Hati Suamiku GK
PASAR part 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
13153

Bacaan






Huzaiman duduk dengan selesa di atas kerusi. Dia hanya melihat Natasha bersiap-siap memakai tudung.

“Itu tudung semalam kan? Rumah sayang ni tak ada tudung lain ke?”

“Tak ada, semua kat rumah abang. Sebab masa tu Sha baru mula pakai tudung.” Natasha berkata. Pandangannya masih di cermin.

“Hmmm...” Huzaiman hanya merenung belakang isterinya. Semua kekalutan dan masalah yang wujud sudah berjaya di selesaikan.

“Kenapa abang tak siap lagi ni?” Natasha berpaling. Dia bercekak pinggang. Ketika ini Huzaiman hanya mengenakan kain batik dan berbaju hitam lengan pendek. Itulah baju yang paling besar yang dia ada. Sungguh comel suaminya pakai begitu.

“Kalau abang tak pergi, tak apa kan?” Huzaiman merenung Natasha dengan lebih mendalam. Dia menghulurkan tangan supaya Natasha duduk di sebelahnya.

Natasha menyambut huluran suaminya itu.

“Ala, abang teman Sha, kat sini tak ada Tesco atau Gaint. Kalau tak kita kebulurlah pagi ni. Rumah sewa Sha ni tak ada apa-apa?” pujuk Natasha. Tangannya melingkari leher Huzaiman.

“Kita makanlah rumah jiran sebelah ni? Dia orang kan baik dengan Sha,” Huzaiman masih cuba memujuk. Ini siapa pujuk siapa?

“Abang ni kenapa?” soal Natasha. Dia yakin yang Huzaiman tidak mahu mengikutnya.

“Eh, mana ada apa-apa!” Huzaiman serba salah. Dia memandang ke tempat lain. Tidak mahu Natasha menerokai apa yang dirasai saat ini.

“Betul ni?” Natasha tidak percaya. Mesti ada yang tidak kena. Puas dipujuknya sejak semalam lagi. Dia memegang pipi Huzaiman supaya suaminya itu memandang tepat ke wajahnya. “Kenapa ni? Bagi tahulah Sha...”

“Ala Sha, abang mana pernah pergi tempat-tempat macam tu.” Akhirnya Huzaiman mengalah. Dia tidak dapat menipu Natasha apabila melihat renungan mata Natasha yang ikhlas dan paling dia suka lihat.

“Tak pernahlah Sha nak bawa.” Natasha tersenyum. Berjaya mengesan ketidakselesaan Huzaiman.

“Tapi...”

“Jomlah!” Natasha menarik tangan Huzaiman. Dia sudah berdiri tegak.

“Ala, malas.” Huzaiman tidak mahu berdiri. Dia keraskan batang tubuhnya.

“Sampai hati abang tak nak teman Sha. Kalau macam tu, Sha pergi dengan anak lelaki jiran sebelah ni. Dia boleh teman Sha bila-bila masa sahaja.” Natasha meleraikan pegangannya dan ingin melangkah meninggalkan Huzaiman.

Huzaiman tergamam. Apabila Natasha menyebut tentang lelaki lain, api cemburunya bernyala dalam hatinya.

“Eh, mana boleh!” Huzaiman mengeluh. “Ya lah! Abang teman Sha pergi pasar,” akhirnya dia mengalah.

Yes!” Natasha gembira. Dia suka melihat mimik Huzaiman yang cuba memaksa dirinya. Mungkin dulu dia lakukan kerana dendam tetapi sekarang, dia sedar yang Huzaiman seorang yang sangat comel.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku