Hati Suamiku GK
Bab 39 (Final Update)
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(23 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
41979

Bacaan






Buat pertama kali Natasha merelakan apa sahaja yang dilakukan oleh Huzaiman pada malam tadi. Huzaiman seorang yang lembut. Lembut melayannya. Natasha benar-benar rasa amat selesa dan selamat apabila bersama Huzaiman.

“Hmmm...” Pada masa yang sama, dia bimbang Huzaiman akan mengecewakannya tetapi sikap dan prihatin lelaki itu buat dia rasa lebih selamat.

Natasha berkalih ke kirinya. Huzaiman masih tidur.

Lama Natasha merenung wajah suaminya itu. Tidur lelaki itu sungguh nyenyak. Natasha beranikan diri membelai rambut Huzaiman. Ada perasaan indah ketika dia melakukannya. Rambut Huzaiman benar-benar lembut dan wangi.

Dia tersenyum sendirian sambil mencium rambut Huzaiman.

"Apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah ALLAH SWT akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka"

Adakah Huzaiman yang menjadi pengganti kepada kekecewaan Natasha? Natasha rasa bersalah dengan kebaikan Huzaiman dan cuba menyelesaikan kenangan yang membuat dendamnya membara.

“Awalnya sayang bangun?” Huzaiman tersedar apabila ada yang membelai rambutnya. Dia rasa senang hati. Natasha seperti boleh menerimanya.

“Mana ada awal. Dah nak pukul 6 pagi. Kita sembahyang berjemaah. Nak tak?” ajak Natasha. Senyuman ikhlas untuk Huzaiman diberinya.

“Berjemaah?” Huzaiman berfikir. Pertama kali dia di ajak berjemaah.

“Atau abang tak pernah jadi imam ni?” sengaja Natasha berkata begitu. Menduga hati dan perasaan Huzaiman.

“Eh, mana ada la! Papa ajar abang cukup dalam urusan agama. Papa utamakan agama dalam semua perkara.” Huzaiman bangga dengan sikap ayahnya itu.

“Betul ke ni?”

“Betullah. Tapi sekarang sayang kena pergi mandi. Wajib tau,” arah Huzaiman. Mulalah pagi-pagi hari mahu mengarah orang.

“Mandi kena wajib atau mandi wajib ni?” gurau Natasha.

Huzaiman buat muka geram.

“Okey. Gurau je. Sha mandi jap.” Natasha terus berlalu pergi ke bilik air.

Huzaiman tersenyum. Dia rasa senang hati melihat Natasha boleh bergurau senda dengannya. Dia benar-benar rasa bahagia.

Selesai membersihkan diri, mereka sembahyang subuh berjemaah. Natasha terkejut mendengar Huzaiman membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan bacaan yang betul. Suaranya merdu dan lembut. Sungguh! Dia jatuh hati dengan suara itu.

“Abang tak nak bersarapan?” Natasha bertanya.

“Tak apalah. Sha makan ya. Pukul 9 nanti, abang balik semula. Kita pergi makan ya?” Huzaiman menarik pipi Natasha yang setia menunggu dia bersiap.

“Baiklah abang.”

“Abang sayang Sha sepenuh hati abang. Janji dengan abang. Jangan tinggalkan abang lagi? Jangan lari dari abang,” pinta Huzaiman

Natasha hanya tersenyum. Dia membiarkan persoalan itu terus berlalu. Dia bersalaman dengan Huzaiman. Lelaki itu asyik senyum sahaja. Gembira.

Selepas Huzaiman pergi, Natasha bersiap-siap. Dia perlu lakukan sesuatu. Dia memakai t-shirt couple yang dibeli oleh Huzaiman dan keluar dari kondominium tersebut. Dia perlu selesaikan urusan yang penting bagi dia mendapat kebahagiaan. Dendam yang ada dalam hati harus diluputkan agar dia akan terus bahagia.

Arah tuju Natasha adalah ke rumah sewanya. Di situ banyak menyimpan rancangan membalas dendam pada keluarga Huzaiman. Dia kena musnah semua itu.

Perlahan-lahan Natasha membuka pintuk rumahnya. Alangkah terkejutnya melihat keadaan rumahnya yang bersepah seperti dimasuki orang yang tidak bertanggungjawab. Dia duduk seketika di ruang tamu.

“Mesti kerja PK. Dia mahu maklumat syarikat Huzaiman. Nasib baik benda yang PK cari tidak pernah wujud. Aku tak sempat ambil apa-apa maklumat pun.” Natasha rasa bersyukur.

Dia bangun dan menuju pula ke biliknya. Almari soleknya masih elok.

“Baik aku kemas barang yang bersepah.”

Natasha mengemas semua barang-barang dan dokumen yang cuba menghancurkan syarikat Huzaiman. Dia tidak mahu menyimpan dendam ini lagi. Dia membakar satu persatu dokumen tersebut. Bukti harus dihapuskan tetapi hanya satu bukti sahaja tidak sanggup di bakarnya iaitu gambar Huzaiman.

“Tapi aku pelik, kenapa dokumen ni semua, PK tak ambil?” ia menjadi satu persoalan dalam benak fikiran Natasha.

Natasha pernah menangkap gambar Huzaiman secara curi-curi. Dia buat begitu kerana untuk memahami sikap Huzaiman.

Dia menatap gambar-gambar tersebut yang ditampalnya di almari solek. Barulah dia perasan yang Huzaiman ada daya tarikan yang menggetarkan naluri kewanitaannya. Natasha tersenyum.

“Kacaknya dia. Aku baru sedar.” Natasha tersenyum. Dia mengambil sekeping gambar Huzaiman. Ketika itu Huzaiman sedang duduk di taman menunggu Ammar membawa minumannya.

“Pemalas suami aku ni. Sampaikan air pun nak orang lain ambilkan. Nasib! Nasib!” lagi sekali Natasha tersenyum.

Tanpa dia sedari, dia mencium gambar tersebut. Kini, dendamnya terhadap keluarga dan suaminya itu terhapus bersama abu dokumen yang dibakarnya.

Dia mengambil pula sekeping gambar yang ketika itu Huzaiman yang berwajah serius di dalam kereta. Dia melangkah kaki ke katilnya lalu berbaring. Sambil menatap gambar tersebut, dia mengimbas kembali kenangannya bersama Huzaiman lalu tertidur.

******

Putra Huzaiman tidak senang duduk di pejabatnya. Dia mundar-mandir di ruang yang ada seperti cacing kepanasan. Dia setia menanti Amman atau Ammar membuat laporan mengenai Natasha.

Mereka berdua menyatakan, pengawal keselamatan yang bertugas di kondominiumnya ada ternampak kelibat Natasha keluar. Makin panas dan membara hati Huzaiman. Dia ingat Natasha dapat menerimanya seadanya dan mereka bahagia tetapi tidak rupa-rupanya.

Huzaiman menumbuk tangannya ke meja. Wajahnya tegang. Nafasnya turun naik tidak menentu. Hatinya benar-benar panas. Ke mana Natasha pergi? Fikirnya sendiri. Rambutnya diramas. Rimas! Buntu!

“Tak kenang budi!” marah Huzaiman.

“Bos, saya rasa Sha tak macam tu.” Amman cuba membela Natasha. Wajah majikannya yang berang ditatapnya sekilas. Melihat raut wajah Huzaiman yang sedang menyinga itu benar-benar membuatkan dia rasa bersalah yang teramat.

Amman menundukkan wajah tatkala wajah berang itu menentang matanya. Rasa menyesal bukan kepalang. Majikan itu akan naik angin seperti ini jika Natasha menghilang. Tapi apakan daya, segala-galanya telah terjadi.

“Apa lagi perempuan tu nak dengan aku. Aku ke yang tak faham dia? Jadi, selama ni, akulah benggap sangat sebab tak faham-faham? Macam tu?” Huzaiman menggeleng-gelengkan kepalanya sebagai tanda kesal yang teramat. Terasa apa yang dilakukannya selama ini sia-sia belaka.

Hatinya sakit apabila isterinya sendiri tidak menghargai apa yang pernah dilakukannya. Natasha tetap meninggalkannya. Dia menarik nafas panjang, cuba menahan rasa kecewa yang menguasai diri.

“Bukan macam tu bos, saya rasa Sha perlukan masa untuk memikirkan hubungannya dengan bos. Saya tengok mata dia macam suka kat bos. Mata tak menipu tau bos.” Amman cuba menyedapkan hati Huzaiman.

“Selama aku kenal dia, aku cuba untuk faham dia. Jangan sesekali kau kata aku tak faham pula. Kalau aku tak faham, apa gunanya aku mencintai dia. Kau jangan tambahkan marah aku lagi. Satu masalah pun belum selesai. Jangan kau siram api lagi.” Perasaan Huzaiman tidak menentu.

“Api boleh di siram ke bos?” Amman berfikir. ‘Sah, Putra makin tak betul. Otaknya jadi lembab kot kalau Natasha hilang...’

Shut up!” marah Huzaiman. Saat-saat begini pun Amman boleh bergurau dengan Huzaiman. Memang cari maki sahaja.

Amman tertunduk ke bawah.

Ammar yang baru masuk ke bilik majikannya itu turut terasa gerun mendengar jeritan Huzaiman.

“Kau orang berdua ingat, aku tak tahu apa yang kau buat senyap-senyap di belakang aku selama ini? Kau orang jadi abang angkat Sha kan? Kau orang rahsiakan dari aku kan?” Huzaiman duduk agar dirinya lebih tenang. Jika diikutkan hati yang sedang marah, sudah lama dia pergi balai polis dan melaporkan kehilangan Natasha.

Hampir setengah jam Huzaiman membebel, melepaskan marahnya.

“Bos...” panggil Ammar.

“Apa dia?! Kau tak nampak aku tengah marah ni?”

“Nampak sangat bos tapi saya nak cakap yang saya dah tahu yang Sha kat mana.” Perlahan-lahan Ammar berkata.

“Dari tadi aku membebel setengah jam, kau dah tahu Sha kat mana?

“Dah bos!”

“Bodoh! Kenapa tak bagitau aku awal-awal. Kita pergi ke tempat Sha berada sekarang ni!” arah Huzaiman dengan perasaan geram. Huzaiman bergerak ke luar terlebih dahulu.

“Orang yang tersenyum belum tentu dia gembira dan bahagia tetapi, dia tersenyum untuk menampakkan dirinya mampu menempuhi dugaan yang dilalui,” kata Ammar.

“Apa kaitan cerita ini dengan kata-kata adik ni?” soal Amman kepelikan. Al-maklumlah, tiba-tiba sahaja berkata begitu.

Ammar tersengih.

“Tapi kalau bos kita senyum tu tandanya dia benar-benar gembira la sebab dia kan susah nak senyum.”

“Betul kata abang tu...”

“Kau orang mengumpat aku ke? cepatlah! Buat apa berdiri kat situ.”

“Saya ingat bos denda kamu berdiri...” gurau Ammar.

“Isnya-Allah, lepas jumpa Sha, aku denda kamu berdiri.” Huzaiman berkata.

Amman dan Ammar pantas mendekati majikannya itu dan menuju ke tempat Natasha berada.

Huzaiman terlalu marah. Rupa-rupanya Natasha kembali ke rumah sewanya. Dia cuba memulas tombol tersebut tetapi terkunci.

Huzaiman tidak boleh sabar lagi.

“Hei! Buka pintu ni! Cepat!” dengan kasar huzaiman mengetuk pintu utama diiringi nada suara yang meninggi. Masih tiada respons. Huzaman mengetuknya lagi.

“Cepat buka pintu ni, Sha ataupun kau nak aku pecahkan pintu ni!” sambungnya lagi.

Natasha tersedar dari tidurnya.

“Aku kata buka!” makin kuat suara Huzaiman.

‘Itu suara Huzaiman.’ Natasha segera bangun dari pembaringannya. Suara itu diamati lagi.

“Aku kata buka! Buka la!” Huzaiman tiada erti sabar lagi dalam hatinya.

Setelah Natasha yakin itu suara Huzaiman, dia bergegas bangun lalu membuka pintu. Huzaiman terus menolak tubuh Natasha ke dalam rumah.

Who said you could leave the house?” Huzaiman tidak boleh bersabar lagi. Matanya merenung tepat ke wajah Natasha yang sedang tundukkan wajah. ‘Aku tanya, boleh pula dia diam.’

“Kau masih fikir nak lari dari aku?” soal Huzaiman lagi.

Natasha hanya menggeleng. Suaranya bagaikan tersekat untuk menjawab setiap pertanyaan Huzaiman.

Wajah Huzaiman merah. Matanya pun merah sekali.

No matter where you go, I’m going to find you! Don’t ever think you can run away from me!Aku ni suami kau! Kau tak akan dapat lari dari aku! Kau faham tak?” kasar sekali suara Huzaiman.

Natasha terkaku.

“Tapi Sha keluar untuk hilangkan dendam Sha. Tak ada niat pun nak lari dari abang.” Natasha cuba mengawal ketar suaranya. Takut melihat Huzaiman yang marah-marah.

Kini, Giliran Huzamiman pula tergamam. ‘Aku dah salah faham.’ Kalau tadi wajahnya merah disebabkan marah tetapi kini wajahnya merah kerana malu.

Never ever scare me like that!” Huziman cuba menutup malunya. Dia berkata lembut. ‘Aku dah salah sangka pada dia.’ Huzaiman meraup beberapa kali wajahnya. Dia sudah menuduh Natasha. Kasihan gadis ini.

Lantas Huzaiman menarikNatasha dalam pelukannya. Rasa marahnya seakan-akan hilang.

Natasha senyap.

“Tapi kau keluar tanpa beritahu aku tu kenapa?!” Huzaiman kembali marah apabila teringat yang Natasha keluar tanpa izinnya.

“Sha...” Natasha sendiri tidak pasti mahu menjawab atau tidak.

Huzaiman melihat sesuatu yang berada di tangan kanan Natasha. Ada sekeping gambar.

“Tu gambar siapa? Gambar kekasih kau? Kau nak curang dengan aku kan?!” pelbagai tuduhan yang Huzaiman lemparkan pada Natasha.

Pantas tangan Huzaiman merampas gambar tersebut di tangan Natasha. Natasha pula tidak sempat mahu berbuat apa-apa.

Huzaiman tergamam.

“Gambar aku?” dia terdiam. ‘Salah aku lagi ke? Kenapa kau diam, Sha. Kebisuan kau ni buat aku terus melemparkan tuduhan yang bukan-bukan.’

Huzaiman mencengkam bahu Natasha.

“Kenapa senyap?”

“Tak tahu nak cakap apa,” balas Natasha.

“Sudahlah! Dah makan?” soal Huzaiman. Dia bimbang dengan keadaan Natasha. Wajah itu penat sangat.

“Bersepahnya rumah Sha...” suara Huzaiman sudah mula rendah.

“Sha belum makan lagi.” Natashatidak menjawab soalan kedua Huzaiman itu. Tidak akan sekali-kali dia memberitahu rahsia itu.

“Belum!” Huzaiman terkejut. “Ammar! Amman!” panggil Huzaiman.

“Ya, bos!” Ammar menghampiri Huzaiman.

“Tak puas lagi ke kena denda berdiri kat luar tu?” sindir Huzaiman.

“Belum bos!” loyar buruk Ammar.

Huzaiman rasa geram. “Sudahlah! Saya mahu kamu berdua kemas rumah ini. selepas saya makan, saya nak semua dah siap kemas dan tersusun.”

Terbeliak mata Amman dan Ammar melihat rumah tersebut.

“Baiklah bos...” lemah sahaja suara Amman dan Ammar.

Natasha rasa kasihan melihat abang angkatnya.

“Tak apa abang Amman dan Abang Ammar. Biarkan bersepah.” Kata Natasha. “Abang, biarlah rumah ni. kita pergi makan dulu ya.” Pujuk Natasha.

“Sha betul-betul lapar ke ni?” soal Huzaiman.

“Ya...”

“Kalau macam tu, Amman dan Ammar, tak payah kemas.”

“Lepas tu kami nak kena buat apa?”

Huzaiman berfikir sejenak.

“Balik!” pantas Natasha menjawabnya.

“Balik?” Huzaiman mula rasa pelik.

“Baliklah sebab Sha nak berada bersama abang seorang sahaja. Nak berdua-duaan,” ujar Natasha. Dia tidak mahu menyusahkan Amman dan Ammar.

“Baiklah! Kamu berdua balik. Esok saya tak masuk pejabat. Apa-apa hal hubungi saya,” arah Huzaiman. “Lagi satu, kamu balik dengan teksi ya? Jom Sha!”

“Alahai....” Amman dan Ammar mengeluh.

Natasha dan Huzaiman terus menghilang.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku