peribadinya.

Natasha pula hanya memerhati sahaja tetapi makin lama makin layu matanya lalu dia tertidur.

“Kenapa ni?”

“Bos, hari ini ada mesyuarat dengan lembaga-lembaga syarikat. Kehadiran bos ke mesyuarat itu amat penting.” Jelas Amman. Dia berasa lega kerana Putra menghubunginya.

“Ya ke? Kenapa hari ni pula? Baiklah! Saya balik pejabat sekarang juga.” Huzaiman tamatkan panggilannya. Dia memandang Natasha tetapi gadis itu sudah tertidur. Akhirnya, Huzaiman mengambil keputusan hanya menghantar Natasha pulang ke kondominium dan dia akan ke tempat kerja.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku