Hati Suamiku GK
UNCLE L PART 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 Disember 2012
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ?Gila Kuasa? tetapi dia tidak kisah semua itu.
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2447

Bacaan






Hulaif Idraki berjalan penuh longlai masuk ke dalam rumahnya. Rumah teres banglo tersebut rasa sunyi. Mana ibu ni? Lantaklah! Allah! Penat sungguh hari ni.

Dia menghempaskan tubuhnya atas sofa yang empuk dan amat selesa itu. Sempat dia serabutkan rambutnya untuk rasa lebih segar. Dia menanggalkan baju kamejanya dan juga singletnya. Itulah Hulaif Idraki apabila pulang ke rumah. Itulah rutinnya. Membuka baju. Tubuhnya terus berbaring atas sofa. Memejamkan mata. Tugasan di pejabat sangat memenatkan tubuhnya.

“Hulaif Idraki! Kenapa tidur kat sini?” Puan Huda menyebut nama anak lelaki bongsunya itu. Main masuk je dalam rumah. Dah tak reti nak bagi salam ke, wahai anakku.

“Ibu...” seru Hulaif Idraki. Matanya yang berat itu masih terpejam. “Penatlah ibu...” Lengannya di angkat lalu diletakkan diatas dahinya.

“Ibu ada tamu ni. Malu ibu macam ni...” Puan Huda berkata dengan nada suara yang keras.

“Oh, tamu...” Hulaif Idraki masih tidak dapat berfikir waras. Apa ibu sebut ye? Tamu? Tamu tu orang kan? Aku pakai baju atau tak ni?

Pantas tangan Hulaif Idraki meraba tubuhnya. Aku tak pakai bajulah! Terus matanya terbuka. Makin terbeliak melihat seorang perempuan yang lengkap bertudung memandang ke tempat lain dengan wajah yang merah.

“Allah!” Pantas Hulaif Idraki bangun dari terus berbaring. Malunya!

“Kenapa ibu tak cakap awal-awal!” Hulaif Idraki terus berlari masuk ke dalam bilik. T-shirt berwarna hitam menjadi pilihannya disarung ke tubuh. Segera dia keluar.

Puan Huda dan seorang perempuan berbual di ruang tamu itu.

“Maafkan anak Nek Da tu. Dia memang suka buka-buka baju ni...” Puan Huda ketawa kecil.

“Tak apa, Nek Da. Tok Long kirim salam. Dia tak dapat nak datang sini sebab masalah kesihatan.”

“Waalaikumusalam. Jadi, Safa balik Malaysia seorang diri ke? Ada apa-apa yang boleh Nek Da tolong?” Puan Huda yang sebelum ini hanya berkenalan dengan cucu saudara ini melalui telefon sahaja. Kini, dapat juga mereka berjumpa.

“Tok Long minta Safa bekerja di Malaysia. Dia akan pulang ke Malaysia dalam beberapa hari lagi.” Safa Adra tersenyum. Tok Long ialah lelaki yang menjaganya sejak kecil lagi sejak ibu dan ayahnya meninggal dunia. Walaupun dia bukanlah darah daging keturunan Tok Long tetapi Tok Long dah anggapnya seperti cucu sendiri. Sangat terharu. Selama 20 tahun Tok Long menjaganya. Budi itu akan dikenang sampai bila-bila.

“Oh, kerja. Dah dapat kerjanya?”

“Dah dapat! Kerja pembantu pemasaran di sebuah syarikat. Tok Long yang carikan.” Safa Adra berkata.

“Pembantu pemasaran...” Sampuk Hulaif Idraki. Dia pantang dengar pemasaran. Baginya orang yang menceburi bidang pemasaran adalah orang yang kreatif dan mempunyai daya tarikan setiap kali orang memandangnya. Macam akulah dalam erti kata lain.

“Ya. Saya minat sangat bidang pemasaran terutama dalam membuat iklan. Saya dah dua tahun menceburi bidang ini di UK.” Safa Adra pun suka akan bidang pemasaran.

“Baru dua tahun, dah berlagak.”

“Saya bukan berlagak... Saya...”

“Berlagaklah tu. Untuk pengetahuan kau, aku...” Belum sempat Hulaif Idraki berkata, Puan Huda sudah memotong.

“Hulaif Idraki, kenalkan ini Safa Adra, anak abang ibu yang duduk UK. Dia anak buah Hulaif Idraki. Jadi, jaga elok-elok anak orang ni.” Puan Huda berkata dengan penuh makna.

What? Anak buah? Anak buah, Id?” Terkejut. Hulaif Idraki menunjuk jarinya ke arah Safa Adra berkali-kali. Dia tidak mempercayai apa yang didengari.

“Selama Id hidup, Id tak pernah tahu yang ibu ada adik beradik lain yang duduk luar negara. Ingatkan ibu anak tunggal. Biar betul, ibu...”

Puan Huda tersengih.

Pagi rabu itu, Hulaif Idraki melangkah penuh longlai masuk ke ruang lobby dan mahu menuju ke pintu lif. Dia tidak bersemangat untuk bekerja. Teringat akan anak buahnya yang nakal itu buat kepalanya berserabut. Teringat peristiwa petang semalam.

“Uncle L...” panggil Safa Adra.

“Uncle L? What? Nak cari pasal ke?” Geram Hulaif Idraki. Nama aku tak ada langsung huruf ‘L’. Sesedap hati nak panggil aku macam tu.

“L untuk Lembab!” Lantas Safa Adra ketawa terbahak-bahak sambil berlari ke dapur. Kejap lagi dia akan pulang ke rumah sewanya semula.

What?” Terjerit Hulaif Idraki dibuatnya. Mencabar kesabarannya.

“Id, kau okey tak?” Soal Danial yang juga baru muncul di situ. Langkah mereka berdua terhenti.

“Tak ada apa-apa?” Hulaif Idraki tersedar dari ingatan semalam. Perasaan geramnya masih belum hilang. Harap muka tak cantik, perangai pun tak cantik.

“Muka berkerut je. Kalau kau tak ada apa-apa, aku yang ada apa-apa.” Danial selaku setiausahanya berkata.

What?” soal Hulaif Idraki. Itulah perkataan yang selalu keluar dari mulutnya.

“Tiba-tiba tuan pengarah kita import seorang pekerja dari luar negara. Gantikan tempat Encik Kamil selepas sehari dia berhenti kerja,” jelas Danial.

What? Aku tak tahu apa-apa pun mengenai pengambilan pekerja ni.” Hulaif Idraki tidak puas hati.

“Aku pun tiba-tiba khabarkan pagi tadi oleh setiausahanya, Encik Amman.” Danial juga terkejut dengan khabar berita ini.

“Jadi, dia akan jadi pembantu pegawai Pemasaran?”

“Ya...”

“Assalamualaikum, uncle L?” Tegur seseorang.

“Uncle L?” Danial rasa pelik.

“Kau buat apa kat sini?” Membulat mata Hulaif Idraki dengan kehadiran Safa Adra.

“Lembab...” bisik Safa Adra. “Uncle, saya datang untuk lapor diri. Kan saya kerja dengan uncle. Mesti tak tahu lagi ni.”

Muka Hulaif Idraki serius. Bengang pun ada. Dia panggil aku lembab. Ini memang melampau ni. Rasa macam tak nak mengaku saudara.

Safa Adra tersenyum. Memang lembab la sebab tak tahu lagi ke aku kerja dengan kau. Aku dah lama tahu.

“Oh, awak yang Encik Amman katakan. Selamat datang ke syarikat kami. Saya Danial, single lagi.” Gurau Danial.

“Saya Safa Adra, janda orang,” gurau Safa Adra.

Terbeliak mata Hulaif Idraki dan Danial.

Aku tak tahu pun dia janda. Biar betul minah ni. Hulaif Idraki berkata dalam hati.

“Mesti semua percaya saya janda kan? Patutlah L...” kata Safa Adra sambil merenung wajah Hulaif Idraki. Tak tahu ke yang mana kata-kata benar atau tipu.

“Cis!” Hulaif Idraki rasa tertipu. Dia terus melangkah ke dalam lif sebaik sahaja pintu itu terbuka.

Danial garu kepala. Hanya mengikut jejak langkah majikannya itu. Begitu juga Safa Adra. Dengan selamba berjalan beriringan dengan Hulaif Idraki.

Hulaif Idraki terus menuju ke bilik kerjanya. Apabila dia berpaling, kelibat Safa Adra tiada. Entah mengapa dia rasa hampa. Baru nak tunjuk kepoyoan aku.

Sampai sahaja ke tingkat atas, Safa Adra terus menuju ke tandas. Air matanya ingin mengalir. Cepat-cepat dia sapu air matanya tetapi air tetap keluar daripada matanya.

“Kenapa ni? Kenapa nak sedih?” soal Safa Adra sambil merenung cermin di hadapannya. Hatinya rasa sedih apabila teringat kenangan lalu.

“Kau kuat, Safa Adra!”

Safa Adra menuju ke arah Danial.

“Hai, Danial! So, apa tugas saya?” Safa Adra tersenyum lebar dan ceria.

“Ops! Cik Safa Adra. Tugas-tugas itu, Encik Hulaif Idraki sendiri yang akan jelaskan. Sila ke biliknya.” Formal Danial.

“Okey. No hal!” Safa Adra berjalan menuju ke bilik yang sudah tertera nama Hulaif Idraki. Ketua pegawai pemasaran. Perlahan pintu itu diketuknya.

“Masuk!” suara Hulaif Idraki kedengaran.

“Kau ke mana tadi?” soal Hulaif Idraki sebaik sahaja gadis itu melangkah masuk.

“Ke tandas. Nak ikut juga ke?” Safa Adra tersenyum sinis.

Terus wajah Hulaif Idraki yang putih bersih itu merah.

Itu pun boleh merah pipi. Pemalulah sangat ni. Komen Safa Adra dalam hati.

“Okey. Ini senarai bidang tugas kau. Tadi aku baru dapat panggilan daripada tuan pengarah. Dia meminta kau yang buat iklan untuk loket ciptaan isterinya. Jadi, kalau kau lulus dengan jayanya, dia akan ambil kau bekerja dan gaji akan dinaikkan dan jika sebaliknya. Faham-faham sahaja.” giliran Hulaif Idraki pula tersenyum sinis.

“Saya yakin dengan kebolehan saya. Saya hanya perlu tahu citarasa majikan saya sahaja. Itu kunci kejayaan saya untuk memikat hati audiens saya.” Safa Adra tersenyum penuh yakin. Sikit pun tidak goyah dengan ugutan Hulaif Idraki. Malah membuatkan dia rasa lebih bersemangat.

“Okey, fine! Kita tengok!” Hulaif Idraki tidak mahu mengalah.

P/s : apa yang akan terjadi pada Safa Adra? Macam mana uncle L a.k.a Lembab ni boleh jatuh cinta dengan minah nakal ni?? Tunggu sambungannya dalam beberapa hari lagi....insya allah...



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku